Tuesday, March 31, 2009

Pendidik perlu bersikap neutral, elak pegawai kerajaan lain tuntut hak sama

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk membenarkan guru Kumpulan A bergiat aktif dalam politik tidak sesuai dilaksanakan kerana ia dikhuatiri boleh memecahbelahkan warga pendidik di sekolah, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Beliau menegaskan, sesetengah guru mungkin taksub dengan parti yang disokong sehingga wujud sikap berpuak, sekali gus menjejaskan pelajar.

"Pada asasnya, guru dan pegawai tinggi kerajaan tidak dibenarkan menyertai politik dan mereka perlu bersikap neutral.

"Jika guru dibenarkan berpolitik, pegawai kerajaan dari kumpulan lain juga pasti akan menuntut hak yang sama," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Ismail mengulas cadangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, supaya golongan pendidik, terutama guru Kumpulan A diberi kelonggaran dan kebenaran untuk terbabit dalam aktiviti politik serta memegang jawatan dalam parti.

Dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno Sabtu lalu, Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kepakaran golongan itu dapat digembleng dan dimanfaatkan bagi memantapkan lagi Umno.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 P U (A) 246, pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Pegawai kerajaan dari Kumpulan A atau Pengurusan juga tidak boleh mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti berkempen, sama ada pada waktu pejabat mahupun di luar waktu pejabat kerana dikhuatiri boleh menyeleweng daripada tugasnya.

Bagaimanapun, kakitangan Kumpulan Sokongan dibenarkan bergerak aktif dalam politik dengan syarat mendapat kelulusan ketua jabatan yang harus menilai semua faktor sebelum memberi kelulusan.

Ismail berkata, cadangan itu jika masih hendak dilaksanakan mesti diperhalusi secara mendalam.

"Kita mungkin perlu ada kaedah atau syarat tertentu yang difikirkan sesuai jika cadangan ini mahu dilaksanakan," katanya.

Ismail berkata, buat masa ini larangan itu masih kekal dan wajib dipatuhi pegawai kerajaan termasuk guru.

Berita Harian Online

Pengiktirafan sektor awam


ABDULLAH Ahmad Badawi (kiri) diiringi Yong Poh Kon (Pengerusi bersama Pemudah mewakili Sektor Swasta) dan Mohd. Sidek Hassan (Pengerusi bersama Pemudah mewakili Sektor Awam) (tengah) semasa menghadiri pembentangan laporan tahunan Pemudah 2008 di Putrajaya, Februari lalu.


SEBAGAI nadi utama kepada pengurusan dan pentadbiran, penggerak agenda kerajaan dan penyampai perkhidmatan awam, kumpulan pekerja di sektor awam menjadi tulang belakang pembangunan negara.

Kerana itu juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik-baik menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Oktober 2003, meletakkan kecekapan penyampaian awam sebagai antara agenda utama di bawah kepimpinan beliau.

Kerenah birokrasi, pembangunan modal insan dan peningkatan integriti pula menjadi sebahagian daripada komponen tumpuan Abdullah dalam memperkasakan sektor tersebut.

Ia antara lain bertujuan memastikan setiap mekanisme perkhidmatan awam bergerak dengan pantas dan berfungsi dengan berkesan seterusnya membolehkan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik.

Pembangunan modal insan bertaraf antarabangsa pula bertujuan melahirkan kakitangan awam kelas pertama yang tidak hanya cekap dan bijak menjalankan tugas, malah dikagumi oleh masyarakat dunia.

Paling utama, penyampaian sektor awam itu dilaksanakan dengan penuh integriti dan bermaruah, sekali gus bebas daripada unsur-unsur rasuah dan korupsi yang tidak hanya mencemar imej kerajaan, malah merosakkan bangsa.

Adalah jelas tumpuan yang diberikan jentera Abdullah adalah untuk menghapuskan stigma ‘kemudahan kelas pertama, mentaliti kelas ketiga’ yang sinonim dengan perkhidmatan awam.

Ini kerana masyarakat berpendidikan dan moden hari ini semakin bijak dan kritis dalam menilai kecekapan penyampaian awam.

Mereka juga mempunyai banyak saluran untuk bersuara dan melampiaskan perasaan tidak puas hati dengan penyampaian awam yang tidak berkualiti.

Justeru, sektor perkhidmatan awam perlu benar-benar cekap kerana ia melambangkan imej, maruah dan integriti kerajaan.

Kerana kepentingan itu juga, Abdullah dan jentera Kabinetnya dari semasa ke semasa mengumumkan penambahbaikan kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam menerusi pelbagai intensif.

Antaranya Abdullah mengisytiharkan tanggal 5 November setiap tahun sebagai Hari Integriti Kebangsaan dan ia disambut pertama kali pada 2004.

Serentak dengan sambutan itu, Konvensyen Integriti Nasional turut dianjurkan bertujuan membincangkan mengenai hala tuju agenda integriti negara.

Abdullah turut memperkemaskan peranan anggota Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) yang terdiri daripada pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh swasta.

Pemudah antara lain bertanggungjawab mengurangkan kerenah birokrasi dalam beberapa aspek penyampaian perkhidmatan awam supaya pelaksanaannya lebih berkesan.

Namun, tumpuan utama kerajaan Abdullah pastinya terhadap usaha meningkatkan integriti dengan memerangi gejala rasuah secara habis-habisan.

Selepas diuar-uarkan sejak sekian lama, akhirnya penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menggantikan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) terlaksana pada 1 Januari lalu.

Penubuhan SPRM juga bermodelkan agensi-agensi anti rasuah berwibawa di dunia seperti Independent Commission on Anti-Corruption (ICAC) di Hong Kong dan Independent Commission Against Corruption di New South Wales, Australia.

Ia disokong oleh beberapa mekanisme check and balance seperti Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah. Tujuannya supaya badan ini mampu menjalankan tugas dengan lebih berkesan, telus dan akauntabiliti.

Turut dibentuk bersama-sama SPRM ialah dua buah panel iaitu Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR).

Kedua-dua panel ini akan memastikan keputusan siasatan SPRM dilakukan dengan telus di samping menggerakkan aktiviti mendidik orang ramai menentang rasuah.

Terdahulu pada 2 Mac 2004, Abdullah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), juga dengan tujuan untuk memerangi gejala rasuah.

PIN antara lain bertanggungjawab membimbing dan menggaris usaha-usaha ke arah memantapkan lagi integriti di semua peringkat dan lapisan masyarakat.

Ia termasuk mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan. Dalam masa yang sama, PIN digerakkan untuk meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian, perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi.

Bersama-sama PIN, sebuah badan yang menggalakkan urus tadbir berkesan, akauntabiliti dan kecekapan sektor awam serta swasta agar bebas daripada amalan negatif termasuk rasuah turut ditubuhkan. Badan itu dikenali sebagai Institut Etika Awam Nasional (IEAM).

Memperkemaskan peranan PIN dan IEAM ialah Institut Integriti Malaysia (IIM) yang bertanggungjawab mendidik dan menggalakkan rakyat Malaysia meletakkan nilai-nilai integriti dalam setiap aspek kehidupan.

Dalam menghargai sumbangan kakitangan awam sebagai pelaksana utama agenda kerajaan, kumpulan ini turut diberikan imbuhan secara langsung.

Antaranya seperti yang diumumkan sendiri oleh Abdullah sewaktu berucap pada majlis Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008.

Penambahbaikan seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam itu termasuk pertukaran skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada skim pencen.

Langkah itu membolehkan kira-kira 40,000 kakitangan awam membuat pilihan pertukaran tersebut bermula 1 Februari lalu.

Turut diumumkan ialah bayaran ex-gratia kepada ibu bapa anggota perkhidmatan awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bermula 1 Januari lalu.

Terdahulu pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Abdullah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam berkuatkuasa 1 Julai 2007.

Kenaikan yang disifatkan terbaik dalam sejarah perkhidmatan awam itu menyaksikan peningkatan gaji antara 7.5 peratus hingga 35 peratus membabitkan kira-kira 1.02 juta kakitangan awam. Serentak dengan kenaikan itu, kerajaan turut menaikkan kadar bantuan sara hidup (COLA) sebanyak 100 peratus.

Adalah jelas agenda meningkatkan sektor perkhidmatan awam seperti yang ditekankan Abdullah adalah menjunjung pendekatan telus dan terbuka yang sering diutamakan beliau.

Ia juga merealisasikan hasrat Abdullah untuk mengajak rakyat bekerja bersama-sama beliau dan bukannya bekerja untuk beliau.

Ternyata usaha Abdullah mendapat pengiktirafan apabila kecekapan negara kini berada di tangga ke-19 dalam IMD World Competitiveness Report 2008, iaitu meningkat empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.

Tuesday, March 24, 2009

Pengambilan pekerja abai calon OKU

SAYA merupakan seorang OKU (orang kurang upaya) yang bergraduan sejak enam tahun lalu. Sejak menamatkan pengajian di salah sebuah IPTA saya terus memohon pekerjaan dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan sama ada secara kontrak mahupun tetap.

Malangnya sehingga kini tiada satu pun jabatan dan agensi kerajaan mahupun badan berkanun yang mahu mengambil saya bekerja. Paling mengecewakan saya langsung tidak pernah dipanggil untuk menghadiri sebarang temu duga.

Adakah pihak-pihak yang terlibat dalam urusan panggilan temu duga ini sengaja menyisihkan permohonan saya kerana status OKU tanpa melihat kemampuan saya yang sebenar.

Jika saya tidak dipanggil menghadiri temu duga bagaimanakah pihak tersebut dapat mengetahui keadaan saya yang sebenar?

Saya OKU cacat anggota tetapi masih mampu berjalan menggunakan kaki palsu, mempunyai lesen memandu dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kami juga seperti manusia normal lain yang teringin bergelar penjawat awam dan menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kakitangan awam terutamanya pencen untuk hari tua.

Kami juga seperti insan lain yang memerlukan pekerjaan untuk membayar balik pinjaman pelajaran PTPTN dan menanggung kos penyelenggaraan alat bantuan anggota palsu selain mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.

Apakah golongan OKU seperti kami ini jauh lebih buruk dan teruk daripada segelintir kakitangan awam yang normal tetapi mempunyai masalah etika kerja, moral dan jenayah.

Sebagai contoh, pada 20 Mac 2009 pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengiklankan panggilan temu duga bagi jawatan Penolong Pegawai Penerangan (S27) untuk penempatan di Kementerian Penerangan Malaysia.

Nasib malang saya berterusan kerana nama saya tidak ada dalam senarai tersebut sedangkan saya berdaftar memohon jawatan tersebut malah saya memenuhi kesemua syarat dan kelayakan minimum seperti yang diiklankan. Jadi apakah yang dimaksudkan oleh pihak SPA bahawa OKU adalah salah satu golongan yang tidak dikenakan sebarang tapisan temu duga tetapi saya tidak pula dipanggil bagi urusan tersebut.

Adakah pihak SPA akan memberikan jawapan bahawa mereka terpaksa menyisihkan saya semata-mata kerana tidak ada permohonan daripada Kementerian Penerangan Malaysia untuk mengambil OKU mengisi jawatan tersebut?

Dan adakah pihak Kementerian Penerangan begitu pasti bahawa pihaknya telah mengambil kira pengambilan pekerja OKU berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 tahun 2008, atau adakah pihak Kementerian Penerangan sangat pasti jabatan dan agensi di bawahnya telah memenuhi kuota satu peratus pengambilan pekerja OKU?

Mengapakah nasib OKU di Malaysia begitu malang sekali tidak kira sama ada ekonomi meleset atau tidak?

Apakah OKU kekal dianggap seperti tiada harga di mata masyarakat dan sekadar menjadi golongan masyarakat kelas ketiga yang tidak perlu diberikan pekerjaan.

Diharap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr. Ng Yen Yen dan Senator Prof. Dr. Ismail Md. Salleh tolonglah teruskan memperjuangkan nasib golongan OKU untuk mendapatkan pekerjaan.

OKU KECEWA

Kota Kinabalu


Utusan Online

CUEPACS tangguh tuntutan kenaikan gaji

PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Cuepacs akan menangguhkan tuntutan kenaikan gaji bagi 1.2 juta anggota perkhidmatan awam sehingga keadaan ekonomi negara bertambah baik, kata setiausaha agungnya Ahmad Shah Mohd Zin Isnin.

