Saturday, January 31, 2009

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SEJAK Labu Peram diperkenalkan lebih 25 tahun dahulu, tiada satu pun skim cepat kaya yang berakhir dengan kejayaan para pelaburnya.

Kebanyakan pelabur bukan sahaja gagal mencapai impian cepat kaya seperti yang diharapkan malah hilang modal yang dilaburkan dalam skim-skim sedemikian rupa, yang sebenarnya tidak sah di sisi undang-

undang.

Namun, keinginan memperoleh untung berganda dalam masa singkat terus menjadi impian sesetengah masyarakat kita. Ia semacam jaminan hayat kepada skim cepat kaya walau atas apa nama sekalipun digunapakai.

Lantas kesengsaraan pelabur yang rakus tidak pernah menjadi pengajaran kepada kebanyakan anggota masyarakat kita walaupun media massa dari semasa ke semasa mendedahkan perkara tersebut.

Anggota perkhidmatan awam pun tidak terkecuali daripada terbabit sama dan ia membuktikan memiliki pendidikan sahaja belum memadai untuk membanteras masalah terbabit.

Adalah mendukacitakan apabila orang ramai tidak memanfaatkan skim-skim pelaburan yang sah yang ada dalam pasaran. Walaupun ia tidak menjanjikan keuntungan sepantas kilat, ia secara dasarnya tidak pernah mengecewakan.

Awang – Ada tabung buluh.

Utusan Malaysia

Kerajaan Pulau Pinang henti 13 pekerja

Dalam pada Ketua Menteri, Lim Guan Eng menasihati majikan-majikan di negeri ini supaya jangan memberhentikan pekerja tempatan atas alasan kegawatan ekonomi - agensi kerajaan negeri sendiri yang melanggar arahan itu.

Perbadanan Perpustakaan Pulau Pinang baru-baru ini memberhentikan 13 pekerjanya tanpa sebarang sebab.

Kesemua mereka yang telah berkhidmat secara kontrak di antara 10 dan 15 tahun itu hanya dimaklumkan 'berita buruk' tersebut melalui surat awal bulan ini.

Antaranya ialah seorang wanita yang suaminya merupakan orang kurang upaya (OKU) dan seorang ibu yang mempunyai anak penghidap leukemia.

Sehubungan itu, kesemua 13 pekerja terlibat membuat rayuan kepada kerajaan negeri supaya kontrak tersebut disambung semula.

Isteri OKU itu juga telah berjumpa dengan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman baru-baru ini, untuk mengemukakan masalah tersebut.

Omar yang dihubungi berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada Guan Eng minggu lalu meminta kontrak pekerja terbabit disambung semula.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada maklum balas diterima daripada kerajaan negeri.

Justeru pihaknya sedang mengumpul maklumat terperinci berkaitan kes itu untuk dibawa ke pengetahuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Wanita itu dan suaminya yang buta datang berjumpa saya. Mereka mengadu masalahnya dan rakan sekerja yang diberhentikan tanpa sebab munasabah.

"Kami sedang mengumpul maklumat. Setelah lengkap barulah tindakan susulan diambil. Setakat ini kami masih tunggu jawapan daripada Ketua Menteri," katanya.

Difahamkan, Timbalan Ketua Menteri II , Dr. P. Ramasamy mendakwa kerajaan negeri sudah menawarkan kerja di perpustakaan desa kepada pekerja terlibat tetapi mereka menolak.

Utusan Malaysia

50,000 kakitangan awam terjebak skim cepat kaya

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Ancaman baru dalam perkhidmatan awam.

Itu gambaran penglibatan kira-kira 50,000 kakitangan awam di seluruh negara dalam skim cepat kaya.

Umpama wabak mudah berjangkit, keadaan itu bertambah buruk apabila ada kalangan pegawai atasan termasuk ketua jabatan turut terlibat menganjurkan skim tersebut.

Penglibatan pegawai atasan itu menyebabkan ramai kakitangan bawahan terjebak secara rela atau 'terpaksa' sehingga menghimpunkan angka sebesar itu.

Malah bagi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman, beliau tidak terkejut sekiranya jumlah kakitangan awam yang terlibat dengan skim itu lebih ramai.

"Bagi CUEPACS kita tidak terkejut sekiranya jumlah itu mungkin lebih lagi, ya lah semua tahu bagaimana 'berhantu' skim ini, ramai yang boleh terpengaruh termasuk rakyat yang bijak pandai.

"Berdasarkan maklumat kita, dalam perkhidmatan awam dari atas, tengah sampai ke bawah terlibat.

''Jadi saya harap tindakan segera diambil, jangan sampai terlambat sehingga mengancam kakitangan awam kita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berikutan kebimbangan ancaman skim cepat kaya, Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 2/2009, yang berkuat kuasa 13 Januari lalu dikeluarkan.

Ia bertujuan melarang kakitangan awam di semua peringkat daripada membabitkan diri dalam skim itu sama ada sebagai penganjur, pengantara atau pelabur.

Pekeliling itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam.

Pekeliling turut meliputi kakitangan badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan negeri.

Mereka yang terbabit dalam skim berkenaan diarah menghentikan aktiviti itu serta-merta atau berdepan tindakan disiplin.

Omar menambah, dalam hal ini Cuepacs sedia bekerjasama dengan JPA khususnya untuk menyalurkan maklumat yang diperlukan.

Katanya, masih ramai yang tidak berani tampil mendedahkan hal tersebut secara rasmi kerana bimbang diambil tindakan dan sebagainya.

"Saya harap kita cari jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan semua. Jangan bila ada yang dedah, kita yang kena, orang atas yang terlibat sama tak kena pula. Itu yang mereka takut.

"Jadi setidak-tidaknya apabila JPA keluarkan pekeliling memberi peringatan mengenai hal ini, CUEPACS sememangnya menyokong. Ia jadi satu penegasan jelas supaya kita tidak terlibat," jelasnya.

Sementara itu, Ismail memberitahu, pekeliling tersebut dikeluarkan untuk mengingatkan lebih satu juta kakitangan awam agar tidak terlibat dengan gejala ini.

Kata beliau, ini bukan bermakna skim cepat kaya telah menular dengan meluas di kalangan kakitangan awam tetapi langkah awal untuk pencegahan.

"Saya tiada angka sebenar tentang berapa ramai yang terlibat. Cuma kalau nak dianggarkan, saya percaya jumlahnya tidak mencapai angka yang boleh dianggap besar.

"Selain pekeliling, kakitangan awam turut terikat dengan peraturan disiplin yang lain. Saya harap mereka faham," ujarnya.

Utusan Malaysia

Wednesday, January 28, 2009

Panel to boost delivery system

KUALA LUMPUR: The Federal Territories Ministry has set up the Modern City Management Committee to enhance the service delivery system here.

Minister Datuk Seri Zulhasnan Rafique said the move would turn Kuala Lumpur into a first-class city by 2020.

He said the committee would study the management mechanisms, laws and administrative and local government structures adopted by developed countries.

The committee, chaired by Putrajaya Corporation president Tan Sri Samsudin Osman, would also scrutinise the administrative, planning and development implementation systems as well as the efficiency of municipal service deliveries.

The aim was to create a sustainable and safe municipal administrative area, he said in a statement.
"The committee will also identify the criteria to meet the modern city management concept and study the power and liaison coordination mechanisms involving various agencies or institutions."

He said Kuala Lumpur as well as Putrajaya and Labuan would be administered based on a modern management concept.

NSTP

Pegawai disyaki terima rasuah percepat lulus pinjaman

KUALA SELANGOR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mendedahkan beliau mendapat maklumat ada pegawai agensi kementerian itu menerima rasuah untuk mempercepatkan kelulusan pinjaman.

Beliau berkata, pegawai itu meminta habuan tertentu sebagai balasan jika mahu mempercepatkan atau meluluskan pinjaman dan jika enggan, permohonan tidak diluluskan.

"Siapa cepat hulur (komisen), cepatlah kelulusannya. Siapa tidak hulur kebulur jawabnya tak dapat (permohonan tidak lulus)," katanya selepas majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen kawasan Tanjung Karang, di sini semalam.

Namun, Noh berkata, tiada pengadu tampil memberi bukti dan keterangan.

Beliau berkata, dakwaan itu mungkin benar tetapi sukar diambil tindakan kerana pengadu atau pemohon enggan memberi kerjasama.

"Pengadu kena beri bukti supaya tindakan dapat diambil. Jika takut membuat aduan, pengadu boleh memberi nama pegawai atau pejabat mana yang terbabit atau mengadu terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh melindungi pengadu," katanya.

Noh berkata, pemohon yang bermasalah juga boleh mengadu terus kepada kementeriannya secara bersemuka yang diwujudkannya selepas dilantik menteri di kementerian itu.

Katanya, pegawai yang didakwa bermasalah, pengadu dan wakil kementerian akan dipanggil bersemuka bagi membincangkan masalah pinjaman dan cara mengatasinya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kementerian menyediakan kursus keusahawanan percuma kepada pekerja yang diberhentikan kerana kegawatan ekonomi.

"Kita syorkan mereka datang secara berkumpulan supaya mudah kita beri kursus percuma mengikut kehendak mereka yang disesuaikan kehendak pasaran kerja," katanya.

Dalam pada itu, Noh memberi amaran akan menggantung permit syarikat bas ekspres yang melanggar peraturan termasuk menaikkan tambang bas sempena cuti Tahun Baru Cina.

Katanya, ada syarikat bas di Hentian Putra dilaporkan menaikkan tambang bas beberapa kali ganda untuk perjalanan dari dan ke Pantai Timur sempena cuti itu.


Berita Harian

Thursday, January 22, 2009

Timbang kenaikan pangkat kakitangan awam - Cuepacs

SEREMBAN 22 Jan. — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan bengkel semakan gaji di Kuala Terengganu pada 4, 5 dan 6 Februari ini bagi membincangkan isu kenaikan pangkat bagi lebih 400,000 kakitangan awam Kumpulan Sokongan Dua.

Presidennya, Omar Osman berkata, rumusan mengenainya akan dikemukakan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan.

