Tuesday, November 25, 2008

Katalog Induk Kebangsaan


Perpustakaan Negara Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengujudkan satu pangkalan data sehenti yang menghubungkan setiap perpustakaan yang ada di Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat atau modal insan yang sentiasa membuat pembelajaran berterusan sekaligus melahirkan masyarakat yang bijak mengorganisasikan maklumat.


Dengan ujudnya platform sebegini, semua pengurus perpustakaan dapat berinteraksi dan ini secara tidak langsung memudahkan lagi proses Pinjaman Antara Perpustakaan (Inter Library Loan) dan Perkongsian Maklumat (Information Sharing)


Anda boleh mengakses disini untuk mendapatkan maklumat mengenai bahan bacaan yang terdapat di seluruh negara Malaysia

Monday, November 24, 2008

Ranking Laman Web


Berikut merupakan senarai laman web yang banyak diakses oleh pelayar dari Malaysia. Data ini adalah berdasarkan audit dari http://www.alexa.com/ bertarikh 24 November 2008.

Kita tentunya dapat menilai maklumat sebagaimana yang menjadi pilihan rakyat Malaysia berdasarkan ranking yang diperolehi.
Kita juga boleh mempelajari bagaimana strategi maklumat yang diberikan oleh penyedia laman kepada pengunjung.
Saya cuma menyenaraikan 42 laman sahaja untuk makluman anda, dan untuk maklumat lanjut anda boleh mengklik kepada mana-mana tajuk untuk mengetahui apa perkhidmatan yang disediakan:

14. Tagged

Upin & Ipin


video

Cerita animasi yang menjadi fenomena di Malaysia. Selain dari kanak-kanak, siri ini juga menarik perhatian golongan dewasa untuk menontonnya. Cara pengolahan skrip yang bersahaja dan imej persekitaran tradisional menggamit memori mereka yang pernah melalui zaman kanak-kanak.

Apa yang menarik, penonton masih boleh lagi melihat 'almari lauk' yang pernah popular dalam tahun 70'an dalam siri ini. Rasanya golongan remaja sekarang hanya mengenal 'peti sejuk' untuk simpanan lauk atau meng'tong sampahkan' makanan yang tidak habis dimakan, berbanding masyarakat dahulu yang menyimpan baki makanan yang tidak habis untuk dipanaskan keesokan hari.

Terdapat juga peralatan lain seperti tikar mengkuang, tudung saji dan pelbagai lagi amalan tradisional yang menjadi amalan pada satu masa dahulu dipaparkan dalam siri ini. Rasanya plot cerita ini dibuat begitu teliti termasuklah latar belakang, memek muka yang pelbagai dan kesan pergerakan badan antara kanak-kanak dan orang tua.

Apapun, syabas kepada team produksi yang bertungkus lumus memerah idea dan keringat untuk memastikan cerita ini dapat ditonton oleh masyarakat Malaysia. Kami seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan hasil yang telah ditunjukkan oleh kalian dan berharap agar Upin & Ipin akan menjadi satu jenama yang setanding dengan watak-watak animasi Walt Disney, Pixar dan sebagainya.

Semoga Upin & Ipin merintis jalan untuk penggiat-penggiat seni menyemarakkan industri animasi di Malaysia.

Perbezaan Pengurusan Organisasi Awam dan Swasta

Kakitangan awam seringkali digesa supaya mencontohi cara gaya pengurusan organisasi swasta. Berbagai program telah dirancang dan dilaksanakan bagi membolehkan mereka didedahkan dengan cara gaya pengurusan organisasi swasta samada melalui kursus-kursus atau latihan-latihan yang dianjurkan oleh pihak swasta. Selain daripada itu, program penempatan pegawai-pegawai awam di organisasi atau syarikat swasta juga turut diadakan bagi mendapat pendedahan dan pengalaman yang berguna supaya mereka boleh mempraktikkan amalan-amalan pengurusan swasta dalam sektor kerajaan agar perkhidmatan kerajaan menjadi lebih cekap dan berkesan setanding dengan organisasi swasta. Berlandaskan kepada hakikat itu, apakah organisasi swasta itu mempunyai cara gaya pengurusan yang lebih baik daripada sektor awam? Apakah perbezaannya?

