Monday, August 31, 2009

Penjawat Awam 'Miskin' Dibantu

Cuepacs mahu gajib bawah RM3,000 dikategori golongan daif di bandar

KUALA LUMPUR: Kira-kira 600,000 kakitangan awam berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dijangka bakal menerima bantuan kerajaan untuk menambah pendapatan.Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata mereka yang merangkumi 45 peratus daripada 1.2 kakitangan awam itu yang kebanyakannya bekerja di bandar, memang tertekan dengan kos sara hidup tinggi sehingga ada yang terpaksa melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Beliau yakin dengan kepemimpinan kerajaan kini dapat membasmi segera kemiskinan, terutama di bandar."Kita juga berharap pemberian RM100 juta dalam bentuk saham amanah percuma kepada rakyat miskin di bandar seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, merangkumi kakitangan awam."Kakitangan awam yang mempunyai gaji bawah RM3,000 tiada simpanan masa depan dan ini memberi kesan kepada mereka selepas bersara," katanya. Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan membantu kira-kira 40 peratus rakyat negara ini yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan menambah pendapatan, terutama di bandar yang berdepan dengan kos sara tinggi.Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud, berkata lebih sejuta pekerja swasta tempatan berpendapatan kurang RM1,000 yang memerlukan bantuan berikutan kos sara hidup kian meningkat.Beliau berkata, golongan ini walaupun tidak diklasifikasikan miskin, pendapatan mereka tidak cukup untuk menyara hidup.Katanya, kerajaan perlu menetapkan gaji minimum RM900 untuk semua sektor sebagai langkah awal membantu pekerja berpendapatan kurang RM1,000."Ramai lagi pekerja kilang yang masih bekerja dengan gaji bawah RM720 dan lebih menyedihkan mereka tinggal di bandar."Mereka wajar diberi bantuan dulu kerana boleh dikategorikan miskin," katanya di sini, semalam.

Berita Harian Online

Wajarkah Bonus Raya?

SEPERTI biasa tuntutan bonus oleh kakitangan awam sudah mula kedengaran. Sudah ada kakitangan awam yang secara terus memohon daripada YAB Perdana Menteri sendiri melalui laman web 1Malaysia.Saban tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang akan mengepalai tuntutan bonus dari kerajaan atas dasar menjaga kebajikan penjawat awam.Fenomena meminta bonus seolah-olah sudah menjadi agenda tetap baik di pihak CUEPACS mahupun setiap individu penjawat awam itu sendiri. Setiap tahun, mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi agar kerajaan akan menghadiahkan mereka dengan bonus tahunan.Bagi tahun ini ada yang mencadangkan pemberian bonus minimum RM1,000 dengan kaedah pembayaran secara berperingkat iaitu sebelum Hari Raya Puasa dan pertengahan Disember untuk tujuan perbelanjaan sesi persekolahan yang baru.Sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang pengguna, kita melihat tuntutan ini adalah sesuatu yang normal dan wajar apatah lagi dengan mengambil kira situasi ekonomi semasa yang menggamit pengguna dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang tinggi secara keseluruhannya.Pihak kerajaan baik melalui Kementerian Kewangan mahupun Bank Negara secara berterusan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak terjejas teruk angkara kemelesetan ekonomi global malah diunjurkan kita masih mampu bertahan dan menikmati pertumbuhan walaupun pada kadar yang minimum atau perlahan.Kita percaya dalam senario ini pihak kerajaan mempunyai fakta yang kukuh dan jelas yang membolehkan mereka meyakinkan rakyat. Kita juga yakin dengan pelbagai langkah yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk merangsang kembali ekonomi negara.Justeru adalah wajar pihak kerajaan mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan ini ataupun dengan mengambil kira keadaan semasa, kita boleh katakan rayuan penjawat awam untuk mendapatkan bonus agar sambutan Hari Raya Puasa tahun ini dapat dirayakan dengan meriah di samping mampu menyediakan bekalan yang cukup untuk anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan.Sambutan Hari Raya Puasa tahun ini agak awal berbanding tahun-tahun sebelumnya yang sekali gus mendepani tarikh pembentangan Bajet 2010 yang dijadualkan pada 23 Oktober ini.Ini sekali gus mula merisaukan semua penjawat awam apakah berpeluang untuk menikmati bonus lebih awal (jika ada) berbanding perlu menunggu sehingga pembentangan bajet kelak.Pada masa yang sama, sebagai kakitangan awam yang bertanggungjawab dan setia kita juga wajar bertimbang rasa dan berfikiran rasional pada saat-saat yang getir sebegini. Sememangnya ekonomi global tidak begitu memberangsangkan maka eloklah kita tidak terlalu mendesak pihak kerajaan untuk memenuhi tuntutan tersebut dan cuba hindari budaya meminta dan mengharapkan balasan.Apa pun kita berharap pihak kerajaan akan menimbang dengan adil dan saksama dengan mengambil kira semua aspek dan persekitaran semasa dalam membuat keputusan.Bagi perjawatan awam, pemberian bonus adalah wajar dan sangat diperlukan namun bagaimana pula kewajaran di pihak kerajaan?

