Sunday, December 27, 2015

IT'S EXIT' FOR SLACKING CIVIL SERVANTS

KUALA LUMPUR: CIVIL servants will be subjected to a new assessment policy from January that could see them removed from the service if they underperform or are medically unfit. The “Exit Policy For Poor Performers”, partly to remove overlapping functions in the service sector, will cover 1.6 million civil servants, including top-ranking executives and those serving in the teaching and security sectors.  

The New Straits Times has learnt that Public Service Department (PSD) director-general Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal and the department’s director of services Datuk Mohtar Mohd Abdul Rahman had been hitting the ground the last few weeks, briefing civil servants on the policy at their headquarters and offices nationwide. 

The PSD has also published on their website a circular on the policy, explaining how it works. Under the policy, those who score below 60 per cent will be put on probation for a year. “The spirit behind the policy is clear. It is about bringing excellence into the service. Simply put, for those who slack and simply don’t buck up, they will be retired from the service,” said a senior civil servant who attended one of the briefings by Zabidi.   

He described the session as a no-holds-barred session, where Zabidi warned civil servants who had ignored warnings issued to them before. This, he said, included the habit of going for long coffee breaks and absenteeism. 

Under the new system, civil servants will be evaluated by a panel — the Exit Policy Evaluation Panel. For starters, it will haul up employees who had recorded a Key Performance Index of below 60 per cent in their 2015 appraisal. They will then be called in to defend their case. If they fail to justify their poor performance, they will be put through a year-long probation, and if there is no improvement, they will be retired. 

If improvement is noted in their assessment, they can continue working in the service.   However, they will remain under the microscope for the three subsequent years, and must ensure their KPI is above 60 per cent. PSD had assured that there would be a foolproof check and balance system to ensure that no employee in the sector would be unfairly appraised. If health issues are blamed, the staff will have to undergo an evaluation process, and if found to be fit for work, they will be put through the same assessment process as other poor performers.

If found to be unfit for employment, they could be retired.  The Exit Policy for those in top management is less forgiving. There will be no one-year probationary period for them. If they scored below 60 per cent in their 2015 appraisal, they will be, by January, referred to the Performance Monitoring and Evaluation Panel. Those sitting on the panel include the Chief Secretary to the Government, who chairs it, the PSD chief, the Auditor General and the Treasury’s secretary-general. If the consensus is to retire the officer, his case will be referred to the Attorney-General’s Chambers for endorsement. Zabidi had assured those who attended the briefing that the multi-level assessment system would be a fair one.  

This, he said, was because there were screening systems and that those carrying out the assessments would also comprise external parties, including officers from the PSD and representatives of the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs). Zabidi, following the 2016 Budget announcement, hinted the introduction of the policy, saying it was critical in bringing about an efficient and lean civil service. 

The move, he had said, was to instil integrity among government servants as well as increase reputability.

NST Online

Thursday, December 17, 2015

KERAJAAN CARI JALAN KURANG KOS TAMBAHAN PROJEK PEMBANGUNAN MULAI 2016 -KSN

PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan mencari jalan untuk mengurangkan kos tambahan bagi projek pembangunan bermula tahun depan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

Beliau berkata sesi percambahan minda dengan ketua setiausaha kementerian, ketua perkhidmatan dan ketua jabatan akan diadakan untuk mengoptimumkan perbelanjaan bagi tahun 2016 bagi setiap sektor kerajaan. 

Mereka dikehendaki mengemukakan idea inovatif pada sesi berkenaan bagi mengatasi kelemahan dalam kebocoran perbelanjaan dalam sektor awam dan menjimatkan kira-kira 30 peratus kos perbelanjaan, katanya. 

"Kalau ada projek lewat atau bertukar kontraktor, ia melibat kos yang tinggi," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2015 di sini hari ini. 

Ali berkata pembudayaan inovasi perlu sejajar dengan penerapan budaya 'cari dan bantu' dengan penjawat awam perlu lebih kerap turun padang dan menawarkan perkhidmatan kepada rakyat. "Penawaran perkhidmatan ini perlu dilakukan agar kumpulan atau golongan sasar yang ingin didekati dapat dicapai dengan sebaiknya. 

Usaha sebegini dapat dijayakan sekiranya elemen dan budaya inovasi dapat dipraktikkan," katanya. Beliau berkata kerajaan juga telah mengenal pasti inovasi sebagai faktor penentu kejayaan dalam pengukuhan daya saing negara dalam mentransformasikan perkhidmatan awam melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). 