Hingga kini, perbincangan di antara para akademik, pemerhati dan juga pengamal- pengamal pengurusan berhubung dengan terdapat atau tidak persamaan dan perbezaan sistem pengurusan organisasi awam dan organisasi swasta masih berterusan. Golongan yang mengatakan bahawa pengurusan organisasi swasta dan pengurusan organisasi awam adalah sama mendakwa bahawa perbezaan di antara kedua-dua sektor berkenaan adalah kecil sahaja ( a matter of degree). Sebaliknya golongan yang mengatakan terdapat perbezaan di antara kedua-dua jenis pengurusan ini pula adalah berdasarkan kepada perbezaan dalam bentuk 'kind dan substance'. Agaknya, kontroversi ini berlaku mungkin untuk mencari penyelesaian kepada persoalan mengenai locus dan focus atau dalam lain perkataan berhubung dengan persoalan mengenai where dan what atau lebih kritikallagi menurut Nicholas Henry (1975) ialah tentang persoalan yang menyumbang kepada krisis identiti dalam pentadbiran awam.

Manakala bagi golongan yang cenderung dengan dakwaan bahawa sistem pengurusan dan organisasi awam dan swasta adalah sama iaitu mereka yang memihak kepada falsafah sains pengurusan hanya mengambilkira kepada persoalan 'form' atau 'facts' semata-mata. Bagi mereka, pengurusan adalah pengurusan dalam apa bentuk atau konteks sekalipun serta 'value free'. Kepentingan awam yang mana berkaitan dengan persoalan 'value' mestilah dipisahkan daripada persoalan tentang 'facts'.

Sekumpulan penulis iaitu Thomson dan rakan-rakannya ( 1959) menekankan tentang konsep 'commonalities' diantara organisasi awarn dan organisasi swasta. Penulis lain, Edward Litchfield pula melihat perbezaan pendekatan pengurusan berdasarkan kepada 'subject matter' (seperti perkhidmatan polis, perkhidmatan kesihatan awam dan lain-lain) sebagai 'institutional provincilism'. Anggapan bahawa organisasi besar yang kompleks, samada perniagaan atau kerajaan adalah sama, dan ia bermula daripada penyelidikan - penyelidikan ilmiah mengenai proses sosial serta organisasi yang dipelopori oleh skolar-skolar pengurusan klasik seperti Fayol, Gullick dan Weber.

Seorang penulis lain, Lynn ( 1981 ) mendakwa bahawa para sarjana yang bersetuju dengan pendekatan ini sebenarnya menafikan perbezaan yang wujud di antara organisasi- organisasi formal dalarn penyelidikan mereka khususnya bagi mendapatkan asas dan prinsip- prinsip universal. Sebenarnya rujukan-rujukan bagi membezakan ciri-ciri birokrasi kerajaan tidak banyak dan bersifat kasual.

Dalam mernbandingkan pengurusan organisasi awam dan organisasi swasta, Murray (1975) merumuskan kedua-dua sektor dalarn mengendalikan isu-isu substantif (penetapan objektif dan teknik-teknik penilaian) dan perkara-perkara yang berkaitan prosedur, amalan-amalan pengurusan membawa kepada kesukaran untuk membezakan kedua-dua sektor pengurusan organisasi awam dan organisasi swasta daripada membezakan kedua- duanya. Prosedur, operasi dan matlamat kedua-dua organisasi berkenaan tidak boleh dilihat sebagai satu proses yang berasingan. Buchele ( 1977), percaya bahawa pengurusan dan pentadbiran bagi semua jenis organisasi seharusnya dilihat secara bersama, yang mana juga dipengaruhi oleh konsep pengurusan yang universal.

