Wednesday, October 28, 2015

Seminar Kepimpinan Muda 2015

Seminar Kepimpinan Muda 2015 bertemakan “Merai Perbezaan, Mencari Persamaan” telah diadakan pada 27 Oktober 2015 bertempat di Dewan Jubli Perak, INTAN Wilayah Utara. Tema ini membawa makna dalam kepelbagaian generasi dalam perkhidmatan awam yang kini terdiri daripada empat  generasi iaitu Baby Boomers, X, Y dan  Z. Kepelbagaian jurang dalam generasi ini juga mengakibatkan perbezaan dari segi karenah, pendapat, cara berfikir dan cara bertindak. Melalui seminar ini juga, pendedahan dan penerangan telah diberi kepada semua peserta untuk mereka lebih memahami tentang kepelbagaian ini di mana nilai positif dan kekuatan yang ada telah digabungkan untuk memperkukuhkan system penyampaian perkhidmatan awam.

Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 160 orang penjawat awam pelbagai jabatan dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Pengarah INTAN Malaysia. Sesi perkongsian ilmu pula telah disampaikan oleh YBhg. Professor Dato’ Dr. Haji Mat Saat bin Baki, Pakar Psikologi dari Hospital Pantai Kuala Lumpur yang membincangkan topik “Kepelbagaian Generasi : Satu Keistimewaan dalam Perkhidmatan Awam”.

Forum “Kepelbagaian Generasi : Memperkasakan Inter-Generasi” pula dikongsikan oleh tiga orang panel iaitu Dr. Salmi Mohd Isa, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Sains Malaysia, Ustaz Muhammad Syaari Ab. Rahman, Pengarah Urusan Ibrah Paradigm Training & Consultancy, dan En. Azmil Abrar, Pengurus Pembangunan dan Kawalan Kandungan, TV Al-Hijrah. YBrs. Dr. Zurina Abdul Hamid, Pengarah INTAN Wilayah Utara pula bertindak selaku moderator.


Program sebegini diharapkan dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu untuk menguruskan keseluruhan modal insan yang terdiri dari pelbagai generasi dalam perkhidmatan awam dan dapat mengenalpasti kekuatan dan peluang yang ada bagi mengukuhkan perkhidmatan awam.












Tuesday, October 20, 2015

Sunday, October 18, 2015

Hubungan perkhidmatan awam Malaysia, Singapura bertambah akrab – Ali Hamsa

Dr. ALI HAMSA (dua dari kanan) bersama (dari kiri) Ketua Audit
DR. ALI HAMSA (dua dari kanan) bersama (dari kiri) Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dalam sesi bergambar sempena Seminar Bersama Ketujuh Pemimpin Perkhidmatan Awam Malaysia dan Singapura di Kuching, Sarawak, semalam. Turut hadir Ketua Perkhidmatan Awam Singapura, Tan Sri Peter Ong (kanan). bernama
KUCHING 17 Okt. – Hubungan perkhidmatan awam Malaysia dan Singapura yang akrab ditunjukkan pemimpin tertinggi kedua-dua negara telah dicerminkan pada peringkat pegawai-pegawai kerajaan hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, hubungan tersebut bertambah baik dari semasa ke semasa dengan kerjasama antara kementerian dan jabatan di negara dan Singapura yang semakin meningkat.

"Malahan, hubungan akrab antara perkhidmatan awam Malaysia dan Singapura dijadikan sebagai model kepada negara untuk berinteraksi dengan perkhidmatan awam dari negara lain.

"Saya juga mahu melihat interaksi aktif dan produktif yang mana kita berkongsi pendorong bersama bagi meningkatkan usaha kolaborasi demi kebaikan kedua-dua negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas memberikan ucapan dalam Seminar Bersama ke-7 bagi Pemimpin Perkhidmatan Awam Malaysia & Singapura dan Program Sukan Perkhidmatan Awam ke-38 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perhidmatan Awam negara, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Perkhidmatan Awam Singapura, Tan Sri Peter Ong, Setiausaha Tetap Bahagian Perkhidmatan Singapura, Yong Yong-I dan Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Pada program selama tiga hari yang pertama kali diadakan di luar Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula semalam, Ali Hamsa mengetuai 49 delegasi negara merangkumi Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Agensi Pusat, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kanan perkhidmatan awam Malaysia menyertai seminar dan pertandingan persahabatan diantara kedua negara dalam sukan bowling dan golf.