SHAKIL HAMEED
Serdang, Selangor

Utusan Online

Wednesday, August 26, 2009

V-C: Indian Studies Dept Stays

PETALING JAYA: Universiti Malaya vice-chancellor Prof Datuk Ghauth Jasmon has given his assurance to representatives of Indian non-governmental organisations that the Indian Studies department in the university will be maintained.The NGOs’ coordinator, K. Arumugam, said the vice-chancellor had also indicated the university was in the process of recruiting a person proficient in Tamil to head the department.A controversy arose after the university replaced department head Dr S. Kumaran, who has retired, with Prof Dr Mohd Raduan Mohd Ariff, the first non-Indian to head the department.The uproar in the community became louder when there was talk of replacing the Indian Studies department with a South Asian Studies department.Yesterday, a three-member delegation representing 128 Indian NGOs had a one-hour discussion with Prof Jasmon. They handed over a memorandum asking that an Indian expert be appointed head of the department.Arumugam said Prof Jasmon had also said the decision on a name change would be made by the academics and the faculty.“The vice-chancellor has agreed to consider a member of the existing staff to head the department if they can get together and agree among themselves.“He was very frank and patient. He assured us that his intention was only to make it better and not to destroy the department,” Arumugam said.

The Star Online

Bonus RM500 Untuk Bilal dan Siak Di Perak Sambut Aidilfitri

IPOH, 26 Ogos (Bernama) -- Kesemua 1,975 bilal dan siak masjid dan surau di Perak akan menerima bonus khas RM500 setiap orang sempena Aidilfitri tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Beliau berkata kerajaan negeri memberi bonus khas itu bagi menghargai khidmat mereka yang mengurus dan menjaga masjid serta surau selama ini."Mereka hanya menerima lebih kurang RM300 setahun sebagai elaun biasa.Mereka akan terima bonus khas ini sebelum hari raya nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini , Rabu.Zambry juga berkata Hari Kemerdekaan ke-52 peringkat negeri tahun ini akan disambut secara sederhana di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dengan hanya melibatkan pasukan keselamatan."Ini disebabkan bulan puasa dan masalah yang dikatakan wabak penyakit Influenza A (H1N1) jadi kerajaan negeri juga membuat keputusan mengadakan sambutan pada tahap yang paling sederhana dengan hanya melibatkan pasukan keselamatan sahaja," katanya.Mengenai notis oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar memanggil persidangan dewan pada 2 Sept ini, Zambry berkata ialah adalah satu lagi 'drama' oleh pembangkang."Dia nak buat macam itu sebab sekarang kita (Barisan Nasional) di Perak melaksakankan tanggungjawab dengan baik sebagai kerajaan, dengan pelaburan yang datang, ekonomi yang semakin berkembang dan perancangan yang dibuat, semua ini membuatkan mereka resah," katanya.Zambry berkata komitmen beliau dan kerajaan BN amat jelas iaitu berkhidmat untuk rakyat.