Seterusnya, McCurdy (1978) merumuskan bahawa kebanyakan aktiviti di jabatan-jabatan kerajaan adalah sama seperti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh organisasi perniagaan. Beliau menunjukkan kerajaan yang besar adalah sama saiznya dengan syarikat korporat yang besar, lalu menolak anggapan bahawa saiz kerajaan yang besar sebagai dakwaan yang kerajaan adalah berbeza. Beliau juga menolak dakwaan campur tangan politik dalam pengurusan awam dengan menunjukkan bahawa kakitangan yang besar dimana model politik pengurusan awam tidak begitu tepat. Menurut beliau lagi, profesion pentadbiran awam, dan pengurus-pengurusnya, tidak boleh mengelak cara gaya pengurusan organisasi perniagaan kerana banyak kerajaan-kerajaan masa kini cenderung untuk menguruskan kerajaan sama seperti pengurusan sebuah perniagaan, walaupun ramai di antara kakitangan sektor awam yang menyokong pandangan bahawa kerajaan adalah berbeza.

Pada umumnya, pandangan sarjana-sarjana di atas ialah pengurus bagi semua jenis organisasi mesti melakukan jenis tugas yang sama, mengandaikan peranan yang sama, menyelesaikan tugas yang sama dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang sama. Pandangan umum mengenai pengurusan dan organisasi digambarkan sebagaimana kenyataan Drucker ( 1977) iaitu, "certainly there is a world wide generic function which we call management and which serves the same purpose in any and all developed societies".

Tidak kurang hebatnya dakwaan disebalik persamaan di antara pengurusan organisasi awam dan organisasi swasta, sistem pengurusan awam juga sebenarnya telah sekian lama dihubungkan dengan perbezaan di antara kedua-dua jenis organisasi berkenaan. Kenyataan yang mengutarakan bahawa organisasi awam dan pengurusannya adalah berbeza daripada organisasi swasta atau doktrin "government is different" lazimnya dipetik daripada "administrative platonist", oleh Appleby (1945). Dalam nada yang sama dengan kenyataan Appleby itu, Bower (1977) menambah bahawa pengurusan awam tidak hanya berbeza dari segi darjahnya sahaja berbanding dengan pengurusan korporat malah berbeza dari segi kualiti.

Bukti-bukti berhubung dengan dakwaan bahawa terdapat perbezaan cara gaya pengurusan di antara organisasi swasta atau perniagaan dengan organisasi kerajaan boleh didapati daripada beberapa pemerhatian dan juga kajian-kajian yang telah dilakukan oleh beberapa eksekutif yang berkhidmat dalam pengurusan atasan kedua-dua organisasi perniagaan dan kerajaan. Malek ( 1972) dalam kajiannya mendapati bahawa berkhidmat sebagai eksekutif kerajaan dan ahli perniagaan mesti mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu seperti perhubungan dengan ahli-ahli politik dan mempelajari cara-cara untuk berhubung dengan birokrasi. Di samping mempunyai kemahiran pengurusan yang perlu, beliau menegaskan bahawa untuk berjaya dalam sektor kerajaan, ahli-ahli perniagaan perlu memiliki ciri-ciri personal tertentu seperti kebolehan berkomunikasi, sensitiviti, keupayaan mental, fleksibiliti serta humaliti sebagai memenuhi permintaan kompleks skop perkhidmatan kerajaan yang lebih berorientasikan publik dan tuntutan-tuntutan politik.

Perbezaan cara gaya pengurusan di antara sektor perniagaan dan kerajaan juga turut dinyatakan daripada pengalaman Cervantas (19730,) Datuk Bandar St, Louis USA. Beliau mendapati bahawa sebenarnya sektor kerajaan lebih daripada sektor perniagaan. Kerajaan menyediakan keseluruhan keperluan hidup rakyat. Sekiranya eksekutif kerajaan hanya melaksanakan keutamaan dan matlamat perniagaan, mereka akan memusnahkan tujuan atau peranan sesebuah kerajaan.

Perbezaan di antara cara gaya pengurusan organisasi kerajaan dengan pengurusan organisasi swasta dapat dilihat daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh ramai pengkaji. Antaranya ialah seperti Rainey dan rakan-rakan (1976), Blumental Nickel, (1979), Lynn (1981), Howell (1981) dan Barber (dalam Massey, 1993).