Manakala Singapura diketuai Peter bersama 29 pegawai, merangkumi Setiausaha Tetap, Ketua Badan Berkanun dan pegawai kanan Perkhidmatan Awam Singapura.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Ali berkata, selain hubungan formal dengan perkhidmatan awam, pihaknya juga mendapat maklum balas positif apabila kita membincangkan mengenai peluang pelaburan di sini.

"Ketua Perkhidmatan Awam mereka (Singapura) memberitahu mungkin beliau akan datang kembali bersama pihak berkuasa pelaburan bersama pelabur di Singapura ke sini.

"Ini antara maklum balas positif diperolehi apabila lebih banyak maklumat diberikan daripada bahagian lain dan peluang berbeza yang terdapat di negara," ujarnya.

Utusan Malaysia Online

Tuesday, October 13, 2015

Pegawai negeri di JPA dilaksanakan semula

KUALA TERENGGANU 12 Okt. - Kerajaan negeri berhasrat melaksanakan semula program penempatan pegawainya di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya ke arah meningkatkan lagi mutu perkhidmatan penjawat awam di negeri ini selaras dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

Ahmad Razif
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, menerusi inisiatif itu, kakitangan awam di negeri ini berpeluang mendapat latihan dan pendedahan lengkap berkenaan budaya kerja di peringkat Persekutuan bagi diaplikasikan di jabatan masing-masing.

“Inisiatif ini bukan sesuatu yang baharu kerana terdahulu pernah digerakkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh ketika mengetuai pentadbiran negeri.

“Kita mahu pegawai kita berani menghadapi cabaran dan keluar daripada kepompong budaya kerja lama yang tidak membawa perubahan. Manfaatnya nanti bukan sahaja kepada pegawai secara individu malah organisasi dan seluruh rakyat apabila mereka ini dapat memberi perkhidmatan terbaik,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di Hari Terbuka Psikologi negeri yang perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Yang hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Osman Muda dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhid-matan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Dalam majlis bertemakan Psikologi Melakar Perubahan: Menelusuri Kesejahte-raan itu, seramai 31 pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri diberi pengiktirafan dan pentauliahan sebagai Akrab selepas menamatkan latihan yang ditetapkan sejajar Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 2005.

Menurut Ahmad Razif, pihak-nya juga bercadang menempatkan pegawai yang baru berkhidmat dalam perkhidmatan negeri untuk menjalani latihan sama dengan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam usaha membina rangkaian lebih luas buat mereka.

Dalam perkembangan lain, katanya, kerajaan negeri menerusi Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) kini mempunyai sebuah pusat yang beroperasi di Kuala Lumpur khusus buat anak negeri di perantauan yang mahu mendapatkan bantuan mahu pun merujuk sebarang permasalahan.

Katanya, antara bantuan awal yang ditawarkan Sekretariat Permata sebelum ini termasuk menyediakan bas percuma untuk pelajar anak negeri pulang ke kampung pada sambutan hari raya Aidilfitri lalu.

“Lebih banyak pusat sehenti akan dibuka di bandar terpilih antaranya di Johor (Universiti Teknologi Malaysia) untuk zon selatan serta satu lagi di zon utara namun loka-sinya belum dikenalpasti.

“Kita akan menempatkan bekas pemimpin pelajar di pusat itu yang akan menguruskan bantuan sewajarnya kepada anak Terengganu di kawasan tersebut kerana mereka lebih memahami permasalahan yang dihadapi pelajar,” katanya.

Utusan Malaysia Online

Tuesday, October 6, 2015

Saturday, October 3, 2015

Pembangunan Kepakaran Latihan : iLEAD Fasilitator Team Power

iLEAD Fasilitator Team Power telah diadakan di Lost World of Tambun pada 30 September hingga 2 Oktober 2015. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada fasilitator iLEAD-PARK INTAN Wilayah Utara (INTURA) telah menjayakan kursus ini.


Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan mencabar ketahanan fizikal, emosi dan mental para peserta. Para peserta didedahkan dengan aktiviti air dan aktiviti pengendalian tali aras tinggi. Semua peserta telah berjaya mengharungi cabaran yang disediakan dan rata-ratanya Berjaya menyelesaikan segala tugasan yang diberikan  di dalam aktiviti tersebut. 

Semoga pendedahan dan pengalaman yang ditimba dapat diterapkan dalam aktiviti di INTURA dan sekaligus memberi idea, pengetahuan baru dalam merangka modul latihan pengukuhan pasukan secara keseluruhan.