“Dalam hubungan ini, CUEPACS meminta kerajaan supaya lebih terbuka dan telus dalam mempertimbangkan kenaikan pangkat kepada kakitangan terbabit. Ini kerana kenaikan pangkat kepada kakitangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka memperoleh pencen yang lebih baik.

“Lagipun, kenaikan gaji berikutan kenaikan pangkat yang diterima mereka bukan begitu besar jumlahnya, hanya sekitar RM50,” katanya selepas bertemu kakitangan awam di Wisma Negeri, di sini hari ini. -

Bernama

Waktu kerja panjang tidak bebankan doktor

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Tindakan kerajaan memanjangkan waktu bekerja doktor sebagai langkah jangka pendek untuk mengatasi masalah kelewatan rawatan kepada pesakit luar di kebanyakan hospital kerajaan, tidak membebankan pegawai-pegawai perubatan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr. Khoo Kah Lin berkata, doktor-doktor di negara ini mempunyai sikap kerja positif dan memahami bidang tugas dan tanggungjawab mereka untuk merawat pesakit

‘‘Saya tidak pernah menerima aduan daripada doktor-doktor di negara ini yang mengatakan mereka terbeban akibat waktu bekerja yang panjang sehingga 14 jam sehari.

‘‘Mereka bukan bekerja dalam jangka waktu panjang setiap hari sebaliknya akan diberi cuti rehat yang cukup agar perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit adalah berkualiti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

17,000 apply for MACC vacancies

PUTRAJAYA: Some 17,000 people have expressed interest in playing a part to ensure a corrupt-free country. But only 43 will make it.

That is the number of applications the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) received for its vacancies for officer posts.

Its deputy commissioner Datuk Zakaria Jaafar said: “We are surprised to have received such overwhelming response from job seekers.

“Of the thousands who submitted applications, only 1,800 will sit for a test and be called for an interview arranged by the Public Services Commission,” Zakaria said after witnessing the handing-over of keys to the new office for three of the MACC’s divisions.

The Star

Wednesday, January 21, 2009

Bahan bacaan terlaris

Pada masa kini kita selalu mencari maklumat melalui internet berbanding bahan bercetak. Tetapi tahukah kita, kadangkala maklumat yang kita perolehi itu boleh dipertikaikan kesahihannya. Ini adalah kerana kadangkala kita tidak tahu siapa penulis/pengarang terhadap sesuatu artikel yang disiarkan. Ini adalah kerana mereka tidak berani bertanggungjawab terhadap maklumat yang diberikan walaupun kadangkala maklumat yang diberikan penuh dengan fakta dan data. Kadangkala berlaku laman yang kita rujuk sebelum ini untuk memperolehi maklumat sudah tidak dapat dirujuk kerana laman web yang telah kita 'bookmark' kan sebelum ini sudah tiada dalam perkhidmatan.

Cuma kita sebagai pengguna/penyelidik perlu bijak mencari maklumat agar bahan yang kita perolehi itu sahih atau sebaliknya. Berbanding dengan bahan bacaan bercetak, kita lebih mudah mempercayai informasi yang terdapat di dalamnya kerana kita tahu siapa sebenarnya penanggungjawabnya samada dari segi pengarang, penerbit, bibbliografi dan sebagainya.

Tujuan artikel ini sebenarnya adalah untuk berkongsi dengan semua tentang buku yang terlaris di dunia (all time best seller). Untuk lebih jelas anda boleh rujuk maklumat di bawah :

1. Al-Quran

Al-Quranul Karim merupakan kitab suci panduan umat Islam seluruh dunia. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu naskah Al-Quran. Berdasarkan populasi masyarakat Islam di seluruh dunia yang mengatasi agama lain maka tidak hairanlah naskah Al-Quran menjadi rujukan yang terbanyak di dunia dan paling kerap sekali dirujuk oleh manusia setiap hari.



2. Kitab Injil/Bible

Kitab injil yang dipercayai diterbitkan sekitar tahun 1451 sehingga kini telah mencecah 6 billion naskah dalam versi terjemahan 2 ribu bahasa dan dialek. Setiap bilik hotel di Barat menyediakan naskhah injil ini untuk rujukan tetamu.

3. Buku 'Quotation from Chaiman Mao'

Buku ini dikenali juga sebagai "The Little Red Book", mula diterbitkan pada sekitar tahun 1966, bilangan penerbitannya kini telah mencapai sekitar 900 juta naskah. Buku ini menghimpunkan buah fikiran serta ungkapan pemimpin komunis di China, mendiang Mao Tse Tung. Bahan ini telah diwajibkan keatas semua rakyat china mulai tahun 1966 sehingga 1971.

4. Novel 'A Tale Of Two Cities'

Novel fiksyen yang ditulis oleh Charles Dickens ini dicetak buat pertama kali pada 1859. Sehingga kini cetakan untuk buku ini adalah sebanyak 200 juta naskhah. Memandangkan sambutan yang mengalakkan terhadap novel ini, ianya telah diadaptasi ke layar filem pada tahun 1911, 1917, 1922, 1935 dan 1958.

5. Buku 'Scouting for Boys'

Buku tulisan Robert-Baden Powell ini merupakan buku yang pertama ditulis mengenai aktiviti pengakap. Ianya diterbitkan pada 1908. Memandangkan ianya menjadi rujukan untuk para pengakap, ianya telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa dan sehingga tahun 2008, masih terdapat terjemahan buku ini diterbitkan iaitu Siruvar Saaraniyam yang merupakan terjemahan dalam bahasa tamil. Untuk edisi Malaysia anda boleh merujuk kepada Scouting for Boys yang diterbitkan pada 2004 oleh Brownsea Singapore Publisher.

6. Buku 'The Lord of the Rings

Buku ini bertemakan epik fantasi yang laris sehingga kini. Buku ini ditulis buat pertama kali oleh J.R.R. Tolkien pada 1937. Beliau mengambil tempoh yang panjang iaitu selama 12 tahun untuk menyiap dan menerbitkan buku ini dimana ianya telah diterbitkan secara rasmi pada 1949 dimana pada masa itu umur beliau telah mencapai 63 tahun. Memandangkan buku ini berjaya menarik minat kanak-kanak hingga dewasa maka tidak hairanlah ianya telah difilemkan sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1978 dan 1980 dan seterusnya dibuat trilogi filem yang ditayangkan pada 2001, 2002 dan 2003.


7. Buku 'Book of Mormon'

Buku ini diterbitkan pada 1830 dan sehingga kini jualannya telah mencapai 130 juta naskhah


8. Buku 'Three Represents'

Buku yang ditulis oleh Jiang Zemin ini adalah merupakan ideologi parti komunis yang telah diterbitkan pada tahun 2001 di China. Antara subjek yang terdapat adalah mengenai pengurusan, pentadbiran kerajaan, ekonomi dan ketenteraan. Sehingga kini buku ini telah dicetak sebanyak 100 juta naskhah.


9. Buku 'Ten Little Nigger'

Buku fiksyen mengenai cerita misteri ini telah ditulis oleh Agatha Christie dan diterbitkan pada tahun 1939. Buku ini telah ditukar judulnya kepada And There Were None pada tahun 1940. Buku ini juga pernah ditukar judul kepada Ten Little Indians dan difilemkan dengan tajuk yang sama. Buku ini telah dijual sebajak 100 juta naskah dan menjadi novel fiksyen misteri yang terlaris di dunia.


10. Buku Panduan/Pekeliling/Arahan Perkhidmatan Awam

Buku-buku ini menjadi sumber rujukan setiap anggota perkhidmatan awam. Semua anggota perkhidmatan awam perlu tahu tentang maklumat yang terkandung di dalam buku Panduan Pengurusan Pejabat, Perintah Am, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam, Malaysia Kita, Nilai & Etika, Tonggak 12 dan lain-lain lagi. Apa yang menghairankan ialah buku ini menjadi laris permintaannya apabila adanya Kursus Induksi dan Peperiksaan PTK. Oleh itu buku ini juga boleh diklasifikasikan sebagai buku terlaris di pasaran dimana terdapat pelbagai edisi terbaru dikeluarkan setiap tahun.

Tempoh akhir opsyen 31 Januari

PUTRAJAYA 20 Jan. – Kakitangan awam yang sebelum ini memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diminta membuat opsyen semula sama ada kekal di bawah skim yang sama atau memilih skim pencen.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, mereka mempunyai tempoh hingga 31 Januari ini untuk berbuat demikian.

‘‘Sekiranya mana-mana penjawat awam tidak membuat opsyen semula sebelum tarikh di atas atau tidak menyerahkan Borang Opsyen Semula sebelum tarikh tersebut atau yang membuat opsyen dengan bantahan atau syarat tambahan, akan disifatkan kekal di bawah Skim KWSP,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Menurutnya, garis panduan mengenai opsyen itu telah disediakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008 (Tawaran Opsyen Semula Kepada Anggota Yang Telah Memilih Skim KWSP) dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2009 (Tawaran Opsyen Semula Kepada Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan).

Mereka yang mahu penjelasan atau pertanyaan lanjut boleh merujuk kepada hotline Bahagian Pasca Perkhidmatan di talian 03-88854906 atau melayari laman web www.jpapencen.gov.my.

Opsyen semula Skim KWSP ke Pencen akan tamat pada 31 Jan

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini mengingatkan kakitangan awam yang sebelum ini memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar membuat opsyen semula sama ada ingin kekal di bawah skim yang sama atau memilih skim pencen kerana tempoh untuk membuat opsyen itu akan berakhir 31 Jan ini.

Mana-mana kakitangan awam yang tidak membuat opsyen semula sebelum tarikh tersebut, atau tidak menyerahkan Borang Opsyen Semula sebelum tarikh itu, atau yang membuat opsyen dengan bantahan atau syarat tambahan, akan disifatkan sebagai di bawah skim KWSP, kata JPA dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut JPA, garis panduan mengenai opsyen itu telah disediakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008 (Tawaran Opsyen Semula Kepada Anggota Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2009 (Tawaran Opsyen Semula Kepada Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan).

