Sunday, February 28, 2010

Guidelines Will Benefit All, Says Transperancy

KUALA LUMPUR: Proper guidelines on political corruption will benefit the government and the people, said Transparency International Malaysia deputy president Prof Datuk Mohamad Ali Hasan, "The definition of what constitutes corruption in politics will improve the public's perception of the government and those holding high office," he said.

Ali added: "But the definition should not be static and must take into account the diverse cultures of the country.

"He said defining corruption by politicians must be assessed on the three parameters of intention, amount and occasion.

"If duit kopi or a small token is given without any bad intention, it is ok. But if the amount given is way beyond the means of the recipient, then it is corruption.

"Also, if money or hampers are given during festive seasons, such as Chinese New Year, which is customary, then it is ok."

In the case of "support letters", however, he said it was good move to draw the line.

"Several agencies have stopped doing this, which is good."

Civil servants receiving such letters are put in a spot and the public may misinterpret it."

However, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), in a statement posted on its website, said that the issuance of a support letter "by individual or company" was not in itself an offence, but becomes one when the letter is:

  • Issued to an individual or company where the individual, his relative or an acquaintance has an interest;
  • If a person has to pay for the issuance of the support letter; and,
  • If the individual or relative or acquaintance is promised or offered any award if the project is successful due to the issuance of the support letter.

NST Online

Tuesday, February 23, 2010

Kemampuan Perkhidmatan Awam Lebih Penting Dari Soal Jantina : Najib

SIBU, 23 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemampuan perkhidmatan awam untuk melaksanakan dan memenuhi jangkaan kerajaan dan rakyat lebih penting daripada kebimbangan sesetengah pihak mengenai penguasaan penjawat wanita yang semakin meningkat sekarang.

Perdana Menteri berkata beliau tidak hairan wanita akan menjadi bilangan yang terbesar, daripada segi pengambilan baru ke perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), dalam jangka waktu terdekat, jika trend lebih ramai wanita masuk universiti berterusan.

"Soal jantina tidak penting, yang penting sekali ialah hasil dan pencapaian perkhidmatan awam," katanya pada sidang akhbar di akhir lawatan dua hari ke Sarawak Selasa.

Sebelum itu beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menghadiri makan tengah hari sempena Tahun Baru Cina bersama masyarakat Tionghua Sibu.

Perdana Menteri diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, semalam bahawa trend masa kini yang menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan kanan itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Ahmad Shah turut berkata perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Najib berkata tentu sekali pemohon wanita lebih ramai kerana puratanya bilangan mereka yang memasuki universiti adalah dalam lingkungan 65 peratus daripada bilangan pelajar selain perlu mempunyai ijazah pertama sekurang-kurangnya untuk menyertai perkhidmatan PTD.

Mengenai cadangan kerajaan pusat untuk membantu membawa kembali jenazah 22 orang askar berasal dari Sarawak yang dikebumikan di Semenanjung untuk disemadikan di negeri ini, beliau berkata pihak berkenaan sedang menunggu persetujuan daripada keluarga masing-masing.

Ketika berucap pada program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Ugap Seribu di Nanga Tada, Kanowit, 80 km dari sini hari ini, beliau berkata askar-askar berkenaan, yang merupakan renjer dan peninjau, telah terkorban semasa mempertahankan negara daripada ancaman komunis dahulu.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah bersetuju untuk menyedia satu tapak manakala kerajaan sedang mencari peraturan untuk menyemadikan jenazah tersebut, katanya.

Bernama Online

Mentransformasi Kakitangan Awam Kikis Tanggapan Negatif

KAKITANGAN kerajaan, terutama yang banyak berinteraksi dengan orang ramai acap kali dilabel tidak mesra, lembap, malas, tidak boleh berkomunikasi dengan baik, gagal mengawal perasaan, kurang pengetahuan dan berkemahiran. Adil dan wajarkah tuduhan itu terus-terusan dilemparkan dengan dilabel sebegitu?

Sejauh mana Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan sejak April tahun lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mentransformasikan kerajaan supaya lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat serta memacu negara ke arah melahirkan masyarakat maju, bersatu padu dan saksama dengan standard kehidupan lebih tinggi bergerak sejajar dengan objektifnya.

Selepas hampir setahun GTP dan enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dilancarkan, sejauh mana pencapaiannya? Hakikatnya kecekapan dan keupayaan 'orang kerajaan' itu sudah menampakkan hasilnya, cuma memerlukan pacuan gear semaksimumnya.

Hakikatnya, transformasi itu perlu untuk memastikan peratusan reaksi negatif masyarakat terhadap produktiviti, prosedur, birokrasi dan amalan tertentu terhadap golongan itu dapat dimaksimumkan. Justeru, inilah cabaran besar yang perlu diharungi kira-kira 1.2 juta penjawat awam dengan pelaksanaan disegerakan dengan lebih berkesan.

Ketua Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Dr Haris Abdul Wahab, melihat GTP itu wajar sebagai penanda aras serta kayu pengukur ke arah perubahan transformasi kakitangan awam yang lebih cekap, ada kredibiliti dan berdaya maju, sekali gus menimbulkan kesejahteraan kepada masyarakat secara keseluruhan. Bukan tugas mudah untuk menggemblengkan sepenuhnya sektor awam ini kerana banyak penambahbaikan perlu dilakukan dan secalit kesilapan dilakukan, menjadikan keyakinan masyarakat luntur dan akan terus menempelak penyampaian perkhidmatan mereka.

Pandangan negatif masyarakat itu boleh ditepis dengan memastikan semua kakitangan kerajaan membantu masyarakat menangani masalah sosial yang berlaku di negara ini seperti isu kemiskinan, pengangguran, keruntuhan moral, pelbagai jenayah daripada yang sekecil-kecil hingga yang besar. Kesediaan kakitangan awam untuk mengurus dan mengawal masalah sosial dianggap sebagai input penambahbaikkan dalam pelaksanaan program lebih bersistematik untuk masyarakat.

Haris menjelaskan, sektor awam mempunyai kementerian dan jabatan yang mempunyai peranan masing-masing."Setiap jabatan boleh membantu mencungkil peluang serta mengenal pasti keperluan masyarakat umpamanya dari segi pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Pada masa sama, kakitangan sektor awam seharusnya menunjukkan keupayaan dalam mengenal pasti peluang untuk memajukan mobiliti sosial masyarakat. Saya percaya sekiranya semua aspek ini dapat dilaksanakan, masyarakat tidak lagi melabelkan penjawat awam sebagai gagal dan tidak berupaya membangunkan kehidupan masyarakat," katanya.

Bagaimanapun, semua pencapaian keberhasilan GTP yang lebih berkesan dapat direalisasikan dengan menambah kemahiran dan pengetahuan anggotanya di semua peringkat selari dengan aspirasi Wawasan 2020 ke arah mencapai status negara maju."Setiap warga kerja seharusnya memperlengkapkan diri dengan pengetahuan bidang tugas masing-masing. Aspek kemahiran dari segi interaksi dengan pelanggan, bijak mengawal perasaan dan lebih memberi layanan mesra sentiasa diterapkan dalam diri.

"Sikap yang lebih positif itu adalah keutamaan dalam membantu hasrat kerajaan untuk proses GTP dengan jayanya. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian saya, dapat dilihat sesetengah jabatan terutama yang kerap berurusan dengan orang ramai seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah semakin baik."Jika dulu ramai yang merungut dengan sikap kurang profesional kakitangan, lembap dan tidak mesra tetapi semakin kurang," katanya.

Pada masa sama, pelbagai prosedur, proses kerja dan birokrasi yang membelenggu setiap jabatan itu memerlukan pengubahsuaian supaya selaras antara jabatan dan agensi.

Pengorbanan tenaga, masa dan buah fikiran kakitangan sektor awam pasti tidak menjadi bahan momokan sekiranya mereka ingin menuntut kenaikan pangkat atau gaji jika mampu mempamerkan keupayaan sebenar sebagai ganjaran prestasi serta peningkatan produktiviti.

Berita Harian Online

Penguasaan Wanita Dalam Perkhidmatan Awam Berdasarkan Merit - Muhyiddin

MUAR, 23 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penguasaan wanita di dalam perkhidmatan awam ketika ini tidak harus dipertikaikan kerana ia adalah berdasarkan kepada keupayaan dan merit.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, polisi kerajaan yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada wanita hanyalah suatu "garis panduan."

"Walau apa pun yang berlaku di dalam perjawatan, keputusannya adalah berdasarkan kepada merit. Jikalau wanita itu berkeupayaan dan berdasarkan pada merit, maka dia layak untuk berada di situ. Kita tidak boleh mempertikaikannya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi Robotec oleh pelajar-pelajar sekolah di Parlimen Pagoh di Dewan Kompleks Seri Pekembar di Pagoh, hari ini.

Muhyiddin mengakui bahawa keadaan itu turut berlaku di dalam Kementerian Pelajaran di mana bilangan guru wanita pada ketika ini adalah lebih ramai berbanding bilangan guru-guru lelaki.

Menurut beliau, fenomena di mana bilangan wanita memegang jawatan tinggi lebih ramai daripada lelaki bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi turut berlaku di seluruh dunia.

"Ia adalah suatu fenomena global," katanya.

Muhyiddin berkata apa yang paling penting adalah bagaimana hendak mengurus perkara itu, sambil menyifatkan wanita adalah aset dan kelebihan kepada negara.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.

