Wednesday, May 28, 2014

JPA Mahu Penjawat Awam Ubah Pendekatan Bekerja

KUALA TERENGGANU, 27 Mei (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mahu semua 1.5 juta penjawat awam mengubah pendekatan dan cara bekerja supaya selaras dengan transformasi sektor awam yang menjurus kepada merakyatkan perkhidmatan awam. 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata selaras dengan transformasi itu, semua penjawat awam dituntut menjalankan tugas dalam satu pasukan dan mampu menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit tanpa menghadapi banyak masalah birokrasi di pelbagai peringkat sektor awam.
 

Katanya rakyat yang menjadi pelanggan kepada sektor awam perlu mendapat perkhidmatan dan sistem penyampaian daripada kakitangan awam secara tepat dan cepat.
 

"Memang menjadi sasaran kita nak mengurangkan kerenah birokrasi di pelbagai peringkat perkhidmatan awam seperti yang dikehendaki dalam program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
 

"Sebab itu, kita kini ambil pendekatan nak merakyatkan perkhidmatan awam supaya penjawat awam di semua peringkat dapat turun ke akar umbi serta menjelaskan dasar kerajaan," katanya kepada pemberita sempena program bersama penjawat awam negeri anjuran Cuepacs di sini.
 

Mohamad Zabidi berkata pihaknya berharap pendekatan merakyatkan perkhidmatan awam juga dapat digerakkan secara bersama di semua peringkat termasuk pihak berkuasa tempatan, negeri dan Persekutuan.
 

Katanya pendekatan itu antara bertujuan mempermudah apa sahaja urusan antara penjawat awam dengan rakyat.
 

"Kita mahu rakyat mudah berurusan. Kalau kita tutup pintu, sukar berurusan, itu yang menimbulkan masalah.
 

"Sekarang kita kena ubah cara bekerja supaya rakyat mendapat layanan sewajarnya," katanya.
 
Mohamad Zabidi berkata penjawat awam juga digalakkan mengikuti apa sahaja kursus yang diadakan yang boleh meningkatkan kompetensi mereka bekerja.
 

Bernama Online

Friday, May 23, 2014

PTD Perlu Duduk Semeja Tanpa Mengira Pangkat Untuk Selesai Isu - KPPA

PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) hari ini disaran agar duduk semeja tanpa mengira pangkat untuk menyelesaikan sesuatu isu atau masalah berbanding amalan menunggu laporan daripada pihak bawahan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata dengan cara itu sesuatu masalah atau perkara lebih mudah dan pantas untuk diselesaikan dan dapat mengelakkan masalah birokrasi.

"Jika kita bergerak berperingkat-peringkat mungkin dalam masa tiga bulan pun tak dapat siap. Kita kena berubah. Jangan terlalu birokratik," katanya pada Sesi Interaksi PTD Muda Bersama KPPA di sini.

Mohamad Zabidi berkata ia sebahagian daripada transformasi budaya kerja yang perlu mereka lakukan bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Beliau berkata mereka juga perlu menyokong antara satu sama lain walau berada di kementerian atau agensi yang berbeza dan bekerja sebagai satu pasukan.

Budaya kerja secara silo juga tidak boleh lagi diamalkan pada zaman globalisasi masa kini yang penuh dengan persaingan, katanya.

Seramai 500 pegawai PTD, barisan exco Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) dan pengurusan tertinggi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghadiri sesi itu yang dianjurkan oleh PPTD dengan kerjasama JPA.

Julung kali diadakan, ia bertujuan berkongsi mengenai transformasi JPA yang sedang dilaksanakan serta impak transformasi berkenaan kepada penjawat awam khususnya PTD, serta memberi peluang kepada PTD memberi input kepada JPA dalam merealisasi transformasi negara.

Bernama Online

Tuesday, May 20, 2014

EMPLOYERS LOSE UP TO RM8 BILLION DUE TO FAKE MEDICAL LEAVES

Employers lose up to RM8 billion due to fake medical leaves
Some clinics and health centres have been known to issue 'fake' medical certificates

KUALA LUMPUR: It is estimated that employers in the country tend to lose up to RM8 billion a year due to employees taking  fake medical leaves given by clinics and health centres. 

Secretary of the Malaysian Employers Federation, Datuk Shamsuddin Bardan said the loss includes the payroll of the employee on medical leave, medical costs and the cost of replacing the employee on medical leave. 


"There are some cases that we know of employees have been certified as sick and is given medical leave from doctors. But these employees, instead of resting at home, they do other jobs like selling nasi lemak, pisang goreng and so on,” he said.  