Untuk penjelasan dan sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh merujuk hotline Bahagian Pasca Perkhidmatan di talian 03-8885 4906 atau melayari laman web www.jpapencen.gov.my.

Bernama

Ketua jabatan akan terima padah

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap ketua jabatan dan agensi kerajaan yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memastikan semua kakitangannya bebas daripada kegiatan skim cepat kaya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata tindakan tegas itu seiring Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 yang melarang kakitangan awam terbabit dalam skim cepat kaya yang dikeluarkan dan berkuat kuasa seminggu lalu.

"Kini tanggungjawab terletak pada ketua jabatan dan agensi kerajaan untuk sentiasa memantau perkembangan di pejabat masing-masing, jika tidak tindakan setimpal akan dikenakan terutama jika masih ada kakitangan awam yang terbabit dalam kegiatan skim cepat kaya berhadapan masalah hingga menjejaskan kerja.

"Tindakan terhadap ketua jabatan akan dilaksanakan mengikut tahap kesalahan yang dilakukan bagi membuktikan bahawa kerajaan serius dalam hal ini kerana jika dibiarkan berlarutan ia boleh memburukkan imej kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Minggu lalu, kerajaan melarang pembabitan kakitangan awam dalam skim cepat kaya, sama ada sebagai penganjur, pengantara atau pelabur selepas mendapati kegiatan itu menjejaskan imej perkhidmatan awam.

Larangan itu menyebut semua kakitangan awam dikehendaki menghentikan pembabitan serta-merta dan mereka yang dikesan terbabit dalam kegiatan itu akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan lain yang berkuat kuasa.

Ismail berkata, setakat ini belum ada ketua jabatan atau kakitangan awam yang dikenakan tindakan kerana terbabit dalam kegiatan skim cepat kaya, bagaimanapun ia tidak bermakna kerajaan tidak menjalankan pemeriksaan.

Berita Harian

Tuesday, January 20, 2009

Hanya seminit tempoh menunggu di Jabatan Kecemasan

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Seperti kedai serbaneka 24 jam. Itulah suasana di Jabatan Kecemasan di hospital-hospital kerajaan yang tidak pernah berhenti walaupun seminit.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati walaupun menjelang tengah malam, pesakit yang datang ke jabatan kecemasan masih bertali arus.

Yang datang bukan sahaja mangsa kemalangan atau yang menghidap sakit kronik, tetapi juga ada yang hanya demam atau sakit biasa.

Di sebalik kesibukan itu, masa rawatan menunggu untuk mereka yang sakit kronik atau mangsa kemalangan yang parah tidak sampai seminit.

Ini kerana Jabatan Kecemasan hospital kerajaan dibahagikan kepada tiga zon iaitu hijau, kuning dan merah.

Zon hijau dikhaskan kepada pesakit yang kurang kritikal, kuning kritikal dan merah paling kritikal.

Oleh itu tempoh menunggu antara setiap zon berbeza dengan pesakit yang dikategorikan sebagai zon merah akan diberikan rawatan dalam masa seminit.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, para petugas di Jabatan Kecemasan berkhidmat dengan cemerlang.

Walaupun ada rungutan, ia datang dari pesakit yang dikategorikan dalam zon hijau.

Bagaimanapun seorang doktor yang ditemui menjelaskan, pesakit di zon hijau tidak kritikal dan mereka tidak sepatutnya datang ke Jabatan Kecemasan yang mengutamakan penyakit kronik dan mangsa kemalangan.

Katanya, sepatutnya pesakit terbabit boleh tunggu untuk mendapatkan rawatan di klinik pesakit luar yang dibuka hingga pukul 9 malam setiap hari.

Menurut beliau, tindakan pesakit yang mengalami simptom kurang serius seperti demam dan sakit tekak itu menjadi punca mereka lewat diperiksa kerana Jabatan Kecemasan akan mendahulukan pesakit yang berada dalam keadaan serius.

Beliau turut mendakwa ada pesakit yang berbohong mengatakan terpaksa menunggu selama empat jam kerana setiap doktor memang terikat dengan peraturan perlu merawat semua pesakit yang datang ke jabatan itu dalam tempoh waktu bertugas walaupun penyakit yang dialami sebenarnya kurang serius.

Kurang doktor punca utama lewat

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Kekurangan doktor dikenal pasti sebagai punca utama menyebabkan masa untuk mendapatkan rawatan pesakit luar di kebanyakan hospital kerajaan menjadi lebih daripada 30 minit.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, sehingga kini, hanya 53 peratus kekosongan jawatan doktor yang ditawarkan di hospital kerajaan di seluruh negara telah diisi.

‘‘Keadaan ini ditambah pula dengan jumlah pesakit yang mendapat rawatan pesakit luar di hospital kerajaan yang semakin meningkat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tiong Lai diminta mengulas laporan khas Mingguan Malaysia semalam berhubung kelewatan rawatan kepada pesakit luar yang berlaku di Jabatan Pesakit Luar di kebanyakan hospital kerajaan di negara ini.

Tinjauan wartawan Mingguan Malaysia itu dilakukan untuk melihat sejauh mana janji Kementerian Kesihatan setahun lalu untuk memendekkan masa menunggu pesakit luar kepada 30 minit dapat dilaksanakan.

Cari cara perbaiki perkhidmatan pesakit luar

Rungutan pesakit luar hospital kerajaan yang membuang masa dua hingga tiga jam adalah perkara biasa.

Ini kerana janji Kementerian Kesihatan untuk memendekkan masa menunggu pesakit luar kepada 30 minit nampaknya masih belum dapat dilaksanakan.

Masalah sistem penyampaian yang menjadi agenda utama untuk memulihkan imej perkhidmatan kerajaan masih menjadi igauan pesakit-pesakit luar yang mendapatkan rawatan di pusat kesihatan atau hospital kerajaan.

Hasil laporan khas wartawan Perkhidmatan Anda Dipantau! di dalam Mingguan Malaysia semalam bahawa tempoh tiga jam terpaksa dilalui oleh pesakit luar menjelaskan hakikat perkhidmatan di kebanyakan hospital kerajaan masih belum berubah.

Mengapa sukar untuk petugas di hospital mempercepatkan tempoh rawatan. Jika dibuat tinjauan, kita tentu sedar di mana selalu berlaku kelambatan.

Dengan bantuan komputer, proses mendapatkan rawatan pesakit luar sepatutnya cepat tetapi perkara ini jarang berlaku.

Proses mendaftar pun mengambil masa lebih setengah jam kerana pesakit terpaksa menunggu nombor giliran dan pencarian fail. Kemudian ada pula sesetengah kes memerlukan pesakit menjalani proses mengambil darah atau air kencing.

Selepas itu, pesakit beramai-ramai duduk termenung di depan bilik-bilik rawatan sebelum dipanggil untuk berjumpa doktor.

Kerajaan tentu sedar kerumitan ini yang menyusahkan rakyat. Masalah mendapatkan rawatan yang begitu lama adalah isu lama.

Tetapi inilah yang dialami oleh masyarakat kita yang berpendapatan rendah setiap kali mengharapkan rawatan di hospital kerajaan.

Bagi memenuhi hasrat untuk memberi khidmat kesihatan dalam tempoh 30 minit, kakitangan yang terdiri daripada doktor, jururawat dan pembantu hospital perlu mengubah cara bekerja.

Mereka semestinya memahami keperluan pesakit untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Ketiadaan kumpulan kerja yang baik sesama kakitangan di hospital misalnya boleh diatasi dengan menetapkan prosedur kerja yang teratur dan tidak bertindih antara satu sama lain.

Sepatutnya arahan Kementerian Kesihatan itu juga dijadikan sebahagian daripada piagam pelanggan di hospital-hospital kerajaan ke arah menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bermutu dan membantu.

Status pesakit luar tidak bermakna pihak hospital boleh melengah-lengahkan perkhidmatan yang harus diberi kepada mereka.

Ini kerana kelewatan memberi perkhidmatan kesihatan sama seperti menafikan hak yang telah dijanjikan oleh kerajaan kepada rakyat.

Namun begitu, jumlah pesakit luar termasuk warga asing yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan kian meningkat maka kita tidak boleh beranggapan kerajaan patut terus menanggung kos perubatan rakyat seperti masa ini.

Perancangan harus dibuat mulai sekarang agar rakyat mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan kos pembiayaan melalui skim insurans kesihatan.

Kualiti khidmat ada kemajuan - Pesakit

PULAU PINANG 18 Jan. - Usaha Kementerian Kesihatan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan kepada masyarakat dengan mengurangkan masa menunggu pesakit di hospital kerajaan daripada 45 kepada 30 minit mula menampakkan kemajuan di hospital di negeri ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati masa menunggu di Unit Rawatan Pesakit Luar dan Unit Kecemasan di Hospital Pulau Pinang (HPP) berjalan lancar dan pelbagai kemudahan turut disediakan antaranya televisyen, kerusi dan meja, sejajar langkah menyediakan perkhidmatan terbaik.

Wartawan dan jurugambar akhbar ini yang mengunjungi HPP beberapa kali juga mendapati jumlah pesakit yang mengunjungi hospital pada hari biasa lebih ramai berbanding hujung minggu dan kesesakan biasanya berlaku pada waktu pagi.

Beberapa pesakit yang ditemui mengakui masa menunggu untuk mendapat rawatan berkurangan antara 30 hingga 40 minit berbanding sehingga sejam atau lebih sebelum ini.

Seorang warga emas, Che Yah Hamid, 75, berkata, dia berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan di HPP dan bersetuju bahawa masa menunggu untuk mendapatkan rawatan di sini juga tidak seperti setahun yang lalu.

Ketika ditemui di Unit Rawatan Pesakit Luar di HPP baru-baru ini, pesakit yang berasal dari Gelugor itu memberitahu, kini dia hanya perlu menunggu 30 minit sahaja untuk mendapatkan rawatan.

''Makcik memang selalu ke hospital dan memang ada sedikit peningkatan jika dibandingkan waktu dahulu. Kalau dulu mak cik perlu tunggu lama dan ada hingga hampir satu jam tapi sekarang lebih baik," katanya yang mempunyai enam orang anak.