Ahmad Shah berhujah bahawa perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Bernama Online

Monday, February 22, 2010

Puteri UMNO Kesal Pandangan CUEPACS Terhadap Penjawat Awam Wanita

PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) -- Pergerakan Puteri Umno kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Ahmad Shah Mohd Zin berhubung kebimbangan kesatuan itu mengenai penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kebimbangan itu tidak berasas sama sekali dan menunjukkan kecetekan fikiran pemimpin Cuepacs sehingga sanggup mengeluarkan pandangan tidak adil terhadap wanita.

"Puteri percaya dan yakin pertambahan penjawat awam wanita menurut Cuepacs (hampir tiga perempat jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita) adalah disokong oleh kebolehan serta keupayaan wanita itu sendiri.

"Dan, perkembangan itu sama sekali tidak akan memberi kesan jangka panjang terhadap kemajuan dan pembangunan negara seperti yang didakwa oleh Cuepacs," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Ahmad Shah dalam kenyataannya kepada Bernama hari ini berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Ahmad Shah turut menghujahkan perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Rosnah berkata kenyataan pemimpin Cuepacs itu bertentangan dengan aspirasi kesaksamaan gender yang diuar-uarkan oleh kerajaan selain menidakkan kebolehan dan keupayaan golongan wanita.

"Cuepacs sepatutnya mencari jalan dan melihat faktor yang menyebabkan kekurangan kaum lelaki dalam jawatan sebagai pembuat dasar terutamanya daripada sudut jumlah penuntut wanita di institusi pengajian tinggi yang sentiasa melebihi kaum lelaki," katanya.

Rosnah berkata Puteri Umno mahu Ahmad Shah memikirkan semula kenyataannya, yang jelas tidak mengambil kira sumbangan golongan wanita kepada pembangunan negara semata-mata kerana tidak boleh menerima hakikat bahawa jumlah wanita berkebolehan sekarang melebihi kaum lelaki.

"Pergerakan Puteri Umno juga percaya, dalam apa bidang sekali pun, penglibatan wanita adalah berasaskan merit dan ia sepatutnya seimbang dengan penyertaan kaum lelaki," katanya.

Bernama Online

CUEPACS Bimbang Penguasaan Penjawat Wanita

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Isnin meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.

Ahmad Shah menghujahkan perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Baru-baru ini Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70.

Sambil menghargai polisi kerajaan berkenaan kesamaan gender, Ahmad Shah berkata Cuepacs mahu dasar itu dilaksana dengan berhati-hati agar tidak mengganggu keseimbangan antara penjawat lelaki dan wanita.

Beliau berkata kedua-dua gender mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh diguna untuk melengkapi antara satu sama lain.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng berkata walaupun terdapat lebih ramai guru wanita dalam perkhidmatan tersebut peringkat pembuat keputusan dikuasai kaum lelaki.

Beliau berkata prestasi guru wanita adalah sangat baik dan mereka memberikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.

Lok menyarankan agar kementerian berkenaan mengambil lebih ramai guru lelaki untuk bidang-bidang tertentu seperti sukan, pendidikan jasmani dan kokurikulum.

Nisbah yang ideal antara guru lelaki dan wanita kata Lok adalah 50:50.

Bernama Online

Muhammad Shahrul Ikram Dilantik Pengerusi IAEA

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Duta Malaysia ke Qatar, Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Muhammad Shahrul Ikram dilantik secara sebulat suara pada mesyuarat khas lembaga itu pada 12 Feb lalu dan beliau akan berkhidmat sebagai pengerusi lembaga itu sehingga September ini.

Wisma Putra, dalam kenyataan hari ini, berkata pencalonan Muhammad Shahrul Ikram itu diluluskan oleh kumpulan Asia Tenggara dan Pasifik (SEAP) di mana Malaysia menjadi anggota kumpulan itu.

Beliau merupakan seorang diplomat kanan dan biasa dengan tugasan dalam badan antarabangsa itu selepas pernah berkhidmat sebagai Wakil Gilir Residen Malaysia ke IAEA dari tahun 2002 hingga 2005.

Beliau juga telah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Politik Multilateral di Kementerian Luar dari 2005 hingga 2007 yang bertanggungjawab antara lain dalam hal ehwal IAEA, kata Wisma Putra.

Bernama Online

Gaji Pegawai Ikut Kelulusan

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk surat Pegawai Perhubungan Perusahaan disiar pada 5 Februari lalu bertajuk 'Gaji pegawai lulusan sarjana wajar diselaras.

'Skim perkhidmatan Pegawai Perhubungan Perusahaan (PPP) Gred S41 memperuntukkan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) pada peringkat ijazah pertama dan sarjana dengan gaji permulaan berbeza bagi setiap kelayakan.

Gaji sarjana muda kepujian ialah Gred S41:P1T3 (RM1,869.79) dan sarjana ialah Gred S41:P1T7 (RM2,231.59). Gaji permulaan perkhidmatan PPP tidak wajar dibandingkan dengan skim lain kerana penetapan gaji permulaan setiap skim perkhidmatan dibuat secara menyeluruh dengan mengambil kira:

  • Prinsip kadar upah;
  • Kelayakan masuk;
  • Latihan khusus yang wajib, dan
  • Prinsip relativiti dan pariti perkhidmatan yang berbeza mengikut klasifikasi perkhidmatan dan bidang serta kompleksiti tugas yang ditetapkan.

NIK NORAINI NIK YA,
Timbalan Pengarah Korporat JPA

Berita Harian Online

200,00 Pesara Berdepan Tekanan Hidup

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200,000 pesara kerajaan yang menerima pencen RM250 sebulan didakwa berhadapan dengan tekanan hidup sehingga ada antara mereka terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga masing-masing.

Kebanyakan mereka pesara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum diswastakan sudah menjangkau usia lebih 60 tahun, tetapi terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk tempoh masa yang panjang dengan gaji bulanan yang rendah iaitu sekitar RM600 hingga RM700 sebulan.

Presiden Kesatuan Sekerja Dalam GLC, Mohamed Shafie BP Mamal yang mendedahkan perkara itu, mendakwa sebahagian lagi bekerja sebagai pemandu teksi, berniaga secara kecil-kecilan selain terbabit dalam aktiviti pertanian."Pihak kesatuan melihat jumlah pencen (RM250) itu berada di bawah garis kemiskinan dan terlalu kecil berbanding kos sara hidup masa kini.

"Pesara GLC ini terpaksa bekerja keras walaupun sudah berusia kerana perlu menyara hidup keluarga masing-masing selain menanggung perbelanjaan pengajian anak-anak sama ada di institusi pengajian tinggi swasta atau awam.

"Kita amat sedih melihat segelintir mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dari pagi hingga malam manakala ada yang terpaksa berdiri lama tetapi menerima jumlah gaji di bawah RM800.

"Pihak kesatuan juga dimaklumkan bahawa ada pesara yang sakit serta tidak mampu bekerja sehingga memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal. Ini semua adalah kisah benar dan bukannya retorik," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Mohamed Shafie merayu kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya memberi perhatian serius kepada perkara ini bagi membantu golongan terbabit.

"Kita amat berharap jumlah pencen RM250 itu akan dikaji semula kerajaan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi pesara kerajaan dalam GLC.

Kumpulan ini juga pernah membantu kepada pembangunan negara sewaktu mereka berkhidmat dulu," katanya.

"Pihak kesatuan merasakan golongan ini juga perlu diberikan pencen minimum RM720 sebulan seperti mana dinikmati kakitangan kerajaan pada masa kini

Berita Harian Online

Saturday, February 20, 2010

Patahiyah Dilantik YDP MPPP Berkuatkuasa 1 Mac

PULAU PINANG, 20 Feb (Bernama) -- Setiausaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) majlis itu berkuatkuasa 1 Mac ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengumumkan pelantikan itu hari ini berkata Patahiyah yang ketika ini memangku jawatan YDP majlis itu adalah wanita pertama di negara ini dilantik menerajui pihak berkuasa tempatan.

"Selepas persaraan Tan Cheng Chui sebagai YDP MPPP, Patahiyah dilantik memangku jawatan itu dan beliau telah menunjukkan prestasi memuaskan," katanya kepada pemberita di sini.

Tan, 54, memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan.

Patahiyah mengambil alih jawatan setiausaha MPPP pada Jun lepas selepas Tan, yang sebelum itu menyandang jawatan tersebut dilantik sebagai Yang Dipertua.

Beliau menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada 1985.

Bernama Online

Wednesday, February 17, 2010

Wajarkah Polis Marin Diketepi?

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa kerajaan akan menyerapkan aset Polis Marin dan Jabatan Perikanan ke dalam Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) untuk mengelak pertindihan pelaksanaan tugas dan untuk menjadikan APMM sebagai agensi maritim yang tunggal, amat mengelirukan.

APMM hanya ditubuhkan dalam tahun 2005 sebagai agensi maritim ala Coast Guard (Pengawal Pantai) seperti di Amerika Syarikat dan lain-lain negara yang tidak mempunyai polis kebangsaan.

Justeru bagaimana sebuah badan penguatkuasa yang berasaskan penugasan tentera laut yang baru sahaja ditubuhkan wajar mengambil alih penugasan dan aset pasukan Polis Marin, yang telah wujud lebih dari 60 tahun? Ia menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan pesara polis yang bimbang tindakan ini akan melemahkan pasukan, justeru boleh menjejaskan pengawalan keselamatan dalam negara.

Polis Marin bukan sahaja di antara beberapa cawangan dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi adalah keperluan operasional PDRM untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya seperti yang termaktub dalam Seksyen 3 Akta Polis 1967.