Samsuddin added, that the current economic pressures have forced some workers to make business as a source of side income and thus medical leave is taken to garner more income. 


"We also know that workers in Malaysia mostly see a doctor not for treatment and medication but to take leave.  In fact, some patients scold the doctors and there are several reports from the doctors on this matter," he said. 


He added that this unethical act will not only impact the industry, but the governing laws under the industry as well. 


In addition to taking medical leave for business purposes, MEF also found that employees take medical leave as an extension after their rest days as a form of protest towards an employers. 
A study by MEF found that the Malaysian industry loses four percent of working days due to medical leaves taken by employees. 



According to a statistic by CUEPACS, three percent of public servants fake their medical leave to skip work. 


The fake medical leave became a matter of concern when it was reported that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will work with the Health Ministry to carry out investigations on counterfeiting medical leave to deceive employers and earn more money.



Astro Awani (http://english.astroawani.com)

Tuesday, May 13, 2014

Top 7 Ways to Communicate Effectively

It has been said that 85% of success is the ability to communicate and 15% of success depends on technical skill, so let’s take a look at 7 tips for effective communication. 

1) Have self-worth. This means being confident and making the other person know you are worth taking seriously and your are worth their time. 

2) Get Interested in others. This means talking in a way that emphasizes what’s in it for the listener. Flattery for example will make the listener feel good and make them receptive towards your arguments. 

3) Open up a person’s heart. Basically this means being friendly and making the conversation easy. 

4) Listen at least 2 times more than you talk. You cant expect people to listen to you if you don’t listen to them. A good tip to show you are listening is to ask follow up questions. 

5) Diversify yourself. This means knowing a little bit about many topics so that you are able to converse with many different people. 

6) Understand that your worth never changes. Rejection is apart of life, and should not discourage you from trying. 

7) Follow the step-ladder to success. You don’t become the heavyweight champion of the world by taking on the champ in your first fight. Similarly you should learn how to communicate with peers and lower management before attempting to communicate with the CEO. 

The link to this article is as follows: 

http://top7business.com/?Top-7-Ways-to-Communicate-Effectively&id=1767 

Monday, May 12, 2014

klik imej untuk paparan sebenar

Better work promotion chances under ‘closed scheme’

BATU PAHAT: Civil servants in the “closed scheme” will have more opportunities for promotion once a review of their respective service schemes is completed, said Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa.
“At present, opportunities for promotion for those in the scheme are limited.
“It is like the pyramid system for them, where only one or two get to move up while the rest have to wait at the bottom despite having the calibre or having served for a significant period,” he said.
He was speaking to reporters after attending an excellence service award ceremony for Universiti Tun Hussein Onn at Parit Raja here yesterday.
Ali said that the scheme upgrade would be carried out in stages as the Government needed to weigh the financial expenditure involved.
An upgrading was made of the scheme recently for the Agriculture Department.
Following suit would be an up–grade of the Customs Department, Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry’s enforcement division and the Geosciences and Mineral Department.
“To date, 80 service schemes have been reviewed and the process for 270 more is expected to be completed this year,” he said.
Meanwhile, Ali said his office was identifying suitable land for housing projects throughout the country to cater to the needs of civil servants.
He said the houses would cost about 30% lower than the market price.
The Star Online

SKIM PERKHIDMATAN TERTUTUP DITAMBAHBAIK

BATU PAHAT 11 Mei - Penjawat awam dalam skim perkhidmatan tertutup bakal menikmati peluang kenaikan pangkat lebih baik dan peluang-peluang lain selepas kajian semula terhadap skim perkhidmatan mereka selesai.

Mengumumkan demikian, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, untuk itu sistem kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang akan diperkenalkan.

Beliau mengakui wujud kekangan kenaikan pangkat bagi penjawat awam di dalam skim perkhidmatan tertutup kerana ia terhad kepada jawatan sedia ada.

“Peluang kenaikan pangkat dan sebagainya adalah terhad. Ramai yang tunggu di bawah kerana ia seperti sistem piramid.

“Mungkin yang dapat (kenaikan pangkat) satu dua tetapi yang lain tidak dapat walaupun mereka sama-sama berkaliber dan telah berkhidmat lama. Ini akan cuba diatasi, kata beliau pada sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di sini hari ini. Turut hadir naib canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin.

Menurutnya, penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan tertutup itu akan dilakukan secara berperingkat memandangkan implikasi kewangannya jika dibuat serentak secara menyeluruh.

