Thursday, October 31, 2013
Wednesday, October 30, 2013
Cuepacs Sifatkan Bajet 2014 Ambil Kira Kebajikan Penjawat Awam
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan Bajet 2014 mengambil kira kebajikan penjawat awam yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata beliau berpuas hati secara keseluruhan inti pati bajet kali ini yang memberi banyak manfaat kepada penjawat awam bagi meningkatkan produktiviti dan integriti golongan itu, walaupun ada beberapa permintaan Cuepacs yang tidak ditunaikan.
"Bonus setengah bulan gaji masih dikira baik. Kita faham keadaan ekonomi sekarang dan kerajaan tidak boleh beri lebih daripada itu, apa-apa pun kita berasa syukur dan berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Omar mengulas pengumuman Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari Jumaat.
Beliau berkata sebelum ini Cuepacs pernah memohon kerajaan supaya memberikan bonus sekurang-kurangnya satu setengah bulan gaji atau dua bulan gaji termasuk menaikkan elaun perumahan penjawat awam.
Omar berkata antara inti pati yang dapat memberi manfaat kepada penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana adalah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.
"Selain itu pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan menerima RM650.
"Melihat dari segi kesihatan pula pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir dapat membuat rawatan sendiri secara percuma di rumah dengan kit CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis)," katanya.
Omar juga berkata cadangan supaya pembayar cukai tidak perlu mengemukakan borang nyata cukai pendapatan sekiranya berpuas hati dengan potongan cukai bulanan (PCB) mereka, adalah perkara yang menarik perhatian ramai kerana ia akan memudahkan penjawat awam.
Beliau juga menyambut baik cadangan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara bagi menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas salah laku penjawat awam.
Omar berkata dengan adanya jawatankuasa itu ia dapat meningkatkan integriti penjawat awam kerana sebelum ini ada pihak yang mempertikaikannya.
Dalam pembentangan bajet hari ini, Najib berkata penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan daripada Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini, demi mengukuhkan keyakinan rakyat dan menjaga imej dan kredibiliti sektor awam.
Sementara itu, bagi jururawat sebuah hospital kerajaan Siti Shuhada Md Tajuddin, 33, berkata pengumuman bonus setengah bulan itu sudah memadai kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjawat awam.
"Apa jua keputusan yang dibentangkan dalam bajet ini saya terima sebab saya tahu kerajaan melakukan yang terbaik untuk penjawat awam," katanya.
Muhamad Abdul Kadir, 32, seorang tentera, berkata beliau berpuas hati dengan kandungan Bajet 2014.
Katanya cadangan supaya pembayar cukai tidak perlu mengemukakan borang nyata cukai pendapatan merupakan satu transformasi oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan kemudahan kepada penjawat awam.
BERNAMA ONLINE

Tuesday, October 29, 2013
Pekeliling Bagi 81 Skim Perkhidmatan Awam Dikeluarkan Bulan Depan - KSN
KUCHING, 28 Okt (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata satu pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan bulan depan untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.
Beliau, yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia telah sampai ke peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan.
"Semua skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua. Kita bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua setiausaha negara," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam) 2013.
Persidangan itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala di sini Isnin.
Ali berharap penjawat awam yang menerima surat tawaran akan mempertimbang dengan baik perubahan skim masing-masing, yang dilaksanakan daripada pelbagai peringkat mulai depan depan.
Ali, yang juga naib presiden Capam, berkata persidangan serantau itu yang merupakan forum multilateral mengenai pentadbiran awam dalam kalangan negara Komanwel, akan diadakan di Kuala Lumpur tahun depan selepas Kuching, yang dihadiri 336 peserta, yang terdiri daripada anggota Capam dari 15 negara Komanwel, termasuk Malaysia.
BERNAMA ONLINE
Monday, October 28, 2013
SPRM Wujud Bahagian Pengurusan Integriti Agensi
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mewujudkan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi bagi menyelaras fungsi Unit Pengurusan Integriti, yang akan diperkenal di setiap kementerian.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata unit itu akan berperanan dalam mempertingkat keberkesanan usaha memerangi rasuah.
"Ia merupakan satu langkah konstruktif yang akan memantapkan lagi amalan integriti di sektor awam.
"Sebagaimana telah disebutkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan Bajet 2014 pada Jumaat, SPRM yakin unit itu akan bertindak sebagai 'focal point' bagi pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam," katanya dalam kenyataan Ahad.
Beliau berkata bahagian itu juga akan bertanggungjawab menyediakan dasar dan mekanisme pengurusan integriti agensi awam selain program latihan pegawai integriti bertauliah menerusi Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia.
Abu Kassim berkata Unit Pengurusan Integriti akan melaksana enam fungsi teras iaitu memastikan tadbir urus terbaik, pengukuhan integriti (memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi), mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah.
Selain itu, unit berkenaan akan mengesan pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil dan melaporkan salah laku jenayah kepada agensi berkaitan.
Unit itu juga akan berfungsi dalam pengurusan aduan iaitu menerima dan mengambil tindakan tegas ke atas semua aduan/maklumat berhubung salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan serta etika organisasi, memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa selain melaksana fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
Dalam perkembangan lain, Abu Kassim berkata selaras dengan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam baru-baru ini, SPRM mengambil langkah menempatkan pegawainya di agensi awam.
Beliau berkata di sebalik syor dan pandangan susulan Laporan Ketua Audit Negara 2012, SPRM berpendapat sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan penting dalam mempertingkat keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan melaksana dasar yang dimandatkan.

Penjawat Awam Harus Sedia Tolak Sikap Berpuas Hati - Ali Hamsa
KUCHING, 27 Okt (Bernama) -- Penjawat awam dan institusi awam harus bersedia untuk menolak sikap berpuas hati selain tidak melindungi zon selesa mereka demi memenuhi tuntutan serta harapan orang ramai, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata dalam konteks Malaysia, adalah amat jelas bahawa harapan orang ramai terhadap akauntabiliti dan keresponsifan menunjukkan peningkatan ketara dengan pengalaman dalam sektor swasta dan kepesatan pembangunan teknologi.
"Sebaliknya, kita harus menerima teknologi baharu; sistem yang cekap, kepelbagaian penduduk dan perkhidmatan yang ditambah nilai. Hanya selepas itu kita boleh menganggap diri kita sebagai bertanggungjawab dan responsif terhadap permintaan semasa," katanya pada majlis makan malam mengalu-alukan peserta Persidangan Serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (CAPAM) 2013 di sini.
Turut hadir Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, yang mewakili Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Ali, yang juga Naib Presiden CAPAM, berkata sebagai pemimpin yang diamanah memastikan tahap tertinggi kebertanggungjawaban, profesionalisme, kebergunaan, kecekapan dan etika yang diamal serta disampaikan dalam perkhidmatan awam, mereka harus bersedia membuat keputusan sukar, jika perlu.
Persidangan tiga hari itu, yang berakhir Selasa ini, adalah untuk menggalakkan pembangunan dan pembaharuan perkhidmatan awam di negara Komanwel seiring perubahan masa serta sebagai tindak balas kepada cabaran semasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)