Polis Marin sedia mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang penugasannya. Ini sehaluan dengan matlamat PDRM ia itu mengesan, menyiasat kejadian kejadian jenayah, mengawal dan menjaga ketenteraman awam, menangkap dan mendakwa pesalah di bawah undang undang yang memberinya kuasa, mencari dan mendapatkan bahan-bahan risikan mengenai ancaman kepada keselamatan negara.

Jika penyerapan ini berlaku bermakna PDRM akan hilang sebahagian daripada cawangan yang penting dan boleh juga menjejaskan kekesanan pelaksanaan tugas PDRM keseluruhannya.

APMM berasaskan ketenteraan laut, walhal Polis Marin penugasan kepolisan. Kedua-dua tugas ini jauh berbeza dan boleh juga bercanggah antara satu sama lain. Begitu juga akan berlaku kepada pegawai dan anggota, khususnya APMM yang berasal dari Tentera Laut.

Jenayah yang berlaku di laut sering bermula dan berakhir di darat. Bagi Polis Marin, mereka adalah sebahagian daripada PDRM dan mudah mendapat maklumat serta pelbagai kerjasama daripada rakan rakan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah dan di balai-balai polis.

APMM akan mengambil masa lama bukan sahaja untuk memahami selok belok perlakuan jenayah yang menggunakan laut sebagai kawasan kegiatan mereka, tetapi juga akan mengambil lebih lama dalam mengumpul data dan pengalaman bagi memastikan tugas dan tanggungjawab yang baru dapat dilaksanakan dengan berkesan.

PDRM masih memerlukan satu cawangan untuk penugasan di perairan. Jika aset mereka diserapkan kepada APMM, PDRM mungkin akan mencari dan mendapatkan aset serta keanggotaan baru. Sudah tentu ini semua akan menimbulkan kesulitan dan merumitkan segala usaha untuk mencegah jenayah, apatah lagi dalam mengawal ancaman kepada keselamatan negara.

Perlukah membuat perubahan yang tidak akan menguntungkan? Jika penyerapan yang dicadangkan ini adalah dari satu pasukan yang kurang mantap kepada yang lebih mantap, sudah tentu satu perkara yang baik. Tetapi APMM tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam pengawasan, pengawalan dan pencegahan jenayah dan tidak mempunyai back-up yang matang.

Diharap pucuk kepimpinan PDRM dan Kementerian Dalam Negari prihatin dengan senario pengawalan jenayah pelbagai bentuk dari pandangan yang lebih luas. Ini kerana kemungkinan akan timbul kesan negatif.

Seperti yang dijelaskan ketika ditubuhkan, APMM seharusnya bertanggung jawab di kawasan perairan melebihi 12 batu dari pantai. Tidak perlu mengganggu pelaksanaan tugas dan tanggung jawab PDRM, sebaliknya ia wajar lebih diperkemaskan. Negara masih memerlukan Polis Marin.

Perbesarkanlah APMM tetapi jangan sentuh hak PDRM. Wujudkan sistem kerjasama ke arah pencapaian hasil kerja yang lebih bermakna.

Zulkifli Abdul Rahman
Shah Alam, Selangor

Utusan Malaysia Online

Tuesday, February 16, 2010

Lebih 40 Jabatan Tak Bayar Elaun Kerja Lebih Masa

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 kakitangan sektor awam kumpulan sokongan tidak akan melakukan kerja lebih masa bermula minggu depan kerana mendakwa elaun kerja lebih masa mereka kini digantikan dengan cuti rehat.

Sambil menyifatkan ia bukan ugutan, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kesatuan juga tidak membuat dakwaan 'kosong' sebaliknya menerima banyak aduan sejak tiga bulan lalu.

Omar berkata, walaupun cuti rehat itu salah satu usaha jabatan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, langkah berkenaan boleh memberi kesan negatif bukan saja kepada kakitangan awam terbabit, malah boleh menjejaskan sistem penyampaian kerajaan.

Beliau mendakwa aduan diterimanya daripada ahli kesatuan mendapati lebih 40 jabatan sudah tidak membayar elaun lebih masa sejak tiga bulan lalu, sebaliknya menggalakkan mereka menggantikannya dengan cuti rehat.

"Bukan itu saja, Cuepacs juga menerima aduan daripada ahli bahawa pekerja yang enggan melakukan kerja lebih masa diugut ketua jabatan masing-masing akan dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan.

"Kita melihat tindakan ini amat keterlaluan. Anggota sektor awam sentiasa berdedikasi untuk berkhidmat tetapi pada masa sama, pendapatan (bayaran lebih masa) mereka tidak seharusnya disekat kerana mereka bukannya berpendapatan tinggi.

"Kongres Cuepacs akan diadakan 25 Februari ini bagi membincangkan isu pembayaran kerja lebih masa," katanya ketika dihubungi, semalam.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam berkata kerajaan tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi menghalang pembayaran elaun lebih masa kepada jabatan kerajaan.

Berita Harian Online

Saran Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Dirombak

MENDAPATKAN bekalan ubat daripada kaunter beberapa hospital dan klinik kerajaan di Lembah Klang sangat menyusahkan. Mula-mula kena berbaris panjang, menunggu lama, bila sampai giliran tidak dapat ubat yang diharapkan. Ubat yang diberi tidak cukup kualitinya.

Katanya stok tidak ada, tunggu minggu depan, minggu depan telefon masih tidak ada. Kita tanya bila sampai, jawabnya tunggu sahajalah.

Saya tidak mahu sebut nama hospital dan klinik tersebut nanti kakitangan di situ kena marah dengan bos pula. Sebabnya bos hanya tahu marah sahaja, tetapi tidak selesaikan atau buat tindakan menyelesaikannya untuk jangka panjang.

Jadi yang salah siapa, yang bertanggungjawab siapa pula.

Kalau tidak silap saya sudah beberapa kali orang tulis dalam ruangan Forum ini, tetapi tidak ada perubahan ketara yang dapat dilihat.

Di ruang hadapan kaunter farmasi ditulis dengan besar perkataan Piagam Pelanggan, pesakit akan dilayan dalam tempoh 30 minit. Kalau kita amati betul-betul mana ada masa dalam 30 minit.

Lebih ramai pesakit yang dilayan melebihi 30 minit. 30 minit itu hanya mainan di atas kertas sahaja.

Mungkin itu perhiasan sahaja. Ubat yang diberi pula tidak cukup. Saya tidak tahu bagaimana mereka mengira. Lepas itu disuruh tunggu minggu depan. Kalau minggu depan ada, tak apa juga. Ini minggu depan pun tidak ada ubat itu.

Sebagai rakyat biasa, saya ingin tahu bagaimana Kementerian Kesihatan melihat perkara ini. Dasar dan polisi yang ada itu tidakkah disemak dari semasa ke semasa?

Orang yang menyediakan dasar di bahagian farmasi, di peringkat Kementerian masihkah orang yang sama dari dahulu?

Kalau masih orang yang sama mengapa tidak diganti dengan orang lain supaya ada idea baru.

Orang baru mungkin boleh diambil daripada negeri, daerah atau institusi bagi mengganti orang yang sudah lama di Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan.

Ini bertujuan, supaya ada idea baru dibawa masuk ke Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan bagi menjamin kemajuan perkhidmatan di masa hadapan. Saya rasa ramai cerdik pandai bidang farmasi yang ada di peringkat negeri, daerah ataupun institusi. Pilih yang ada pengalaman dan ilmu yang tinggi. Sebagai contoh individu Farmasi yang berkelulusan PhD.

Mengapa mereka ini tidak diberi peluang mentadbir Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan. Saya rasa jumlah mereka ini ramai. Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan adalah satu bidang teknikal, seharusnya pengarah-pengarahnya biarlah yang tinggi ilmunya.Kerajaan telah melatih ramai pegawai Farmasi mendapatkan PhD. Mengapa mereka ini tidak digunakan dengan sepenuhnya.

Apabila kerumitan timbul untuk mendapatkan ubat di hospital dan klinik kesihatan ini memberi peluang kepada penjual ubat haram yang berleluasa pada masa ini untuk mengaut keuntungan.

Ditambah pula dengan bahagian kuatkuasa ubat yang lemah maka keadaan menjadi lebih teruk lagi. Walau apa alasan yang diberi inilah urutan rantai isu tersebut.Saranan saya supaya ada individu baru menerajui semua bahagian penting dalam Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia supaya ada pandangan kedua (second opinion) demi memajukan serta memberikan perkhidmatan farmasi kepada orang ramai.

DR. ALIAS ASHRAF
Petaling Jaya

Utusan Online

Wednesday, February 10, 2010

CUEPACS Tuntut Kerja Lebih Masa Dibayar Tunai

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut agar kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding diberi cuti rehat, kata Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin.

Katanya hampir 50,000 kakitangan sokongan dari pelbagai jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember tahun lepas.

"Untuk setiap lapan jam kerja lebih masa mereka akan diberi satu hari cuti," katanya kepada Bernama."Kami menganggap ia satu ekspoitasi, dan mahu kerajaan membuat tindakan segera untuk menghentikan amalan ini kerana ia akan melunturkan semangat pekerja dan menjejaskan produktiviti mereka," katanya.

CUEPACS, katanya, akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam untuk menyelesaikan isu itu.

Bernama difahamkan langkah sedemikian dilaksanakan untuk 'mengurangkan kos' dan juga untuk 'meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan' jabatan-jabatan berkenaan.

"Sasaran kerja kini adalah lebih tinggi dan kami memerlukan kerjasama dari kakitangan kita untuk bekerja lebih masa," kata seorang ketua jabatan.

"Bagaimanapun, peruntukan untuk kerja lebih masa adalah tidak mencukupi, jadi kami memperkenalkan sistem ini dengan menawarkan cuti," jelasnya.