Usaha menambah baik skim terbabit sudah dilaksanakan di Jabatan Pertanian.

Ali berkata, pihaknya kini melihat skim perkhidmatan di Jabatan Kastam; Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; serta Jabatan Geosains dan Mineral.

“Setakat ini 80 skim perkhidmatan telah pun dikaji semula dan bakinya sedang di dalam proses dan dijangka selesai tahun ini. Lebih 270 skim perkhidmatan akan selesai dikaji semula," katanya.

Beliau berkata, wujud banyak jabatan profesional di dalam skim perkhidmatan tertutup dan kajian semula itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada penjawat-penjawat awam.

Dalam pada itu, Ali berkata, kerajaan akan membantu penjawat-penjawat awam memiliki rumah sendiri menerusi Skim Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia.

Pihaknya, kata beliau, sedang mengenal pasti tanah-tanah yang sesuai di seluruh negara untuk didirikan projek perumahan berkenaan.

Rumah-rumah itu katanya, akan dijual pada harga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Terdahulu di dalam ucapannya, Ali berkata, rakyat Malaysia semakin peka, berpendidikan tinggi, dan menaruh harapan yang kian meningkat terhadap sistem penyampaian Perkhidmatan Awam negara.

Selaku penjawat awam, katanya, mereka tidak boleh kekal selesa pada sesuatu tahap pencapaian, tetapi perlu sentiasa berusaha untuk mencapai tahap lebih baik dan lebih tinggi.

Utusan Malaysia Online

Sunday, May 11, 2014

Government bodies need to acknowledge and act on public complaints

WHERE can ordinary rakyat seek redress when aggrieved by unresponsive government servants?
The following is an account of my recent unhappy encounters with Kuala Lumpur City Hall (DBKL) and Public Complaints Bureau (BPA).
I sent a letter to DBKL, both via e-mail and by hand, to protest about the proposed increase in the assessment value of my property. Because DBKL did not set up the auto-reply — as they should — to acknowledge receipt, I took the trouble to deliver the letter to them by hand.
I was surprised that DBKL did not call me for any hearing, when many of my neighbours were. I contacted DBKL to enquire, but in spite of repeated e-mails, DBKL did not respond.
Disgruntled, I filed an online complaint with BPA on Feb 7, for which I received an e-mail from an officer on Feb 12 acknowledging receipt.
I did not hear from anyone for a week after that, so I e-mailed the officer to ask about the progress of her investigation. There was no reply. I re-sent the enquiry almost every week after that. To-date, there is still no reply. Meanwhile, I have tried checking the BPA website for the status report of my case, but to no avail.
When I last checked the website (on March 3, one month after I filed the complaint), the case is stated as “Selesai” (Solved)!
This is outrageous! How could the case be deemed solved when I have heard nothing from both BPA and DBKL?
Outraged,TAMAN DESA AMAN
The Star Online

PELUANG KENAIKAN PANGKAT LEBIH BAIK BAGI SKIM PERKHIDMATAN TERTUTUP - KSN

BATU PAHAT 11 Mei - Penjawat awam dalam skim perkhidmatan tertutup bakal menikmati peluang kenaikan pangkat lebih baik dan peluang-peluang lain selepas kajian semula terhadap skim perkhidmatan mereka selesai.

Mengumumkan demikian, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, untuk itu sistem kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang akan diperkenalkan.

Beliau mengakui wujud kekangan kenaikan pangkat bagi penjawat awam di dalam skim perkhidmatan tertutup kerana ia terhad kepada jawatan sedia ada.

``Peluang kenaikan pangkat dan sebagainya adalah terhad. Ramai yang tunggu di bawah kerana ia seperti sistem piramid.

``Mungkin yang dapat (kenaikan pangkat) satu dua tetapi yang lain tidak dapat walaupun mereka sama-sama berkaliber dan telah berkhidmat lama,'' katanya.

Ini akan cuba diatasi, kata beliau pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di sini hari ini

Bernama Online

Saturday, May 10, 2014

Program motivasi beri kesan kepada penjawat awam

JOHOR BAHRU 9 Mei - Penjawat awam di negeri ini diingatkan bahawa sesuatu program motivasi dan latihan boleh memberi kesan berpanjangan sekiranya galakan diberikan secara berterusan selain cetusan demi cetusan pada masa hadapan.

Pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, atas sebab itu beliau ‘mencabar’ kesemua peserta yang mengikuti Transformasi Minda Penjawat Awam Negeri Johor agar me­latih diri untuk melepasi tempoh 40 hari agar amalan dalam program tersebut dapat diterapkan.