Seorang pegawai pemasaran, Ang Kean Siang, 29, berkata, penambahbaikan kualiti perkhidmatan supaya masa menunggu dikurangkan perlu diperhebatkan lagi kerana masih terdapat ruang untuk diperbaiki.

''Memang tidak dinafikan sudah ada sedikit peningkatan tetapi saya percaya ia boleh jadi lebih baik lagi jika usaha tersebut diteruskan.

''Dulu lagi teruk kerana perlu tunggu terlalu lama sehingga kadangkala kita sendiri tidak dapat menahan kesakitan," ujarnya yang menetap di Paya Terubong, Ayer Itam di sini.

Katanya, pada hari ini, beliau hanya perlu menunggu dalam tempoh 26 minit sahaja sebelum nombor gilirannya untuk mendapatkan rawatan dipanggil.

Seorang pesakit, Jalilah Hashim, 44, mahu Kementerian Kesihatan berusaha menambah baik mutu perkhidmatan bagi keselesaan orang awam.

Katanya, langkah kementerian disambut baik tetapi tidak perlu tertumpu kepada satu perkara sahaja sehingga mengabaikan masalah-masalah lain yang juga boleh diperbaiki.

Menurut Jalilah, sebagai pengguna dia gembira atas usaga kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

''Kalau dulu saya terpaksa tunggu hingga berjam-jam lamanya tetapi sekarang tidak lagi kerana masa untuk mendapatkan rawatan dalam lingkungan 30 minit sahaja," jelasnya.

Jamilah berkata, perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah masalah kekurangan tempat letak kereta di hospital kerajaan terutamanya di HPP.

Katanya, masalah itu turut menyebabkan kesesakan sekali gus membuatkan pesakit menghabiskan masa yang terlalu lama kerana tiada tempat letak kereta.

Seorang jurugambar bebas, Christopher Thomas, 32, pula memberitahu, jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di HPP juga menjadi penyumbang kepada masa menunggu di hospital.

Menunggu 3 jam perkara biasa

JOHOR BAHRU 18 Jan. - Kerana sudah biasa dengan situasi di Klinik Pesakit Luar, hospital kerajaan, para pesakit menganggap tempoh menunggu antara dua hingga tiga jam sebagai perkara biasa terutama pada waktu puncak.

Tinjauan Utusan Malaysia di Hospital Sultanah Aminah, di sini baru-baru ini mendapati tempoh berkenaan dianggap biasa bagi pesakit yang ingin mendapat rawatan atau ujian.

Malah, mereka menganggap tempoh itu sangat relevan dalam merancang rutin seharian agar tidak mengganggu waktu seterusnya pada hari berkenaan.

Klinik pesakit luar dibuka setiap hari, kecuali Ahad bermula pukul 7.30 pagi hingga pukul 9.30 malam dan Sabtu bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Seorang pesakit, Noraini Ibrahim, 43, berkata, purata tempoh menunggu antara dua hingga tiga jam ketika mendapat rawatan tidak mengundang sebarang masalah kepadanya.

Dia yang tinggal di Taman Desa Cemerlang memberitahu, dia sampai ke klinik itu pukul 9 pagi dan selesai menerima rawatan pukul 11.15 pagi.

"Memanglah penantian itu sesuatu yang membosankan, tetapi saya hendak buat macam mana dan kena faham dengan jumlah pesakit lain yang ramai.

"Biasanya, saya akan rancang awal-awal tempoh rawatan di sini yang akan mengambil masa hingga tiga jam agar tidak mengganggu aktiviti rutin yang lain," katanya yang datang mendapatkan rawatan kerana demam dan selesema.

Noraini bagaimanapun berkata, dia berpuas hati dengan sistem penyampaian di kilinik hospital kerajaan itu kerana memudahkan pesakit mendapat rawatan dengan teratur.

Katanya, kemudahan yang disediakan juga bertambah baik dan selesa di samping bayaran perkhidmatan yang rendah iaitu hanya RM1 setiap kali datang mendapatkan rawatan.

Namun U. Chandriga, 22, pula berharap kakitangan yang bertugas di Kaunter Pendaftaran Utama lebih komited menjalankan tugas.

"Sepatutnya mereka dapat mempercepatkan lagi proses pendaftaran agar tidak melambatkan waktu menunggu pesakit ketika jumlah pesakit lain tidak ramai," katanya dengan nada kecewa.

Chandriga yang mendapatkan rawatan susulan akibat demam Chikungunya tiba di klinik itu pukul 11 pagi dan selesai menerima rawatan pukul 12.30 tengah hari.

"Negara kita memiliki infrastruktur terbaik, namun pada masa sama mutu perkhidmatan yang diberikan masih di tahap sederhana akibat tempoh menunggu yang terlalu lama," ujarnya.

Bagi Fong Mei Hua, 63, dia perlu datang awal ke klinik kerana menjalani ujian kesihatan bagi merawat penyakit kencing manis yang dihidapinya.

Katanya, ini kerana dia dapat menjangkakan kelewatan tempoh menunggu berikutan terpaksa melalui ujian kesihatan berperingkat-peringkat seperti mengambil contoh darah sebanyak dua kali.

Tempoh menunggu sukar dikurang

Oleh WAN SYAMSUL AMLY dan FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Pesakit perlu memahami 'kesukaran' yang dihadapi Kementerian Kesihatan dalam usaha meningkatkan prestasi perkhidmatan serta mengurangkan tempoh menunggu bagi mendapatkan rawatan bagi setiap pesakit.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, tempoh 30 minit bukan penentu rawatan yang diberikan berkualiti.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, jangka masa itu boleh diubah dan mencecah satu jam atau lebih bergantung kepada tahap kritikal pesakit itu sendiri.

''Perlaksanaan tempoh itu perlu mengikut hospital untuk dilaksanakan kerana tidak mungkin hospital yang dikunjungi ratusan pesakit setiap hari mampu mengikutinya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

Muhammad Sha'ani berkata, dasar itu sepatutnya dikaji kementerian terbabit dan disusun mengikut pusat perubatan yang berkaitan.

Jelasnya, orang ramai juga perlu faham jumlah pesakit yang ramai menyukarkan hospital mencapai sasaran 30 minit seperti yang dijanjikan.

''Kerajaan mungkin boleh mengambil inisiatif lain bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di hospital kerajaan yang menjadi tumpuan ramai pesakit," katanya.

Tambahnya, proses pelantikan doktor di negara ini juga perlu dipercepatkan kerana kekurangan doktor menyumbang kepada perkhidmatan yang kurang cemerlang.

Pada masa sama, kata Muhammad Sha'ani, pesakit juga perlu memahami kesukaran yang ditanggung kakitangan hospital dan mencari cara lain bagi memastikan mereka tidak perlu tunggu lama.

''Kebanyakan pesakit terus mengunjungi Jabatan Pesakit Luar di hospital kerajaan apabila sakit walaupun sebenarnya mereka boleh mengunjungi klinik kesihatan kerajaan di kawasan mereka.

''Klinik kecil yang disediakan kerajaan itu mampu menangani penyakit biasa dan jika mereka disarankan ke hospital kerajaan, baru pergi kerana sikap ini akan membantu mengurangkan kesesakan pesakit di hospital kerajaan," katanya.

Mengulas isu yang sama, Naib Presiden Persatuan Penasihat Pengguna-Pengguna Malaysia (PPPPM), Subramaniam Munusamy berkata, masa yang diambil untuk merawat pesakit di Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kecemasan semakin berkurangan.

Katanya, kakitangan di dua jabatan itu tidak boleh dipersalahkan jika pesakit terpaksa menunggu lama kerana setiap penyakit memerlukan rawatan berbeza dan ada yang memerlukan masa lama.

Keadaan itu, katanya, mungkin menyebabkan ada yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George, berkata, setiap doktor memerlukan masa untuk memeriksa pesakit bagi memastikan rawatan yang diberikan benar-benar sesuai dan berkesan.

''Bayangkan kalau doktor memeriksa pesakit yang datang kerana sakit tekak secara ala kadar bagi memenuhi tempoh yang disarankan kerajaan, tetapi akhirnya pesakit itu mempunyai ketumbuhan, pasti kesalahan akan diletakkan pada doktor itu sendiri.

''Jangan jadikan isu masa satu perkara besar kerana pesakit perlu sedar cara merawat pesakit dengan sempurna yang dijalankan doktor adalah lebih penting kepada kesihatan mereka," katanya.

Tegasnya, pesakit di negara ini perlu lebih prihatin dan menukar konsep mereka dalam mendapatkan rawatan kesihatan.

''Di negara ini, pesakit terus datang ke Jabatan Kecemasan pada waktu malam walaupun mereka hanya mengalami sakit ringan seperti batuk dan sakit perut.

''Masyarakat di negara lain pergi ke Jabatan Kecemasan jika mengalami penyakit kronik dan kritikal," katanya.

Usah buang 50,000 pekerja kontrak

KUALA LUMPUR: Cuepacs merayu kerajaan supaya tidak menamatkan tempoh perkhidmatan lebih 50,000 pekerja kontrak di seluruh negara bagi mengelakkan pekerja terbabit hilang punca pendapatan menyara keluarga ketika keadaan ekonomi dunia tidak menentu.

Presidennya, Omar Osman, berkata keadaan ekonomi semasa menyukarkan kakitangan kerajaan terbabit mencari pekerjaan lain jika kontrak mereka ditamatkan.

Katanya, Cuepacs menerima aduan hampir setiap hari berhubung kebimbangan kakitangan kontrak yang mungkin tidak disambung itu dan kebanyakan mereka kini semakin tertekan dan terhimpit dengan keadaan tidak pasti berkenaan.

"Kebanyakan kakitangan kontrak ini juga tidak mengetahui langsung mengenai status sebenar mereka, di samping terdapat sesetengah agensi kerajaan juga sudah menjalankan proses pembuangan pekerja yang dilakukan secara senyap-senyap.

"Pembuangan pekerja itu membabitkan jabatan kerajaan pada peringkat negeri dan agensi kerajaan termasuk badan berkanun. Ia perkara serius yang membabitkan masa depan kakitangan kontrak yang hilang tempat bergantung.