Bernama Online

Kakitangan Awam Diharap Diberi Bonus Sebelum Raya

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Penjawat awam berharap kerajaan akan mengumumkan pemberian bonus sebelum Hari Raya Puasa ini walaupun bajet 2010 dijadual dibentangkan pada 23 Okt depan.Perkara itu diluahkan beberapa penjawat awam dalam laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.Mayau Sarikei dari Sarawak berkata setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri beliau dan isterinya akan berbelanja lebih sedikit daripada kebiasaan."Bagaimanapun, pada sambutan Hari Lebaran tahun ini, saya dan isteri kena mengurangkan sedikit perbelanjaan berikutan kami berpendapat sidang Belanjawan 2010 hanya akan berlangsung pada Oktober depan".Beliau berkata, ini bermakna peruntukan untuk memberi bonus kepada penjawat awam menjelang Hari Raya mungkin tidak dapat dilakukan."Oleh demikian, kami berharap YAB Datuk Seri dapat mencari jalan untuk memberi bonus kepada kakitangan awam bagi menambah persiapan untuk Hari Raya ini," katanya.Cadangan beliau disokong individu yang hanya menggelarkan dirinya sebagai penjawat awam yang berkata memandangkan harga barangan keperluan harian telah meningkat secara mendadak ia amat menggusarkan semua penjawat kerajaan."Dengan tiadanya bonus agak menyukarkan kami penjawat awam untuk membuat persiapan hari raya," katanya.Justeru, beliau berharap Najib yang juga Menteri Kewangan dapat mempertimbangkan permintaan itu dan memberi bonus sekurang-kurangnya RM1,000 kepada setiap penjawat awam, yang dibayar secara berperingkat iaitu sebelum raya dan pada pertengahan Disember.Sementara itu, menerusi laman web yang sama, Jayiddin bin Simon pula mencadangkan agar kerajaan memansuhkan bayaran lesen memandu untuk mengurangkan beban rakyat.

Bernama Online

Saturday, August 22, 2009

Datuk Mazlan Othman Dilantik Ke Timbalan KP UNOV

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bekas ketua pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Datuk Mazlan Othman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Vienna (UNOV) mulai 19 Jun lepas, jawatan keduanya di badan dunia itu.Pada masa ini beliau bertugas sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas unit yang sama."Pelantikan Datuk Mazlan Othman sebagai Timbalan Ketua Pengarah UNOV, tambahan kepada jawatan sedia ada sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB di Vienna menandakan kepercayaan dan keyakinan masyarakat dunia terhadap keupayaannya melaksanakan kedua-dua jawatan penting dengan baik," menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan."Pelantikan Datuk Mazlan merupakan satu galakan kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencatat kecemerlangan di dalam negara dan antarabangsa," kata beliau.Mazlan bersara daripada perkhidmatan awam pada 2007.