"Kecuali untuk beberapa orang pekerja, kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan peraturan itu kerana mahu mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dan meningkatkan sistem penyampaian sejajar dengan dasar kerajaan sekarang," tambah beliau.

Bernama Online

Enam Penjawat Awam Dihadapkan Ke Makhamah Kerana Rasuah

KUANTAN, 10 Feb (Bernama) -- Enam penjawat awam, secara berasingan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu terhadap pertuduhan menerima rasuah melibatkan kes pengeluaran pasir dan bahan batuan.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.Muhammad Nur Irwan Ramly, 31, Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan didakwa menerima RM1,500 daripada Mat Seman Yusoff melalui Azhar Ismail sebagai dorongan untuk melindungi kegiatan pengeluaran bahan batuan secara tidak sah di Kuari Batu Panching di Restoran TB Corner Ikan Bakar, Tanjung Lumpur di sini pada pukul 9.55 malam, 13 Julai tahun lepas.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan 15 Mac bagi sebutan semula kes itu.Pekerja Rendah Awam di PTG Kuantan, Azmi Othman, 40, pula didakwa menerima RM500 daripada Mat Seman melalui Azhar sebagai dorongan tidak mengganggu operasi pengeluaran pasir di Kampung Pasir Kemudi, Jalan Sungai Lembing, di sini di Restoran Zuzana Indera Mahkota di sini pada pukul 6.15 petang, 25 Jun tahun lepas.

Azmi juga didakwa menerima RM850 daripada Mat Seman melalui Azhar sebagai balasan tidak mengganggu operasi pengeluaran bahan batuan secara tidak sah di lombong kuari Batu Panching di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di sini pada 7 malam, 8 Julai tahun lepas.

Hakim Mohd Fadir Harun menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan 26 April sebagai tarikh bicara.Pekerja Rendah Awam di PTG Kuantan, Zakaria Mohamad, 49, pula menghadapi dua pertuduhan menerima masing-masing RM300 dan RM500 daripada Mat Seman melalui Azhar sebagai dorongan tidak mengganggu operasi pengeluaran pasir di Kampung Pasir Kemudi, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Zuzana di sini pada 11.30 pagi, 23 Jun 2009 dan di Restoran Bukit Bay Route, Kuantan pada pukul 1.45 petang, keesokkan harinya.Hakim Habibah Mohamed Yusof menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan 25 Feb sebagai tarikh sebutan semula.Sementara itu, seorang anggota polis trafik Ab Malek Sulaiman, 42, dari cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Pahang menghadapi tiga pertuduhan menerima RM500 daripada Teoh Ting Keong sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap lori-lori mengangkut pasir Teoh, di mana tuduhan pertama dia didakwa melakukan kesalahan itu di kafe Hotel Seri Malaysia Kuantan pada 5 Nov 2009 pada pukul 5.44 petang.

Dia turut didakwa menerima RM500 daripada Teoh bagi tujuan yang sama di kafe Hotel Megaview Kuantan pada pukul 3.39 petang, 12 Dis tahun lepas dan menerima RM500 daripada Teoh melalui Lans Kpl Irwan Ishak di kafe Hotel Seri Malaysia di sini pada pukul 12.30 tengah hari, 19 Jan lepas.

Hakim Irwan Suaibon menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan 3 Mac untuk sebutan semula kes.Rakan setugas Ab Malek, Mahir Epandi Ahmad, 49, pula menghadapi dua pertuduhan menerima masing-masing RM500 daripada Teoh di kafe Hotel Seri Malaysia di sini pada pukul 5.16 petang, 10 Julai tahun lepas dan pada 11.20 pagi, 6 Ogos 2009 di tempat yang sama sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap lori-lori mengangkut pasir Teoh.

Hakim Siti Aminah Ghazali mengenakan jaminan RMRM3,000 dengan seorang penjamin dan 1 Mac untuk sebutan semula kes.Penolong Pegawai Tanah Rozlan Md Amin, 56, dari PTG Kuantan pula didakwa menerima RM1,500 daripada Mat Seman melalui Ibrahim Othman sebagai dorongan untuk melindungi kegiatan pengeluaran bahan batuan di lombong kuari Batu Panching.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bilik nombor 105 Hotel MS Garden Kuantan pada 2.20 petang, 1 Julai tahun lepas.

Hakim Hassan Abdul Ghani membenarkan dia diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh bicara dari 16 hingga 30 April.Sementara itu, Rozlan turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Temerloh pada Rabu kerana didakwa menerima RM1,000 daripada Mat Seman bagi tujuan yang sama di Restoran McDonald's, Mentakab pada pukul 5 petang, 19 Jan lepas.Hakim Azuar Che Yusoff membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan mengarahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan untuk dibicarakan serentak dengan kes pertama.

Keenam-enam mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh membayar ikat jamin masing-masing.

Bernama Online

Tuesday, February 9, 2010

Berita@INTURA Ogos 2010

Sila klik imej di bawah untuk paparan sebenar







Syor penjawat awam diberi elaun khas mengikut pencapaian akademik

TERIMA kasih kepada kerajaan kerana terus mengiktiraf sumbangan pegawai dan anggota polis kepada negara melalui kenaikan gaji serta imbuhan setimpal.

Ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan keharmonian dan kestabilan negara terus terjaga di samping berusaha mempertingkatkan lagi tahap integriti kepolisan melalui kenaikan gaji lebih tinggi, tidak lama lagi.

Turut menarik perhatian saya ialah keprihatinan PDRM yang mengiktiraf tahap kelulusan akademik seseorang anggota polis dengan memberi kadar tangga gaji berbeza kepada anggota memiliki kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), diploma dan ijazah berbanding anggota yang tiada kelulusan itu.

Jika benar ini dilaksanakan, ia secara tidak langsung menggalakkan budaya berlumba-lumba menuntut ilmu di kalangan anggota seterusnya membantu mempertingkatkan kualiti diri dalam menyumbangkan idea membina anggota berkaitan ke arah kemajuan jabatan.

Apa yang diharapkan, pengiktirafan ini akan diperluaskan kepada semua jabatan atau agensi kerajaan lain bersama berganding bahu memajukan negara.

Saya berpendapat, elaun khas wajar dipertimbangkan kepada kakitangan kumpulan sokongan yang mempunyai kelebihan mengikut pencapaian akademik yang terpaksa berpuas hati memegang jawatan pada peringkat kumpulan sokongan saja berikutan kekosongan jawatan dalam kumpulan pengurusan atau profesional adalah terhad.

Contohnya, penghargaan yang dicadangkan adalah melalui pemberian elaun kelulusan akademik sebanyak RM300 sebulan untuk pemegang ijazah sarjana, pemegang ijazah sarjana muda (RM200) dan pemegang diploma (RM100) atau lain-lain kadar yang difikirkan sesuai.

Cadangan dikemukakan dengan mengambil kira tahap profesionalisme, sumbangan idea, ilmu pengetahuan dan kemahiran bekerja, mentaliti dan keyakinan diri, pendekatan dalam menangani masalah dan lain-lain kepakaran yang disumbangkan anggota atau kakitangan berkelulusan tinggi terhadap organisasi atau jabatan masing-masing.

Melalui pendekatan ini, ia mampu mempertingkatkan motivasi dan produktiviti kakitangan terbabit, memartabatkan nilai diri seseorang yang berkelulusan walaupun berjawatan tidak setara dengan kelulusan dimiliki, seterusnya membantu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan anggota itu secara berterusan.

Pemberian imbuhan sebegini juga boleh mengelakkan rasa tertekan, kebosanan dan lompat kerja di kalangan kakitangan selain membantu melunturkan budaya memilih kerja mengikut kelulusan akademik di kalangan siswazah menganggur.

Berita Harian Online

Sunday, February 7, 2010

Kajian JPA positif, gaji tentera bakal dinaikkan

SIK 6 Feb. - Anggota tentera dijangka menikmati kenaikan gaji dalam tempoh terdekat memandangkan kajian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai perkara itu menunjukkan tanda-tanda positif.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan beberapa siri perbincangan pihaknya dengan JPA, kenaikan itu dianggap sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

"JPA sudah kaji dan mendapati kenaikan itu memang sesuai. Namun, kita akan tunggu hingga ekonomi pulih supaya kerajaan dapat bayar imbuhan serta tunggakan kepada anggota tentera," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Rimba Taqwa di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kemungkinan terdapat kenaikan gaji anggota tentera selepas 98,747 anggota polis menikmati pelarasan kenaikan gaji dan elaun baru berkuat kuasa 1 Januari 2009.

Utusan Online

Saturday, February 6, 2010

Dasar Kementerian punca isu kurang doktor tidak selesai

LAPORAN akhbar Berita Harian 28 Januari lalu memetik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah sebagai berkata, tempoh khidmat wajib doktor perlu dilanjutkan untuk menyelesai masalah kekurangan doktor di hospital kerajaan.

Saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana dengan melanjutkan tempoh khidmat wajib doktor dengan kerajaan saja, tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini untuk jangka masa panjang.

Kementerian perlu mengkaji kekurangan yang menyebabkan kurangnya minat doktor ini untuk terus berkhidmat dalam kerajaan.

Misalnya skim perkhidmatan, tempoh bekerja dan gaji mereka. Jika dibuat bancian ke atas doktor pelatih mengenai masalah utama dihadapi mereka, kemungkinan perkara pertama yang disuarakan ialah tempoh masa bekerja terlalu panjang dengan bebanan serta tekanan tugas berat.