"Cuepacs dengan rendah diri merayu supaya kerajaan mempertimbangkan semula rancangan untuk menamatkan perkhidmatan kakitangan terbabit demi masa depan mereka," katanya selepas Majlis Perasmian Seminar Kecemerlangan Kepimpinan Cuepacs Kebangsaan, di sini, semalam.

Minggu lalu, Omar mendedahkan maklumat mengenai kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negara yang ditamatkan perkhidmatan mereka sejak awal bulan ini akan dikumpulkan sebelum diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Omar berkata, kerajaan seharusnya memberikan kakitangan kontrak berkenaan peluang dengan menyambung semula kontrak perkhidmatan mereka.

Berita Harian

Pegawai Kerajaan Persekutuan dilarang hadir mesyuarat negeri

IPOH: Semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya pengarah agensi peringkat negeri yang dibenarkan menghadiri mesyuarat negeri, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau pegawai daerah.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengarah agensi Persekutuan jika mereka menghadiri mesyuarat tersebut," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri bagaimanapun berkata, agensi-agensi seperti Jabatan Pengarain dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis dikecualikan daripada larangan itu.

Ahmad Zahid berkata, berkuat kuasa serta-merta juga, agensi-agensi persekutuan hanya akan menerima syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

"Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP," katanya.

Disebabkan Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf JKKKP, semua syor yang dibuat JKKKP adalah syor yang sah.

"Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya.

Berhubung permohonan biasiswa, Ahmad Zahid berkata, kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga memerlukan syor JKKKP.

Ahmad Zahid juga memberitahu, 28 wakil Barisan Nasional yang dipilih di peringkat negeri akan diberikan peruntukan khas untuk membantu masyarakat di kawasan mereka.

"Peruntukan itu akan diberikan jika berlaku insiden-insiden termasuk kebakaran, banjir atau ribut petir di kawasan mereka," katanya yang enggan menyatakan jumlah peruntukan bagi setiap kawasan.

MStar


Monday, January 19, 2009

Pencarian Bahan Pusat Sumber Maklumat

Untuk mencari maklumat di dalam pangkalan data Pusat Sumber Maklumat anda boleh mengaksesnya disini. Memandangkan setiap pengguna ada kriteria pencariannya yang tersendiri, oleh itu pencarian boleh dibuat melalui judul buku, nama pengarang, subjek bahan, penerbit dan sebagainya.


Paparan Utama


Hasil Carian

Ada 260,700 tempat di IPT

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Sebanyak 260,700 tempat di 600 pusat pengajian tinggi di seluruh negara disediakan kepada lepasan sekolah yang berminat untuk melanjutkan pengajian.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah itu merangkumi 40,500 tempat bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi serta 43,200 tempat bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.

Beliau berkata, sebanyak 42,000 tempat lagi ditawarkan oleh 21 buah politeknik dan 13,000 peluang kemasukan pula disediakan melalui kolej-kolej komuniti serta 122,000 lagi terdapat di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) lain.

"Negara mempunyai 20 buah universiti awam, 41 buah universiti dan kolej universiti swasta, 21 buah politeknik, 37 buah kolej komuniti dan 485 buah kolej swasta yang menawarkan begitu banyak akses kepada golongan muda negara ini untuk melanjutkan pelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2000 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, daripada jumlah tempat yang ditawarkan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menawarkan biasiswa kepada seramai 10,000 pelajar cemerlang termasuk 2,000 biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka luar negara dan baki 8,000 bagi meneruskan pengajian dalam negara.

Katanya, kementeriannya masih lagi mengekalkan dasar pemilihan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam yang mengguna pakai kaedah 90 peratus kecemerlangan akademik dan 10 peratus kegiatan kokurikulum.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, kementeriannya sedang menggiatkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan mutu sektor pengajian termasuk melalui usaha pengantarabangsaan bagi menjadikan negara sebagai hab kecemerlangan ilmu serantau.

Katanya, hasil lawatan ke Asia Barat dan Afrika baru-baru ini, kementeriannya mendapati lebih 43 juta pelajar dari rantau tersebut berpotensi untuk melanjutkan pengajian di negara ini.

"Selain mampu menyumbang kepada peningkatan pulangan ekonomi negara, usaha ini juga akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi popular perkembangan dan kecemerlangan ilmu serantau.

"Pada masa ini jumlah pelajar antarabangsa yang terdapat di sini telah mencecah 70,000 orang.

"Maklum balas yang diterima agak memberangsangkan kerana untuk mereka menyediakan sendiri prasarana universiti atau kolej memerlukan masa yang lama dan kos tinggi kerana ia bukannya satu proses sekelip mata," katanya.

Saturday, January 17, 2009

Perkhidmatan Awam Sentiasa Kaji Budaya Bermesyuarat

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Perkhidmatan awam akan sentiasa mengkaji budaya mengadakan mesyuarat agar ia tidak kaunter-produktif, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam hari ini.

Beliau memberitahu Bernama arahan tetap telah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan dan kementerian supaya sentiasa memantau jumlah mesyuarat yang diadakan.

Ismail berkata JPA memberikan ketua-ketua jabatan budibicara mutlak dalam menentukan jenis, tempoh dan kekerapan mesyuarat.

Beliau mengulas gesaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam kepada ketua-ketua jabatan dan pegawai daerah supaya mengurangkan masa untuk menghadiri mesyuarat.

Menurut Mohamad Hasan purata seseorang pegawai daerah mempengerusikan kira-kira 78 jawatankuasa.

"Bila terlalu banyak mesyuarat, bila masanya pegawai itu dapat berkhidmat kepada orang ramai?," tanya beliau.

Bagaimanapun, kata Ismail JPA menggalakkan mesyuarat yang bertujuan mencari cara dan jalan mempertingkat produktiviti dan menambah baik sistem penyampaian.

Sementara itu, Cuepacs, yang menaungi kesatuan-kesatuan sekerja perkhidmatan awam, bersependapat bahawa terlalu banyak mesyuarat diadakan oleh kakitangan awam terutama pembuat keputusan.

Setiausaha agungnya, Ahmad Shah Mohd.Zin mencadangkan agar mesyuarat dihadkan kepada dua seminggu -- pada Isnin dan Jumaat -- bagi memberi lebih banyak masa kepada pegawai-pegawai melaksanakan tugas untuk pelanggan.

Ahmad Shah juga mencadangkan pegawai-pegawai itu menggunakan sepenuhnya alat kemudahan Maklumat dan Teknologi bagi mempertingkat prestasi mereka dan mengelakkan keperluan bermesyuarat.

Beliau berkata kakitangan dalam perkhidmatan sokongan seperti kerani dan penyelia selalu menjadi sasaran awam bila kelewatan berlaku, kerana pembuat keputusan sering sibuk menghadiri mesyuarat.

Bagi mengatasi perkara ini, beliau mencadangkan jabatan melantik kakitangan tertentu untuk membantu menjalankan tugas bila pegawai berkenaan menghadiri mesyuarat agar sistem penyampaian tidak terjejas.

-- BERNAMA

Friday, January 16, 2009

Maklumat penjawat awam kontrak kena henti dikumpul

KUALA LUMPUR: Maklumat mengenai kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negara yang ditamatkan perkhidmatan mereka sejak awal bulan ini akan dikumpulkan sebelum diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya sudah menjelajah ke seluruh negara mengumpul maklumat itu berdasarkan laporan dan aduan yang diterima daripada mereka yang sudah ditamatkan perkhidmatannya, awal bulan ini.

Katanya, beliau menerima aduan hampir setiap hari berhubung kontrak perkhidmatan tidak disambung itu yang mana kebanyakannya membabitkan jabatan kerajaan pada peringkat negeri dan agensi kerajaan termasuk badan berkanun.

“Saya memandang serius perkara ini walaupun pekerja kontrak bukannya ahli kesatuan ini. Kebanyakan pengadu mendakwa mereka kakitangan kontrak yang sudah berkhidmat lebih lima tahun, malah ada yang sudah bekerja antara 10 dan 15 tahun.

“Apabila kontrak mereka tidak disambung, ia akan menyukarkan kehidupan tambahan pula perbelanjaan semakin bertambah dan anak-anak masih bersekolah. Lagipun, negara dijangka akan menghadapi kelembapan ekonomi,” katanya dihubungi Berita Minggu, semalam.

Beliau sebelum ini mendedahkan kemungkinan 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak bakal ditamatkan perkhidmatan bermula awal tahun ini.

Namun, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam memberi jaminan tidak akan menamatkan perkhidmatan lebih 20,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Ismail bagaimanapun menegaskan jaminan itu hanya membabitkan kakitangan kontrak yang berkhidmat dengan jabatan serta agensi di bawah kerajaan Persekutuan dan bukannya dengan kerajaan negeri.

Omar berkata, terbaru beliau menerima aduan kakitangan kontrak di Jabatan Pendidikan akan diberhentikan dan lebih 20 pekerja dengan status yang sama di Kementerian Luar sudah diberhenti, baru-baru ini.

“Alasan yang diberikan Ketua Jabatan untuk tidak melanjutkan kontrak kadang kala sukar diterima, sedangkan kakitangan itu sudah berkhidmat lebih 10 tahun. Jika mereka pekerja kontrak yang berkhidmat satu atau dua tahun atau masih muda, itu tidak menjadi masalah sangat.

“Kita harap kerajaan memberikan pertimbangan supaya mereka yang bertaraf kontrak ini diserapkan ke jawatan tetap terutama yang sudah lama bekerja. Pekerja kontrak ini, tidak mendapat kemudahan seperti kakitangan tetap yang boleh mendapat pinjaman kerajaan serta elaun tertentu. Malah, ada antara kakitangan kontrak ini tidak layak menerima kemudahan kesihatan percuma seperti dinikmati pekerja tetap,” katanya.

Beliau mendakwa turut menerima aduan ada pekerja kurang upaya (OKU) tidak disambung kontrak dengan alasan tidak memberikan perkhidmatan yang baik serta sering meminta cuti sakit.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula dalam suasana ekonomi tidak memberangsangkan kini,” katanya.