Beliau bagaimanapun berkata kesatuan itu akan terus berunding dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)tentang isu berkaitan penambahbaikan perkhidmatan seperti kenaikan pangkat, ujian penilaian kecekapan, pertukaran dan kerja lebih masa.

Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata kini, kakitangan awam perlu memberi tumpuan terhadap usaha membantu kerajaan meningkatkan kutipan hasil dan menambah baik sistem penyampaian.

Ahmad berkata Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Pengangkutan Jalan adalah antara jabatan yang boleh membantu meningkatkan jumlah kutipan hasil kerajaan melalui penguatkuasaan lebih ketat.

Beliau menyeru kakitangan awam yang berkhidmat dengan pihak berkuasa tempatan dan majlis bandar raya supaya meningkatkan jumlah kutipan hasil melalui tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya.

Katanya Cuepacs akan memberi sokongan penuh kepada kerajaan kerana kebajikan anggotanya berkait rapat dengan "kesihatan ekonomi" negara.

Mengenai penambahbaikan sistem penyampaian, Ahmad menyeru kakitangan awam supaya bersikap inovatif dalam mencari jalan bagi meningkatkan produktiviti seperti menubuhkan kumpulan kualiti (Kumpulan Q) di jabatan masing-masing.

Bernama

Faster Government projects with e-Tender

KUALA LUMPUR: The Works Ministry has launched an e-tender management system to check bureaucracy and to promote transparency.

Works Minister Datuk Seri Mohd Zin Mohamed said contractors should start using the new system if they do not want to be left out in the tender-bidding process.

“We can reduce the processing time from four months to four weeks when proposals are submitted via the e-tender system, he said.

The system would help develop the National Construction Procurement Repository, the data from which could be used for construction forward procurement, construction price index analysis, construction schedule of rate and national material consumption pattern, he added.

Mohd Zin said this after launching the national e-Tendering Initiative at the CIDB convention centre here yesterday where 97 projects worth RM3.3mil were given out via the balloting process.

Projects could be approved faster with greater efficiency using the e-tender system that was created by the Works Department and the Construction Industry Development Board.

Mohd Zin said the tenders are advertised online at www.etender.com.my and in the mainstream media.

The Tender Opening Committee will evaluate tenders online.

CIDP e-Construct Services acting chief executive officer Dr Idzuan Alias said the system was as secure as e-banking, where bid for tenders could also be done online at real time.

Earlier in his speech, Mohd Zin called on Class F contractors to upgrade their status as it was impossible for the government to create jobs for all of them.

Furthermore, of the 40,000 Class F contractors only 17,000 are really active, he said.


The Star

Friday, March 20, 2009

TEKS PENUH PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2009)/BAJET MINI



TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan pakej rangsangan kedua sebanyak RM60 bilion bagi merangsang aktiviti ekonomi dan membantu memastikan ekonomi daripada terjerumus ke dalam kemelesetan di Parlimen. - Foto Salim Saari

Ucapan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) di Dewan Rakyat, semalam

TUAN Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang bernama �Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2009 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu�, dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang Dipertua,

Peruntukan Tambahan Perbelanjaan Mengurus Pertama, 2009 ini adalah dibentangkan menurut Perkara 100 dan 101 Perlembagaan Persekutuan, iaitu bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau terkurang diperuntukkan dalam Bajet 2009 yang telah diluluskan terdahulu oleh Dewan yang mulia ini.

Krisis ekonomi global semasa, yang bermula daripada krisis kewangan sub-prima di Amerika Syarikat pada pertengahan 2007, telah membawa kesan yang jauh lebih meluas dan mendalam. Setelah hampir dua tahun sejak krisis kewangan global melanda, namun masih belum nampak tanda-tanda kembalinya kestabilan di sektor kewangan dan pemulihan ekonomi negara maju. Malahan lebih separuh daripada ekonomi utama dunia, terutamanya Amerika Syarikat, kawasan Eropah dan Jepun, telah terjerumus ke dalam kemelesetan. Negara-negara ini telah mengalami penguncupan ekonomi terburuk sejak The Great Depression pada 1930-an.

Walaupun negara maju telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi yang begitu besar melebihi AS$3 trilion, sejumlah besar digunakan untuk menyelamatkan institusi kewangan dan syarikat gergasi mereka, namun masih belum dapat memulihkan keyakinan pengguna dan pelabur. Malah, pengumuman terkini menunjukkan kadar pengangguran di Amerika Syarikat berada di tahap 8.1 peratus, kadar tertinggi sejak 1983.

Perkembangan ekonomi dunia yang amat negatif ini telah mula menampakkan impaknya ke atas ekonomi negara dalam suku keempat 2008. Eksport dan pengeluaran industri negara mula merosot dan pelaburan berkurangan. Sentimen pengguna juga turut terjejas. Berikutan ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencatatkan penurunan kadar yang ketara rendah sebanyak 0.1 peratus, berbanding dengan purata sebanyak 6.3 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama 2008.

Pengurangan ini disebabkan, terutamanya oleh penguncupan eksport bagi tempoh yang sama, telah mengalami kejatuhan nilai sebanyak 13.4 peratus. Kejatuhan eksport ini telah menjejaskan pertumbuhan sektor ekonomi, terutamanya pembuatan yang telah mencatatkan penguncupan sebanyak 8.8 peratus.

Persekitaran ekonomi global bagi 2009 dijangka lebih sukar. Amerika Syarikat, yang merupakan ekonomi dan negara perdagangan terbesar di dunia, dijangka mengalami pertumbuhan ekonomi negatif 1.6 peratus, sementara United Kingdom negatif 2.8 peratus dan Jepun negatif 2.6 peratus. Di rantau ini, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura akan terus mengalami kemelesetan ekonomi, iaitu masing-masing pada negatif 2 peratus, negatif 4 peratus dan negatif 4.9 peratus pada tahun ini.

Malah, Menteri Mentor Singapura telah membayangkan bahawa ekonomi Singapura akan menguncup negatif 10 peratus pada tahun ini. Sungguhpun ekonomi China dan India dijangka mencatat pertumbuhan positif 6.7 peratus dan 5.1 peratus, jangkaan pertumbuhan ini adalah pada kadar yang ketara rendah. Berikutan perkembangan ini, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) pada Januari 2009 sekali lagi mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia daripada 2.2 kepada 0.5 peratus bagi 2009. Setakat ini, usaha untuk memulihkan sektor kewangan di negara maju masih belum berjaya. Oleh itu, besar kemungkinan keadaan ekonomi global akan menjadi lebih buruk sebelum keadaan ekonomi menjadi pulih.

Ekonomi Malaysia telah mencapai pertumbuhan yang menggalakkan sebelum ini kerana, antaranya kita telah berjaya meningkatkan perdagangan antarabangsa. Perdagangan negara mencakupi hampir 200 peratus daripada KDNK, iaitu antara yang tertinggi di dunia. Pertumbuhan ekonomi negara juga telah dijanakan oleh aliran masuk pelaburan asing yang tinggi dan pembangunan pasaran modal yang mantap.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia semasa, Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa ekonominya yang begitu terbuka akan menerima tekanan berikutan kegawatan ekonomi global melalui empat faktor:

Pertama: Nilai eksport negara dijangka berkurangan kerana permintaan dunia telah merosot dengan begitu ketara. Umpamanya, pada Januari 2009, eksport negara jatuh sebanyak 27.8 peratus;

Kedua: Eksport komoditi, terutamanya minyak dan gas serta kelapa sawit telah mengalami penurunan harga yang mendadak;

Ketiga: Berikutan kegawatan ekonomi dunia, kemasukan pelaburan asing juga akan berkurangan. FDI pada tahun ini dijangka hanya separuh, iaitu RM26 bilion berbanding dengan jumlah FDI pada 2008, iaitu RM51 bilion; dan

Keempat: Kejatuhan mendadak pasaran saham global telah menyebabkan kejatuhan pasaran saham Bursa Malaysia. Ini memberi kesan negatif kepada sektor perkhidmatan yang biasanya berkembang pada kadar yang tinggi serta mempengaruhi sentimen pelabur dan pengguna.

Dalam konteks senario ekonomi global yang begitu meruncing dan berasaskan empat faktor yang telah saya jelaskan, Malaysia kini menghadapi keadaan ekonomi yang amat mencabar. Ini memerlukan kerajaan mengkaji semula unjuran pertumbuhan KDNK negara bagi 2009. Namun, kerajaan yakin bajet asal 2009 yang memperuntukkan sejumlah RM206 bilion serta Pakej Rangsangan Pertama yang berjumlah RM7 bilion dan Pakej Rangsangan Kedua ini bertujuan mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara. Sekiranya usaha-usaha ini tidak diambil, ekonomi negara akan mengalami kemelesetan yang serius. Dengan langkah-langkah yang diambil, pertumbuhan KDNK negara dijangka di dalam lingkungan negatif satu peratus hingga positif satu peratus bagi 2009.

Program dan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama sebanyak RM7 bilion sedang giat dilaksanakan. Setakat ini, RM6.5 bilion telah diagihkan kepada kementerian dan agensi. Sehingga kini, sejumlah RM1 bilion telah dibelanjakan. Ini termasuk 6,267 Program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, 2,118 projek oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, 1,594 projek oleh Kementerian Pelajaran dan 1,322 projek oleh Kementerian Kesihatan.

Adalah dijangkakan menjelang Jun 2009, jumlah keseluruhan kerja yang dapat ditawarkan serta dilaksanakan bagi memenuhi sasaran Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama ini bernilai RM5.2 bilion. Seperti yang telah diumumkan, pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama akan dipantau pelaksanaannya dengan rapi melalui sebuah unit khas iaitu Unit Pengurusan Projek, Kementerian Kewangan yang melapor terus kepada Menteri Kewangan. Dengan tertubuhnya unit ini, kerajaan akan memastikan sasaran Pakej Rangsangan yang pertama akan tercapai. Dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa unit ini juga akan memantau pelaksanaan Pakej Rangsangan Kedua dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan agensi-agensi yang berkaitan.

Tuan Yang Dipertua,

Kerajaan beriltizam untuk terus melakukan segala yang termampu untuk mengukuhkan keyakinan rakyat dan meringankan keperitan yang dirasai, terutamanya kepada mereka yang mudah terjejas. Saya yakin dengan semangat bersatu, kita mampu berdepan dengan persekitaran yang sukar dan mencabar ini, seperti yang pernah kita lalui bersama di dalam beberapa krisis yang terdahulu. Kerajaan akan memastikan bahawa kesejahteraan semua rakyat akan terus dibela dan tiada yang terpinggir daripada mendapat manfaat langkah-langkah yang dilaksanakan.

Memandangkan senario ekonomi global yang meruncing, maka Pakej Rangsangan Kedua ini perlu bersifat lebih komprehensif dan bersaiz besar yang menjangkau lebih banyak sektor ekonomi dan kumpulan sasaran. Ini termasuk pekerja, pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sederhana, pengeksport dan graduan menganggur. Di samping itu, langkah-langkah yang dirangka dalam pakej rangsangan ini bukan saja memberi tumpuan kepada usaha merangsang ekonomi dalam tempoh terdekat, tetapi merangkumi juga inisiatif membina kapasiti ekonomi jangka panjang. Ini akan menjamin Malaysia lebih bersiap sedia untuk meraih segera peluang tatkala ekonomi global kembali pulih kelak.

Saya menghargai peranan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Majlis Ekonomi Negara dalam melahirkan beberapa idea baru untuk menangani krisis pada kali ini. Pakej rangsangan ini telah dirumuskan melalui perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk dengan Perdana Menteri sendiri. Pakej rangsangan ini memberi tumpuan kepada empat teras utama, seperti berikut:

Pertama: Mengurangkan Pengangguran Dan Menambah Peluang Pekerjaan;

Kedua: Meringankan Beban Rakyat, Terutamanya Golongan Mudah Terjejas;

Ketiga: Membantu Sektor Swasta Menghadapi Krisis; dan

Keempat: Membina Keupayaan Masa Depan.