Berdasarkan pengalaman dihadapi anak saya sebagai seorang doktor pelatih, beliau menceritakan bahawa doktor pelatih diorientasikan selama dua minggu dan mereka dikehendaki bekerja seawal jam 6 pagi dan tamat pada jam 11 malam selama 18 jam tanpa ada jadual rehat, tanpa cuti mingguan dan imbuhan sesuai.

Mereka terpaksa bekerja tujuh hari seminggu. Selepas tamat minggu orientasi, mereka terpaksa bekerja seawal 6 pagi sehingga 5 petang hampir 12 jam tempoh bekerja tanpa imbuhan yang sesuai.

Dengan suasana kerja sedemikian, sama seperti kerajaan menyemai perasaan benci dan tidak minat kepada doktor muda kita untuk mencurahkan bakti mereka kepada hospital kerajaan untuk tempoh masa lama.

Ini adalah satu punca mengapa ramai doktor muda mengundurkan diri daripada terus berkhidmat dalam sektor kerajaan selepas tamat tempoh khidmat wajib mereka.

Murugiah sepatutnya memikirkan dan mengkaji bagaimana cara untuk menarik minat doktor daripada sektor luar supaya berkhidmat dengan kerajaan, bukannya mengambil jalan mudah dengan mengikat doktor muda ini supaya mereka tidak berhijrah ke sektor swasta.

Mengapa doktor ini terlalu beriya-iya hendak berkhidmat dengan sektor swasta? Tentu ada sesuatu kelebihan yang memenuhi keinginan mereka ini sebagai seorang insan. Inilah yang perlu diteliti.

Cuba bayangkan berapa ramai doktor negara ini yang menamatkan pengajian di luar negara, tetapi tidak mahu pulang berkhidmat di negara sendiri selepas tamat pengajian setelah kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk menanggung kos pengajian mereka ini.

Mereka sanggup berkhidmat di luar negara walaupun kos sara hidupnya tinggi dan berjauhan daripada keluarga.

Tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan perkhidmatan doktor di negara ini.

Permasalahan inilah yang perlu dikaji oleh bijak pandai kita. Itulah keluhan dan rintihan daripada seorang bapa atas layanan kerajaan kita kepada doktor yang berkhidmat dalam sektor kerajaan.

BAPA DOKTORPELATIH,
Kpg Gelugor Sedim, Kedah.

Berita Harian Online

Friday, February 5, 2010

Berita@INTURA Februari 2010

Sila klik imej di bawah untuk paparan sebenar










Gaji lulusan sarjana wajar diselaras

SEJAJAR perkembangan teknologi dan tuntutan cabaran semasa yang memerlukan kemahiran serta kelayakan tinggi menjalankan tugas, ramai penjawat awam menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.

Saya tidak terkecuali, sudah menamatkan pengajian ijazah lanjutan pada peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya (UM) dengan menggunakan perbelanjaan sendiri dan secara kerja kursus separuh masa.

Walaupun agak perit membahagikan masa dengan tugas harian di pejabat dan hadir ke kuliah perjuangan diteruskan demi menuntut ilmu.

Namun, apa yang membuatkan saya terkilan ialah gaji pegawai seperti saya yang tidak setimpal dengan gaji pegawai lulusan sarjana di beberapa skim perkhidmatan awam lain seperti skim Pensyarah Universiti DS45, atau DM45 yang memperuntukkan gaji hakiki mula RM2,546.05 di skil P1T1 (untuk lantikan terus).

Bermula 1 Januari 2009, Skim Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis diberikan perhatian apabila Jabatan Perkhidmatan Awam menambah baik skim itu dengan memberikan peruntukan kemasukan tambahan gaji lebih tinggi bagi pegawai memiliki kelulusan ijazah tinggi (sarjana/PhD) atau kelayakan profesional.

Seorang inspektor polis yang mempunyai kelulusan ijazah sarjana misalnya, ditawarkan menikmati gaji mula lebih tinggi iaitu pada skil gaji YA13, P1T5 (RM2,576.24) sebagai gaji hakiki permulaan (tidak termasuk elaun lain).

Walaupun skim sekarang memperuntukkan syarat kemasukan (peringkat sarjana) dengan gaji mula lebih tinggi (tahap P1T7), kerana skil gaji yang berbeza antara satu skim perkhidmatan dengan perkhidmatan lain, skil gaji itu masih dikira rendah.

Saya berpendapat adalah wajar peruntukan perbekalan diperbetulkan (ke tahap P1T10 - untuk pemegang ijazah sarjana) demi mengiktiraf usaha kami disamping menarik lebih ramai tenaga kerja berkualiti dan berkemahiran tinggi menyertai perkhidmatan awam.

PEGAWAI PERHUBUNGAN PERUSAHAAN,
Kuala Lumpur.

Berita Harian Online

Pertimbang kenaikan gaji tentera

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Kerajaan akan memberi perhatian khusus terhadap kenaikan gaji anggota tentera sebaik sahaja ekonomi negara pulih sepenuhnya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, permohonan bagi kenaikan gaji itu telah pun dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan.

"JPA sedang mengkaji dengan teliti permohonan itu dan saya dimaklumkan jika ekonomi mula memperlihatkan pemulihan sepenuhnya, kenaikan gaji tentera akan diberi pertimbangan khusus," katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah; Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifeli Mohd. Zin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pihak tentera juga bakal menerima kenaikan gaji apabila 98,747 anggota polis menikmati pelarasan kenaikan gaji dan elaun baru berkuat kuasa 1 Januari 2009.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien ketika mengumumkan berita baik buat anggota polis itu berkata, kenaikan antara RM1,500 hingga RM6,000 tersebut membabitkan anggota berpangkat dari Sub Inspektor hingga ke Timbalan Ketua Polis Negara.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, anggota tentera yang berpangkat Mejar dan Leftenan Kolonel telah menikmati kenaikan kadar imbuhan tetap sehingga RM450 sebulan juga berkuat kuasa 1 Januari 2009.

Terdahulu semasa berucap merasmikan perhimpunan bulanan, beliau memberitahu, sehingga 14 Januari lalu, perbelanjaan keseluruhan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi Kementerian Pertahanan adalah sebanyak RM14.7 bilion.

Utusan Online

Thursday, February 4, 2010

Cuti Tanpa Rekod untuk kakitangan awam yang menderma organ

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Penjawat awam yang menderma organ kepada mereka yang memerlukan akan diberikan cuti tanpa rekod selama 42 hari, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam.

Beliau berkata menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010, cuti berkenaan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak, sangkut dan guru sandaran.

"Kadar Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh yang diperakukan oleh pegawai perubatan pakar atau tidak melebihi 42 hari, mengikut mana yang lebih rendah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am,"

"Cuti ini bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah menjalani proses pemulihan, " kata Ismail dalam pekeliling itu yang difakskan kepada Bernama Khamis lalu.

Ismail berkata sepanjang tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum discaj dari hospital, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Sakit berdasarkan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital.

"Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini hanya terpakai untuk pembedahan yang dijalankan di dalam negara sahaja, " katanya.

Bernama Online

Menambah baik khidmat polis

Oleh ROHANI IBRAHIM
rencana@utusan.com.my

SETIAP hari kita tidak akan terlepas daripada membaca berita mengenai pelbagai kejadian jenayah yang berlaku di seluruh negara - daripada kes bunuh, samun, ragut, ditipu melalui Internet dan terbaru membakar rumah-rumah ibadat serta penghinaan dalam laman blog.
Itu tidak termasuk kes-kes kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI), penyeludupan dadah dan manusia, pelacuran, rogol serta pelbagai kes jenayah yang sering kita lihat di media cetak dan elektronik.

Peningkatan perlakuan jenayah merupakan cabaran besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan negara.

Dalam melaksanakan tugas menyelesaikan kes-kes jenayah yang berlaku, pasukan PDRM turut menghadapi cabaran dalam pasukan itu sendiri seperti kes rasuah dan penyelewengan kuasa di kalangan anggota dan pegawai PDRM.

Transparency International Malaysia dalam kajian persepsinya pada tahun 2007 menyifatkan pasukan polis mempunyai intergriti paling rendah berbanding agensi awam yang lain.

Dalam kajian yang melibatkan orang awam dan sektor korporat itu, 56 peratus daripada mereka yang terlibat menyifatkan pasukan polis mempunyai tahap integriti dan ketelusan yang paling rendah, diikuti dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (25 peratus) dan pasukan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) iaitu 19 peratus.

Kes-kes rasuah yang dianggap serius berlaku pada satu ketika dahulu menyebabkan PDRM melancarkan kempen anti rasuah beberapa tahun lalu.

Melalui kempen itu, setiap anggota polis memakai lencana, 'Saya Anti Rasuah' dengan tujuan memberikan mesej jelas kepada orang awam bahawa anggota polis menolak rasuah.

Antara cawangan PDRM yang paling banyak dilemparkan dengan tuduhan rasuah ialah polis trafik. Ini kerana trafik merupakan cawangan yang paling banyak berinteraksi dengan orang awam di bandar dan di kampung-kampung.

Biarpun kejadian rasuah biasanya melibatkan dua pihak, namun dalam kes rasuah pasukan polis kebanyakan analisis, perbahasan dan perdebatan memberikan tumpuan kepada pihak yang menerima.

Ada pendapat mengatakan bahawa gaji yang rendah merupakan antara faktor berlaku kes rasuah dalam pasukan polis. Bagaimanapun ada juga yang berpandangan menaikkan gaji polis bukanlah jaminan kes rasuah dalam pasukan PDRM akan berakhir.

Ini kerana mereka yang bergaji jauh lebih tinggi daripada anggota polis turut dilaporkan terlibat dengan gejala rasuah.