“Apa yang saya ajarkan melalui program ini adalah praktikal dan bukan sekadar teori, jadi insya-Allah ia kekal dalam ingatan dan dijadikan amalan berterusan.

“Dengan transformasi minda kita harap penjawat awam mengubah cara berfikir dan melihat situasi di pejabat dalam perspektif yang berbeza. Sebelum tidur memaafkan orang lain dan bangun tidur dengan senyum adalah praktikal," katanya ketika ditemui selepas upacara penutup program di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir dalam program anjuran bersama kerajaan negeri dan Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) itu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Norizan Kulob dan Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Abdul 'Alim Abd Shukor.

Sementara itu Norizan yang berucap mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata, penjawat awam negeri Johor bertuah kerana mendapat sentuhan tokoh motivasi terkenal dalam usaha menjana kehidupan dan kerjaya yang lebih baik.

“Program ini bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk menerapkan nilai budaya cemerlang dalam menjalankan tugas serta kawalan akal dan emosi dalam tindakan untuk meningkatkan prestasi hidup peribadi, kerjaya dan keluarga," tegasnya.

Utusan Malaysia Online

Friday, May 9, 2014

Tan Sri Rozhan meninggal dunia

KUALA LUMPUR 9 Mei - Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Rozhan Kuntom, 82, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pukul 4 pagi tadi.

Allahyarham merupakan bapa kepada Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Jumaat.

Utusan Malaysia Online

Thursday, May 8, 2014

JANGAN PERTIKAI SUMBANGAN PENJAWAT AWAM

Laporan Unit Pengurusan Pres­tasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang menyifatkan prestasi penjawat awam semakin menurun cukup memeranjatkan semua pihak. Malah Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) juga sanggah laporan ini yang menyifatkan prestasi penjawat awam semakin menurun, sebagai tidak tepat dan berat sebelah.

Justeru, Majlis Persatuan Pentadbir IPTA Malaysia (Masti) berpandangan penilaian yang telah dibuat oleh Pemandu termasuk rumusan bahawa kadar upah yang tinggi menyebabkan produktiviti penjawat awam semakin menurun memerlukan satu penjelasan yang terperinci dengan kadar yang segera. Masti memohon agar pihak Pemandu tampil memperincikan dan menjelaskan kepada khalayak asas rumusan dan kesimpulan sebegini kerana ianya jelas boleh menjejaskan semangat dan motivasi penjawat awam yang bertungkus lumus selama ini menyokong dan menjayakan segala agenda transformasi kerajaan.

Pemandu juga perlu menjelaskan kaedah pengukuran dan penilaian yang telah dibuat ke atas sumbangan, peranan dan produktiviti penjawat awam sehingga boleh membuat kesimpulan seperti ini.Sudah semestinya kita hendak tahu apa metodologi yang telah digunakan dalam kajian ini dan siapa pula sampel kajian yang terlibat? Hal ini penting kerana ia mencetuskan pelbagai persoalan, mi­salnya apakah selama ini penjawat awam tidak menyumbang apa-apa ke arah pembangunan negara dan masyarakat? Kenapa begitu mudah mempertikai sumbangan penjawat awam?  Ini adalah satu isu yang cukup serius dan Masti berharap agar pihak kerajaan terutama Perdana Menteri sendiri memandang serius laporan seumpama ini dan membantu membetulkan keadaan.

Masti khuatir laporan ini boleh mencetuskan pelbagai andaian, persepsi dan spekulasi dalam kalangan masyarakat terutama terhadap imej dan kredibiliti penjawat awam dan juga agensi kerajaan secara keseluruhannya.Justeru, dalam konteks ini, Masti menyokong penuh respondan pendirian kepimpinan CUEPACS, sekali gus memohon campur tangan kerajaan dengan segera supaya perkara ini dapat diselesaikan dan diperjelaskan dengan sewajarnya.

NOOR MOHAMAD
SHAKIL HAMEED
Timbalan Presiden Majlis Persatuan Pentadbir IPTA Malaysia

Utusan Online

CUEPACS KECEWA LAPORAN PRODUKTIVITI PENJAWAT AWAM MENURUN

KLUANG 7 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kecewa dan menempelak laporan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang menyatakan produktiviti penjawat awam hari ini semakin menurun.Presidennya, Azih Muda berkata, laporan Pemandu kepada kepimpinan tertinggi negara itu itu tidak tepat kerana penanda aras yang digunakan hanya bersandarkan kepada faktor kadar upah yang diberikan dan ia hanya akan menyebabkan penjawat awam berasa terkilan.