Maka dengan ini, sukacita saya mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan pakej rangsangan berjumlah RM60 bilion. Pakej ini akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu 2009 dan 2010. Daripada jumlah itu, RM15 bilion merupakan suntikan fiskal, RM25 bilion dana jaminan dan RM10 bilion pelaburan ekuiti, RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan off-budget serta RM3 bilion insentif cukai. Jumlah RM60 bilion ini adalah hampir sembilan peratus daripada KDNK. Pelaksanaan pakej rangsangan yang bersaiz besar seperti ini adalah kali pertama dilakukan dalam sejarah ekonomi negara.

Ini bukanlah kali pertama kita menghadapi krisis. Negara telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran, terutamanya pada 1969, 1972, 1986 dan 1997. Setiap krisis itu telah kita atasi dengan jayanya dan ekonomi negara telah muncul lebih kukuh. Hari ini kita berdepan dengan persekitaran ekonomi global yang jauh lebih getir berbanding dengan krisis-krisis terdahulu. Bagaimanapun, berbekalkan pengalaman kita dalam menghadapi krisis dan semangat bersatu padu, saya yakin dan percaya kita akan terus bersama mengatasi cabaran yang semakin meruncing.

Tuan Yang Dipertua,

Jumlah RM60 bilion ini diperuntukkan kepada empat teras seperti berikut:

Teras Pertama RM2 bilion; Teras Kedua RM10 bilion; Teras Ketiga RM29 bilion dan Teras Keempat RM19 bilion.

Daripada suntikan fiskal sebanyak RM15 bilion, sejumlah RM10 bilion adalah bagi tahun 2009 dan RM5 bilion bagi 2010. Jumlah RM10 bilion dalam tahun 2009 dibahagikan kepada RM5 bilion untuk belanja mengurus dan RM5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Saiz perbelanjaan ini sudah tentunya akan meningkatkan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan, yang dianggarkan daripada 4.8 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun ini.

Kerajaan yakin dasar fiskal negara mempunyai fleksibiliti dan keupayaan untuk menampung defisit yang lebih tinggi. Keupayaan kerajaan untuk memastikan kedudukan fiskal mapan jelas terlihat daripada kejayaan kita mengurangkan defisit daripada 5.3 peratus pada 2002 kepada 3.2 peratus pada 2007. Malahan, semasa negara mengalami penguncupan pertumbuhan ekonomi pada 1982, kita telah mengalami defisit 16.6 peratus, berikutan dasar fiskal mengembang, terutamanya untuk membina infrastruktur negara. Langkah ini telah meningkatkan potensi pertumbuhan negara yang telah membawa kepada kejayaan kita mencapai pertumbuhan ekonomi setinggi sembilan peratus pada awal 1990-an. Kerajaan akan memastikan kedudukan fiskal kerajaan akan kembali mapan.

Kerajaan yakin defisit ini akan dapat dibiayai daripada sumber dalam negeri, memandangkan tahap kecairan yang tinggi dalam sistem kewangan tempatan. Di samping itu, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan masih pada tahap yang berhemah. Pembiayaan defisit ini juga tidak akan menimbulkan kesan crowding out sektor swasta untuk mendapatkan dana, terutamanya daripada pasaran bon negara yang telah berkembang pesat dan kini, merupakan yang kedua terbesar di rantau Asia Timur.

Tuan Yang Dipertua,

TERAS PERTAMA:
MENGURANGKAN PENGANGGURAN DAN MENAMBAH PELUANG PEKERJAAN


Dalam persekitaran ekonomi global semasa, terdapat syarikat, khususnya dalam sektor pembuatan, terpaksa memberhenti atau mengurangkan operasi. Ini dijangka mengakibatkan kadar pengangguran bagi 2009 meningkat kepada 4.5 peratus berbanding 3.7 peratus bagi 2008. Sejak Oktober 2008, seramai 25,000 telah kehilangan pekerjaan. Terdapat juga 30,900 pekerja yang telah diberhentikan secara sementara dan 23,900 yang terpaksa bekerja dengan pengurangan gaji. Selain dari ini, terdapat kira-kira 100,000 pekerja yang tidak dibenarkan membuat kerja lebih masa dan oleh itu, pendapatan mereka telah berkurangan dengan agak ketara.

Kerajaan amat prihatin dengan keperitan yang dihadapi oleh golongan pekerja yang diberhentikan, kesukaran yang ditanggung oleh siswazah menganggur dan keresahan yang turut dirasai oleh keluarga mereka. Untuk membantu mereka ini, kerajaan akan mewujudkan sebanyak 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta.

Menyediakan Latihan Dan Mewujudkan Peluang Pekerjaan

Daripada 163,000 peluang latihan dan pekerjaan yang akan diwujudkan, sebanyak 100,000 adalah inisiatif usaha sama antara kerajaan dengan pihak majikan sektor swasta. Sasaran program ini adalah untuk memberikan manfaat kepada pekerja yang telah diberhentikan dan pekerja yang diberhentikan sementara serta mereka yang mengalami kekurangan pendapatan dan siswazah menganggur. Program latihan ini akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta, termasuk GLC dan institusi latihan swasta.

Tumpuan utama latihan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengikut keperluan industri serta memudahkan employability. Kerajaan juga akan melaksanakan penempatan pekerjaan dan memberi insentif kepada majikan untuk mengambil dan melatih pekerja tempatan. Ini juga akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Peruntukan sebanyak RM700 juta akan disediakan bagi tujuan ini.

Antara program yang akan dilaksanakan termasuk:

Pertama: Menambah bilangan peserta di bawah Program Latihan Khusus dan Program Latihan Semula kepada pekerja yang telah diberhentikan dan Skim Latihan Dual Nasional untuk memberi kemahiran kepada golongan yang masih bekerja;

Kedua: Menambah program latihan dengan kerjasama pertubuhan industri dan syarikat-syarikat yang terlibat seperti elektrik dan elektronik, pengimpalan, robotik dan pembinaan. Di samping itu, lebih banyak latihan kemahiran industri dan teknikal akan dilaksanakan oleh Pusat Latihan Kemahiran di semua negeri bagi 10,000 orang pelatih;

Ketiga: Menyediakan latihan sambil bekerja untuk siswazah menganggur, terutamanya dalam sektor kewangan, oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara bagi tempoh dua tahun. Seramai 1,000 graduan yang menganggur akan menyertai program ini;

Keempat: Menyediakan 2,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di syarikat GLC, terutamanya dalam sektor perkhidmatan seperti outsourcing, penerbangan, utiliti, kesihatan dan multimedia kreatif;

Kelima: PUNB akan melaksanakan program latihan sangkut untuk siswazah dan pemegang sijil kemahiran. Peserta akan ditempatkan di syarikat-syarikat investee PUNB selama enam bulan hingga satu tahun. Apabila tamat latihan, peserta layak mendapat bantuan kewangan di bawah PROSPER untuk memulakan perniagaan. PUNB mensasarkan 2,000 siswazah akan dapat dilatih di bawah program sangkut ini; dan

Keenam: Memantapkan lagi Program Tunas Mekar untuk menggalakkan siswazah menceburi bidang perniagaan dan menambah nilai kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Seramai 500 siswazah dan PKS akan menyertai program ini.

Kerajaan juga akan mewujudkan 22 JobsMalaysia Centre dan menambah baik 109 pusat yang sedia ada. Pusat ini akan ditempatkan di lokasi tumpuan awam, termasuk di kompleks membeli-belah, untuk memudahkan akses pekerja dan majikan bagi mendapatkan penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan maklumat mengenai peluang latihan yang disediakan. Di samping itu, lebih banyak karnival pekerjaan berskala besar di peringkat kebangsaan akan diadakan bagi memudahkan penganggur dan pekerja yang diberhentikan mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta.

Kebajikan Pekerja Yang Telah Diberhentikan Kerja

Syarikat swasta perlu memainkan peranan bagi memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang telah diberhentikan kerja termasuk di bawah Skim Pemisahan Sukarela (VSS). Untuk menyokong usaha ini, kerajaan mencadangkan majikan yang menggaji pekerja yang diberhentikan mulai 1 Julai 2008 diberi potongan cukai dua kali ke atas amaun gaji yang dibayar. Amaun potongan yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan dan terhad kepada 12 bulan gaji untuk setiap pekerja. Galakan ini berkuat kuasa bagi pekerja yang dilantik mulai 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010.

Kita ambil contoh majikan yang mengambil seorang pekerja yang telah diberhentikan oleh syarikat lain dan membayar gaji sebanyak RM24,000 setahun. Biasanya potongan cukai kepada majikan adalah sebanyak RM24,000 dari keuntungan. Bagaimanapun, dengan langkah yang diumumkan ini, syarikat dibenarkan memotong sebanyak RM48,000 dari keuntungan iaitu dua kali ganda gaji. Ini adalah pengurangan cukai tambahan untuk syarikat sebanyak RM6,000, iaitu 25 peratus daripada RM24,000.

Mewujudkan Lebih Banyak Peluang Pekerjaan Di Sektor Awam

Kerajaan akan mengambil 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan dan sebagai pegawai kontrak di pelbagai agensi kerajaan. Untuk ini:

Pertama: Pengisian segera 50,000 jawatan kosong di peringkat profesional dan sokongan dalam perkhidmatan awam Persekutuan. Bagi kumpulan sokongan, penurunan kuasa daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan diberikan kepada agensi berkaitan; dan

Kedua: Mewujudkan 13,000 pekerjaan untuk pegawai secara kontrak di agensi kerajaan, antaranya:

i. Mengambil tenaga kerja melalui skim perkhidmatan singkat yang melibatkan 4,000 tenaga kerja, berkelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia, dengan gaji sebanyak RM1,200 sebulan;

ii. Mengambil seramai 1,000 siswazah sebagai guru sekolah secara kontrak dengan bayaran gaji bulanan RM2,000;

iii. Mengambil pekerja kontrak seramai 800 orang bagi memantapkan pelaksanaan Program Cari di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat untuk tempoh enam bulan hingga setahun;

iv. Mengambil seramai 1,000 orang Pembantu Kesihatan Awam secara kontrak di Pihak Berkuasa Tempatan untuk kerja-kerja pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit seperti denggi;

v. Mengambil seramai 4,500 pegawai kontrak sebagai Pembanci Perangkaan di Jabatan Perangkaan untuk menjalankan banci penduduk; dan

vi. Mengambil 1,700 jururawat dan kakitangan sokongan hospital di Kementerian Kesihatan.

Di sini saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan tidak akan menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai lantikan kontrak lebih awal dari tempoh yang ditetapkan kecuali atas sebab tindakan tatatertib atau prestasi yang tidak memuaskan.

Peluang Siswazah Untuk Melanjutkan Pelajaran

Dalam keadaan ekonomi semasa, kita perlu mengambil peluang melahirkan lebih ramai pakar dan profesional yang berkualiti di peringkat sarjana dan kedoktoran falsafah. Sehubungan itu, kerajaan bercadang menampung kos yuran pengajian dan bahan penyelidikan sebanyak RM20,000 bagi setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat kedoktoran falsafah di dalam negara. Manakala bagi pelajar di peringkat sarjana, kerajaan akan menampung sebahagian daripada kos yuran, iaitu sebanyak RM10,000 setiap pelajar.

Sebanyak 500 tempat bagi ijazah kedoktoran falsafah dan 10,000 tempat bagi sarjana disediakan di institusi pengajian tinggi awam serta Universiti Tenaga Nasional, Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Petronas. Permohonan bagi program ini akan dibuka kepada semua warga negara Malaysia dan akan diputuskan berdasarkan merit. Kelayakan mendapat bantuan ini akan ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Skim PROSPER Siswazah

Skim PROSPER Siswazah telah dilaksanakan pada Jun 2005 untuk membantu siswazah yang berminat di dalam perniagaan runcit atau pengedaran untuk mendapatkan latihan, pembiayaan dan khidmat nasihat perniagaan. Mereka ditawarkan pembiayaan pinjaman mengikut prinsip syariah, di antara RM5,000 hingga RM50,000 dengan tempoh pembayaran selama tiga hingga tujuh tahun. Sehingga kini, sebanyak 334 perniagaan telah berjaya ditubuhkan. Untuk membangunkan lebih ramai lagi usahawan muda, PUNB akan mengembangkan skop skim PROSPER Siswazah dengan membuka peluang kepada pemegang sijil kemahiran dan teknikal. Seramai 400 siswazah lagi akan mendapat manfaat daripada program ini.