Pada Februari 2004, Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan, Perjalanan dan Pengurusan PDRM yang dianggotai oleh 16 anggota bertujuan menjadikan PDRM sebuah pasukan yang lebih berwibawa selepas 197 tahun penubuhannya.

Pembentukan suruhanjaya berkenaan juga disifatkan amat penting untuk menambah baik kualiti siasatan polis dan meningkatkan pengurusan sumber manusia serta menyediakan kemudahan perumahan dan kebajikan lebih baik kepada anggota PDRM.

Biarpun selepas pembentukan suruhanjaya tersebut, pasukan PDRM terus dilemparkan dengan pelbagai tuduhan apabila kadar jenayah ragut serta culik, rogol dan bunuh kanak-kanak perempuan meningkat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengumumkan mengenai kadar baru gaji dan elaun polis untuk anggota berpangkat sarjan, inspektor dan pegawai atasan semalam menyatakan bahawa kenaikan gaji polis itu adalah sebahagian daripada cadangan suruhanjaya tersebut tiga tahun lalu.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa kadar baru berkenaan akan meningkatkan taraf kehidupan anggota polis, sekali gus meningkatkan keupayaan dan prestasi pasukan berkenaan.

Skim berkenaan mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja itu bagi tujuan meningkatkan pengurusan dan operasi pasukan polis.

Sementara Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula dilaporkan berkata, kenaikan gaji itu adalah tepat pada masanya kerana pasukan polis bekerja keras dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

''Anggota polis perlu menikmati kadar gaji yang baik dan kenaikan gaji ini akan menjadi perangsang supaya mereka lebih produktif," katanya.

Kadar baru gaji dan elaun pasukan PDRM diharap menjadi perangsang kepada pasukan berkenaan untuk membanteras segala bentuk jenayah di seluruh negara dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara.

Semua aduan orang ramai kepada polis diharap mampu disiasat dan diselesaikan pada waktu yang singkat dan kes seperti pembunuhan Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin di mana penjenayahnya masih bebas sehingga ke hari ini tidak akan berulang.

Bagaimanapun, kebelakangan ini kepantasan pihak polis dalam menyiasat dan mendakwa penulis blog yang menghina institusi kesultanan Johor, menahan suspek kes bakar surau di Muar dan mendakwa mereka yang membakar gereja dan sekolah di Taiping mampu meningkatkan keyakinan rakyat kepada pasukan berkenaan.

Pengurangan kadar jenayah merupakan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lalu.

Dalam mencapai NKRA tersebut PDRM turut dicadangkan supaya menggunakan khidmat laman web sosial "facebook" sebagai alternatif dalam usaha untuk menyelesaikan kes-kes jenayah.

Ketua Makmal NKRA bagi mengurangkan jenayah, Abdul Aziz Md. Noor menyifatkan laman web berkenaan dapat membantu pihak berkuasa dalam memerangi jenayah memandangkan ia kini diguna secara meluas sebagai medium perantara oleh masyarakat.

"Sebelum ini kita menggunakan khidmat khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui Rakan Cop tetapi dengan pendekatan baru ini, diharap kes-kes jenayah dapat diselesaikan dengan segera.

"Contohnya dengan memaparkan gambar suspek bagi satu-satu kes melalui Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, secara tidak langsung orang awam dapat menyalurkan maklumat berkaitan kes itu kepada polis," katanya.

Tambah Abdul Aziz, selain dapat membantu polis mengesan penjenayah, penggunaan laman web sosial juga mampu merapatkan hubungan antara PDRM dan masyarakat.

Utusan Online

Wednesday, February 3, 2010

Jawab dengan berkesan aduan rakyat

JOHOR BAHRU 2 Feb. - Kakitangan awam negeri ini diminta agar tidak lagi menggunakan perkataan 'akan dikaji', 'kami masih semak' dan 'kami masih menunggu keputusan' sebagai jawapan kepada rakyat yang berurusan dengan jabatan kerajaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd. Latiff Yusof berkata, ini kerana jawapan seperti itu tidak memberi maklum balas yang berkesan kepada rakyat sebagai pelanggan.
"Cabaran besar dalam perkhidmatan awam hari ini ialah memberi maklum balas dengan cepat, cekap dan berkesan.

"Kita tidak boleh lagi menggunakan jawapan-jawapan seperti 'akan dikaji,' kami akan semak' atau 'kami masih menunggu keputusan'," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perkhidmatan Awam Johor yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Pusat Islam Iskandar di sini semalam.

Abd. Latif berkata, penjawat awam perlu berperanan lebih cekap, berkesan, responsif dan berani berubah bagi melaksanakan pembaharuan agar dapat memenuhi kehendak masyarakat.
"Ini kerana kepuasan hati pelanggan dan rakyat merupakan penanda aras muktamad bagi penjawat awam," jelasnya.

Justeru, beliau berkata, penjawat awam perlu memberi perhatian terhadap semua aduan sama ada melalui akhbar, surat, emel, telefon dan secara terus untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan.

Menurutnya, mereka juga perlu menerima sebarang teguran dengan hati terbuka kerana aduan berkenaan dapat membantu mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Beliau berkata, kakitangan awam juga digalakkan menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menambah nilai dalam memberikan perkhidmatan.

"Penggunaan ICT bukan sahaja boleh dilakukan di luar waktu pejabat malah boleh digunakan agensi kerajaan untuk membuat keputusan tanpa perlu berada di pejabat tanpa mengira masa," katanya.

Abd. Latif berkata, ia penting bagi meningkatkan tahap perkhidmatan sejajar dengan perkembangan semasa.

Utusan Online

Tuesday, February 2, 2010

Gaji baru polis diumum hari ini?

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kerajaan akan mengumumkan kadar baru gaji dan elaun anggota polis berpangkat sarjan ke atas, yang mampu meningkatkan taraf hidup anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengumuman mengenainya dijangka dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein esok.

Melalui skim gaji dan elaun baru tersebut, pegawai polis berpangkat inspektor dijangka menerima gaji bulanan lebih RM3,000 manakala sarjan pula bakal menikmati imbuhan lebih RM2,000 sebulan.

Kenaikan terbesar melibatkan inspektor baru yang akan menerima gaji permulaan RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini, di samping kenaikan beberapa imbuhan lain seperti elaun rumah dan elaun sara hidup.

Pemegang diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500. Gaji pangkat sarjan sebelum ini ialah RM890.

Peningkatan itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2009. Dengan pengumuman kenaikan itu, kesemua anggota dan pegawai terlibat bakal mendapat ‘durian runtuh’ melalui bayaran tunggakan bermula tarikh tersebut.

Hishammuddin ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara itu esok.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan, anggota polis berpangkat sarjan, inspektor dan pegawai kanan akan menerima kadar gaji dan elaun yang tinggi melalui skim gaji baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Laporan itu menyebut, skim gaji baru itu telah diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan disokong oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan PDRM.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi tidak menafikan atau menidakkan laporan tersebut sebaliknya enggan memberikan ulasan lanjut.

“Jika apa yang dilaporkan akhbar itu benar, benar lah. Jika tidak benar, maka tidaklah.
“Saya tidak boleh ulas lanjut. Tunggulah sidang akhbar yang akan diadakan.

“Perkara itu (kenaikan gaji dan elaun) masih dalam perbincangan dengan pegawai-pegawai,” katanya.

Utusan Online

Penjawat awam bidang R&D perlu kreatif

MELAKA 1 Feb. – Setiap penjawat awam di negeri ini khususnya yang terlibat dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu berfikiran kreatif dan inovatif sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, berkata, ia juga selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekankan 2010 sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi yang disokong bersama nilai-nilai mulia.

“Pegawai atau kakitangan berkenaan perlu guna kreativiti mereka sendiri untuk mencari kerja di mana saja jabatan mereka diletakkan. Mereka perlu berfikiran di luar kotak, macam Jabatan R&D, kalau mereka lama tak buat kerja takut nanti jadi rest and die (rehat dan mati),” katanya.

Mohd. Ali berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Seri Negeri di sini hari ini.Menurut beliau, tiada gunanya seseorang kakitangan kerajaan lantang bersuara tetapi masih melakukan sesuatu yang biasa di dalam pasaran negara.

“Setiap daripada kita harus kreatif dan berinovasi, dapat mencari idea, strategi serta pendekatan baru ke arah menembusi pasaran baru atau blue ocean strategy. Janganlah kita setakat bersaing sesama sendiri di pasaran tempatan sebaliknya lakukan sesuatu kemajuan yang memberi impak kepada dunia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri telah menggabungkan Institut Pengurusan Melaka (IMM) dan Institut Integriti Melaka (IIM) sebelum ini di bawah satu institut dikenali Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (Inspim).

IMM dan IIM sebelum ini mempunyai fungsi hampir sama iaitu mengendalikan latihan dan pengendalian seminar, kursus serta bengkel yang dapat meningkat dan mengukuhkan integriti penjawat awam di negeri ini.

“Kita gabungkan kedua-dua institut ini sebagai satu pusat latihan rasmi anggota-anggota kerajaan negeri mahupun Persekutuan. Di sini, mereka perlu sentiasa memahami peraturan pentadbiran, kewangan, prosedur kerja, kumpulan meningkat mutu kerja dan sebagainya serta fahami dasar baru yang diperkenalkan Perdana Menteri,” katanya.