"CUEPACS menafikan laporan itu dan kita tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan Pemandu kerana produktiviti penjawat awam pada hari ini jauh lebih baik berbanding dahulu, buktinya lihat kepada pengumuman kerajaan yang menyatakan perkhidmatan kesihatan negara kita berada pada tangga ketiga terbaik di dunia."Begitu juga dengan penarafan lima bintang kepada dua pihak berkuasa tempatan (PBT) baru-baru ini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-19 Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan (Keptan) Cawangan Kluang, di sini hari ini.

Menurut Azih, laporan yang dikemukakan itu dibuat menerusi satu taklimat khas kepada kepimpinan tertinggi baru-baru ini, namun maklumat itu baharu sahaja ‘bocor’ kepada pihaknya semalam dan berharap pihak berkaitan dapat mengkaji semula kenyataan itu. Mengulas lanjut, dakwa beliau, Pemandu membuat perbandingan mengenai gaji yang diterima penjawat awam ketika ini berbanding kadar upah yang diberikan sebelum ini."Kata mereka (Pemandu), dahulu kadar upah penjawat awam rendah tetapi produktiviti tinggi namun apabila ada peningkatan gaji, tahap produktiviti masih sama dan tidak menunjukkan peningkatan. Kita tidak faham mengapa perkara itu yang menjadi ukuran."Sebaliknya, Pemandu perlu turun ke bawah untuk melihat cara kerja penjawat awam yang semakin hari berdepan tekanan dan mereka sepatutnya bukan hanya duduk di atas semata-mata untuk mengejar petunjuk prestasi utama (KPI)," tegasnya.


Dalam pada itu, CUEPACS menaruh harapan tinggi mengenai beberapa tuntutan yang dikemukakan pihaknya dalam Persidangan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mapa) yang akan diadakan di Putrajaya pada 10 Jun depan."Kita berharap kerajaan memberi perhatian segera terhadap tuntutan itu terutamanya tiga perkara penting iaitu penetapan gaji minimum kakitangan awam kepada RM1,200, penyelarasan elaun sara hidup (COLA) di semua kawasan dan penukaran status kuarters kerajaan kepada rumah sewa kerajaan," kata Azih

Utusan Malaysia Online

Wednesday, May 7, 2014

Penjawat awam wajar jadi perujuk dasar kerajaan, isu semasa

SEREMBAN 6 Mei - Penjawat awam di negeri ini wajar menjadi perujuk yang baik terutama dalam hal berkaitan isu-isu semasa dan dasar kerajaan agar pemahaman yang betul dapat diberikan kepada rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, untuk itu penjawat awam perlu mempunyai ilmu yang banyak, faham setiap isu dibangkitkan serta tahu dengan mendalam apa juga dasar dibawa oleh kerajaan pada waktu ini.

“Kita hendaklah membetulkan pemahaman silap yang dibawa pihak tidak bertanggungjawab dan me­nerangkannya dengan cara berilmu supaya rakyat benar-benar faham terhadap apa juga isu dan dasar berke­naan,'' katanya di sini hari ini.

Mohamad berucap dalam majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2013 Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr. Awaludin Said.

Memberi contoh isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Mohamad berkata, penjawat awam perlu memahami dan bersedia untuk memberikan penerangan yang betul apabila ditanya oleh orang ramai.

“Begitu juga dalam soal Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan soal mengapa Malaysia perlu menyertainya, ini perlu diberikan penjelasan dan untuk itu, penjawat awam perlu ada ilmu dan banyak membaca,'' tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu, untuk terus cemerlang, setiap penjawat awam di negeri ini harus keluar daripada kepompong kerja konvensional kerana berada dalam era teknologi memerlukan mereka bekerja dengan efisien.

“Saya lihat sejak tahun 2004 hinggalah sekarang, peralihan itu sudah pun berlaku dan pada hari ini, Negeri Sembilan semakin dihormati kerana kecekapan penjawat awam, selain kerancakan pemba­ngunan, kestabilan kewangan, minat pelaburan dan kecemerlangan pendidikan.

“Inilah hasil kerja yang sudah terbongkar selepas sekian lama dipendam dengan gerak kerja yang tersusun. Kita laksanakan dengan berhemah, mesra kepada semua malah perancangan dibuat dengan teliti hasilnya kini, Negeri Sembilan bukan sahaja dikenali dalam banyak perkara, tetapi juga sebagai lubuk pengembangan ekonomi yang kian dikenali dunia," katanya.