Selain daripada itu, dalam beberapa dekad lepas juga terdapat beberapa kajian empirikal mengenai 'nature' tugas-tugas pengurusan dalam sektor awam dan juga sektor swasta. Di antara mereka yang telah menjalankan kajian dan fokus ke atas tugas- tugas pengurusan ialah seperti Rosemary Stewart (1970), Lau, Newman dan Broadling (1980) dan Mintzberg (1992).

Lau, Newman dan Broadling (1980), dalam kajian mereka terhadap "Eksekutif Pengurusan Atasan Navy", Amerika Syarikat, merumuskan bahawa kedua-dua eksekutif sektor awam dan swasta menjalankan tugas dan aktiviti yang sama dalam peranan dan kompleksiti tugasan kerja mereka. Eksekutif sektor awam terlibat aktiviti-aktiviti yang selari dengan peranan dan fungsi utama pengurusan sebagaimana yang digariskan oleh Mintzberg.

Tambahan lagi, mereka juga mencatatkan bahawa persekitaran kerja eksekutif sektor awam mempunyai pengaruh yang kuat ke atas tingkahlaku mereka. Hasil kajian yang dilakukan oleh Montgomery (1983) juga selari dengan penemuan Lau, Newman dan Broadling di atas. Beliau merumuskan yang eksekutif sektor awam memainkan peranan mereka termasuk semua fungsi-fungsi organisasi yang dikemukakan oleh Mintberg (1992).

Selain daripada kajian-kajian di atas yang banya memberi fokus kepada satu-satu sektor sahaja, samada sektor kerajaan atau sektor swasta, kajian-kajian berikut ini adalah merupakan perbandingan secara langsung antara kedua-dua sektor. Bucbanan (1975) dalam kajiannya mendapati babawa eksekutif sektor swasta mempunyai ciri-ciri dan sikap yang positif berbanding dengan eksekutif sektor awam. Kajiannya yang memberi fokus ke atas “job involvement", "job satisfaction and organizational commitment" serta "rules orientation" menjelaskan perbezaan-perbezaan yang wujud adalah dari segi persekitaran, matlamat dan struktur organisasi.

Satu lagi kajian impirikal lain ke atas organisasi awam dan swasta dilakukan oleb Rainey (1983). Beliau menumpukan kepada struktur insentif organisasi, matlamat dan peranan individu sebagaimana yang dilibat oleb pengurus pertengaban Kedua-dua sektor organisasi. Hasil kajiannya menunjukkan babawa pengurus sektor awam dilibat sebagai lemab bubungannya di antara prestasi kerja dengan ganjaran ektrinsik. Mereka menunjukkan skor tinggi ke atas 'formalization' dan skor rendab terbadap dimensi tertentu tentang kepuasan kerja. Berdasarkan kajiannya, beliau telah menemui hasil yang menunjukkan terdapatnya persamaan di antara pengurusan sektor awam dan sektor swasta dalam aspek- aspek "organizational goal clarity", "role conflixt", "role ambiguity" dan "motivational variables". Kemungkinan yang menyebabkan berlakunya persamaan ini dijelaskan sewajarnya oleh Rainey dalam kajiannya itu. Pada keseluruhannya, beliau merumuskan bahawa kajian ini menyokong pendapat yang mendakwa wujudnya perbezaan di antara pengurusan sektor awam dan pengurusan sektor awam dan pengurusan sektor swasta disebabkan oleh faktor persekitaran khusus seperti "public accountability"dalam sektor awam.

Gold (1982) pula menjalankan kajian dengan melihat ciri-ciri organisasi yang berjaya. Beliau mendapati pengurus-pengurus yang bekerja di organisasi yang berjaya. Beliau mendapati pengurus-pengurus yang bekerja di organisasi yang berjaya lebih komited kepada objektif organisasi kerana mereka diberi maklumat dan perhubungan yang jelas. Mereka juga bangga dengan organisasi di mana mereka bekerja.