Bernama Online

108 Pengetua Tidak Diturunkan Pangkat

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat Setiausaha Agung Kongres, Mohamad Ismail, dalam ruangan ini, 19 Ogos bertajuk, 'Usah turun pangkat 108 pengetua Gred DG52'.Untuk makluman, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) menetapkan bahawa urusan pemangkuan sesuatu jawatan kenaikan pangkat hendaklah diisi calon yang diluluskan pemangkuan oleh LKPPP saja. Perkara ini dibuat sedemikian, bagi menentukan wujudnya kesaksamaan, keadilan dan tidak ada elemen pilih kasih dalam sesuatu urusan pemangkuan ke gred kenaikan pangkat.Bagaimanapun, didapati 108 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang belum diluluskan pemangkuan oleh LKPPP untuk memangku sesuatu jawatan yang lebih tinggi daripada gred jawatan hakiki masing-masing sudah ditempatkan ke jawatan kenaikan pangkat berkenaan secara pentadbiran oleh pihak tertentu. Mereka yang terbabit adalah terdiri daripada 11 PPPS di kementerian/IPGM, empat PPPS di Jabatan Pelajaran Negeri, tujuh PPPS di Pejabat Pelajaran Daerah dan bakinya seramai 86 adalah Pengetua Sekolah Menengah.Apabila keadaan ini berlaku, ia menutup peluang calon yang diluluskan pemangkuan oleh LKPPP untuk memangku jawatan kenaikan pangkat kerana jawatan itu diisi pegawai lain yang belum layak dan belum lagi diluluskan pemangkuan oleh LKPPP.Keadaan ini menyebabkan mereka yang diluluskan pemangkuan ke gred kenaikan pangkat mencemuh Kementerian Pelajaran bahawa urusan pemangkuan adalah tidak adil, tidak telus dan memberi keutamaan kepada kronisme. Sebagai contoh, 35 daripada 55 orang PPPS gred DG52 tidak boleh memangku jawatan DG54 kerana jawatan itu diisi oleh calon yang belum diluluskan pemangkuan oleh LKPPP.Selain itu, 466 daripada 781 orang PPPS Gred DG48 tidak dapat memangku jawatan Gred DG52 kerana jawatan itu juga diisi calon yang belum diluluskan pemangkuan oleh LKPPP. Malahan, ada 2,570 daripada 3,413 PPPS DG44 yang diluluskan pemangkuan ke Gred DG48 tidak dapat memangku Gred DG48 kerana jawatan itu diisi calon yang tidak diluluskan pemangkuan oleh LKPPP.Khusus untuk memperbetulkan kepincangan itu, satu kertas kerja dibentangkan di Mesyuarat Pengurusan kementerian Bil. 9/2009 pada 24 Jun 2009 dan dipertimbangkan perkara itu dengan terperinci serta memutuskan supaya 108 orang pegawai yang tidak layak menduduki jawatan kenaikan pangkat kerana belum lagi dipertimbang dan diluluskan pemangkuan ke jawatan kenaikan pangkat oleh LKPPP itu ditempatkan kembali ke jawatan yang setara dengan gred hakiki masing-masing.Tindakan ini sama sekali tidak bermaksud untuk menurunkan pangkat mereka. Apa yang berlaku ialah mereka ditempatkan semula ke jawatan setara dengan gred jawatan hakiki masing-masing. Selain daripada itu, kementerian tidak boleh dan tidak pernah membayar elaun memangku jawatan kenaikan pangkat kepada mereka berkenaan kerana mereka belum lagi diluluskan pemangkuan oleh LKPPP.Justeru itu, penempatan semula mereka ke jawatan yang setara dengan gred hakiki masing-masing tidak akan membabitkan apa-apa kerugian kewangan kerana pada asasnya kementerian tidak boleh membayar apa-apa elaun memangku kepada mereka. Dengan cara ini, barulah ia dapat memberi laluan kepada pegawai-pegawai yang telahpun dilu-luskan pemangkuan oleh LKPPP untuk memangku jawatan kenaikan pangkat berkenaan dan seterusnya menikmati pertambahan elaun kerana dibayar elaun memangku gred kenaikan pangkat oleh KPM.Dimaklumkan juga, hanya Lembaga Tatatertib PPPS di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang berkuasa untuk memutuskan sama ada seseorang PPPS yang diambil prosiding tatatertib itu diturunkan pangkat atau dibuang kerja apabila terbukti bersalah. Dalam konteks ini, semua 108 PPPS itu tidak menghadapi apa-apa prosiding tatatertib. Justeru itu, isu yang mengatakan bahawa mereka diturunkan pangkat adalah tidak tepat dan mengelirukan sama sekali.Dengan penjelasan di atas, tidak timbul sama sekali isu 108 PPPS termasuk pengetua diturunkan pangkat mereka. Mereka hanyalah ditempatkan semula di jawatan yang setara dengan gred hakiki masing-masing. Kekosongan jawatan kenaikan pangkat yang ditinggalkan itu akan diisi oleh mereka yang layak dan diluluskan pemangkuan oleh LKPPP. Oleh itu, kenyataan bahawa ini adalah 'serangan' oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) terhadap warga pendidik dengan cuba merendahkan sumbangan guru adalah tidak tepat dan tidak berasas sama sekali. Pelaksanaan ini dipersetujui Ketua Pengarah Pelajaran serta ketiga-tiga Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran.Kementerian ingin menegaskan bahawa adalah tidak wajar memberi anggapan yang mengandungi maklumat kurang tepat sehingga boleh menjejaskan imej dan kredibiliti baik kementerian ini pada kaca mata Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) khususnya dan kepada masyarakat umum amnya sebelum tindakan difahami dengan betul.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.

Berita Harian Online