Kata Mohamad lagi, penjawat awam adalah nadi kepada semua kejayaan tersebut dan mereka perlu sentiasa peka dengan permasalahan rakyat kerana pembangunan yang rancak sahaja tidak akan menggembirakan jika ada yang tercicir atau terpinggir.

“Dengan dasar jaringan keselamatan sosial dan unit pemantau permasalahan rakyat, usaha ini sudah pun menjadi contoh yang baik dalam pelaksanaannya, malah kerajaan negeri melalui rizab kewangan yang kukuh akan menyalurkannya kembali untuk mensejahterakan rakyat dan perkara inilah menjadi keutamaan,'' ujar beliau.

Pada majlis tersebut, seramai 529 orang daripada 6,612 penjawat awam dalam negeri ini menerima anugerah kecemerlangan bagi tahun 2013 daripada Mohamad.

Utusan Malaysia Online

Tuesday, May 6, 2014

CBP SISTEM CUKAI PROGRESIF, BUKAN UNTUK BEBANKAN RAKYAT - PM


PUTRAJAYA, 5 Mei (Bernama) -- Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) adalah sistem percukaian yang progresif dan pengenalannya bukanlah untuk membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata penerangan berhubung CBP, yang telah dilaksanakan kira-kira 90 peratus negara di dunia, perlu digiatkan supaya rakyat benar-benar faham dan tidak melulu membantah tanpa mengetahui tujuan dan asas sistem pencukaian berkenaan.

"Kita mesti terangkan kepada rakyat bahawa ramai yang tidak bayar cukai. Saya tahu sebagai Menteri Kewangan ramai yang tidak bayar cukai atau bayar sikit daripada yang sepatut dibayar.

"Dengan adanya sistem ini, ia lebih progresif kerana ia bergantung kepada banyak mana perbelanjaan kita dan dengan cara seperti ini dengan langkah kita mengecualikan cukai pada barang-barang keperluan rakyat maka pengenalan CBP ini tidaklah membebankan rakyat," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini Isnin.

Najib berkata kerajaan akan melihat dan memperincikan lebih banyak barangan dan produk yang boleh dikecualikan daripada CBP tanpa menjejaskan perluasan asas hasil.

Beliau berkata melalui pelaksanaan CBP itu kerajaan akan mampu memacu pertumbuhan yang lebih tinggi untuk negara dan mampu membina lebih banyak infrastruktur dan keperluan asas di bandar dan luar bandar.

"Sebab jika kita tidak membina infrastruktur lebih moden, kita akan kehilangan kelebihan kompetitif," jelas Najib.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa negara memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk modal insan kerana ia juga merupakan faktor kritikal dalam soal kekuatan kompetitif mana-mana negara.

"Selain itu hasil pencukaian juga perlu untuk bidang kesihatan kerana terdapat keperluan untuk menambah hospital, peralatan dan sebagainya yang menjadi perkara mendesak untuk rakyat," katanya.

Najib berkata dengan tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan penjawat awam sebanyak 1.5 juta orang, negara memerlukan hasil negara yang mencukupi.

"Itulah langkah dan falsafah yang dipegang oleh kerajaan yang ada pada hari ini dan saya percaya dengan langkah seperti ini akan membolehkan mengangkat kedudukan negara kita seperti yang diimpikan bersama," katanya.

CBP akan diperkenalkan pada April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus. Najib berkata sistem pencukaian CBP telah lama dikaji oleh kerajaan dan telah diguna pakai kira-kira 90 peratus negara di dunia ini.

"Kalau sistem ini sudah terbukti (negara lain), tentu sekali bagi kita di Malaysia, kalau kita guna sistem CBP ini, kita mestilah akan dapati ini adalah sistem yang adil, progresif dan boleh diterima oleh rakyat," katanya.

Bernama Online

Monday, May 5, 2014

Berita@INTURA April 2014





Klik imej untuk paparan sebenar

PENJAWAT AWAM PERLU RASIONAL DALAM SETIAP TINDAKAN - CUEPACS

HULU TERENGGANU, 4 Mei (Bernama) -- Presiden Cuepacs Azih Muda pada Ahad meminta segelintir penjawat awam supaya lebih rasional dalam tindakan mereka agar ia tidak memberi kesan negatif kepada rakan mereka yang sangat komited menjalankan tugas.