Pada keseluruhannya, perbincangan dan tulisan- tulisan mengenai persamaan dan perbezaan cara gaya pengurusan organisasi kedua-dua sektor awam dan swasta masih lagi berterusan hingga kini. Walaupun kajian-kajian banyak dilakukan, namun belum ada suatu jawapan khusus yang benar-benar dapat memberi kepastian apakah wujud persamaan atau perbezaan di antara keduanya. Contoh yang jelas mungkin kajian- kajian yang dilakukan itu tidak dapat membezakan dengan jelas definisi diantara organisasi awam dan organisasi swasta seperti kekaburan dalam menggariskan aktiviti-aktiviti kedua-dua bentuk organisasi tersebut.

Dipetik dari: Qalam INTURA

Konflik Dalam Organisasi

DEFINISI KONFLIK
Konflik, dalam maksud yang mudah dapat dihuraikan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak yang membawa kepada percanggahan. Taquiri dalam Newstrom dan Davis (1977) pula menyatakan konflik merupakan warisan kehidupan sosial yang boleh berlaku dalam pelbagai keadaan akibat daripada berbangkitnya keadaan ketidaksetujuan, kontroversi dan pertentangan di antara dua atau lebih pihak secara berterusan.
Walaupun definisi-definisi konflik yang dinyatakan tersebut memberi pengertian negatif namun terdapat juga konflik yang bermanfaat iaitu konflik yang menyokong matlamat organisasi dan memperbaiki tahap pencapaian organisasi. Ini bermakna konflik tersebut menjadi sumber perubahan yang progresif kepada organisasi. Manakala konflik tidak bermanfaat ialah konflik yang menghalang unsur-unsur positf dalam menuju pencapaian matlamat.

PUNCA KONFLIK
Persaingan sumber yang terhad
Di dalam sesebuah organisasi sering berlaku persaingan untuk mendapatkan pengagihan sumber-sumber seperti jawatan, kewangan, kelengkapan pejabat dan kelengkapan peribadi bagi memenuhi kehendak jabatan masing-masing. Namun sumber-sumber tersebut adalah terhad. Akibatnya berlaku ketidakpuasan hati dan ketidakadilan dalam pengagihan sumber tersebut apabila masing-masing mengutamakan kepentingan sendiri daripada mencapai matlamat organisasi keseluruhannya.

Persandaran tugas
Persandaran tugas bermaksud tugas yang memerlukan individu atau unit lain untuk membantu menyelesaikan sesuatu tugas yang memerlukan kerjasama dan persefahaman antara kedua pihak. Kerjasama tersebut diperlukan untuk mendapatkan hasil kerja yang lebih efektif dan berkualiti. Apabila kerjasama yang diharapkan tidak seperti yang dikehendaki oleh pihak bekerjasama maka ia mungkin melahirkan rasa tidak puas hati. Pergolakan konflik antara pihak-pihak tersebut menjejaskan kerjasama antara mereka di masa hadapan dan ini merugikan organisasi

Ketidakjelasan tanggungjawab dan kuasa
Dalam organisasi terdapat pekerja yang masih samar dalam menjalankan tugasnya dan mengharapkan orang lain melakukan tugas tersebut. Apabila timbul masalah dalam penyelesaian tugas, pergeseran antara pekerja akan berlaku. Ketidakjelasan tanggungjawab antara pekerja akan menyebabkan kegagalan pencapaian sesuatu matlamat. Selain itu wujud juga konflik dalam pemusatan dan pembahagiai1 kuasa antara pekerja. Pemusatan kuasa bermaksud individu membuat keputusan untuk semua unit. Setiap organisasi menghadapi konflik antara pekerja dan golongan atasan akibat mementingkan pendapat orang bawahannya sahaja dan pilih kasih dalam membahagikan tugas.