Utusan Online

Cuepacs tuntut semak semula gaji, naikkan pencen pesara

KUALA LUMPUR: Cuepacs akan mengemukakan dua tuntutan daripada kerajaan pada tahun ini, iaitu menyemak kembali gaji kakitangan awam yang sudah mencecah gred maksimum dan menaikkan pencen kira-kira 450,000 pesara kerajaan yang berkhidmat kurang 25 tahun.

Presidennya, Omar Osman, berkata hampir separuh daripada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam, membabitkan pegawai kumpulan profesional, pengurusan dan kakitangan sokongan di negara ini sudah mencecah gred maksimum.

“Kira-kira 450,000 pesara kerajaan yang berkhidmat kurang 25 tahun juga menerima pencen serendah RM300 sebulan.

Ini tidak mencukupi jika mengambil kira kos sara hidup semasa, terutama di bandar.

Kadar pencen mereka perlu dinaikkan sekurang-kurangnya kepada RM500. “Walaupun krisis ekonomi negara belum pulih sepenuhnya, permohonan ini wajar untuk menambah kuasa membeli, selain meningkatkan kebajikan kakitangan awam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, kadar yang dituntut itu munasabah kerana jumlah minimum pencen pesara yang berkhidmat lebih 25 tahun ketika ini ialah RM720.

Sementara itu, Omar berkata, hampir semua 1.2 juta kakitangan kerajaan memilih menyertai skim pencen berbanding skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, ramai kakitangan kerajaan tidak memilih skim KWSP kerana tidak menikmati kemudahan seperti kad persaraan, perubatan percuma di hospital kerajaan dan faedah persaraan (gratuiti) seperti kakitangan awam yang memilih skim pencen.

“Jika sebelum ini, ada seramai 70,000 kakitangan kerajaan memilih skim KWSP, tetapi menyedari kebaikan dan kelebihan yang dinikmati menerusi skim pencen, ramai yang sudah menukarnya kepada pencen,” katanya.

Bercakap kepada Bernama, Omar berkata, Cuepacs akan menemui Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam, bulan ini untuk meminta dipertimbangkan pelaksanaan peraturan baru persaraan pilihan penjawat awam.

Beliau berkata, Cuepacs terkejut apabila ditanya anggotanya mengenai perkara itu kerana JPA tidak pernah mengajak pihak itu berbincang mengenainya.

“Sukar bagi kami untuk menjelaskan perkara ini kerana kami (Cuepacs) tidak tahu mengenainya... ada yang menyangka kami yang membawa (cadangan perkara itu) kepada kerajaan," katanya.

Beliau mengulas pekeliling JPA pada 25 Januari lalu mengenai persaraan pilihan anggota yang akan diluluskan dengan syarat jika mereka bersetuju dibayar 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 terlebih dulu, mengikut mana yang lebih ketika bersara pilihan mulai Februari 2010 atau selepasnya.

Berita Harian Online

Tingkatkan integriti LPP

KOTA TINGGI 1 Feb. - Pegawai atau kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) diseru meningkatkan integriti dalam melaksanakan tugas untuk kepentingan masyarakat peladang.

Pengarah (LPP) Johor, Mohd. Naser Harun berkata, tugas yang diberi perlu ditunaikan dengan penuh ikhlas, jujur dan jangan sekali-kali mengkhianati amanah yang diberi.

"Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa serta sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa menyeleweng adalah antara nilai utama dalam etika kerja yang juga sebagai ibadah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada lebih 80 ketua cawangan dan anggota LPP Johor Timur di Dewan Mesyuarat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengerang, di sini, semalam.

LPP Johor Timur dianggotai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi, Mawai, Mersing Utara (Endau), Mersing Selatan, Pengerang, Kulaijaya dan Johor Bahru Timur.

Hadir sama pada majlis itu Pegawai Peladang Daerah LPP Johor Timur, Abdul Jalil Bukhairah dan Pengurus PPK Pengerang, Suriadi Abdul Jalal.Menurut Mohd. Naser, organisasi yang cemerlang bukan sahaja bergantung kepada sumber jawatan tetapi sangat bergantung kepada kecemerlangan setiap individu yang menganggotainya.

"Ini adalah kerana pekerja merupakan modal insan atau aset bagi kejayaan sesebuah organisasi terbilang dan dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggannya," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, tumpuan harus diberikan kepada usaha yang berterusan bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan dan penyaluran maklumat kepada pelanggan.

Utusan Online

Monday, February 1, 2010

40 tahun rekod perkhidmatan cemerlang Ghazali Shafie

Oleh Deva Mohd. Ridzam

Hanya beberapa orang sahaja di negara ini yang mampu menyaingi rekod cemerlang Tun Ghazali Shafie dalam perkhidmatan awam.

Ghazali yang sememangnya tiada galang ganti dilahirkan di Kuala Lipis dan menyertai perkhidmatan awam pada 1944. Tidak lama kemudian beliau dilantik sebagai Pegawai Daerah di kampung halamannya.

Selepas menamatkan pelajaran di Kolej Raffles di Singapura beliau melanjutkan pengajian di Kolej Universiti of Wales, Aberstwyth dan memperoleh ijazah undang-undang.

Kemudian beliau memperoleh sarjana dalam pengajian antarabangsa dari Universiti London.
Bermula dari bawah, beliau terus mencipta kejayaan demi kejayaan termasuklah bertanggungjawab memperkasa dasar luar negara ke tahap sekarang selain memainkan peranan penting dalam memperkasakan negara bangsa. Ini termasuklah penglibatan beliau dalam penubuhan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang pertama Tunku Abdul Rahman.

Beliau terus berkhidmat dengan cemerlang di bawah tiga perdana menteri seterusnya.
Kehebatan beliau ini dibuktikan dengan pelbagai jawatan yang disandang ketika berkhidmat. Antaranya sebagai orang paling lama memegang jawatan Setiausaha Tetap Kementerian Luar, Senator, Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penerangan, Menteri Dalam Negeri dan akhir sekali Menteri Luar.

Di bawah kepimpinan Tunku, beliau membantu memperkasakan dasar luar negara seperti mana sumbangan besarnya dalam penubuhan Malaysia. Selain itu beliau terlibat dalam penubuhan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) serta Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan pelbagai lagi.

Beliau juga antara mereka yang terlibat dalam penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dalam banyak perkara beliau bukan sahaja terlibat dalam mencipta sejarah negara tetapi terlibat secara aktif dalam melaksanakan perubahan. Untuk lebih memahami negara ini adalah penting kita menyelami beliau secara lebih mendalam.

Buku yang ditulisnya pada 1998 bertajuk "Memoir Ghazali Shafie Dalam Penubuhan Malaysia" yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan sebuah buku yang wajib dibaca.

Sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Luar yang juga Ketua Perisikan, beliau memainkan peranan penting dalam menamatkan Konfrontasi Malaysia-Indonesia. Beliau bekerjasama rapat dengan pemimpin Order Baru di Indonesia seperti Ali Murtopo dan Benny Murdani dalam usaha untuk menyingkir Presiden Sukarno serta membaik pulih hubungan antara dua negara berjiran.

Sebagai Menteri Dalam Negeri (1973-1981) beliau turut memainkan peranan dalam usaha gencatan senjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Sebelum itu ketika beliau menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penerangan (1971-1973) beliau telah membawa perubahan besar terhadap Radio dan Televisyen Malaysia.

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, beliau yang menganggotai Majlis Gerakan Negara yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah membantu usaha untuk menyatukan semula negara ini. Bersama dengan beberapa orang yang terpilih menganggotai Majlis Perundingan Kebangsaan (NCC) beliau turut terlibat dalam mendraf prinsip Rukun Negara serta merumuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Beliau juga merupakan tenaga utama dalam pasukan yang dikuasai oleh rakyat Malaysia di bawah Tunku sebagai Setiausaha Agung OIC dalam menjadi pertubuhan itu satu kenyataan dengan menubuhkan struktur organisasi dan piagamnya.

Sebagai Setiausaha Tetap (1959-1970) dan kemudian Menteri di Kementerian Luar (1981-1984) beliau sememangnya dikenali sebagai seorang yang mampu melakukan dan menggunakan apa sahaja untuk menjayakan matlamat negara. Ketika zaman beliau, negara ini berjaya mencapai banyak kejayaan membanggakan yang membuatkan Malaysia dihormati.

Beliau juga sangat dikenali sebagai seorang yang mempunyai minat yang mendalam untuk menjayakan masyarakat dunia yang bebas dan mampu menentukan nasibnya sendiri. Ghazali telah berusaha keras untuk memastikan Malaysia terlibat dengan serius dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada 1960-an serta menjadi jaguh dalam memperjuangkan dasar anti aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan.

Sebagai Menteri Luar beliau berjaya menganjurkan Persidangan Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur pada 1983. Beliau juga sangat percaya orang Islam di seluruh dunia perlu mengutamakan pendidikan kerana jika tidak mereka akan terus ketinggalan, mundur serta terpinggir.

Oleh itu beliau telah menjelajah banyak negara Islam untuk menerangkan serta mendapatkan sokongan mengenai pentingnya pendidikan untuk pembangunan dunia Islam. Oleh itu Ghazali telah mendapat sokongan padu dalam penubuhan UIAM yang dibiayai oleh OIC yang kemudiannya di tempatkan di Malaysia.

Melalui penubuhan UIAM ia bukanlah bermaksud untuk menjadi sebuah institusi teologi tetapi melahirkan Muslim profesional seperti doktor, ahli ekonomi, peguam, arkitek dan sebagainya yang akan berpegang teguh kepada ajaran dan etika Islam.

