Johor Bahru: CUEPACS mendesak penjawat awam yang terbabit dalam pemilihan UMNO supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pembabitan dalam politik.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menyambut baik peringatan yang diberikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa, kelmarin kerana ia penting bagi mengelakkan penjawat awam daripada dikenakan tindakan tatatertib.