Kekurangan Maklumat
Masalah kekurangan maklumat selalu terjadi dalam sesebuah organisasi. Ini kerana komunikasi yang lemah antara bahagian atau individu itu sendiri yang gagal menguruskan maklumat tersebut. Pengurusan maklumat yang lemah menjejaskan mutu kerja dan akhirnya gagal mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila berlaku kegagalan tersebut konflik yang telah pun terjadi akan menjadi lebih buruk dalam organisasi tersebut.

Matlamat yang berbeza
Kebiasaannya berlaku perbezaan matlamat di antara unit atau jabatan kerana organisasi mempunyai matlamat keseluruhan. Konflik juga boleh berlaku di antara individu dan kumpulan. Perbezaan tersebut berlaku kerana latar belakang dan pemikiran yang berbeza antara pekerja. Misalnya organisasi membuat perubahan dasar dan dimaklumi kepada pekerja. Kemungkinan terdapat pekerja yang tidak dapat menerima perubahan tersebut dalam jangka masa terdekat. Konflik mulai bergolak dan desakan serta paksaan hanya akan membawa kepada tindakan yang lebih buruk bagi menunjukkan ketidakpuasan hati mereka.

STRATEGI MENGATASI KONFLIK



Terdapat lima strategi atau teknik yang boleh digunakan dalam menyelesaikan konflik yang berlaku seperti yang ditunjukkan dengan lebih jelas dalam rajah di atas. Kenneth Thomas, sarjana pengurusan telah menyarankan strategi persaingan, permuafakatan, kompromi, pengelakan dan penyesuaian bagi mencapai matlamat dan perpaduan dalam pasukan.
Strategi persaingan selalunya digunakan untuk mengalahkan pihak lawan dan ia mewujudkan situasi menang-kalah kerana kedua-dua pihak yang berkonflik bersaing untuk mencapai matlamat masing-masing. Keadaan ini berlaku dalam kumpulan yang kurang mementingkan perpaduan dan lebih mengutamakan pencapaian matlamat yang ditetapkan. Teknik ini juga digunakan untuk menjaga status, membuat keputusan dengan cepat, memudahkan situasi dan memuaskan kehendak semula jadi manusia apabila kedua-dua pihak enggan untuk bertolak ansur serta berbincang secara terbuka.

Strategi yang kedua ialah pengelakan. Isu-isu konflik dipendamkan atau tidak diendahkan buat sementara waktu untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis masalah yang berlaku. Ahli kumpulan cuba mengelak tercetusnya perbalahan kerana perpaduan pasukan yang rendah dan keinginan untuk mencapai matlamat adalah rendah. Adakalanya isu-isu konflik sengaja diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab tertentu.

Strategi kompromi pula menggunakan teknik arbitrasi rundingan dan tawar menawar. Strategi ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak yang berkonflik daripada penyelesaian yang dilakukan. Kedua-dua pihak terpaksa mengorbankan kepentingan masing-masing untuk menerima faedah bersama yang telah dipersetujui. Ini bermakna berlaku situasi menang- menang. Kebiasaannya teknik ini melalui proses penyelesaian dengan melibatkan orang ketiga yang bertindak sebagai mediator yang menjadi kepercayaan kedua-dua pihak.

Seterusnya strategi penyesuaian yang biasanya bermatlamat untuk memelihara perhubungan dan kedudukan, ingin mendapatkan kerjasama dan menyelesaikan konflik dengan cepat. Sesetengah ahli kumpulan akan mengalah kepada pihak yang lebih dominan kerana keadaan perpaduan kumpulan yang tinggi. Teknik ini hanya memuaskan sebelah pihak sahaja dan lazimnya digunakan oleh majikan yang terlalu berkuasa. Ini bermakna kumpulan kerja tersebut mementingkan perpaduan pasukan namun kepentingan mencapai matlamat adalah rendah. Strategi yang terakhir ialah permuafakatan. Dalam teknik ini, kedua-dua pihak mencapai matlamat masing-masing dalam situasi menang-menang. Sikap bertolak ansur dan mementingkan pencapaian matlamat serta perpaduan pasukan menjadi keutamaan.