Ditanya mengenai perbincangan Cuepacs dengan JPA berhubung isu berkenaan, katanya pihaknya masih belum berbincang dengan JPA kerana masih menunggu tarikh sesuai untuk bertemu.

“Saya jangka kemungkinan mesyuarat akan diadakan awal Februari ini dan kita harap isu berkenaan akan selesai secepat mungkin,” katanya.

Sektor awam ditegah terlibat skim cepat kaya

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Semua kakitangan awam dilarang sama sekali terlibat dalam skim cepat kaya termasuk sebagai penganjur atau pelabur berkuat kuasa semalam.

Mana-mana kakitangan yang ingkar larangan tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Larangan tersebut dikeluarkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009 yang boleh dilayari di www.jpa.gov.my dan telah diedarkan kepada semua pihak yang berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam berkata, dengan berkuat kuasa larangan tersebut, semua kakitangan awam yang terlibat dalam skim tersebut termasuk sebagai penganjur, pengantara dan pelabur dikehendaki menghentikan penglibatan mereka serta-merta.

“Kakitangan awam yang melabur dalam skim cepat kaya akan dikenakan tindakan tatatertib kerana boleh diertikan sebagai bersubahat atau bersekongkol dengan penganjur atau pengantara skim tersebut,” katanya dalam arahan pekeliling tersebut.

Menurut Ismail, penglibatan kakitangan awam dalam skim tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung ternyata telah menjejaskan imej perkhidmatan awam.

Selain itu, katanya, pengendali skim cepat kaya turut mengeksploitasi penglibatan kakitangan awam bagi memberi gambaran seolah-olah skim sedemikian telah diluluskan oleh kerajaan untuk menarik pelabur lain.

“Gejala yang tidak sihat itu boleh menyebabkan pegawai yang terlibat terjebak dengan masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta akhirnya menjejaskan prestasi selaku penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata, setiap ketua jawatan mesti bertanggungjawab memantau kakitangan awam di bawah seliaan masing-masing dan melaporkan sebarang tindakan tidak patuh untuk tindakan sewajarnya.

Thursday, January 15, 2009

Kalendar Perancangan untuk PC

Tugas sebagai anggota khidmat awam memerlukan pengurusan masa yang sistematik. Walaupun kita dibekalkan dengan planner untuk rujukan tarikh dan masa, kita juga boleh menggunakan software percuma ini untuk diletakkan sebagai paparan di PC. Ini secara tidak langsung memudahkan kita merancang dan menyusun aktiviti harian kita dengan mudah. Untuk memuatturun perisian ini anda boleh mengaksesnya disini : Perisian Kalendar

Contoh antaramuka perisian adalah seperti dibawah:

Paparan Tarikh



Paparan aktiviti



Paparan tugasan yang perlu dibuat

Kejohanan SAKI 2009

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah mengadakan aktiviti Sukan Antara Kampus Peringkat INTAN (SAKI) setiap tahun yang akan dianjurkan oleh INTAN Bukit Kiara dan INTAN kampus wilayah mengikut sistem penggiliran.

Untuk tahun 2009 pihak pengurusan INTAN telah bersetuju untuk memilih INTURA bagi melaksanakan SAKI bagi tahun 2009

Bersempena dengan perkara tersebut, pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program SAKI berlangsung. Antara aktiviti yang dirancang ialah Majlis Perasmian SAKI 2009, Senamrobik, Sukan antara Kampus, Ceramah Kecergasan, Sukan VIP, dan majlis Pernyampaian Hadiah.

Mesyuarat pertama pelarasan Saki INTAN 2009 telah diadakan pada 13 Januari 2009, bertempat di Dewan Bistari, INTURA. Hasil daripada mesyuarat ini, pelbagai jawatankuasa telah diujudkan untuk melicinkan lagi perjalanan program SAKI 2009 kelak. Ahli jawatankuasa yang telah dilantik di peringkat INTURA ialah :

1. Tn. Hj. Aziz bin Mohamad - Pengerusi JK Penganjur

2. Tn. Hj. Zepri bin Saad - Timbalan Pengerusi / Ketua Kontinjen

3. Tn. Hj. Mohd. Nawardi b. Saad - JK Penginapan & Makanan

4. Pn. Zahidah bt. Abd. Jalil - JK Perasmian & Penutupan

5. En. Norshuhaidy b. Shabudin - JK Pertandingan

6. Pn. Norhisham bt. Hasan - Bendahari, Logistik & Pengangkutan

7. En. Abu Bakar b. Abd. Aziz - JK Seranta

8. En. Badrulhisham b. Sulaiman - JK Hadiah & Cenderamata

9. Huzairul Hezri b. Saidin - Setiausaha

Manakala ketua pasukan pertandingan untuk pertandingan adalah :

1. En. Badrulhisham b. Sulaiman - Bolasepak

2. En. Abd. Aziz bin Yusoff - Badminton

3. Tn. Hj. Azhar b. Omar - Bowling

4. Pn. Habibah bt Samsuddin - Bolajaring

5. En. Abd. Razak b. Kasim - Tenis

6. En. Wan Rafaie Wan Hassan - Ping Pong

7. En. Ravichandran a/l Raju - Bolatampar (L)

8. Pn. Rosilah bt. Puteh - Bolatampar (W)

9. En. Abd. Manan b. Maarof - Sepaktakraw

Diharapkan agar semua warga dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dari segi latihan, persediaan dan pelaksanaan kejohanan ini.

INTURA boleh!


Wednesday, January 14, 2009

Jangan potong gaji mangsa banjir - Cuepacs

KUCHING 12 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (cuepacs) berkata, terdapat majikan yang memotong gaji pekerja mereka yang tidak datang bekerja ekoran banjir.

"Saya menerima banyak panggilan daripada mangsa banjir yang risau tentang gaji mereka dipotong. Segelintir pula mengadu mereka dipaksa mengambil cuti kerana tidak dapat hadir bertugas akibat banjir," kata Pengerusi cuepacs Sarawak, William Ghani Bina.

Beliau berkata, majikan tidak boleh memotong gaji atau memaksa pekerja mereka mengambil cuti ekoran menghadapi bencana.

Ghani yang juga Presiden Kesatuan Guru Sarawak berkata, di bawah Pekeliling Bil 1/1986 bersabit Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab Musabab Kecemasan serta Seksyen 14 A (2) Ordinan Buruh Sarawak Pindaan 2005, pekerja perlu memaklumkan kepada majikan secepat mungkin apabila tidak boleh hadir bertugas kerana bencana alam seperti banjir.

"Sehubungan itu, pekerja yang dipaksa mengambil cuti atau dipotong gaji boleh menghubungi Jabatan Buruh, kesatuan-kesatuan pekerja atau ketua jabatan untuk tindakan lanjut," katanya.

Keadaan banjir di Sarawak semakin buruk apabila 104 buah sekolah ditutup sehingga hari ini manakala 9,587 penduduk daripada 1,474 keluarga terpaksa berpindah ke 37 pusat pemindahan di seluruh negeri.

Sebanyak 21 jalan yang kebanyakannya di Daerah Bau masih terputus hubungan.

- Bernama

Tuesday, January 13, 2009

CUEPACS kaji tangga gaji kakitangan awam

KUALA TERENGGANU 11 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengkaji semula skim perkhidmatan kakitangan kerajaan ekoran setiap gred mempunyai tangga gaji mati yang tidak sama.

Presidennya, Omar Osman berkata, pertimbangan ini dibuat kerana bimbang ia akan menjejaskan produktiviti dan prestasi kakitangan awam khususnya mereka yang mempunyai tempoh perkhidmatan yang masih panjang.

"Ada yang tangga gaji mati awal dan mereka masih mempunyai tempoh berkhidmat lagi 20 atau 30 tahun. Kita fikir perkara ini perlu sebab kita nak jaga produktiviti. Kalau tidak ada kenaikan tahunan, ia akan menjejaskan prestasi.

"Secara tidak langsung juga, ia akan memberi manfaat kepada pertambahan tempoh persaraan 58 tahun," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas Majlis Taklimat Isu-isu Semasa Dalam Sektor Awam di sini hari ini.

Omar berkata, CUEPACS akan mengadakan satu bengkel khas penyemakan skim perkhidmatan dan gred untuk mengkaji tangga gaji Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan Gred 1 hingga 40 pada Mac depan.

Dalam perkembangan lain, Omar menggesa Kementerian Pelajaran segera mengeluarkan surat tawaran kepada 119 anggota Kumpulan Sokongan di Terengganu sebelum 17 Januari kerana sehingga hari ini, mereka masih belum menerima sebarang surat tawaran untuk melanjutkan kontrak perkhidmatan.

Pada 5 Januari lepas, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kontrak perkhidmatan anggota berkenaan akan disambung semula dalam tempoh terdekat.

Berita@Intura Januari 2009

Sila klik imej di bawah untuk paparan sebenar




Monday, January 12, 2009

CUEPACS gesa 1.2 juta ahli sertai boikot

SUNGAI PETANI 10 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa 1.2 juta pekerja di sektor awam memboikot produk Amerika Syarikat (AS) dan Israel sebagai tanda protes sehingga isu kekejaman yang melanda penduduk Palestin dapat diselesaikan secara saksama.

Presidennya, Omar Osman berkata, semua anggota sektor awam diminta bersama-sama menjayakan tindakan sedemikian dengan menyokong kempen membeli barang buatan Malaysia mulai esok.

"Oleh kerana CUEPACS merupakan salah satu badan terbesar yang mewakili 1.2 juta pekerja sektor awam dan melibatkan 4.5 juta ahli keluarga mereka, jadi eloklah mengambil langkah membeli barang buatan Malaysia.

"Mulai esok, semua pekerja perlu memberi perhatian serius, kita boikot barang AS dan Israel sebagai tanda simpati terhadap apa yang berlaku di bumi Palestin," katanya kepada pemberita selepas majlis mesyuarat khas CUEPACS yang disertai 99 gabungan persatuan berkenaan di sini hari ini.