Mengenai AISA, Ali berkata Anugerah Inovasi Pengurusan Sumber Manusia akan dilaksanakan mulai tahun hadapan sebagai satu daripada usaha untuk memantapkan struktur pengiktirafan inovasi dalam sektor awam.

AISA kini menghargai penghasilan inovasi dalam empat bidang pengurusan khusus iaitu Pengurusan Kewangan, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pengurusan Pentadbiran Daerah dan Tanah. 

Bernama Online

DASAR PEMISAH UNTUK WUJUD PERSEKITARAN PERKHIDMATAN AWAM PRODUKTIF - MOHAMAD ZABIDI

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Pelaksanaan Dasar Pemisah pada tahun depan kepada penjawat awam yang memperoleh penilaian prestasi kerja tahunan kurang daripada 60 peratus bertujuan mewujudkan persekitaran perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi, produktif dan berintegriti. 

Justeru, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melaksanakan kaedah libat urus dengan pelbagai pihak khususnya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Majlis Bersama Kebangsaan dan Pengurusan Sumber Manusia, bagi memastikan dasar itu diterima oleh penjawat awam.

 "Ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya perkhidmatan awam menekankan kepada produktiviti dan inovasi bagi mewujudkan sebuah negara berpendapatan tinggi. "Pengukuhan budaya kerja berprestasi tinggi dalam persekitaran perkhidmatan awam yang kompetitif adalah perkara sentiasa diberikan penekanan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa," katanya dalam Program Dialog RTM1 bertajuk 'Transformasi Perkhidmatan Awam Bersama KPPA' yang disiarkan secara langsung malam ini. Mengulas lanjut, Mohamad Zabidi berkata dasar itu membolehkan perkhidmatan penjawat awam yang mendapat prestasi kurang daripada 60 peratus ditamatkan dan dibersarakan dalam perkhidmatan awam. 

Beliau, bagaimanapun berkata JPA tidak akan menamatkan perkhidmatan penjawat awam terbabit dengan sewenang-wenangnya kerana ia melibatkan beberapa peringkat tapisan untuk memastikan keputusan yang telus dan adil kepada penjawat awam itu. 

Beliau berkata antaranya siasatan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia, tempoh pemerhatian selama satu tahun serta penilaian khas oleh Panel Penilaian Prestasi Khas terhadap penjawat awam terbabit. "Ini bukan melibatkan tatatertib seperti tidak datang kerja... umpamanya yang tidak datang kerja dalam tempoh seminggu, dua minggu dan tiga minggu kita boleh buang dia. "Ini atas penilaian prestasi, bila kita sudah berpuas hati dan keputusan diambil secara adil, baru kita menamatkan perkhidmatan dia di bawah Peraturan 49 dan dibersarakan dia di bawah Akta Pencen, ini semua kita perhatikan," katanya. 

Mohamad Zabidi berkata penjawat awam berkenaan akan mendapat wang pencen penuh iaitu berbeza dengan penjawat awam yang ditamatkan perkhidmatan kerana tindakan tatatertib. Beliau berkata pada tahun lepas, seramai 2,943 penjawat awam berada dalam kategori prestasi kerja tahunan bawah 60 peratus. 

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua penjawat awam supaya menunjukkan prestasi kerja yang tinggi sekali gus membantu kerajaan mencapai negara berpendapatan tinggi pada 2020. 

Dalam perkembangan lain, Mohamad Zabidi berkata pada masa ini jumlah pesara penjawat awam adalah melebihi 739,000 orang termasuk 109,000 pesara tentera. 

Beliau berkata hasil kajian awal daripada JPA mendapati pesara itu memilih empat perkara yang perlu diberi keutamaan iaitu bekerja semula, kesihatan, keusahawanan dan pengurusan kewangan.

Bernama Online

Wednesday, December 16, 2015

Kakitangan awam diminta baiki mutu perkhidmatan

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Kakitangan awam diminta menambah baik mutu perkhidmatan kepada pelanggan, sekali gus menangkis persepsi negatif yang dilemparkan terhadap mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, persepsi negatif itu berlaku ekoran sikap kakitangan awam yang tidak peka terhadap interaksi hidupan dan masyarakat setempat, khususnya di kaunter khidmat pelanggan.

“Kakitangan awam tidak sensitif dengan interaksi tersebut berbanding pegawai swasta menyebabkan orang ramai mengatakan pekerja kerajaan lambat dan tidak ambil peduli walaupun melihat barisan panjang.

“Apabila ditanya, mereka beri alasan tidak cukup kakitangan, tetapi kenapa selepas aduan dibuat kepada pengarah, kita lihat pegawai kaunter boleh bertambah kepada empat dan urusan dipercepatkan,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Program Gegar #myGST4U Peringkat Kementerian dan Jabatan serta 1Pesara di sini hari ini.

