Saturday, November 30, 2013

Berita@INTURA November 2013

Sila klik imej untuk paparan sebenar





Wednesday, November 27, 2013

Kursus Basic Life Support for Trainers [25-26 November 2013]

Kursus ini dijalankan dengan kerjasama Hospital Sungai Petani. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan tentang asas pertolongan cemas kepada semua jurulatih dan fasilitator INTURA yang terlibat dengan aktiviti i-Lead Park

















Sunday, November 10, 2013

CUEPACS desak percepat kaji naik elaun

IPOH 8 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan mempercepatkan kajian terhadap kenaikan elaun dan insentif baharu untuk penjawat awam ekoran peningkatan kos sara hidup.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, cadangan-cadangan mengenai kajian itu telah pun diserahkan kepada Kementerian Kewangan pada awal tahun ini.

Namun, jelas beliau sehingga kini kesatuan belum menerima maklum balas.

"Cadangan itu merangkumi kajian terhadap kenaikan imbuhan tetap perumahan, Elaun Sara Hidup (COLA) yang diselaraskan serta mengkaji semula pinjaman perumahan untuk penjawat awam.

"Kenaikan elaun dan insentif itu tidak diumumkan di bawah penambahbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam sedia ada di dalam Bajet 2014 baru-baru ini," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan warga kerja Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak di sini hari ini.

Di bawah penambahbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, lebih 600,000 penjawat awam akan mendapat faedah.

Antaranya kenaikan taraf skim perkhidmatan, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan penggabungan serta pindaan nama beberapa skim perkhidmatan.

Omar berkata, kenaikan elaun dan insentif perlu disegerakan untuk membantu penjawat awam terutama untuk membeli rumah kerana harga hartanah itu yang semakin tinggi sehingga membebankan golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, ini kerana kelayakan untuk membeli rumah bergantung kepada gaji bakal pembeli.
"Sebagai contoh, seseorang penjawat awam bergaji RM1,200 sebulan, sudah tentu tidak layak untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah yang berharga RM150,000.

"Jadi kita mahu pinjaman perumahan mestilah mengikut harga yang telah ditawarkan kepada pembeli," katanya.

UTUSAN MALAYSIA ONLINE

KL cadang kerjasama perkhidmatan awam peringkat ASEAN

Ali Hamsa (kanan) dan Peter Ong dalam sidang akhbar selepas Seminar Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia dan Singapura di Putrajaya, semalam

PUTRAJAYA 9 Nov. - Kerjasama antara perkhidmatan awam Malaysia, Singapura dan Brunei akan diperluaskan ke lebih banyak negara, malah meliputi semua negara ASEAN.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, perkhidmatan awam Malaysia boleh berbincang dan berkongsi pengalaman dengan banyak negara serantau melalui kerjasama tersebut.

"Kita telah memulakan perbincangan dengan Indonesia dan India. Untuk India, satu memorandum persefahaman tentang kerjasama dalam perkhidmatan awam akan dimeterai pada 25 November nanti.

"Saya melihat sudah tiba masanya untuk kita mewujudkan perbincangan antara perkhidmatan awam peringkat serantau iaitu antara negara-negara ASEAN.

"Usaha seperti ini boleh dijayakan melalui kerjasama dengan Wisma Putra terutamanya semasa Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2015 nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri seminar bersama pemimpin perkhidmatan awam Malaysia dan Singapura di sini hari ini.

Sebanyak 37 pegawai kanan dari Malaysia dan 20 dari Singapura menyertai seminar itu yang turut dihadiri Ketua Perkhidmatan Awam Singapura, Tan Sri Peter Ong.

Selain menyertai seminar tentang transformasi perkhidmatan awam, pegawai kanan dari kedua-dua negara turut menyertai pertandingan persahabatan boling dan golf pada sebelah petang.

Dalam perkembangan lain, Ali berkata, penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam tidak menjadi isu kerana semua urusan surat-menyurat dan mesyuarat telah menggunakan bahasa kebangsaan.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun mengambil berat tentang kualiti bahasa Melayu, khususnya dalam aspek tatabahasa yang dikatakan belum mencapai standard sepatutnya.

"Kita akan melihat perkara ini dan institut latihan berkenaan boleh memainkan peranan untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa, tindakan juga boleh diambil di peringkat kementerian atau jabatan," katanya.

Seorang pakar bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka dilaporkan menasihatkan supaya kualiti bahasa Melayu, khususnya tatabahasa dalam sektor awam dipertingkatkan.

Sementara itu, Ali berkata, Unit Integriti yang bertanggungjawab mengurus isu-isu integriti akan dapat ditubuhkan di semua kementerian menjelang awal tahun depan.

"Kita telah mulakan dengan semua agensi penguatkuasaan dan menjelang Januari, semua kementerian akan mempunyai Unit Integriti,'' katanya.

UTUSAN MALAYSIA ONLINE



Saturday, November 9, 2013

Persediaan alam persaraan penjawat awam perlu dilakukan - Muhammad Safian

MOHAMAD Ridzwan Mohd. Tahar (dua dari kanan) melawat pameran selepas merasmikan Seminar Pra-Persaraan dan Hari Bertemu Pelanggan Penjawat Awam Peringkat Negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, semalam.


KUANTAN 8 Nov. - Persedian untuk menghadapi alam persaraan adalah mustahak bagi penjawat awam kerana jika tidak dirancang dengan baik boleh menyebabkan berlaku kesukaran untuk kehidupan yang selesa selepas tamat perkhidmatan.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, penjawat awam perlu merancang dengan baik persaraan semasa dalam perkhidmatan kerana akan memudahkan mereka pada masa akan datang.