Usaha Mengurangkan Pekerja Asing

Kerajaan akan terus mengambil langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan. Untuk tujuan ini, langkah-langkah berikut akan diambil:

Pertama: Bayaran levi kepada pekerja asing akan dinaikkan sebanyak dua kali ganda bagi semua bidang kecuali pembinaan, perladangan dan pembantu rumah. Di samping itu, levi akan dibayar oleh majikan dan bukannya oleh pekerja;

Kedua: Pembayaran balik levi pekerja asing secara pro-rata kepada majikan sekiranya tempoh perkhidmatan pekerja asing disingkatkan berbanding dengan tempoh kontrak asal. Di samping itu, jaminan bank oleh majikan akan dikembalikan; dan

Ketiga: Membeku pengeluaran lesen agensi pengambilan pekerja asing (outsourcing) dan memperketat syarat-syarat pengambilan pekerja asing oleh syarikat sedia ada.

TERAS KEDUA:
MERINGANKAN BEBAN RAKYAT, TERUTAMA GOLONGAN MUDAH TERJEJAS


Usaha membasmi kemiskinan tetap menjadi agenda utama dan kita berazam untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun 2010. Kerajaan akan memastikan usaha yang berterusan dibuat untuk pekebun sawit dan penoreh getah yang terjejas pendapatan, dibantu dari segi skim tanaman semula, tanaman integrasi dan ternakan melalui agensi yang berkaitan. Sekiranya kumpulan pekebun kecil ini mengalami kejatuhan harga kelapa sawit dan getah yang menyebabkan pendapatan mereka kurang daripada paras garis kemiskinan, kerajaan akan memastikan mereka juga mendapat faedah daripada Skim Jaringan Keselamatan Sosial.

Untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas, usaha akan diambil untuk menambahkan pendapatan boleh guna isi rumah. Langkah ini juga akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Semua ini membuktikan bahawa kita adalah barisan pembela rakyat yang menggalas amanah dengan penuh tanggung jawab.

Kerajaan telah memperuntukkan pelbagai subsidi, insentif dan bantuan bagi penggunaan bahan bakar, program jaminan makanan, skim biasiswa dan bantuan pendidikan serta program kebajikan masyarakat. Peruntukan subsidi dan bantuan lain berjumlah RM34.1 bilion atau 22 peratus daripada jumlah belanja mengurus pada 2008. Daripada jumlah ini, RM18.1 bilion adalah subsidi minyak, RM6 bilion dalam bentuk bantuan termasuk bantuan pelajar, orang kurang upaya dan keluarga miskin manakala RM3 bilion untuk bantuan makanan serta RM7 bilion bagi lain-lain bantuan.

Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kerumitan yang dihadapi rakyat dan akan berusaha supaya harga barangan keperluan dan kos pengangkutan tidak membebankan rakyat. Sebagai langkah meneruskan usaha murni ini, kerajaan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM674 juta sebagai subsidi untuk mengelakkan kenaikan harga bahan makanan harian seperti gula, roti dan tepung gandum.

Tanpa subsidi ini, harga gula akan meningkat 47 sen sekilo, tepung gandum akan meningkat 60 sen sekilo dan roti bagi 400 gram meningkat 26 sen. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan RM480 juta supaya kadar tol tidak dinaikkan agar dapat membantu rakyat. Dengan ini, kerajaan memperuntukkan RM27.9 bilion bagi menampung keperluan subsidi untuk 2009.

Meningkatkan Pemilikan Rumah

Dalam Pakej Rangsangan Pertama, sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk membina 6,500 unit rumah mesra rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Oleh kerana program ini mendapatkan sambutan baik daripada golongan pendapatan rendah, kerajaan akan menambah RM200 juta lagi di bawah pakej rangsangan ini.

Pada masa ini, sentimen pelaburan di sektor perumahan tidak menggalakkan kerana pihak pemaju dan pembeli masing-masing mengambil sikap berhati-hati dalam membina dan memiliki rumah. Oleh itu, bagi merangsang sektor perumahan ini, kerajaan mencadangkan supaya pembeli rumah diberi pelepasan cukai ke atas faedah pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama tiga tahun.

Menambah Baik Infrastruktur Awam

Kerajaan akan terus meningkatkan tahap infrastruktur awam bagi kemudahan dan kesejahteraan rakyat di dalam pakej rangsangan ini. Selain daripada membina keupayaan masa depan negara, usaha ini juga dapat mempergiatkan aktiviti sektor pembinaan dan seterusnya mencergaskan permintaan domestik. Ke arah ini, langkah-langkah berikut akan diambil:

Pertama: Mempercepatkan pelaksanaan projek di bawah RMK-9 yang mempunyai kandungan tempatan dan kesan pengganda yang tinggi, mesra rakyat serta boleh dimulakan segera. Kesemua projek tersebut bernilai RM8.4 bilion. Di samping itu, RM1.6 bilion adalah untuk dana menggalakkan pelaburan;

Kedua: Menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta bagi kerja-kerja membaiki longkang yang tersumbat dan rosak, menyelenggara jalan raya, terutama menurap permukaan jalan yang rosak dan berlubang (potholes).

Di samping itu, kawasan persekitaran rumah pangsa akan diperbaiki agar lebih selesa untuk didiami. Ini termasuk kerja-kerja mengecat, membaiki lif dan menambah baik kemudahan tempat pembuangan sampah; dan

Ketiga: Menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih rumah kebajikan, balai dan kuarters bomba serta tandas awam di masjid, surau dan kawasan pelancongan. Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak RM150 juta akan disediakan.

Tuan Yang Dipertua,

Bon Simpanan Kerajaan


Untuk menambahkan lagi pendapatan rakyat, kerajaan akan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion pada tahun ini. Bon ini akan mempunyai tempoh matang selama tiga tahun pada kadar pulangan sebanyak 5 peratus setahun, yang akan dibayar kepada pemegang bon pada setiap suku tahun. Selain menyediakan satu lagi instrumen simpanan kepada rakyat, bon ini juga bertujuan memberikan peluang kepada pemegang untuk mendapat pendapatan tambahan yang tetap.

Sebanyak RM250 juta setahun akan dimanfaatkan oleh pemegang bon. Bon ini dibuka kepada setiap rakyat berumur 21 tahun dan ke atas, dengan pelaburan minimum sebanyak RM1,000 dan maksimum RM50,000.

Pembangunan Pendidikan

Bagi memantapkan lagi pembangunan modal insan terutamanya dalam menyediakan persekitaran yang selesa untuk pembelajaran, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM1.95 bilion bagi membina dan menambah baik kemudahan 752 sekolah, terutama di kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak. Sebanyak RM300 juta daripada peruntukan itu juga digunakan untuk menambah baik kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina, SJK Tamil dan mission schools.

Kemudahan Asas Di Luar Bandar

Kerajaan akan terus memastikan rakyat di luar bandar menikmati kemudahan asas yang mencukupi terutamanya bekalan elektrik dan air serta jalan luar bandar. Ke arah ini, peruntukan RM230 juta telah disediakan untuk projek meningkatkan liputan bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar, terutama di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, peruntukan tambahan RM350 juta disediakan bagi pembinaan jalan luar bandar. Usaha ini akan meningkatkan aktiviti ekonomi melalui pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan di kawasan luar bandar. Di samping itu, kerajaan juga akan menambahkan peruntukkan sebanyak RM500 juta untuk PIA dan PIAS, dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak.

Program Di Sabah dan Sarawak

Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada menyediakan infrastruktur serta meningkatkan aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak. Untuk tujuan ini, sebanyak RM1.2 bilion akan diperuntukkan. Projek dan program yang akan dijalankan di Sarawak, termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sibu, pengerukan Pelabuhan Miri, membaik pulih infrastruktur akibat banjir, menaik taraf sekolah, membina Pusat Latihan Lawas, Estet Perindustrian Kota Samarahan dan peningkatan kemudahan pelancongan.

Di Sabah pula, antara program dan projek utama yang akan dilaksanakan, termasuk pembinaan beberapa pusat Giat Mara, Sistem Penghantaran Elektrik Kota Kinabalu, menambah baik jalan, menaik taraf sekolah serta membaik pulih dan menggantikan jambatan-jambatan. Kerajaan juga akan mengambil tindakan menyelesaikan masalah perkhidmatan kesihatan di Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

Program Mikro Kredit

Pada masa ini, ada beberapa program mikro kredit tanpa cagaran yang telah disediakan, termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN, Bank Simpanan Nasional dan AgroBank. Jumlah dana mikro kredit yang disediakan di bawah program ini adalah melebihi RM1.5 bilion yang disalurkan kepada peniaga kecil di bandar dan luar bandar. Sebagai tambahan, program mikro kredit di bawah AgroBank akan diperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk membantu golongan petani dan peniaga berasaskan pertanian di luar bandar dan RM50 juta untuk program mikro kredit di bawah TEKUN.

Pekerjaan sebagai nelayan melibatkan risiko yang tinggi dan sering terdedah kepada bencana alam seperti ribut, ombak besar dan lain-lain. Untuk membantu nelayan yang mengalami musibah di laut, kerajaan menyediakan peruntukan permulaan kepada Tabung Kebajikan Nelayan sebanyak RM2 juta, yang akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik

Dalam Bajet 2009, peruntukan RM830 juta disediakan bagi melaksanakan program jaringan keselamatan sosial untuk menjamin kesejahteraan hidup golongan yang kurang bernasib baik. Ini termasuk warga emas, golongan kurang upaya dan ibu tunggal, kerajaan akan meningkatkan bantuan kewangan dan bilangan tenaga kerja yang mengurus kebajikan golongan ini. Dalam pakej ini, peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta akan disediakan bagi meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak.

Menjaga Kebajikan Pekerja Yang Diberhentikan

Kerajaan amat prihatin kepada nasib pekerja yang telah diberhentikan. Bagi meringankan beban dan meningkatkan pendapatan boleh guna pekerja terlibat, kerajaan mencadangkan pengecualian cukai yang diberi ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebanyak RM6,000 sekarang, dinaikkan kepada RM10,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan.

Galakan Kepada Bank Untuk Menangguh Bayaran Balik Pinjaman Perumahan

Kerajaan sedar bahawa pekerja yang diberhentikan berhadapan dengan masalah untuk membayar balik pinjaman perumahan. Untuk membantu mereka dalam hal ini, institusi perbankan telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan oleh pekerja yang diberhentikan selama satu tahun. Bagi menyokong usaha institusi perbankan memberi kelonggaran ini, kerajaan bersetuju pendapatan faedah bank berkaitan penangguhan bayaran balik perumahan hanya dikenakan cukai apabila pendapatan itu diterima.

Tuan Yang Dipertua,

TERAS KETIGA:
MEMBANTU SEKTOR SWASTA MENGHADAPI KRISIS


Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha menyokong aktiviti sektor swasta agar terus dapat beroperasi dalam persekitaran yang sukar. Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing dan tempatan untuk terus mengembangkan ekonomi domestik.

Skim Jaminan Modal Kerja

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam penjanaan pertumbuhan ekonomi negara dan pewujudan peluang pekerjaan. Pada masa ini, PKS merangkumi 99 peratus daripada jumlah perniagaan berdaftar di Malaysia dan menyumbang 56 peratus kepada jumlah pekerjaan serta 32 peratus kepada KDNK. Kerajaan sedar banyak PKS yang telah terjejas daripada persekitaran ekonomi global yang lebih sukar, terutamanya daripada penguncupan pasaran eksport. Pada masa ini, Credit Guarantee Corporation (CGC) di bawah Bank Negara Malaysia telah menyediakan Skim Jaminan Usahawan Kecil untuk membiayai modal kerja kepada PKS yang mempunyai dana pemegang ekuiti kurang daripada RM3 juta.

Kerajaan akan menubuhkan satu Skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM5 bilion bagi membiayai modal kerja syarikat-syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta. Kerajaan akan menyediakan jaminan dengan nisbah sebanyak 80:20, iaitu 80 peratus kerajaan dan 20 peratus institusi kewangan yang menyediakan pinjaman bagi membiayai modal kerja syarikat. Had pinjaman ialah sebanyak RM10 juta bagi tempoh lima tahun. Saya menerima banyak rungutan daripada syarikat-syarikat berhubung dengan kesukaran mendapat pinjaman dari institusi kewangan sungguhpun bagi projek yang berdaya maju. Dengan dana ini, kerajaan yakin institusi kewangan akan lebih bersedia untuk memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat. Adalah penting dalam keadaan kelembapan ini, institusi kewangan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyukarkan aliran kredit kepada syarikat, termasuk dengan mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat.

Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri

Persekitaran ekonomi kini memberikan kita ruang untuk menambah baik struktur ekonomi negara untuk beranjak dengan lebih pantas ke arah peningkatan produktiviti dan nilai ditambah lebih tinggi serta penggunaan green technology. Selain daripada memantapkan lagi potensi pertumbuhan ekonomi jangka panjang, anjakan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan dengan ganjaran yang lebih tinggi selaras dengan kemahiran mereka, di samping mengurangkan pergantungan negara kepada guna tenaga asing bukan mahir.

Bagi membantu industri mempercepatkan anjakan ini, kerajaan akan menubuhkan Skim Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri berjumlah RM5 bilion untuk pinjaman bagi meningkatkan produktiviti dan nilai ditambah lebih tinggi serta menggalakkan aplikasi green technology. Di bawah Skim ini, bagi syarikat dengan dana pemegang ekuiti kurang daripada RM20 juta, kerajaan menyediakan jaminan berasaskan nisbah 80:20, iaitu 80 peratus kerajaan dan 20 peratus institusi kewangan. Bagi syarikat dengan dana pemegang ekuiti RM20 juta atau lebih, nisbah jaminannya adalah 50:50. Had maksimum pinjaman ialah sebanyak RM50 juta dengan tempoh pinjaman selama 10 tahun.

Memudahkan Akses Ke Pasaran Modal

Dalam keadaan pasaran sekarang, banyak syarikat yang sungguhpun mempunyai penarafan investment grade, berdaya maju dan berpotensi untuk berkembang, tidak dapat akses kepada pasaran modal terutama sekali pasaran bon. Untuk membantu dan mempermudahkan syarikat terbabit untuk mendapat akses kepada bon market, kerajaan akan menubuhkan Institusi Jaminan Kewangan atau Financial Guarantee Institution (FGI) untuk menyediakan penambahan kredit (credit enhancement) kepada syarikat swasta yang ingin mendapatkan pembiayaan pasaran bon. Langkah ini akan dapat mengembangkan lagi pasaran bon domestik. Institusi Jaminan Kewangan ini adalah milik penuh kerajaan. Bank Negara Malaysia akan menerajui penubuhan institusi ini. Pada permulaan, syarikat ini akan mempunyai modal berbayar sebanyak RM1 bilion dan akan dipertingkatkan kepada RM2 bilion kemudian. Adalah dijangkakan bahawa bon sebanyak RM15 bilion akan dapat diwujudkan di bawah kaedah ini.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) juga akan melaksanakan langkah-langkah tambahan untuk mengurangkan masa-ke-pasaran (time to market) bagi membantu syarikat untuk memperoleh modal dari pasaran modal dengan lebih efisien dan kos-efektif. Untuk ini:

Pertama: Cadangan terbitan hak (rights issues) oleh syarikat tersenarai tidak lagi memerlukan kelulusan SC;

Kedua: Terbitan dan tawaran sekuriti ekuiti oleh syarikat awam tidak tersenarai (unlisted public companies) dikecualikan daripada mendapat kelulusan SC memandangkan syarikat-syarikat ini, pada lazimnya mempunyai bilangan pemegang saham yang kecil;

Ketiga: Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia 1998 tidak lagi terpakai kepada Syarikat Sendirian Berhad bagi memudahkan syarikat-syarikat ini melaksanakan penstrukturan, pengambilalihan dan percantuman;

Keempat: Bagi penerbitan bon dan sukuk, pindaan terma dan syarat terbitan bon dan sukuk yang telah mendapat kelulusan pemegang bon dan sukuk hanya perlu dimaklumkan kepada SC;

Kelima: Pindaan terma dan syarat bon serta sukuk bagi tujuan penyenaraian bon dan sukuk tersebut di Bursa Malaysia, hanya perlu dimaklumkan sahaja kepada SC; dan

Keenam: Bon boleh tukar (convertible and exchangeable bonds) adalah dikecualikan daripada keperluan penarafan mandatori (mandatory rating).

Tuan Yang Dipertua

Menarik Individu High-Net-Worth dan Berkemahiran

Anjakan paradigma ekonomi Malaysia kepada sebuah ekonomi yang berteraskan pengetahuan atau K-Ekonomi, memerlukan kemampuan kita untuk menarik bukan saja pelabur asing tetapi juga mereka yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang tertentu. Justeru, untuk mempercepatkan transformasi ini, kerajaan akan memperkenalkan satu program baru di mana status pemastautin tetap boleh dipertimbangkan kepada warga asing yang mempunyai aset bersih yang tinggi (high-net-worth individual) dan membawa masuk melebihi AS$2 juta ke Malaysia untuk tujuan pelaburan atau penabungan. Di samping itu, golongan profesional asing yang berkemahiran tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk diberi status yang sama.

Mengurangkan Kos Kendalian Perniagaan

Bagi meringankan beban syarikat-syarikat dalam menghadapi persekitaran operasi yang sukar, kerajaan akan memastikan kos kendalian perniagaan dapat dikurangkan. Untuk ini, kerajaan telah memberi pengecualian bayaran levi kepada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) selama enam bulan oleh majikan industri tekstil, elektronik dan elektrikal mulai 1 Februari 2009. Sebagai langkah tambahan, kerajaan bersetuju menurunkan kadar bayaran levi daripada satu peratus kepada 0.5 peratus bagi semua majikan selama dua tahun berkuat kuasa 1 April 2009. Melalui penurunan ini, majikan yang terlibat dapat menjimatkan kos perniagaan yang berjumlah RM390 juta.

Menggalakkan Sektor Automotif

Sektor automotif merupakan antara industri utama negara yang mempunyai potensi untuk terus dimajukan. Industri ini telah melahirkan ramai pembekal termasuk pengilang kelengkapan asal dan juga telah menyediakan banyak peluang pekerjaan. Dalam suasana ekonomi semasa, prestasi jualan industri automotif tidak menggalakkan dan banyak syarikat yang terlibat dengan rantaian industri automotif berada dalam keadaan sukar. Syarikat-syarikat ini perlu disokong bagi membolehkan mereka meneruskan operasi walaupun permintaan yang rendah dan kos pengeluaran yang semakin meningkat. Untuk ini, kerajaan akan menambahkan peruntukan RM200 juta kepada Dana Pembangunan Automotif untuk terus menyokong pembangunan industri dan vendor automotif serta penubuhan Institut Automotif Malaysia.

Di samping itu, sebagai satu usaha sama antara kerajaan dengan sektor swasta, kerajaan akan membantu skim pelupusan kereta Proton dan Perodua. Di bawah skim ini, pemilik sebarang jenama kereta yang ingin melupuskan kereta mereka yang berusia 10 tahun atau lebih, akan menerima diskaun bernilai RM5,000 untuk membeli kereta baru.

Kerajaan akan membiayai sebahagian daripada diskaun yang ditanggung oleh Proton dan Perodua. Skim ini akan memanfaatkan semua pihak kerana ia merangsang penjualan kereta, malah menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.

Industri Penerbangan

Industri penerbangan negara telah berkembang pesat, dengan jumlah pengendalian penumpang meningkat sebanyak 5 peratus kepada 47.4 juta penumpang pada 2008. Jumlah penumpang yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah juga meningkat kepada 18.5 juta penumpang. Oleh kerana LCCT Sepang mempunyai kapasiti terhad untuk mengendali lebih ramai penumpang, MAHB akan membina dan mengendalikan LCCT baru di KLIA dengan kos RM2 bilion yang dijangka siap pada 2011.

Untuk menarik lebih ramai pelancong, terutama dari luar negara, usaha menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan mempunyai operasi di negara ini akan dipertingkatkan. Untuk ini, rebat sebanyak 50 peratus ke atas caj pendaratan akan diberikan kepada semua syarikat penerbangan yang mempunyai operasi di negara bagi tempoh dua tahun, bermula 1 April 2009.

Elaun Modal Dipercepatkan

Bagi menggalakkan entiti perniagaan membuat pelaburan, kerajaan mencadangkan perbelanjaan loji dan jentera diberikan Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut dalam tempoh dua tahun. Layanan ini terpakai ke atas pelaburan yang dilakukan antara 10 Mac 2009 dan 31 Disember 2010.

Pada masa ini, perbelanjaan ubahsuai dan baik pulih ke atas premis perniagaan tidak dibenarkan potongan cukai dan juga tidak layak menuntut elaun modal. Untuk menggalakkan syarikat melakukan kerja-kerja ubahsuai dan baik pulih, kerajaan mencadangkan perbelanjaan ubahsuai dan baik pulih yang dilakukan antara 10 Mac 2009 dan 31 Disember 2010 ke atas premis perniagaan diberi Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut dalam tempoh dua tahun. Elaun ini dihadkan sehingga RM100,000.

Carry Back Losses

Sebagai langkah untuk membantu syarikat yang terjejas dan mengalami kerugian akibat kesan daripada krisis ekonomi global, kerajaan mencadangkan kerugian tahun semasa syarikat dibenarkan dibawa ke tahun sebelumnya. Layanan ini akan membantu aliran tunai syarikat berbanding dengan layanan cukai sedia ada. Jumlah kerugian yang dibenarkan adalah sehingga RM100,000 setahun. Layanan ini terpakai bagi tahun taksiran 2009 dan 2010.

Kita ambil contoh, sebuah syarikat yang memperoleh keuntungan RM60,000 pada 2008 dan telah membayar cukai sebanyak RM15,600, iaitu 26 peratus daripada keuntungan. Pada 2009, syarikat ini mengalami kerugian RM40,000. Dengan membenarkan syarikat ini membuat potongan kerugian 2009 sebanyak RM40,000 daripada keuntungan RM60,000 pada 2008, keuntungan bagi 2008 dipinda menjadi hanya RM20,000. Oleh itu, cukai ke atas keuntungan yang dipinda adalah RM5,200. Dengan itu, syarikat itu akan mendapat pulangan balik cukai RM10,400, iaitu perbezaan di antara RM15,600 dan RM5,200.

Levi Keuntungan Atas Kelapa Sawit

Levi keuntungan luar biasa ke atas kelapa sawit dikenakan apabila harga minyak sawit mentah melebihi RM2,000 setan. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini kos pengeluaran telah meningkat dan threshold RM2,000 setan ini tidak mencerminkan paras keuntungan yang luar biasa. Sehubungan itu, paras threshold levi ini dinaikkan kepada RM2,500 setan bagi Semenanjung Malaysia dan RM3,000 setan bagi Sabah dan Sarawak.

Mempergiatkan Aktiviti Pelancongan

Industri pelancongan mempunyai potensi luas untuk dibangunkan dan mempunyai daya tahan walaupun dalam persekitaran kelembapan ekonomi dunia. Kerajaan akan meningkatkan pelaksanaan pelbagai program pelancongan bagi memanfaatkan kelebihan negara, termasuk eko-pelancongan, pelancongan kesihatan dan pendidikan. Bagi memajukan lagi industri pelancongan negara, kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk meningkatkan infrastruktur di kawasan pelancongan, mempelbagaikan produk pelancongan, menganjurkan lebih banyak persidangan dan pameran peringkat antarabangsa di Malaysia dan menambah baik program homestay. Selain itu, kerajaan akan memantapkan lagi Program Malaysia Rumah Keduaku dengan menimbangkan untuk mengeluarkan permit kerja kepada suami atau isteri peserta yang berkemahiran di bawah program ini.

TERAS KEEMPAT:
MEMBINA KEUPAYAAN MASA DEPAN


Krisis ekonomi global ini memberi peluang kepada kerajaan untuk melaksanakan langkah memperkukuh dan mengembangkan kapasiti negara bagi memastikan ekonomi lebih berdaya tahan dan mempunyai asas yang kukuh apabila keadaan kembali pulih. Antara usaha yang akan diambil adalah merangsang sektor pertumbuhan baru serta menstruktur semula industri ke arah produktiviti dan aktiviti nilai tambah tinggi.