Ini kerana apabila segelintir daripada mereka menyokong pembangkang, ia secara tidak langsung menafikan hak-hak penjawat awam yang menyokong usaha kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

"Apa sahaja yang mereka tidak puas hati sepatutnya perlu guna saluran yang betul..melalui Cuepacs, kita akan ajukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malah banyak tuntutan kita yang diambil berat oleh beliau.

"Malangnya, tindakan segelintir mereka ini lah yang memberi persepsi, gangguan dan budaya kekecewaan yang secara tidak langsung akan memberi imej negatif terhadap kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan (Anulae) Terengganu yang disempurnakan Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari di sini.

Ditanya sama ada terdapat penjawat awam yang menyertai Perhimpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) pada Khamis lalu, Azih berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

"Saya sangat berharap agar tiada penjawat awam terlibat kerana ia adalah perkara asas yang perlu difahami dan dipatuhi agar mereka tidak menyertai himpunan seumpama itu sehingga menyebabkan tindakan tatatertib boleh diambil kerana melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang dibuat semasa diterima bekerja dalam sektor awam," katanya.

Malah, tindakan paling teruk yang boleh dikenakan adalah dibuang kerja, katanya.

Bernama Online

Sunday, May 4, 2014

TIDAK KURANG PENJAWAT AWAM BUKTI KERAJAAN PRIHATIN - JAILANI JOHARI

HULU TERENGGANU, 4 Mei (Bernama) -- Kesediaan kerajaan untuk tidak mengurangkan bilangan penjawat awam, yang kini mencecah 1.5 juta orang, mencerminkan kecaknaan kerajaan terhadap kebajikan golongan itu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berhasrat menguncupkan saiz perkhidmatan awam jika mereka memerintah negara, kerajaan Barisan Nasional tetap bersandar kepada penjawat awam sebagai tulang belakang bagi kemajuan negara.

"Atas pengiktirafan dan harapan inilah, sewajarnya penjawat awam mempertingkat usaha dan terus memberi perkhidmatan yang terbaik dalam tugas seharian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan (Anulae) Pejabat Terengganu di sini, Ahad.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 di Jitra, Kedah pada Khamis lepas bahawa Kerajaan tidak bercadang mengurangkan bilangan penjawat awam di negara ini.

"Ketegasan Perdana Menteri dalam hal ini adalah berita baik buat semua penjawat awam di seluruh negara," kata Jailani.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata status Malaysia sebagai sebuah negara membangun amat memerlukan penjawat awam dalam pelbagai bidang bagi memudahkan urusan rakyat.

"Nisbah penjawat awam dengan rakyat ketika ini ialah 1:20 sedangkan negara maju pula mempunyai nisbah 1:13. Ini menunjukkan negara masih memerlukan penjawat awam dalam usaha kita mencapai status negara maju.

"Di sesetengah kawasan, terutama di luar bandar, rakyat masih memerlukan perkhidmatan kerajaan dan lebih selesa serta percaya dengan penjawat awam," katanya.

Bernama Online

Saturday, May 3, 2014

PENJAWAT AWAM SERTAI PERHIMPUNAN CBP BERDEPAN TINDAKAN BUANG KERJA - ALI HAMSA

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

"Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai penglibatan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam pekeliling dan tatatertib perkhidmatan awam (yang) bermula dengan amaran hingga buang kerja", katanya.
 

Menurutnya penjawat awam seharusnya menyokong aspirasi dan dasar kerajaan, bukan sebaliknya.
 
Beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada 864 penerima di sini, Jumaat.
 

Turut hadir Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad.
 

Ali diminta mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 semalam, yang menganggap penjawat awam terlibat dalam perhimpunan itu dianggap pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.
 

Beliau berkata sehingga kini, pihaknya tidak menerima laporan membabitkan penjawat awam dalam perhimpunan itu yang diadakan di Dataran Merdeka di sini semalam.
 

Terdahulu, dalam ucapannya Ali mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa mendokong dan melaksanakan Dasar Transformasi Negara ke arah menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
 

"Transformasi yang dilakukan berupaya meningkatkan daya saing negara di samping menjana kadar pertumbuhan ekonomi positif.
 

"Ini secara tidak langsung memungkinkan kerajaan untuk mempertimbang insentif dan kemudahan lain bagi kebajikan penjawat awam secara khususnya", katanya.
 

Beliau berkata penjawat awam adalah ejen penyampai yang terbaik untuk menterjemah setiap visi kerajaan.
 

Tahap kemajuan sesebuah negara bukan sahaja dinilai dari aspek kekukuhan ekonomi malah merangkumi ketelusan dan integriti yang dimiliki institusi negara itu termasuk sektor awam, katanya.
 