Utusan Malaysia Online

Taklimat Pekeliling Perkhidmatan Awam

Taklimat Pekeliling Perkhidmatan Awam pula telah diadakan pada 15 Disember 2015 bertempat di Dewan Jubli Perak, INTURA dan dipancarkan secara langsung melalui sidang video di Dewan Razak berikutan kehadiran peserta yang terlalu ramai iaitu 681 orang.

Dua pekeliling telah dibentangkan iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 -Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2015 -Kadar Kelayakan Kemudahan Cuti Rehat Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Taklimat ini disampaikan oleh En. Mohd Yusoff bin Aman, Timbalan Pengarah, Bahagian Perkhidmatan JPA dan Pn. Nor Asnidar binti Aziz, Timbalan Pengarah, Bahagian Saraan JPA.





















Monday, December 14, 2015

PENJAWAT AWAM PERLU TERAP BUDAYA 'CARI DAN BANTU' - KSN

KUALA SELANGOR, 13 Dis (Bernama) -- Penjawat awam perlu menerapkan budaya 'Cari dan Bantu' dalam menjayakan konsep merakyatkan perkhidmatan awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

Beliau berkata adalah tidak berguna sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan kerajaan tidak dapat disampaikan sepenuhnya kepada golongan sasar dan pelanggan kerana kekangan tertentu. 

Beliau mengambil contoh bantuan untuk golongan miskin dan orang kurang upaya (OKU) tidak sampai kerana mereka tidak mempunyai pengangkutan untuk ke pejabat kerajaan atau tidak tahu cara untuk memohon. 

"Oleh itu saya minta penjawat awam dari semua jabatan dan agensi kerajaan untuk turun padang, mencari dan membantu (search and serve) mereka ini," kata Ali kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek Dewan Serba Guna Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Bestari Jaya, di sini Ahad. 

Beliau menegaskan: "Tiada guna ada perkhidmatan jika penggunanya (rakyat) tidak tahu atau tidak sampai kepada golongan yang disasarkan, dan saya mahu konsep ini diterapkan dan dipraktikkan mulai tahun depan. 

Kos pembinaan dewan serba guna bernilai RM3 juta itu disumbangkan Yayasan Rafulin dan Alumni Kohort 82-86 Sekolah Menengah Batang Berjuntai. Ia dijangka siap awal 2017. Turut hadir Pemegang Amanah Yayasan Rafulin dan Pengerusi Rafulin Holding Datuk Mohd Razali Othman dan Pengarah Pendidikan Selangor Zainuren Mohd Nor. 

Ali berharap lebih banyak yayasan dan syarikat swasta tampil membantu kerajaan menaik taraf sekolah di seluruh negara. 

Pada majlis sama, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) menyerahkan bantuan kewangan RM57,800 kepada lima pelajar OKU, 73 pelajar miskin dan empat rumah kebajikan di daerah berkenaan. 

Bernama Online

Friday, December 11, 2015

Sesi Engagement Panduan Pengurusan KIK 2015

Sesi Engagement Panduan Pengurusan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Baharu Siri 3/2015 telah diadakan pada 10 Disember 2015 bertempat di Dewan Jubli Perak, INTURA. Sesi Engagement ini perlu dilaksana oleh INTAN dan MAMPU bagi mendapatkan maklum balas berkaitan cadangan penambahbaikan KIK yang melibatkan Pengurus Sumber Manusia dan Pelaksana KIK.

Pelbagai cadangan dan idea dikongsikan oleh para peserta sesi ini dalam meningkatkan lagi proses pelaksanaan KIK di jabatan masing-masing.

Sesi ini dikendalikan oleh YBrs. Dr. Mohd Zabri bin Yusof, Ketua Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi.  En. Mohd Rizal Mustafa, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Pengurusan, MAMPU turut hadir dalam mengumpul input yang dikongsi bersama oleh para peserta.


Seramai 276 orang peserta telah hadir untuk mendengar taklimat ini.













Thursday, December 10, 2015

klik imej untuk paparan sebenar

Wednesday, December 9, 2015

Aduan awam sebagai penanda aras perkhidmatan

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Kerajaan disarankan supaya melihat segala aduan awam yang disiarkan di dalam media secara positif agar boleh dijadikan penanda aras untuk mengukur pe­­n­yampaian dan perkhidmatan.
Lee Lam Thye
Ahli Lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, hampir setiap minggu di akhbar terdapat pandangan, komen atau aduan daripada orang ramai mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh kementerian, jabatan kerajaan, agensi atau pihak berkuasa tempatan.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, aduan dan cadangan tersebut tidak mendapat maklum balas yang sewajarnya daripada pihak yang berkenaan.

“Perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana imej dan kualiti perkhidmatan awam bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan kepada orang awam, termasuk mena­ngani aduan dan kritikan mereka.

“Agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tidak boleh memandang negatif aduan awam atau merasakan bahawa perkara tersebut akan menyebabkan mereka dipersalahkan atau dikenakan tindakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Lam Thye, penjawat awam merupakan jambatan antara kerajaan dan rakyat, jika ada kelemahan atau kekurangan dalam perkhidmatan yang disediakan akan menimbulkan persepsi negatif orang ramai terhadap mereka.

Katanya, masanya telah tiba bagi pihak berkuasa supaya menerima dengan ikhlas sebarang komen dan pandangan terhadap perkhidmatan yang disalurkan kepada masyarakat.

“Jika aduan tersebut tidak benar, jelaskannya kepada orang ramai namun, sekiranya betul mereka harus menangani perkara tersebut dan sampaikan kepada pengadu bahawa ia sedang atau telah diselesaikan.

“Dengan tindakan sebegitu, rak­yat pasti akan rasa dihargai kerana suara mereka didengari oleh kerajaan,” katanya.

Lam Thye berpendapat, untuk menjadikan operasi unit yang bertanggungjawab ke atas aduan awam lebih berkesan, petunjuk prestasi utama (KPI) mereka boleh dikaitkan dengan kekerapan maklum balas terhadap aduan orang awam.

“Ini selaras dengan sistem baharu penilaian, Dasar Pe­­misah Untuk Pres­tasi Rendah yang dilaksana­kan pada 1 Januari depan,” katanya.

Utusan Malaysia Online

Tuesday, December 8, 2015

klik imej untuk paparan sebenar

Monday, December 7, 2015

Seminar Kelestarian Keselamatan Negara

Seminar Kelestarian Keselamatan Negara merupakan salah satu program untuk membincangkan isu-isu berkaitan patriotisme dan keselamatan negara. Seminar ini bertindak sebagai medan wacana yang menyalurkan maklumat sahih dari sumber yang tepat mengenai isu-isu berkaitan kepada penjawat awam. Penganjuran seminar ini adalah selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri agar warga perkhidmatan awam diberikan penerangan mengenai maksud jihad yang sebenar dan aplikasinya dalam konteks kontemporari.

Seminar Kelestarian Keselamatan Negara di INTAN Wilayah Utara yang bertemakan ‘Sehati Sejiwa Mendepani Ancaman Keselamatan Negara’ telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Disember 2015 bertempat di Dataran INTURA. Seminar di INTURA merupakan seminar terakhir bagi tahun 2015 selepas penganjuran awalnya di INTAN Bukit Kiara pada 16 April 2015 dan diperluaskan ke kampus-kampus lain iaitu di INTAN Wilayah Selatan, INTAN Sarawak, INTAN Wilayah Timur, dan INTAN Sabah.

Seminar ini telah dihadiri oleh 396 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam dan pelajar universiti dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang, dan Perak. Sesi Forum: Mencerna Konotasi Jihad dan Ekstremisme telah menampilkan tiga orang panel iaitu YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Prof. Mahamad Naser Disa dari Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), dan YBhg. SAC Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay dari Polis Diraja Malaysia manakala YBrs. Dr. Jafri Abdul Jalil dari INTAN Bukit Kiara bertindak selaku moderator.


Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hadir sama YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Pengarah INTAN Malaysia dan Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Timbalan Pengarah Kanan INTAN.














Sunday, December 6, 2015

'Duri dalam daging' suka perlekeh perkhidmatan awam - Ahmad Zahid

HUTAN MELINTANG 5 Dis. - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan golongan yang sentiasa merendah dan memperlekeh perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan sebagai 'duri dalam daging'.

Beliau berkata, kajian mendapati lebih 85 peratus rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka terima daripada program yang ditransformasi oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

"Masih terdapat 15 peratus yang boleh ditambah baik dan dipertingkat namun kita harap bukan sahaja jabatan dan agensi kerajaan menambah baik perkhidmatan dan 'delivery' ini kepada rakyat malah ia harus disesuaikan dengan beberapa kekangan yang mungkin dihadapi oleh rakyat.