Pelaburan Oleh Khazanah Nasional Berhad

Berdasarkan persekitaran luaran yang tidak menentu, adalah perlu bagi kerajaan mengambil peranan aktif dalam menggalakkan pelaburan swasta tempatan. Kerajaan akan meningkatkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad sebanyak RM10 bilion. Dana ini akan dilaburkan oleh Khazanah bagi tempoh dua tahun akan datang dengan memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan pengganda tinggi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Khazanah akan menumpukan pelaburannya dalam sektor strategik, termasuk telekomunikasi, teknologi, pelancongan, pertanian, sains hayat dan projek berkaitan Iskandar Malaysia.

Bagi 2009, Khazanah akan melabur RM3 bilion dalam sektor telekomunikasi yang akan antara lain, membolehkan anak syarikatnya menambah baik infrastruktur jalur lebar negara. Khazanah juga akan mempergiatkan pembangunan Iskandar Malaysia melalui pelaburan RM1.7 bilion pada 2009 untuk pembinaan infrastruktur, hotel, taman tema serta universiti. Projek pertanian yang akan dilaksanakan termasuk projek Taman Akuakultur Udang seluas 1000 hektar di Setiu, Terengganu serta projek penanaman sayuran moden seluas 200 hektar di Cameron Highlands. Secara keseluruhannya, pelaburan Khazanah dan anak-anak syarikatnya dijangka dapat mewujudkan 70,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2011.

Projek Off-Budget

Kerajaan telah juga mengenal pasti projek pelaburan bernilai RM5 bilion yang akan dilaksanakan secara off-budget. Antara projek dalam kategori ini adalah seperti berikut:

Pertama: Terminal Kos Rendah (LCCT) di KLIA dan pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang yang masing-masing dianggarkan RM2 bilion dan RM250 juta;

Kedua: Projek peningkatan infrastruktur telekomunikasi, termasuk perpustakaan jalur lebar, Pusat Jalur Lebar Komuniti serta penyediaan telefoni asas di 89 daerah di kawasan luar bandar, sebanyak RM2.4 bilion oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan

Ketiga: Pembinaan jejantas dan laluan berbumbung antara bangunan terutamanya di kawasan Golden Triangle, Kuala Lumpur dengan kos sebanyak RM100 juta.

Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI)

Bagi mempergiatkan lagi aktiviti pelaburan swasta, kerajaan akan membantu pelaksanaan projek melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan kerjasama awam swasta (public-private partnership) dengan menyediakan dana sebanyak RM2 bilion. Syarikat swasta akan dipelawa untuk membida dana tersebut. Projek PFI yang akan dilaksanakan perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

Pertama: Pengusaha sektor swasta akan melaksanakan, membiayai dan menanggung risiko projek. Sebahagian besar hasil pendapatan projek ini perlu dijana daripada sektor swasta dan bukan sumber kerajaan;

Kedua: Bantuan pembiayaan kerajaan hanya sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan kos pelaburan projek. Ia hanya bertujuan sebagai tipping point untuk membolehkan sesuatu projek menjadi berdaya maju; dan

Ketiga: Projek yang dilaksanakan mesti merupakan yang strategik, seperti pendidikan, kesihatan, pelancongan; memberi hasil limpahan ekonomi yang tinggi; mewujudkan peluang pekerjaan yang berterusan dan meningkatkan daya saing masa hadapan negara.

Antara projek yang telah diluluskan dengan kaedah perkongsian awam swasta (public private partnership), termasuk penyediaan infrastruktur untuk taman perindustrian Tanjung Agas, kluster bioteknologi di Iskandar Malaysia serta menaik taraf infrastruktur sistem lalu lintas di sekitar KL Sentral. Dengan memberi sokongan melalui pembinaan infrastruktur di Tanjung Agas, projek ini akan menyokong pewujudan kluster perindustrian di ECER dan begitu juga bagi kluster bioteknologi yang akan memudahkan kemasukan FDI untuk menceburi pertumbuhan baru sektor bioteknologi. Pelaburan yang dilakukan oleh kerajaan bagi menaik taraf sistem lalu lintas di sekitar KL Sentral akan membantu aktiviti pelaburan baru oleh sektor swasta bernilai RM3 bilion dalam tempoh tiga tahun. Pelaburan ini melibatkan pembangunan pejabat baru, hotel dan kompleks membeli belah.

Salah satu bidang perkongsian awam swasta yang berkesan ialah di bidang pendidikan. Pada masa ini, pendidikan swasta adalah pelengkap kepada pendidikan awam. Untuk mengoptimumkan kapasiti pendidikan yang sedia ada dan meningkatkan akses kepada pendidikan swasta, kerajaan bercadang menambah bilangan biasiswa untuk memasuki universiti swasta tempatan.

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), GLC juga telah menyediakan kemudahan pendidikan universiti swasta seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia. Kerajaan kini telah menerima komitmen GLC untuk meningkatkan aktiviti CSR dalam bidang modal insan. Sebagai permulaan, syarikat GLC akan menubuhkan 10 sekolah swasta yang tidak bermotifkan keuntungan.

Liberalisasi Sektor Perkhidmatan

Dalam usaha kita menstruktur semula ekonomi negara dalam konteks perubahan ekonomi antarabangsa, sektor perkhidmatan akan diberi fokus kerana ia berpotensi untuk terus berkembang pesat dan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sektor ini kini menyumbang sebanyak 55 peratus kepada KDNK dan berpotensi untuk menyumbang lebih 70 peratus kepada KDNK, seperti di negara maju.

Sehubungan ini, kerajaan akan mengambil langkah untuk meliberalisasikan lagi sektor ini supaya dapat menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan aliran masuk tenaga pakar asing dan teknologi serta memperkukuhkan daya saing sektor perkhidmatan negara. Usaha ini juga adalah selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Asean Framework Agreement on Services (AFAS) dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Peranan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC)

Dalam menggalakkan lagi usaha liberalisasi dan menjadikan Malaysia pasaran yang lebih kompetitif, peranan baru Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) ialah untuk memantau pelaburan pada peringkat makro. Walau bagaimanapun, pada peringkat mikro, FIC akan terus merangka garis panduan dan memantau pelaburan yang mempunyai kepentingan negara, seperti pelabuhan dan lapangan terbang, hartanah, pertahanan, pengangkutan awam dan telekomunikasi.

FIC akan mengamalkan pendekatan yang lebih liberal yang akan membawa kepada perubahan positif dan menyediakan suasana mesra pelabur untuk menarik lebih banyak pelaburan, termasuk pelaburan asing. Kerajaan sedang merangka garis panduan FIC baru yang akan mencerminkan peranan baru FIC.

Pembangunan Industri Seni Kreatif

Kerajaan turut memberi perhatian serius kepada golongan karyawan tempatan dalam mengeluarkan hasil kreativiti mereka secara sistematik. Sehubungan itu, RTM akan mengambil tindakan untuk melaksanakan beberapa projek untuk mengembangkan seni muzik tempatan. Ia juga dapat menjadi punca pendapatan kepada lebih ramai penggiat seni negara, terutama di kalangan bakat-bakat muda. Untuk tujuan ini, peruntukan sebanyak RM20 juta akan disediakan.

Pengurusan Berkesan Sumber Kewangan Kerajaan

Kerajaan akan memperkukuhkan pendekatan value for money dalam perolehan kerajaan. Untuk ini, kerajaan akan melaksanakan kaedah untuk meningkatkan elemen persaingan dalam perolehan kerajaan. Semua pembelian kerajaan akan diuruskan melalui tender terbuka atau tender terhad melainkan dalam kes-kes tertentu. Kaedah perolehan secara elektronik melalui sistem e-Perolehan akan diperluaskan bagi mempertingkatkan ketelusan dalam pengurusan perolehan kerajaan.

Untuk mengawal kos projek, pelaksanaan secara reka dan bina (design and build) tidak akan dibenarkan kecuali dalam kes yang memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi. Di samping itu, cadangan projek perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Standard dan Kos.

Agensi dikehendaki melaksanakan projek mengikut kos, had siling, skop projek dan perancangan yang telah diluluskan. Oleh itu, sebarang perubahan terhadap kos, skop kerja dan reka bentuk projek tanpa kelulusan jawatankuasa ini tidak dibenarkan. Bagi memperkukuhkan lagi peranan dan keberkesanan jawatankuasa ini, kerajaan akan menambah bilangan jawatan profesional seperti jurutera, arkitek dan juru ukur bahan. Jawatankuasa ini juga akan membuat laporan secara berkala kepada Jemaah Menteri mengenai pematuhan standard dan isu-isu berkaitan.

Kerajaan akan terus memberi sokongan padu terhadap pembangunan industri tempatan melalui perolehan kerajaan. Kerajaan telah mewajibkan penggunaan bahan, barangan atau perkhidmatan tempatan dan keutamaan kepada pembuat tempatan dalam setiap perolehan kerajaan. Perolehan barangan import hanya boleh dilaksanakan setelah dipastikan ia tidak boleh diperoleh secara tempatan atau kos barangan tempatan terlalu tinggi. Selain itu, menjadi hasrat kerajaan agar sektor swasta turut menyokong usaha kerajaan ini dengan memainkan peranan penting iaitu mengutamakan barangan tempatan dalam setiap perolehannya.

Tuan Yang Dipertua,

Penutup


Kerajaan yakin strategi dan langkah yang telah dirangka dalam pakej rangsangan ini adalah komprehensif dan menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada terjerumus ke dalam kancah kemelesetan yang mendalam.

Kita tidak boleh bergantung kepada dasar pemulihan ekonomi orthodox. Sebaliknya, kita mesti berani merangka kaedah inovatif untuk menangani krisis ini. Ini merupakan tempoh yang amat mencabar bagi kita semua. Kita semua harus bersedia dan tabah untuk menghadapi impak negatif krisis ini. Pengalaman kesusahan dan keperitan yang kita lalui pada krisis-krisis terdahulu perlu kita jadikan panduan dan iktibar dalam kita menangani krisis kali ini.

Kita sudah mula kedengaran suara rakyat yang mahu kerajaan dan pembangkang untuk mengutamakan usaha memulihkan semula ekonomi negara dalam keadaan kegawatan ekonomi global dan mengetepikan kemelut politik. Saya sendiri menerima saranan ini dengan hati yang terbuka. Kita perlu peka kepada saranan rakyat yang semakin lantang dan kerap diutarakan supaya kerajaan dan pembangkang memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat. Saya menyeru semua pihak, termasuk rakan-rakan sama ada di sebelah sini dan di sebelah sana, serta setiap lapisan masyarakat agar berganding bahu dan berusaha gigih untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang lebih kukuh serta mapan.

Pada sidang khas mengenai Gaza, Palestin di Dewan Yang Mulia ini, kita semua, pihak kerajaan dan pembangkang telah bersatu suara dan berpadu hasrat untuk bersama berusaha mencadangkan formula damai dan membantu atas nama kemanusiaan. Ya, benar, kita di negara ini, kini sedang berbeza pendapat tentang politik di sana sini. Namun, besar harapan semua, bila berdepan dengan ribut ekonomi yang melanda, kita akan sentiasa sepakat sekata, sederap usaha, memikir melaksana apa yang terbaik untuk rakyat jelata.

Saya berdoa ke hadrat Allah SWT untuk memberi semangat keyakinan, kekuatan serta ketabahan kepada kita semua dalam menghadapi krisis ini.

Tuan Yang Dipertua, saya akan mengemukakan Usul Mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2009 selepas ucapan ini.

Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan.

Kakitangan kerajaan perlu disiplin

KUALA LUMPUR 19 Mac - Kakitangan kerajaan perlu mengutamakan disiplin dan amanah ketika menjalankan tanggungjawab yang diberikan majikan.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, mereka juga wajib mengikut waktu bekerja yang ditetapkan majikan dan memberi fokus pada tugasan.

Katanya, disiplin amat penting dalam kehidupan seseorang dan kerana itu setiap ajaran agama mementingkan nilai tersebut.

"Dalam Islam pun, disiplin diutamakan termasuk ketika bersembahyang iaitu jemaah perlu mengikut langkah yang dilakukan imam.

"Amanah juga perlu dititikberatkan kerana apabila sesuatu perkara menjadi tanggungjawab, ia perlu dijalankan dengan ikhlas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas surat pembaca dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini mengenai segelintir kakitangan kerajaan yang keluar makan dan minum tidak mengikut waktu rehat ditetapkan.