"Ini kerana kebanyakan penjawat awam menghadapi kesukaran untuk kehidupan yang selesa selepas persaraan kerana gagal merancang pendapatan mereka sewaktu berkhidmat.

"Apa tidaknya, salah satu faktor adalah apabila pencen bulanan yang akan diterima pesara nanti adalah 50 peratus daripada gaji bulanan yang ada sekarang ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Mohamad Ridzwan Mohd. Tahar sempena Seminar Pra-Persaraan dan Hari Bertemu Pelanggan Penjawat Awam Peringkat Negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Seramai 1,500 penjawat awam dari agensi Persekutuan dan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang akan bersara hadir dalam seminar tersebut.

Menurut beliau, jika perancangan dibuat dengan baik, mungkin pesara tidak perlu bekerja semula di sektor swasta selepas persaraan mereka.

"Sepatutnya selepas bersara merupakan masa kita bersenang-lenang atau membina perniagaan sendiri. Justeru, fikirlah untuk masa depan yang baik bagi kita dan keluarga," katanya.

Muhammad Safian berkata, masih ramai penjawat awam yang belum bersedia untuk menghadapi persaraan kerana mempunyai pelbagai masalah.

"Terdapat beberapa kes yang berlaku sebelum ini, didapati ada pesara yang menghadapi masalah mengharungi dunia persaraan akibat perancangan yang tidak mencukupi.

"Mereka terlalu leka dan mengamalkan cara hidup yang mewah. Ini menyebabkan mereka terpaksa menanggung beban hutang, tidak mempunyai tempat tinggal dan ada yang menghabiskan sisa hidup di rumah orang tua," katanya.

UTUSAN MALAYSIA ONLINE


Monday, November 4, 2013

Perhimpunan Bulanan INTURA [November 2013]

Perhimpunan Bulanan INTURA telah diadakan di Dewan Jubli Perak INTURA pada 3 November 2013. Antara Pengisian Perhimpunan Bulanan kali ini adalah Amanat Pertama Pengarah Wilayah Utara, Dr. Zurina binti Abdul Hamid. Pada kali ini juga, buat pertama kalinya Anugerah Pekerja Contoh Bulanan Bulan Oktober 2013 jatuh kepada semua warga INTURA. Ini adalah kerana kerjasama yang erat dan komitmen yang ditunjukkan oleh warga di sepanjang aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Oktober.




















Sunday, November 3, 2013

klik imej untuk paparan sebenar

Tips for Better Team Work?

Have you ever wondered how some work groups exhibit effective team work and others remain dysfunctional for the life of the team? Effective team work is both profoundly simple and difficult at the same time. The factors that affect success in team work occur both within the team itself and in the work environment in which the team must function.
These ten tips describe the environment that must occur within the team for successful team work to take place. Successful team work is the cornerstone for creating functioning, contributing teams.



Keys to Successful Team Work

  • The team understands the goals and is committed to attaining them. This clear direction and agreement on mission and purpose is essential for effective team work. This team clarity is reinforced when the organization has clear expectations for the team's work, goals, accountability, and outcomes.

  • The team creates an environment in which people are comfortable taking reasonable risks in communicating, advocating positions, and taking action. Team members trust each other. Team members are not punished for disagreeing.

  • Communication is open, honest, and respectful. People feel free to express their thoughts, opinions, and potential solutions to problems. People feel as if they are heard out and listened to by team members who are attempting to understand. Team members ask questions for clarity and spend their thought time listening deeply rather than forming rebuttals while their coworker is speaking.

  • Team members have a strong sense of belonging to the group. They experience a deep commitment to the group’s decisions and actions. This sense of belonging is enhanced and reinforced when the team spends the time to develop team norms or relationship guidelines together.

  • Team members are viewed as unique people with irreplaceable experiences, points of view, knowledge, and opinions to contribute. After all, the purpose for forming a team is to take advantage of the differences. Otherwise, why would any organization approach projects, products, or goals with a team. In fact, the more that a team can bring out divergent points of view, that are thoughtfully presented and supported with facts as well as opinions, the better.

  • Creativity, innovation, and different viewpoints are expected and encouraged. Comments such as, "we already tried that and it didn't work" and "what a dumb idea" are not allowed or supported.

  • The team is able to constantly examine itself and continuously improve its processes, practices, and the interaction of team members. The team openly discusses team norms and what may be hindering its ability to move forward and progress in areas of effort, talent, and strategy.

  • The team has agreed upon procedures for diagnosing, analyzing, and resolving team work problems and conflicts. The team does not support member personality conflicts and clashes nor do team members pick sides in a disagreement. Rather, members work towards mutual resolution.

  • Participative leadership is practiced in leading meetings, assigning tasks, recording decisions and commitments, assessing progress, holding team members accountable, and providing direction for the team.

  • Members of the team make high quality decisions together and have the support and commitment of the group to carry out the decisions made.
If a team can get these ten factors right, success and a rewarding sense of team work will follow.
By Susan M. Heathfield

Friday, November 1, 2013

PENJAWAT AWAM TERLIBAT 81 SKIM DITAMBAH BAIK AKAN TERIMA SURAT OPSYEN BULAN INI - KPPA

PUTRAJAYA, 1 Nov (Bernama) -- Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.

Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini Jumaat, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.

"Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan," katanya.

Mohamad Zabidi berkata penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.

Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.

Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.

Sementara itu Omar berkata skim-skim lain yang tidak termasuk dalam 81 skim yang ditambahbaik itu masih mempunyai harapan untuk mendapat peluang yang sama.

"Untuk skim yang lain, kami sedang berunding," katanya.

BERNAMA ONLINE