Justeru itu, Ali berharap semua penjawat awam mengamalkan konsep 'kerja sebagai ibadah' bagi meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap pekerjaan.
 


Bernama Online

Friday, May 2, 2014

MELAKA SIASAT PENJAWAT AWAM TERLIBAT PERHIMPUNAN BANTAH CBP

MELAKA, 2 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penjawat awam di negeri ini yang terlibat dalam perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka, semalam. 

Ketua Menteri Datuk Idris Haron berkata tindakan itu bertentangan dengan peranan penjawat awam yang sepatutnya menyokong kerajaan dalam melaksanakan CBP demi menjana ekonomi negara pada masa depan.
 

Penjawat awam juga tidak harus terpengaruh untuk melibatkan diri dengan bantahan itu kerana ia merupakan tindakan seorang atau sekumpulan kecil yang didorong kemahuan politik yang tinggi, katanya kepada pemberita selepas menerima rombongan 60 peserta Program Belia Asia Tenggara di sini, Jumaat.
 

Beliau berkata demikian ketika ditanya tindakan yang akan diambil jika ada penjawat awam di negeri ini terlibat dalam perhimpunan itu.
 

Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda semalam menyifatkan penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan itu sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.
 

Tindakan mereka melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang dibuat semasa diterima bekerja dalam sektor awam, katanya.
 

Bernama Online

KERAJAAN TIDAK BERCADANG KURANGKAN BILANGAN PENJAWAT AWAM - NAJIB


JITRA, 1 Mei (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang untuk mengurangkan bilangan penjawat awam di negara ini yang kini berjumlah 1.5 juta orang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Perdana Menteri berkata kerajaan bukanlah seperti pembangkang yang bercadang untuk membuang separuh penjawat awam atau menguncupkan saiz perkhidmatan awam jika mereka berkuasa.
 
" Kerajaan hari ini tak ada cadangan sedemikian. Kita mesti faham ini... memang bertimbang rasa," katanya ketika merasmikan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini Khamis.
 
Bagaimanapun, Najib berkata kerajaan memerlukan banyak pertimbangan dalam memenuhi permintaan penjawat awam berdasarkan kemampuan kerajaan.
 


Sementara itu, Perdana Menteri berkata penjawat awam harus menerima realiti bahawa hambatan masa dan kehendak zaman berubah dengan cepat.
 


Katanya lima prinsip/kriteria diperlukan pada penjawat awam bagi mendakap tranformasi dan bergerak ke hadapan bagi tempoh 50 tahun akan datang.
 


" Kriteria pertama: berilmu. Penjawat awam hendaklah memastikan mereka sentiasa berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan mampu menjadi figura contoh kepada masyarakat.
 


" Kriteria kedua, kebolehpercayaan. Ia meliputi sifat jujur, amanah, integriti dan diyakini serta mempunyai nilai-nilai murni sejagat yang dipercayai oleh masyarakat," katanya.
 


Najib berkata kriteria ketiga adalah Budaya Amalan Kerja Terbaik yang merupakan cerminan kewibawaan penjawat awam.
 


" Kriteria keempat: Semangat Patriotik. Kriteria kelima: Budaya Keberhasilan Yang Berteraskan Hasil. Ini penting bagi meningkat mutu dan kualiti kerja dengan bersandarkan kepada petunjuk prestasi utama (KPI)," kata Najib.
 


Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sr Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda.
 


Pada majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan lima anugerah sempena sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014.
 


Bagi Anugerah Bahagian Cuepacs Contoh dimenangi Cuepacs Pahang yang diterima Pengerusinya Kamarulzaman Abdul Razak manakala bagi Anugerah Kesatuan Cemerlang dimenangi Kesatuan Jururawat Malaysia (MNU).
 


Anugerah Majikan Prihatin, bagi Jabatan Persekutuan dimenangi oleh Polis Diraja Malaysia yang diwakili Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar manakala bagi Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan dimenangi oleh Mara yang diwakili Ketua Pengarahnya Datuk Ibrahim Ahmad. Ketua Setiausaha Negara pula terpilih bagi Anugerah Khas 2014.
 


Tema sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 adalah "Penjawat Awam Tiang Seri Negara" yang dilihat sesuai kerana penjawat awam adalah nadi dan inspirasi perkhidmatan awam negara serta merupakan penentu pelaksanaan dan kejayaan dasar kerajaan.
 


Bernama Online