Surat itu turut menyebut, ada antara kakitangan itu lebih banyak menghabiskan masa bekerja seharian dengan berniaga, berbual kosong dan kerap keluar atas urusan peribadi.

Mohd. Tamyes berkata, kakitangan kerajaan tidak boleh menyalahgunakan waktu bekerja iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang seperti diwajibkan kerajaan.

JPA akan kaji semula format PTK

PUTRAJAYA, 20 Mac (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan kepada Cuepacs bahawa ia dalam proses mengkaji semula cadangan balas kongres itu mengenai Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK).

Ketua pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam memberikan jaminan itu kepada Setiausaha agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin pada dialog pertemuan antara ekdua-dua pihak di sini semalam.

Ahmad Shah berkata PTK merupakan satu isu yang sering dibangkitkan dan dipersoalkan di kalangan kakitangan kerajaan dan kebanyakan mereka tidak berpuas hati dengan format peperiksaan sekarang.

Beliau berkata Cuepacs telah mencadangkan bahawa peperiksaan itu hendaklah berdasarkan kepada skop tugasan seseorang kakitangan dan lebih khusus kepada menguji kemampuan mereka dalam menjalankan tugas hariannya.

Kini peperiksan itu terlalu umum dan sesetengah soalan itu tidak ada kaitan dengan skop tugasan seseorang dalam peperiksaan yang diambil.

Ahmad Shah berkata pertemuan itu juga membincangkan isu kenaikan pangkat untuk kakitangan sokongan dalam gred satu hingga 16.

Beliau berkata isu ini juga sedang dikaji oleh JPA.

Isu lain yang dibincangkan pada pertemuan yang dihadiri 30 anggota majlis eksekutif Cuepacs dan 20 pegawai JPA diketuai oleh ketua masing-masing, jawatan khas untuk penyandang, kontrak dan jawatan pegawai sementara dan isu gaji untuk guru pemegang diploma.

Mengenai pegawai kontrak, Ahmad Shah berkata tidak ada masalah pada peringkat persekutuan kerana kerajaan telah memutuskan bahawa perkhidmatan pegawai ini tidak akan ditamatkan.

Bagaimanapun, isu ini kritikal pada peringkat negeri kerana sesetengah kerajaan negeri belum lagi respon kepada pertanyaan Cuepacs.

Mengenai isu kenaikan pangkat untuk guru pemegang diploma, beliau berkata JPA memutuskan dengan apa sahaja yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran.

Kini keputusan di tangan Kementerian Pelajaran untuk menyediakan cadangan dan input seterusnya mengenai isu ini, kata beliau.

Ahmad menyifatkan dialog itu sangat berhasil kerana banyak isu segera yang dihadapi perkhidmatan awam dibincangkan dalam suasana kemesraan.

Bernama

JPA akan kaji semula format PTK

PUTRAJAYA, 20 Mac (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan kepada Cuepacs bahawa ia dalam proses mengkaji semula cadangan balas kongres itu mengenai Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK).

Ketua pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam memberikan jaminan itu kepada Setiausaha agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin pada dialog pertemuan antara ekdua-dua pihak di sini semalam.

Ahmad Shah berkata PTK merupakan satu isu yang sering dibangkitkan dan dipersoalkan di kalangan kakitangan kerajaan dan kebanyakan mereka tidak berpuas hati dengan format peperiksaan sekarang.

Beliau berkata Cuepacs telah mencadangkan bahawa peperiksaan itu hendaklah berdasarkan kepada skop tugasan seseorang kakitangan dan lebih khusus kepada menguji kemampuan mereka dalam menjalankan tugas hariannya.

Kini peperiksan itu terlalu umum dan sesetengah soalan itu tidak ada kaitan dengan skop tugasan seseorang dalam peperiksaan yang diambil.

Ahmad Shah berkata pertemuan itu juga membincangkan isu kenaikan pangkat untuk kakitangan sokongan dalam gred satu hingga 16.

Beliau berkata isu ini juga sedang dikaji oleh JPA.

Isu lain yang dibincangkan pada pertemuan yang dihadiri 30 anggota majlis eksekutif Cuepacs dan 20 pegawai JPA diketuai oleh ketua masing-masing, jawatan khas untuk penyandang, kontrak dan jawatan pegawai sementara dan isu gaji untuk guru pemegang diploma.

Mengenai pegawai kontrak, Ahmad Shah berkata tidak ada masalah pada peringkat persekutuan kerana kerajaan telah memutuskan bahawa perkhidmatan pegawai ini tidak akan ditamatkan.

Bagaimanapun, isu ini kritikal pada peringkat negeri kerana sesetengah kerajaan negeri belum lagi respon kepada pertanyaan Cuepacs.

Mengenai isu kenaikan pangkat untuk guru pemegang diploma, beliau berkata JPA memutuskan dengan apa sahaja yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran.

Kini keputusan di tangan Kementerian Pelajaran untuk menyediakan cadangan dan input seterusnya mengenai isu ini, kata beliau.

Ahmad menyifatkan dialog itu sangat berhasil kerana banyak isu segera yang dihadapi perkhidmatan awam dibincangkan dalam suasana kemesraan.

Bernama

PM cadang Program Penugasan Sementara Sektor Awam - Swasta

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan supaya pegawai dari sektor awam berkhidmat secara penugasan sementara dengan sektor swasta, dan sebaliknya.

Perdana Menteri berkata program seperti itu akan membolehkan pegawai serta eksekutif dari sektor awam dan swasta saling menimba pengalaman dan mempelajari persekitaran kerja satu sama lain.

Abdullah berkata penugasan seperti itu akan memberi manfaat bersama dan mewujudkan persefahaman yang lebih baik antara mereka serta menyumbang kepada kecekapan, daya saing dan tadbir urus yang lebih baik.

"Saya fikir adalah sangat bermanfaat untuk sektor awam dan swasta menimba pengalaman seperti itu," katanya ketika berucap pada majlis jamuan bersama anggota Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) di sini Khamis malam.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi Bersama Pemudah Tan Sri Sidek Hassan dan bekas presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia yang juga pengerusi bersama Pemudah Tan Sri Yong Poh Kon.

Pemudah ditubuhkan pada 7 Feb 2007 dan melaporkan secara terus kepada Perdana Menteri. Pasukan itu terdiri daripada 23 orang yang amat dihormati dari sektor awam dan swasta.

Antara lain tugasnya berhubung kait dengan penyemakan status sistem penyampaian khidmat awam daripada segi proses, prosedur, perundangan dan sumber manusia ke arah memperkenalkan penambahbaikan, mengkaji amalan terbaik dalam sektor swasta yang boleh diguna pakai oleh sektor awam dan menyelaraskan program merentasi agensi sektor awam ke arah meningkatkan daya saing Malaysia.

Abdullah juga berkata tidak mustahil untuk Malaysia berada antara 10 ekonomi paling berdaya saing dan tadbir urus yang baik serta cekap, asalkan setiap orang bekerja keras.

"Saya tahu dengan mengamalkan semangat ini dalam perkongsian sektor awam dan swasta, perkara ini akan membuahkan hasil," katanya.

Mengenai Pemudah, Abdullah berkata beliau berasa amat gembira dengan sumbangan dan kejayaan yang dicapai oleh pasukan itu sehingga kini, sambil menambah semasa Pemudah mula diwujudkan, terdapat jangkaan tinggi untuk pasukan itu menghasilkan beberapa keputusan yang baik dalam meningkatkan sistem penyampaian awam.

"Di sini saya ingin mengiktiraf anggota sektor awam yang memberikan respons positif kepada cadangan dan maklum balas daripada sektor swasta serta Pemudah. Saya juga ingin lihat perkongsian ini berkembang dan diperkukuhkan," katanya.

Bernama

1,000 siswazah akan dilantik sebagai guru kontrak - Hishamuddin

PUTRAJAYA, 20 Mac (Bernama) -- Kementerian Pelajaran akan melantik seramai 1,000 orang siswazah sebagai guru sekolah secara kontrak berikutan peruntukan kerajaan sebanyak RM48 juta bagi program Tenaga Pengajar Secara Kontrak seperti yang diumumkan di dalam mini bajet baru-baru ini, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata peluang ini dibuka kepada semua peringkat pencari kerja, sama ada di kalangan graduan baru atau mereka yang sedang mencari pekerjaan, yang proses pengambilannya akan bermula dalam tempoh terdekat.

"Tawaran akan dikeluarkan di portal Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi dan pengambilan guru-guru kontrak ini akan melibatkan semua jenis dan kategori sekolah, sama ada Sekolah Rendah atau Menengah di seluruh negara.

"Ia akan turut melibatkan keperluan untuk melantik guru di semua jenis sekolah di seluruh negara termasuk Sekolah Sukan, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Agama dan lain-lain lagi," katanya di dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata guru yang terpilih dijangka dapat memulakan perkhidmatan selewat-lewatnya Mei tahun ini.

Hishammuddin berkata kementeriannnya sedang menunggu syarat-syarat pelantikan yang sedang diselaraskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi digunakan oleh semua kementerian.

"Kementerian bagaimanapun telah membuat persediaan bagi membuat pelantikan ini demi memastikan segala keputusan yang dihasratkan menerusi pakej rangsangan ekonomi kedua dapat dilaksanakan seberapa segera," katanya.

Katanya daripada keseluruhan peruntukan RM60 bilion di bawah pakej itu, sebanyak RM2.093 bilion diperuntukkan oleh kerajaan untuk bidang pendidikan, meliputi RM1.949 bilion untuk Pembangunan Pendidikan dan RM144 juta untuk Belanja Mengurus bagi manfaat semua sekolah di seluruh negara.

Katanya Pembangunan Pendidikan melibatkan RM36.3 juta untuk Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), RM1.432 bilion untuk Ubah Suai Naik Taraf Rendah, RM128.7 juta Ubah Suai Naik Taraf Menengah, RM164.1 juta Infrastruktur Sokongan Pendidikan, RM18.2 juta Perabot dan Peralatan dan RM169.6 juta Pembaikan dan Penyelenggaraan Sekolah dan Kemudahan Sekolah.

Manakala agihan RM144 juta itu (Belanja Mengurus) melibatkan RM6 juta untuk program Pegawai Kontrak, RM48 juta program Tenaga Pengajar Secara Kontrak, RM40 juta program Smartboards dan RM50 juta Kokurikulum, katanya.

Hishammuddin berkata Kementerian Pelajaran turut menyambut baik kenyataan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Mansor untuk menempatkan 3,000 siswazah yang mempunyai kelulusan dalam bidang ICT untuk ditempatkan di sekolah-sekolah di seluruh negara yang mempunyai jaringan internet bagi membantu menjayakan inisiatif ICT.

Beliau juga berterima kasih atas langkah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk mempertingkatkan keupayaan sistem Internet di 3,000 buah sekolah di seluruh negara yang mempunyai jaringan Internet (Schoolnet).

"Saya berharap usaha ini dapat membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara online sekaligus merangkaikan warga sekolah di seluruh negara secara interaktif melalui Schoolnet.

"Langkah ini juga dilihat dapat membantu dan memberi manfaat kepada siswazah yang mempunyai kelulusan ICT khususnya yang menganggur ketika ini," katanya.

Bernama

Anwar minta pegawai kerajaan ikut peraturan profession

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pegawai kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri menjalankan tanggungjawab mengikut peraturan profesion yang telah ditetapkan supaya tidak diperalatkan oleh politik kepartian.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini, Anggota Parlimen Permatang pauh daripada Parti Keadilan Rakyat itu berkata terdapat pegawai tinggi kerajaan yang terpaksa akur dengan tuntutan daripada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara pada masa ini.

Anwar turut mempertikaikan tahap kawalan keselamatan di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ekoran pendedahan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai penemuan 'benda aneh' di bawah meja Presiden Umno.

"Walaupun kita tolak ketahyulan tapi ini aspek keselamatan. Bagaimana, siapa yang mungkin boleh menembusi sekuriti di PWTC yang ketat pengawalannya itu dan hanya terdapat di bawah meja Perdana Menteri (Presiden Umno), tidak di bawah meja-meja yang lain termasuk Timbalan Perdana Menteri, Setiausaha Agung dan pegawai yang lain," katanya.

Menurut laporan akhbar itu hari ini, dua keping kertas bertulisan jawi dan kayu yang dibalut kertas putih ditemui dilekatkan di bawah meja Perdana Menteri di Tingkat 39.