"Namun terdapat beberapa duri dalam daging di kalangan 15 peratus ini yang tidak berpuas hati kerana mungkin mereka mempunyai matlamat tertentu untuk merendahkan dan memperlekehkan perkhidmatan terbaik yang dibuat oleh jabatan dan agensi kerajaan ini," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Parlimen Bagan Datoh dan Pelancaran Jom JPJ Bersama Mu di perkarangan Wisma UMNO di sini hari ini.

Bernama Online

Kaunter 1Serve JPA4U 
bakal diperluas tahun hadapan

ALI HAMSA (duduk, kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada
ALI HAMSA (duduk, kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada pesara kerajaan, Zulkafli Ibrahim sempena Program Turun Padang Ziarah Pesara di Langkawi, semalam. 
LANGKAWI 5 Dis. – Kaunter 1Serve JPA4U yang mengamalkan konsep satu kaunter pelbagai perkhidmatan akan diperluas ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada awal tahun hadapan bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan kerajaan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, pelaksanaan pendekatan tersebut buat masa ini tidak berhadapan masalah memandangkan proses untuk ke arah itu sudah ada, dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperkenalkannya di semua jabatan sebagai latihan.

“Jadi untuk bahagian tersebut, kita akan cari jalan. Kita akan mulakan di UTC mulai awal tahun depan dengan Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bersetuju, ini akan merancakkan program ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas me­rasmikan NBOS JPA Outreach Programme di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Penganjuran program anjuran JPA dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak serta agensi kerajaan lain itu adalah untuk mendidik dan memaklumkan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Lebih 2,500 peserta terdiri daripada pesara, bakal pesara, penjawat awam dan orang ramai dijangka menghadiri program yang diadakan selama dua hari itu.

Mengulas lanjut, Ali berkata, sehingga pertengahan tahun ini, tinjauan terhadap responden pe­langgan yang mengunjungi kaun­ter tersebut mendapati sebanyak 94 peratus pelanggan berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan.

Jelasnya, dengan purata me­nunggu hanya 10 minit bagi setiap perkhidmatan, keberhasilan nilai tambah tersebut telah membuka dimensi baharu dalam pengurusan pelanggan sektor awam oleh rakyat.

“Inisiatif ini memperlihatkan transformasi perkhidmatan kaunter kerajaan yang sebelum ini mengamalkan konsep satu kaunter satu perkhidmatan, kepada satu kaunter pelbagai perkhidmatan.

“1Serve telah melebarkan horizon perkhidmatan kaunter melalui suntikan nilai tambah yang signifikan dan di luar amalan biasa,” katanya.

Utusan Malaysia Online


Thursday, December 3, 2015

klik imej untuk paparan sebenar

PENJAWAT AWAM DAPAT LNPT BAWAH 60 PERATUS TAHUN INI TERTAKLUK BAWAH DASAR PEMISAH - KSN

PUTRAJAYA, 2 Dis (Bernama) -- Penjawat awam berprestasi rendah dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) di bawah 60 peratus pada tahun ini akan tertakluk di bawah dasar pemisah, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

Bagaimanapun, mereka akan diberi tempoh percubaan selama setahun bagi memperbaiki prestasi masing-masing serta melalui sesi latihan semula termasuk kaunseling dan motivasi, katanya. 

Perkhidmatan mereka hanya akan ditamatkan jika tidak menunjukkan peningkatan prestasi dalam tempoh tersebut, katanya. 

"Penilaian dibuat oleh ketua mereka, jadi pertamanya, kita akan letakkan mereka di bawah ketua yang lain dan lihat sama ada prestasi mereka masih rendah, kemudiannya kita akan melatih mereka semula sehingga tempoh setahun. 

"Selepas itu, jika mereka masih tidak boleh diharap, barulah kita akan mengambil tindakan," katanya pada sesi bersama media berhubung tindakan susulan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3. Dasar pemisah adalah mekanisme baharu yang diumumkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 yang membolehkan perkhidmatan pegawai kerajaan berprestasi rendah ditamatkan lebih awal. 

Ali berkata pekeliling dasar itu telah dikeluarkan pada 19 Nov lepas bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi dan berintegriti dengan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak menepati standard, kurang pengetahuan dalam pekerjaan serta tahap kualiti peribadi dan disiplin yang tidak memuaskan. 

Beliau turut menegaskan bahawa mekanisme itu bukan bertujuan untuk mengurangkan jumlah 1.6 juta penjawat awam di negara ini. "Ini untuk memotivasikan penjawat awam supaya menjadi lebih produktif," katanya sambil menambah ia juga telah dipersetujui oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepas) bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan terbaik. 

Pada tahun lepas, seramai 2,943 penjawat awam mendapat LNPT di bawah 60 peratus, katanya.

Bernama Online