Bagaimana Ghazali lebih dikenali dengan sumbangan besarnya dalam menjayakan dasar luar dan diplomasi bukan sahaja dalam bentuk kenyataan tetapi juga dalam pemikiran strategik.
Dalam ucapan perpisahan sebagai Menteri Luar pada 1999 kepada pegawai Wisma Putra, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan hanya satu baris ayat yang diberikan oleh Ghazali apabila diminta nasihat tentang dasar luar negara. "Ia perlu dipercayai".
Ghazali adalah umpama orang yang bertanggungjawab menjadikan Kementerian Luar dan pegawainya seperti yang ada sekarang dalam melaksana dan memberi sumbangan besar kepada negara. Dalam erti kata lain beliau umpama guru kepada diplomat terawal negara termasuklah kepada sesetengah diplomat ASEAN. Malah mereka adalah graduan dalam "Sekolah Diplomasi dan Perhubungan Antarabangsa Ghazali Shafie".

Diplomat Malaysia di bawah kepimpinannya telah dibentuk sebagai seorang realis. Beliau juga sangat menekankan supaya diplomat dan lain-lain pegawai kerajaan perlu meluaskan pembacaan, sentiasa teliti, menumpukan perhatian serta petah berkata-kata.

Namun paling penting mereka perlu mempertahan kepentingan negara. Untuk berjaya, beliau sentiasa meminta para diplomat supaya berani, menguasai bahasa serta mempertingkatkan pengetahuan sebanyak yang boleh. Dalam koleksi ucapannya yang dikeluarkan dalam buku terbaru, Number One Wisma Putra, beliau telah menggariskan supaya diplomat perlu bijak, sentiasa membuat analisis, sentiasa tepat dan terkini dan perlu sentiasa berani.

Para pegawai perlu sentiasa berdikari dan berkemampuan memenangi setiap perdebatan tanpa perlu bertengkar. Ghazali sentiasa mahukan nama Malaysia memainkan peranan penting dan berlainan di peringkat antarabangsa.

Itulah yang dilakukan beliau dengan menaikkan nama Malaysia dan ASEAN melalui kuasa intelek dan strategiknya. Malah para pegawainya akan sentiasa mengingati kesungguhan beliau menjalankan tugas dengan lebih banyak berada di kawasan dan majlis berbanding orang lain dengan keupayaan merungkai isu yang kompleks secara jelas dan berasas.

Mungkin untuk permulaan, kerajaan dapat mengubah nama Institut Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa (IDFR) kepada Sekolah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa Ghazali Shafie. Ia perlu dijadikan sebuah institusi akademik yang bebas di mana tokoh-tokoh besar dalam negara dan serantau malah dunia boleh menjadi pengajar, belajar dan membuat kajian.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk menyuntik semangat baru di Wisma Putra. Para diplomat perlu dilatih dengan teliti memandangkan tugas mereka adalah untuk menunjukkan imej yang baik mengenai Malaysia di luar negara.

Datuk Deva Mohd. Ridzam ialah bekas Duta Malaysia ke Kemboja, Belgium, Luxembourg dan Kesatuan Eropah.

Utusan Online

Cops from sergeant and above to benefit from pay scheme

SEREMBAN: Policemen from the rank of sergeants and above will get a rise in salary and allowances under a new pay scheme.

The new pay and incentives come three years after they were recommended by the Royal Commission to improve the police force.

The biggest gainers will be new inspectors who will get a starting salary of RM2,060 compared to RM1,492 previously.

Diploma and STPM holders will also be allowed to join the force directly as sergeants and they will start with a basic salary of RM1,500. A sergeant’s basic salary previously was RM890.

The new scheme has been approved by the Public Service Department following recommendations made by the Royal Commission on the Enhancement of the Management and Operations of the Police.

Sources said new inspectors would have a take home pay of more than RM3,000 which included a special incentive of RM200, cost of living allowance of RM100 to RM200, and a housing allowance of RM420.

They said police inspectors had now been moved to the Professional and Management Group as they were now required to be degree holders.

Policemen will also have another reason to cheer as they will be paid arrears backdated to Jan 1, 2009.

Other senior officers will also enjoy increases of between 4% and 8% of their current basic salary and civil service allowance.

“Senior police officers will get one jump in their salaries to the new scheme. This will be from RM200 to RM600,” he said.

The civil service allowance of officers with the rank of Assistant Superintendent of Police (ASP) and Superintendents will be increased by RM50.

Sources said the ranks of Senior Assistant Commissioner I and II (SAC I and SAC II) have also been abolished and replaced with just SAC.

Also abolished is the post of chief inspector.This means that an inspector can be promoted to the rank of an ASP after passing the relevant examinations.

Citing an example, he said corporals who passed their Efficiency Level Assessment examinations were being paid higher than sergeants who did not pass theirs.

“We cannot have a situation where a lower ranking officer earns more than his superior. That is one reason why the changes were done to the matrix salary system,” he said.

In 2007, the Government increased the salaries of police and military personnel by 9% to 42%. The current increase of salary and incentives is to further enhance the operations and management of the police force.

In an immediate response, Cuepacs president Omar Osman said the Public Service Department must ensure it did not jeopardise the chances of non-officers to be promoted to officers.

“There are some 200 Customs non-officers who have not been promoted to officer level although they have recognised degrees.

“We hope the department will spell out exactly what are the chances of those in the lower rung to be promoted to the Top Professional and management Group once they get their tertiary education. Then it will be a level playing field,” he said.

The Star Online

CUEPACS mahu jumpa JPA bincang isu persaraan pilihan

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menemui Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam bulan ini untuk meminta dipertimbangkan pelaksanaan peraturan persaraan pilihan penjawat awam.

Presiden CUEPACS Omar Osman berkata perbincangan itu bertujuan mendapatkan penjelasan lanjut JPA berhubung perkara itu setelah banyak pertanyaan dibangkitkan mengenai peraturan baru itu yang melibatkan 1.2 juta penjawat awam.

Beliau berkata CUEPACS juga terkejut apabila ditanya anggotanya mengenai perkara itu kerana JPA tidak pernah mengajaknya berbincang mengenainya.

"Sukar bagi kami untuk menjelaskan perkara ini kerana kami (CUEPACS) tidak tahu tentangnya ... ada yang menyangka kami yang membawa (cadangan perkara itu) kepada kerajaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau mengulas pekeliling JPA pada 25 Jan lepas mengenai persaraan pilihan anggota yang akan diluluskan dengan syarat jika mereka bersetuju dibayar 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 terlebih dahulu, mengikut mana yang lebih ketika bersara pilihan mulai Februari 2010 atau selepasnya.

Omar berkata bayaran 20 peratus atau RM10,000 daripada ganjaran benar-benar tidak mencukupi untuk penjawat awam bersara pilihan untuk meneruskan kehidupan sementara menunggu pencen mereka.

"Dulu kita tidak ada masalah kerana ganjaran diberi cukup dan dapat menampung sehingga boleh terima pencen...tapi sekarang, tak ada maknanya bersara pilihan sekarang kalau dapat RM10,000 sahaja," katanya.

Menurutnya beliau tidak mahu, akibat daripada peraturan itu, penjawat awam terutamanya dari kumpulan sederhana dan bawahan membuat pinjaman daripada Ah Long untuk menampung kehidupan.

Beliau berkata kerajaan harus memahami masalah penjawat awam kerana kebanyakan mereka yang memohon berhenti awal bukanlah kerana kepentingan peribadi tetapi akibat beberapa kesulitan kehidupan.

"Jika kerajaan beri 50 peratus daripada ganjaran, eloklah sikit, contohnya kalau ganjaran sebenar RM80,000 maka dapatlah dia RM40,000. Beri RM10,000 nak buat apa, satu jam sahaja boleh habis.

Oleh itu, kita minta kerajaan kaji semula semula perkara ini," katanya.

Bernama Online

Teliti laluan jadi guru besar

Tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana melakukan anjakan paradigma dengan melancarkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBP) dengan 20 buah sekolah sebagai perintis. Semoga matlamat mengangkat pendidikan di Malaysia bertaraf dunia tercapai.

Sejajar dengan anjakan ini, saya mencadangkan kepimpinan sekolah rendah dinaik taraf dalam menyokong usaha tersebut.

Berdasarkan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil 10 Tahun 2009 yang berlangsung pada 15 Julai 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan satu dasar yang lebih komprehensif, adil, saksama dan telus bagi laluan kerjaya Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di sekolah menengah.

Berikutan daripada itu prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah telah pun diluluskan melalui Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM bil 13.

Laluan menjadi Penolong Kanan dan Guru Besar masih menetapkan guru bukan berijazah (DGA29 dan DGA32).

Ramai guru berijazah (DG41) tertanya-tanya apakah nasib mereka? Bilakah mereka akan diberi peluang menjadi Guru Besar?

Berbanding dengan guru bukan siswazah DGA29 dan DGA32, mereka juga tidak kurang pengalaman.

Antara mereka ada yang berkhidmat melebihi 20 tahun di sekolah rendah, ada yang memiliki ijazah Sarjana dan dan Doktor Falsafah (PhD).

Mereka juga sudah berada di sekolah rendah dalam gred DG41 melebihi enam tahun sejak 1 Januari 2004.

Tambahan pula pada awal tahun ini KPM ada membuka tawaran Guru Cemerlang Gred DG44 di sekolah rendah bagi guru DG41 yang sudah berpengalaman mengajar lima tahun.

Tanpa menafikan peluang guru DGA29 dan DGA32, saya yakin guru DG41 adalah aset penting KPM yang boleh diangkat menjadi Guru Besar.

Guru Besar yang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pun dapat kekal sebagai Guru Besar dengan gred GG41 selepas mendapat ijazah.

Midman
Gua Musang,
Kelantan

Utusan Online