Omar berkata, tindakan tersebut juga merupakan salah satu usaha CUEPACS menyahut kempen memboikot produk AS dan sekutunya berikutan rejim Israel menyerang penduduk Palestin di Genting Gaza sehingga mengorbankan ratusan dan mencederakan ribuan penduduknya sejak minggu lalu.

"Kita berharap supaya anggota sektor awam dan keluarga dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada negara kuasa besar berhubung isu penganiayaan dan kekejaman ke atas penduduk Palestin oleh kuasa-kuasa besar dunia," jelasnya.

Sementara itu, CUEPACS turut bersetuju melancarkan Tabung Gaza CUEPACS bagi membantu meringankan penduduk di Genting Gaza yang menderita akibat serangan Israel.

"Sebagai permulaan, kita sudah berjaya kutip sebanyak RM1,620 dan kita akan kumpul derma kilat ini sebelum diserahkan kepada pihak berwajib," katanya.

Kata beliau, pekerja sektor awam boleh menghulurkan derma kilat berkenaan kepada Pengerusi CUEPACS negeri bermula esok.

CUEPACS tolak sebahagian pakej PTK

SUNGAI PETANI 10 Jan. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mengadakan mesyuarat khas hari ini mencapai kata sepakat tidak akan menerima keseluruhan pakej butiran pindaan ke atas Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai 1 Januari lalu.

Presidennya, Omar Osman berkata, tindakan berkenaan dibuat memandangkan kebanyakan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan surat pekeliling bernombor 19/2009 tersebut yang didakwa tidak dibincangkan dengan kongres.

"Dalam perbincangan ini, kita hanya terima dua pekeliling iaitu melibatkan pengurangan cuti lima hari bagi kakitangan lantikan baru 1 Januari 2009 dan penambahan cuti ganjaran tahunan 165 hari.

"Sementara itu, surat pekeliling pindaan PTK 19/2009, kita tidak terima secara keseluruhan kerana 40 peratus daripada 34 perkara yang dikemukakan itu tidak memuaskan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesyuarat khas CUEPACS yang dihadiri 99 ahli gabungan persatuan di sini hari ini.

Pada 16 Disember lalu, CUEPACS menerima surat pekeliling butiran pindaan ke atas PTK setebal 27 muka surat dengan 34 perkara daripada JPA untuk diteliti dan dibincangkan dalam kalangan 120 kesatuan di bawah naungannya.

Antara butiran tersebut ialah setiap jabatan kerajaan diberi kuasa menetapkan corak peperiksaan dan penilaian ke atas kakitangan mengikut panduan pelaksanaan PTK untuk dilaksanakan mulai 1 Januari lalu.

Dengan pindaan itu juga, kakitangan tidak perlu menduduki peperiksaan yang tidak bersesuaian dengan pekerjaan, pengalaman dan usia, sebaliknya mengikut keperluan di jabatan masing-masing.

Sunday, January 11, 2009

Bayaran insentif 4,000 doktor pakar dinaikkan

KUALA TERENGGANU 9 Jan. - Lebih 4,000 doktor pakar di seluruh negara menerima kenaikan kadar bayaran insentif pakar antara RM300 hingga RM700 sebulan bermula 1 Januari lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, kenaikan itu sejajar dengan tugas berat doktor pakar sedangkan kadar bayaran yang diterima tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu.

Beliau berkata, insentif itu diharap mampu meningkatkan motivasi mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat selain terus setia berkhidmat di hospital-hospital kerajaan.

''Kerajaan sentiasa berusaha menambah baik perkhidmatan kesihatan rakyat dan juga kebajikan pegawai serta pakar perubatan," katanya selepas merasmikan Program Citra Sihat di Dataran Shahbandar di sini hari ini.

Tiong Lai memberitahu, kenaikan itu melibatkan tambahan peruntukan kira-kira RM27.7 juta setahun.

Beliau berkata, kadar kenaikan insentif itu membabitkan pakar perubatan gred UD41 hingga Gred Utama/Khas ke atas.

Menurutnya, Gred UD41 menerima kenaikan RM300 iaitu daripada RM1,300 kepada RM1,600 sebulan, UD43 dan UD44 daripada RM1,400 kepada RM1,900 dan UD45 daripada RM1,500 kepada RM2,000.

Bagi Gred UD47/U47 dan UD38/U48 menerima kenaikan dari RM1,700 kepada RM2,200, UD51/U51 dan UD52/U52 daripada RM1,800 kepada RM2,500, UD53/ U53 dan UD54/U54 daripada RM2,200 kepada RM2,800 manakala Gred Utama/ Khas ke atas menerima kenaikan RM700 iaitu daripada RM2,400 kepada RM3,100.

Beliau berkata, kementerian juga telah meluluskan kenaikan elaun pegawai dan pakar perubatan terutama yang bertugas di Sabah dan Sarawak yang memerlukan pengangkutan udara apabila bertugas.

Katanya, elaun tersebut akan diseragamkan termasuk kepada pegawai perubatan, jururawat, pembantu perubatan, jururawat masyarakat dan penolong jururawat iaitu sebanyak RM30 bagi setiap penerbangan berkuat kuasa 1 Januari lepas.

Menurut beliau, kementerian juga telah menghantar permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mendapatkan kelulusan bagi kenaikan elaun kepada pegawai perubatan 'on call.'

Kata beliau, pada dasarnya kementerian bersetuju dengan kenaikan itu memandangkan kesukaran dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh mereka termasuk ketika hari cuti.

Saturday, January 10, 2009

Abdullah cadang tubuh Majlis Hubungan Luar Negara

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mencadangkan supaya ditubuhkan Majlis Hubungan Luar Negara bagi membincangkan isu serantau dan antarabangsa.

Perdana Menteri menegaskan, sudah tiba masanya Malaysia menubuhkan majlis tersebut bagi meningkatkan pemahaman mengenai dunia melalui perbahasan, perdebatan dan penyelidikan.

''Majlis bebas ini juga dapat merangsang pemikiran inovatif mengenai pendekatan serta isu luar negara dan oleh itu akan dapat menyumbang kepada usaha Malaysia untuk membentuk dunia yang lebih adil, aman dan makmur,'' katanya.

Beliau berucap merasmikan kampus utama Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negara (IDFR) yang turut dihadiri oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim di sini hari ini.

Abdullah memberitahu, majlis bebas itu yang mana anggota-anggota boleh dipilih daripada kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai latar belakang berbeza dapat memberi pemikiran yang mendalam dan pemahaman objektif mengenai hubungan luar.

Katanya, ia juga dapat mewujudkan persetujuan bersama dalam pelbagai polisi luar negara.

''Ahli-ahli akademik, politik, perniagaan, diplomasi, perkhidmatan awam, penyelidik, wartawan dan masyarakat awam perlu dilibatkan dalam majlis bebas ini dalam merangka polisi-polisi luar negara yang lebih baik,'' katanya.

Perdana Menteri memberitahu, banyak negara telah menubuhkan majlis tersebut sama ada negara maju atau membangun dan Malaysia boleh belajar dari negara terbabit.

Menurut Abdullah, beliau melihat banyak faedah dapat diperoleh daripada penubuhan majlis bebas tersebut terutama dalam mempromosikan kepentingan politik, strategik dan ekonomi negara.

''Polisi hubungan luar Malaysia perlu meletakkan asas-asas menjadikan negara ini penting dalam hal ehwal dunia pada masa depan seperti mempunyai visi global pada tahun 2057 apabila negara ini telah wujud dan merdeka selama 100 tahun,'' katanya.

Abdullah memberitahu, negara ini mempunyai potensi untuk menyumbang menjadikan dunia lebih aman dan selamat pada masa depan.

Tegasnya, Malaysia sentiasa menjadi perhatian utama dunia apabila berlaku krisis antarabangsa dan kedudukan ini seharusnya dipertingkatkan bagi memastikan negara mempunyai suara serta didengari oleh masyarakat dunia pada masa depan.

Friday, January 9, 2009

Kursus Kecemerlangan Diri Domestik

Seramai 24 orang warga Domestik telah menghadiri 'Kursus Perubahan Ke Arah Kecemerlangan' yang diadakan di INTURA pada 6 hingga 8 Januari 2008. Terdapat pelbagai pengisian yang dibuat untuk merapatkan hubungan sesama warga. Antaranya perbincangan kumpulan, ceramah, gotong royong memasak bubur as-syura, senamrobik dan aktiviti LDK yang lain. Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa dan boleh dipanjangkan untuk semua warga INTURA.
Tn. Hj. Azhar b. Omar selaku fasilitator


Gotong-royong mengacau bubur


Acara yang memerlukan kosentrasi yang tinggi


Senamrobik

Skim KWSP atau pilih pencen

Tahun 2009 mungkin dianggap sebagai tahun yang membawa kesejahteraan dan rahmat kepada 1.2 juta kakitangan kerajaan serta pesara kerajaan kerana menerima banyak faedah daripada kerajaan.

Sebagai tanda kesyukuran, kakitangan yang menerima pelbagai faedah itu sewajarnya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan menjaga kebajikan pekerja yang merupakan tulang belakang kepada pentadbiran negara.

Pada masa yang sama kakitangan kerajaan tidak harus melupakan usaha berterusan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang tanpa jemu memperjuangkan hak dan kebajikan kakitangan awam bagi menampung kehidupan semasa dan waktu persaraan kelak.

Oleh itu, sangat wajar penghargaan dan ucapan terima kasih diberi kepada CUEPACS atas usaha murni yang dilakukan itu.

Semasa memberi taklimat kepada kakitangan awam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada 6 Januari lalu, Presiden CUEPACS, Omar Osman menjelaskan banyak perkara yang diperjuangkan oleh Kongres telah ditunaikan oleh kerajaan dan menganggap apa yang diberikan itu sebagai sesuatu di luar jangkaan.

Ini termasuk tawaran opsyen semula kepada anggota yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pemberian Ex-Gratia terbitan sekali gus kepada ibu atau bapa anggota berpencen yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan yang belum berkahwin.