Bernama

Wednesday, March 18, 2009

46,000 jawatan kosong awam

KUALA LUMPUR 17 Mac – Para penganggur serta pemegang sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), diploma dan ijazah diseru menyertai sektor awam bagi mengisi 46,000 kekosongan jawatan bagi 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah berkata, antara kekosongan bagi jawatan-jawatan itu adalah dalam bidang perubatan dan kesihatan; separa perubatan, juruterbang, kejuruteraan dan kemahiran, pentadbiran dan sokongan, tadbir dan diplomatik serta keselamatan dan pertahanan awam.

Selain itu katanya, terdapat 267 lagi kekosongan dalam skim jawatan lain.

Beliau memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 7.4 peratus diperuntukkan bagi kuota kaum India sementara kuota untuk kaum Cina belum ditentukan lagi.

‘‘Jawatan-jawatan ini akan diisi segera sekiranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima permohonan.

‘‘Kita seru kaum India dan Cina untuk turut memohon jawatan-jawatan ini selari dengan kemahuan kerajaan, esok jangan kritik kerajaan kata kita beri keutamaan pada satu kaum,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Jelasnya, proses pengambilan bagi jawatan-jawatan itu akan dipercepatkan kepada dua bulan selepas temu duga, berbanding empat bulan sebelum ini.

Beliau menambah, bidang kejururawatan mencatatkan peluang pekerjaan paling tinggi dengan 4,000 kekosongan di SPA.

Katanya, skim gaji bulanan ba-

gi lulusan ijazah adalah antara RM2,538.89 sehingga 3,550.84, sementara skim gaji bagi kumpulan sokongan (pemegang PMR, SPM, STPM dan diploma) pula adalah antara RM1,419.91 sehingga RM2,356.91.

Selain itu untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.spa.gov.my atau menghubungi 03-88856297.


Ada kakitangan awam berniaga waktu kerja

SAYA bersetuju dengan luahan hati Akmar Hayati dari Putrajaya mengenai sikap kaki tangan awam yang makan dan minum tidak tentu masa pada waktu bekerja. Saya juga merasa terpanggil untuk berbicara tentang etika kerja kakitangan awam yang dilihat teruk berbanding dengan pekerja-pekerja swasta.

Mereka ini bukan sahaja makan, minum tidak tentu masa, malah turut melakukan urusan-urusan peribadi di waktu pejabat. Contohnya, berniaga, menjual pakaian, kuih pada waktu pejabat.

Juga datang kerja lewat, balik awal, ponteng kerja dan pelbagai lagi. Malah sesetengah kakitangan awam turut keluar pejabat pada pukul 12.00 tengah hari dengan alasan untuk mengambil anak sekolah dan masuk pada pukul 2.30 petang selepas selesai menghantar anak ke sekolah KAFA.

Tidak bolehkah urusan persekolahan anak ini diselesaikan dengan menggunakan khidmat bas atau van sekolah untuk menghantar dan mengambil anak sekolah?

Sekiranya perkara ini dilakukan pada setiap hari, ditolak waktu makan dan minum, bersembang dan berbual kosong, membaca surat khabar, berapa jam sangatkah waktu kerja yang berkualiti buat golongan ini?

Sesetengah kakitangan awam juga sangat berkira apabila kebetulan datang awal setengah jam dan balik lambat setengah jam, terus dibuat tuntutan kerja lebih masa. Tidak fikirkah berapa banyak waktu yang telah dihabiskan untuk urusan peribadi?

Mengkhianati amanah dengan menghabiskan banyak masa dengan minum atau membuat kerja tidak berfaedah bermaksud makan gaji buta. Bila makan gaji buta ia akan menyentuh pula persoalan apakah gaji yang diterima itu setimpal dengan kerja dan usaha yang dilaksanakan?

Saya tidak nafikan bukan semua anggota perkhidmatan awam bersikap begitu. Namun jika sebahagiannya bersikap sambil lewa dan acuh tidak acuh, maka sudah pasti ia akan menjejaskan imej dan integriti keseluruhan kakitangan awam itu sendiri.

Dicadangkan juga agar ketua-ketua jabatan bersikap tegas menangani masalah-masalah yang berlaku di kalangan kakitangannya sendiri.

Kita perlu fikirkan adakah sumber pendapatan yang diperoleh halal untuk digunakan bagi menyara kehidupan diri, isteri dan anak-anak? Bila sumber tidak halal menjadi tunjang menyara kehidupan, maka keberkatan hidup itu secara automatiknya ditarik oleh Allah SWT dan mengundang berlakunya gejala-gejala negatif dalam diri seorang dan kelangsungan hidup keluarga yang ditanggungnya.

Perubahan minda dan membuang sikap-sikap negatif amat perlu bagi seluruh warga perkhidmatan awam. Barulah nanti kita layak dipanggil warga perkhidmatan awam yang berintegriti, produktif, efisyen dan memiliki minda kelas pertama.

PENCINTA NEGARA

Kuala Lumpur



Utusan Online

Tuesday, March 17, 2009

RTM staff protest against new D-G

KUALA LUMPUR: RTM staff members are against the appointment of Datuk Ibrahim Yahaya as the Broadcasting Department director-general.

The Information Ministry issued a statement announcing Ibrahim's appointment, which came into effect yesterday. Ibrahim, formerly media adviser to the information minister, succeeds Datuk Abdul Rahman Hamid.

RTM staff sent a memorandum protesting against the appointment to Cuepacs president Omar Osman (picture) recently.

Omar said the job should have been offered to someone from RTM.

"If outsiders are appointed, it will only deprive other officers of a chance for promotion."

Omar said Cuepacs had voiced its displeasure to Chief Secretary to the Government Tan Sri Sidek Hassan and Public Service Department director-general Tan Sri Ismail Adam.

PSD communication and public relations head Nik Noraini Nik Ya defended the move, saying appointments to the top posts in the civil service were opened to candidates from other sectors and disciplines since last year.

Officers of other disciplines and professionals with vast and relevant experience from the private sector could also apply to join the civil service, she said.

This was in line with the government's desire to recruit the best talent and best brains.

Ibrahim Yahaya Ketua Pengarah Penyiaran baru

KUALA LUMPUR 16 Mac - Penasihat Media Menteri Penerangan, Datuk Ibrahim Yahaya (gambar) dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran yang baru berkuat kuasa hari ini.

Ibrahim menggantikan Datuk Abdul Rahman Hamid yang dilantik Penasihat Penyiaran Digital kepada Menteri Penerangan mulai 2 Januari lalu.

Kenyataan Bahagian Perhubungan Awam Kementerian Penerangan menyebut, pelantikan Ibrahim berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang media dan penyiaran.

Ibrahim pernah memegang beberapa jawatan dalam media sebelum ini antaranya sebagai Pengarang Kanan Berita Publishing Sdn. Bhd. dan Pengurus Ehwal Semasa dan Penyiaran TV3.

Tambah kenyataan itu, pelantikan tersebut sejajar dengan penstrukturan semula Jabatan Penyiaran yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai 1 Januari lalu.

Di bawah penstrukturan semula ini, JPA telah meluluskan Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B bagi kedua-dua jawatan iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran).

Sementara itu, kata kenyataan itu lagi, Pengarah Urusan Rancangan TV, Datuk Norhayati Ismail dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) berkuat kuasa 25 Februari lalu.

Beliau menggantikan Datuk Adilah Shek Omar yang ditukar sebagai Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) mulai 2 Januari lalu.

Pelantikan Adilah bertujuan merancang dan memperkasakan IPPTAR menjadi institusi penyiaran dihormati di peringkat antarabangsa.

Pekeliling naik gred diketepikan

KEMENTERIAN Kesihatan mengeluarkan surat pekeliling KK(S) 523(533) 2008 berkaitan tawaran kenaikan pangkat jawatan pegawai kesihatan persekitaran U42 bagi penolong pegawai kesihatan persekitaran U32 dan U29 yang mempunyai ijazah berkaitan dan penolong pegawai kesihatan persekitaran U36 untuk kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL).

Apa yang paling mendukacitakan ialah Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan membuat keputusan bahawa kenaikan pangkat pegawai kesihatan persekitaran gred U42 secara pangkuan cuma diberikan kepada mana-mana penolong pegawai kesihatan persekitaran U36 dan menolak permohonan penjawat penolong pegawai kesihatan persekitaran U32 dan U29 yang mempunyai ijazah seperti dinyatakan pekeliling berkaitan.

Bahagian sumber manusia juga tidak mematuhi pekeliling bil 11 2005 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan jawatan bersepadu pegawai kesihatan persekitaran dan penolong pegawai kesihatan persekitaran yang menyatakan dengan jelas kenaikan pangkat secara pangkuan adalah tertakluk kepada mana-mana kakitangan yang mempunyai ijazah berkaitan.

Keputusan yang dibuat bahagian sumber manusia mengecewakan dan bersifat subjudis kepada kakitangan yang bersusah payah menyambung pelajaran ke peringkat ijazah demi meningkatkan kerjaya.

Ia memberi gambaran kenaikan pangkat akan diberikan mengikut mempunyai kekananan dan pengalaman saja tanpa mengambil kira kelayakan ijazah yang diiktiraf JPA.

Jika diambil kira pengalaman, kakitangan yang mempunyai ijazah juga berpengalaman melebihi 10 tahun dan ada yang sudah 30 tahun dalam perkhidmatan.

GRADUAN TUA,
Ampang Kuala Lumpur.

Berita Harian Online

Sunday, March 15, 2009

Progranm memperkenalkan BPA disetiap kawasan parlimen

TAIPING, 15 Mac (Bernama) -- Biro Pengaduan Awam (BPA) akan memperluaskan program bertemu rakyat di setiap kawasan Parlimen bagi mendengar aduan mereka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah.

Beliau berkata di setiap majlis pertemuan itu, BPA akan menerima aduan orang ramai dan kemudian menyalurkannya kepada agensi yang bertanggungjawab untuk diselesaikan.

"Banyak masalah rakyat tidak dapat diselesaikan sebelum ini kerana kurangnya pendedahan dan maklumat mengenai kewujudan jabatan ini. Untuk itu, kami akan turun padang bersama agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran Negara, Pejabat Tanah dan Daerah bagi memudahkan masalah rakyat di selesaikan dengan cepat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Antara masalah rakyat yang masih belum dapat diselesaikan adalah masalah mendapatkan kad pengenalan, tiada sijil kelahiran dan gagal mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, kata Muruguiah.

Beliau berkata hari bertemu pelanggan turut diadakan di ibu pejabat BPA di Putrajaya setiap Selasa.

Bernama

Pelbagai insentif galakkan doktor berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan

PETALING JAYA, 15 Mac (Bernama)-- Kementerian Kesihatan menyediakan "pelbagai ganjaran" untuk mengekalkan doktor dalam perkhidmatan kerajaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini termasuk penghargaan, jumlah ganjaran lebih tinggi, peningkatan dan pertumbuhan kerjaya, gaya hidup seimbang, kepuasan daripada segi kerja, cabaran profesional, ruang autonomi dan pembangunan modal insan.

Berucap pada simposium "Cabaran Masa Depan Penjagaan Kesihatan Di Malaysia" di sini, beliau berkata kementerian itu menyediakan beberapa insentif dan ganjaran untuk menggalakkan doktor kerajaan kekal dalam perkhidmatan.

Katanya insentif itu termasuk lebih banyak peluang bagi kenaikan pangkat dan kebaikan pangkat lebih cepat berdasarkan prestasi, peluang kepada mereka yang berada dalam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memilih skim pencen, elaun panggilan bertugas dan lokasi, elaun makan dalam bilik pembedahan dan ganjaran bagi doktor yang menyampaikan syarahan di universiti.

Insentif lain ialah peluang melanjutkan pelajaran dan cuti sabatikal, bantuan bagi penyelidikan dan penerbitan melalui pusat penyelidikan klinikal di seluruh negara, biasiswa bagi anak-anak doktor yang layak dan cuti tahunan 35 hari dan 25 hari bagi kakitangan baru.

Noor Hisham berkata diharapkan melalui pelbagai insentif itu, doktor akan terus bekerja dalam perkhidmatan kerajaan kerana ia juga merupakan peluang untuk mereka memenuhi tanggungjawab sosial untuk berkhidmat kepada negara.

B
ernama