KESIMPULAN
Setiap organisasi menghadapi konflik yang berlaku dalam urusan seharian. Namun kekerapan dan punca timbulnya konflik perlu dititikberatkan demi menjayakan matlamat organisasi. Walaupun konflik sering dilihat meninggalkan kesan negatif namun ia juga memberi impak positif. Pengawalan konflik ke satu tahap tertentu dapat membantu meningkatkan persefahaman dan keberkesanan kumpulan dan organisasi. Oleh yang demikian konflik yang berlaku perlu diatasi sebaik mungkin dengan mencari penyelesaian yang bersesuaian dengan situasi yang berlaku.
Dipetik dari : Wadah INTURA

Rehat Minda

video

Cara mudah untuk mengambil exam PTK. Boleh cuba kalau berani

Sunday, November 23, 2008

Sepintas Lalu

Pusat Sumber Maklumat (PSM) mula beroperasi pada tahun 1983 serentak dengan penubuhan INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) ini. Sehingga kini (2008) jumlah koleksi kumulatif yang terdapat di PSM ialah sebanyak 15,318 judul.

Sistem pendokumentasian yang digunakan di PSM ialah DDC (Dewey Decimal Classification) untuk nombor pengelasan, manakala untuk tajuk perkara pula semua koleksi bahan di PSM menggunakan sistem LC (Library of Congress Subject Heading)

Untuk mengakses dan mengenalpasti lokasi dan perincian bahan, para pengguna boleh menggunakan sistem ILMU yang merupakan antara sistem pengkatalogan atas talian yang terbaik setakat ini.

Pengguna boleh mengakses samada melalui OPAC35 ataupun WebOPAC jika mengakses maklumat yang terdapat di PSM melalui komputer persendirian. Sistem katalog ini boleh diakses melalui alamat http://intura_libsvr.intan.my/

PSM komited untuk sentiasa menyediakan khidmat sokongan yang berkualiti meliputi sumber maklumat terkini bagi menjana keberkesanan latihan yang dijalankan di INTURA. Ini adalah untuk menyokong usaha-usaha untuk menjadikan INTURA pusat kecemerlangan latihan dan pembangunan selaras dengan motto INTAN Selangkah Di Hadapan.

FALSAFAH
Membina insan berbudaya maju yang cintakan ilmu pengetahuan melalui pembacaan sepanjang hayat demi memupuk kecemerlangan minda supaya terhasil pencapaian baru yang dapat memajukan lagi tradisi ilmu.

MISI ORGANISASI
Memastikan semua pengguna dapat menikmati kemudahan perkhidmatan secara saksama serta berupaya mencapai dan menggunakan ilmu wawasan intelek.

OBJEKTIF
Menyokong kegiatan pembelajaran, pengajaran dan latihan yang dijalankan di INTURA
Memajukan penggunaan bahan-bahan PSM
Berusaha memenuhi keperluan maklumat pegawai, peserta kursus dan organisasi di samping menyertai proses penyebaran maklumat
Berusaha mewujudkan masyarakat INTURA yang mengamalkan budaya membaca
Mengumpul semua bahan yang berkaitan dengan pentadbiran dan kemajuan

PENGGUNA PSM INTURA
Pegawai dan kakitangan INTAN
Peserta kursus (dalam jangkamasa kursus)
Jabatan dan Agensi Kerajaan di Wilayah Utara
Penyelidik yang ingin membuat rujukan

WAKTU BEROPERASI
Ahad hingga Khamis : Sepanjang Waktu Bekerja (8.00pagi hingga 5 petang)
Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum : Tutup
Malam : Diatas keperluan dan permintaan kursus
Sebarang pertanyaan hubungi: Huzairul Hezri bin Saidin @ Salma bt Abu Hassan
Tel: 604-4218321 samb.211, 258
Fax: 604-4214489

Pengenalan

Blog Pusat Sumber Maklumat ini adalah bertujuan untuk memaparkan catatan peristiwa dan imejan digital mengenai Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Utara. Segala pandangan, komentar, cadangan dan idea dari anda semua amat diharapkan.