Selain itu, peningkatan maksimum cuti rehat dan cuti rehat khas yang boleh dikumpul untuk pemberian wang tunai sebagai gantian cuti rehat kepada 150 hari serta, tawaran opsyen pelanjutan umur persaraan wajib kepada 58 tahun.

Salah satu yang menarik untuk diperkatakan ialah tawaran opsyen semula kepada anggota yang telah memilih Skim KWSP oleh kerajaan kepada kakitangannya.

Statistik Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menunjukkan setakat ini sebanyak 66,703 penjawat awam termasuk polis berada dalam skim KWSP.

Walaupun jumlahnya hanya 5.55 peratus daripada keseluruhan kakitangan awam, tetapi tawaran itu boleh dianggap sebagai sangat tepat memandangkan banyak penambahbaikan dilakukan terhadap skim pencen yang dilihat memberi kelebihan kepada mereka yang memilih skim pencen.

Semasa memberi taklimat, Omar begitu bersemangat mendorong kakitangan awam yang hadir memilih semula skim pencen itu. Ini kerana tidak ada lagi peluang keemasan seperti ini selepas ini.

Menurut Omar, apa yang diperjuangkan oleh CUEPACS selama ini perlu direbut supaya waktu persaraan nanti mereka dapat hidup bahagia bersama keluarga. Ini kerana beliau tidak mahu nanti ada pesara yang bekerja sebagai jaga, pemandu teksi dan lain-lain pekerjaan sambilan semata-mata kerana mahu menampung hidup selepas bersara akibat memilih KWSP yang tiada pencen bulanan.

Majlis taklimat JPA Bersama CUEPACS itu dihadiri oleh Pengarah, Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA Datuk Yeow Chin Kiong. Beliau turut memberi taklimat secara panjang lebar mengenai tawaran semula skim pencen kepada kakitangan yang memilih skim KWSP serta mengendalikan sesi soal jawab daripada kakitangan yang hadir.

Menurut CUEPACS, kakitangan kerajaan di bawah skim KWSP tidak mendapat tiga perkara seperti yang dinikmati oleh rakan mereka dalam skim pencen iaitu kad persaraan, kemudahan perubatan selepas bersara dan gratuiti iaitu gajaran dalam bentuk wang tunai.

Pujian harus diberikan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA yang diketuai Yeow kerana telah mengambil inisiatif mengadakan roadshow ke seluruh negara untuk memberi taklimat mengenai penawaran opsyen itu.

Berdasarkan maklumat dalam laman web bahagian itu, sebanyak 15 tempat dipilih dan dimulakan di UKM Bangi pada 6 Januari lalu dan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada hari yang sama.

Semasa memberi taklimat, Omar menyeru kepada kakitangan awam supaya menjadikan tahun 2009 ini sebagai tahun penjenamaan semula perkhidmatan awam melalui penambahbaikan supaya lebih produktif dan efisien.

Pekerja harus bekerja dengan lebih gigih dan bersemangat supaya perkhidmatan yang diberikan itu memberi kepuasan kepada pelanggan.

Malah beliau mahukan supaya pada tahun ini segala rungutan dan aduan daripada masyarakat mengenai perkhidmatan awam melalui Biro Pengaduan Awam dapat mencapai apa yang dikatakan sebagai 'sifar' rungutan dan aduan.

Menurut Omar, ini semua semata-mata untuk menunjukkan kepada kerajaan bahawa kakitangan awam benar-benar berterima kasih atas banyak penambahbaikan yang dilakukan terhadap skim perkhidmatan awam.

Peluang

Perkembangan yang berlaku menunjukkan kerajaan telah memberi peluang kedua kepada kakitangan skim KWSP untuk membuat pilihan. Mereka mempunyai tempoh masa selama sebulan iaitu sehingga 31 Januari ini untuk mengisi borang opsyen ke skim pencen.

Gunakanlah masa yang ada itu untuk membuat keputusan yang tepat dan betul. Ini kerana sebarang keputusan yang dibuat bakal mempengaruhi dan mencorak masa hadapan kakitangan sendiri, isteri atau isteri-isteri, suami, serta anak-anak semasa sedang berkhidmat dan masa persaraan kelak.

Persoalannya, adakah wang yang dikumpul dalam KWSP yang diterima sekali gus itu mempunyai nilai yang sama pada waktu persaraan kelak? Bagaimana pula dengan bayaran perubatan terutama bagi yang menghidap penyakit kritikal yang didapati semakin mahal? Mahukah meninggalkan orang yang tersayang tanpa adanya jaminan wang bulanan untuk meneruskan kehidupan mereka? Maka, mungkin skim pencen adalah jawapan kepada persoalan-persoalan di atas.

Ingatlah, tidak ada lagi peluang ketiga selepas ini.

Thursday, January 8, 2009

Penjawat awam perlu jadi seperti 'kelasi kapal' yang cekap

SEREMBAN 6 Jan. - Kerajaan memerlukan anggota perkhidmatan awam yang mempunyai barisan tenaga kerja yang hebat untuk memastikan rakyat terbela ketika berhadapan dengan krisis ekonomi dunia yang mencabar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan, anggota perkhidmatan awam ini sebagai 'kelasi' kapal yang perlu cekap untuk mengemudi bahtera yang dihuni rakyat supaya tidak tenggelam dalam gelombang besar.

''Anggota perkhidmatan awam perlu menjalankan kerja dengan baik dan kita harus berhadapan apa juga gelombang yang datang dengan perasaan yang kuat serta memastikan kecemerlangan sentiasa mekar," kata beliau di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, jika 'kelasi' tidak bermutu, kurang cekap dan tidak bersungguh-sungguh, akhirnya nanti bahtera akan tenggelam dan rakyat akan musnah dan hancur.

Sebab itulah, kata Mohamad, kerajaan negeri akan memastikan rakyat negeri ini hidup selesa sesuai dengan agenda 2009 yang menekankan kepentingan usaha pembelaan ke atas rakyat melalui Dasar Keselamatan Jaringan Sosial.

''Dasar ini hendaklah diteruskan untuk memastikan rakyat semua peringkat mendapat pembelaan. Jangan ada yang tercicir dalam agenda ini," kata beliau.

Kata Mohamad, dasar ini telah menunjukkan kejayaan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2006 dan diterjemahkan dengan amat baik sekali.

Dasar Keselamatan Jaringan Sosial ini diwujudkan untuk 'menjaring' rakyat di luar bandar yang hidup dalam kemiskinan untuk bersama-sama mendapat nikmat pembangunan seperti mana penduduk di kawasan bandar selain diberi perhatian dalam semua aspek kehidupan.

Pada masa sama, beliau mahu melihat penelitian semula dilakukan pada setiap kerja supaya ia boleh dipertingkatkan dan memenuhi kehendak rakyat.

''Penjawat awam telah melaksanakan tugas dengan baik. Namun begitu masih ada ruang untuk diperbaiki supaya ia dapat memuaskan hati rakyat yang menjadi pelanggan kita," tegas Mohamad.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan pentingnya amalan berjimat di semua jabatan kerajaan.

''Penjimatan ini memerlukan kerjasama semua pihak. Jika kita arahkan sekali pun tetapi tidak diikuti, hasrat dan harapan untuk berjimat itu tidak akan tercapai," kata beliau.

Wednesday, January 7, 2009

Tuesday, January 6, 2009

Belajar Berkesan Dengan Peta Minda


Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat.

Peta minda boleh membantu anda untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran anda untuk mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman.

Peta minda merangsang pelbagai keupayaan yang ada dalam diri anda.

Antaranya, anda perlu memikirkan tentang maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut keinginan anda.

Secara langsung, anda berhubung secara aktif dengan maklumat yang ada dalam ingatan anda.

Bolehlah anda sifatkan anda sebenarnya sedang berbicara dengan daya ingatan sendiri.

Peta minda itu juga boleh merangsang beberapa anggota anda yang mempunyai peranan tersendiri.

Antaranya, anda perlu berfikir, memerhati, memilih, melukis dan menentukan anda memahami apa yang anda inginkan.

Tangan anda ikut serta dalam kerja-kerja tersebut.

Hal ini dapat memahirkan diri dengan disiplin yang penting dalam pembelajaran.

Menggunakan peta minda bermakna anda harus menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul dan tepat dan mudah difahami.

Peta minda juga membolehkan anda membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat.

Apa yang anda ingat akan dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan yang anda lakukan.

Kemudian anda mengaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang lain.

Cabang

Lama kelamaan akan membentuk idea keseluruhan mengenai apa yang anda inginkan daripada daya
ingatan anda.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan keseimbangan otak kiri dan otak kanan.

Anda telah ditunjukkan mengenai keperluan keseimbangan antara otak kiri dan otak
kanan dalam rencana-rencana yang terdahulu.

Apa yang menarik mengenai peta minda ialah ia merangkumkan semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan sebagainya dalam usaha keseluruhannya.

Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan.

Peta minda amat sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, m
embaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk bermesyuarat, malah untuk persediaan membeli-belah.

Anda tidak perlu menuliskan semuanya pada sekeping atau lebih kertas.

Anda tidak akan sukar untuk memikirkan secara mendalam kerana ingatan anda dibantu oleh ha
sil lukisan dan tulisan mata dan tangan anda.

Peta minda boleh disediakan dengan mudah. Pada buku tulis atau sekeping kertas, tulis topik utama yang menjadi perhatian anda. Topik tersebut, misalnya pembelajaran, eloklah dituliskan di bahagian tengah.

Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik pembelajaran akan dihasilkan dalam bentuk cabang atau cawangan daripada pembelajaran tadi.

Daripada cabang-cabang tadi, anda boleh menghasilkan pelbagai fakta isi kecil yang lain bentuk ranting. DDi samping itu, anda boleh juga menggunakan pelbagai imej lain yang boleh mencorakkan peta minda dengan lebih menarik.

Sumber dari Utusan Malaysia Online


<> Perisian peta minda juga terdapat di pasaran untuk kemudahan pengguna dalam membuat perancangan, penyeliaan, mengorganisasi dan mengawal informasi. Kepada yang berminat untuk memuat turun perisian percuma anda boleh dapatkan disini