Tuesday, September 15, 2009

Najib Begins Push To Transform Government

By Syed Jaymal Zahiid

PUTRAJAYA, Sept 15 - The Najib administration unveiled an ambitious road map today for what is being touted as its Government Transformation Programme (GTP) to equip civil servants with “radical, practical and innovative” solutions to increase efficiency.The two men handpicked to oversee the project – Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon and Datuk Seri Idris Jala, announced an outline today of the plan that will see public and private sector particpation as well as a concerted effort to seek public feedback.The GTP is part of Datuk Seri Najib Razak’s initiative to objectify its key performance indicators (KPIs) by fulfilling the six identified National Key Results Area or NKRA.Pemandu, or the Performance Management and Delivery Unit, will be the vehicle leading the GTP.“It is a hybrid organisation,” said Idris who has been appointed as Pemandu CEO.“The composition will be of the best of those from the private and public sectors.”Idris said Pemandu will focus on three priority activities. One of them will be to conduct “labs” on each of the six NKRAs and two other focus areas.“The labs will build on work done, experience and insight gained by members of the civil service, with participants adopting intense open debates and hands-on deck approach,” said Idris in his Pemandu presentation to the media.The objectives of the “labs” is to better equip civil servants with “radical, practical and innovative” solutions as part of the government effort to increase efficiency.The “labs” will be begin as early as next month and will continue until November.Datuk Seri Najib Razak is also keen on “revolutionising” governance by introducing the “Open House” initiative, a programme to encourage participation from members of the public in providing inputs on how to realise the GTP.The third activity would be the roll-out of a 1Malaysia government transformation roadmap that will detail the priorities and delivery plans for each of the NKRAs.“The roadmap will be followed by a the publication of annual reports to update the public on delivery progress against announced plans and targets. It will be distributed to the public as printed copies or online viewing on government websites,” said Idris.Both the Open House and 1Malaysia roadmap will start early next year.On Pemandu’s structure, Idris said he had not yet finalised the manpower required but has begun recruiting.It is expected to be fully operational by early 2010.

Najib Breaks Down GLC-Government Walls

By Lee Wei LianPUTRAJAYA, Sept 15 — Prime minister Datuk Seri Najib Razak wants a more seamless environment between government linked companies (GLCs) and the government and this evening he unveiled an exchange programme where selected GLC staff will be seconded to the government and vice versa.The initiative, called the Government-GLC cross fertilisation programme, comes right after Najib proposed earlier today to open up key positions in the government to talent from the private sector and GLCs in an attempt to modernise the civil service.The proposal, said the prime minister, was part of structural changes to the civil service Where the best would be selected in an attempt benefit from the “cross fertilisation” process between talents from the civil service and the private sector.”Why don’t we develop a seamless system and do a mutual exchange of the best from the GLCs and the government? Why don’t we engage in this cross fertilisation so that we produce high performing leaders of the future,” said Najib after meeting with the Putrajaya Committee on GLC High Performance.The first batch of about 40 staff were selected to participate in the cross fertilisation process today .Participating GLCs and government linked investment companies include Khazanah Nasional Bhd. Lembaga Tabung Haji, Axiata Group, Malaysia Airlines, Proton Holdings, Pos Malaysia, Telekom Malaysia and UEM Group.The prime minister this evening echoed his earlier speech about the risks of being “too dogmatic” when transforming the civil service.He said Malaysia was fortunate to have inherited the British system and not the French or Spanish system but the drawback of such a system was that it was too “compartmentalised” and the nation should not get caught up in a “rigid system”.“The system has served us well in the past but the world has become more complex and inter-connected. The same system cannot serve us well in a more sophisticated world.”Najib has been on a mission to improve the government’s public delivery system since taking office, having identified it as one the main arouses against the Barisan Nasional.The Najib administration had also earlier announced its Government Transformation Programme headed by Tan Sri Koh Tsu Koon and Datuk Seri Idris Jala to help realise key performance indicators it had set for itself.He also admitted that there was a need for the government to justify the high expenses of RM41 billion to maintain the civil service last year.“The time has come for key positions in the public sector to be opened to talents from the private sector and GLCs and from services other than the administrative and diplomatic service.“Under this concept, we would be able to benefit from ‘cross fertilisation’ process between talents from the civil service and private sector,” said Najib to thousands of civil servants at a special assembly here.He asked the civil service to emulate the career development plan and head hunting process practiced by Petronas, PNB and Bank Negara in order to attract the best talent.He also wanted civil servants to be seconded to GLCs for better exposure to the private sector.In improving services, Najib wanted operational procedures to be revamped to ensure efficiency.

Friday, September 11, 2009

KSN : Segelintir Sahaja Yang Berpolitik

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan mengakui bahawa terdapat elemen-elemen dalam perkhidmatan awam yang terpengaruh dengan politik ketika menjalankan tugas mereka."Saya tidak menafikannya," kata Sidek ketika menjawab soalan Malaysiakini dalam wawancara di pejabatnya di Putrajaya selasa lalu.Namun begitu, beliau berkata, sebahagian besar kakitangan kerajaan sentiasa menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin.Beliau juga memuji pertubuhan media yang melaporkan tentang masalah dalam perkhidmatan awam dan menggalakkan mereka untuk terus berbuat demikian.Bagaimanapun, katanya, penghargaan juga harus diberikan kepada mereka yang layak menerimanya.Beliau juga berharap media alternatif turut menghargai sumbangan majoriti kakitangan awam yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik.Dalam wawancara tersebut, Sidek turut menjawab soalan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan awam, terutama mengenai soal kecekapan dan masalah rasuah.

Wednesday, September 9, 2009

CUEPACS Berterima Kasih Kepada Kerajaan Atas Bantuan Khas Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan Rabu."Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata setiausaha agungnya Ahmad Shah Mohd Zin ketika dihubungi.Beliau berharap kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahn akhir tahun ini.Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.

Bernama Online

Monday, September 7, 2009

Berita@INTURA September 2009

Sila klik imej di bawah untuk paparan sebenar











Sunday, September 6, 2009

Kerajaan Kaji Bonus Kakitangan Awam

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang berbincang dengan Cuepacs mengenai tuntutan bayaran bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini.Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan sedang dalam perundingan mengenai perkara itu."Tunggulah...KSN tengah berbincang dengan Cuepacs," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di di Batu 2 1/2 Jalan Cheras kira-kira setengah jam, di sini, semalam.Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman percaya kerajaan akan memberi keputusan positif mengenai bonus atau wang sagu hati kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam untuk tahun ini.Beliau berkata, Cuepacs berharap bonus kali ini dibayar sebelum Aidilfitri.Katanya, pihaknya sudah menghantar surat mengenai tuntutan bonus itu baru-baru ini kepada Najib untuk mendapatkan pertimbangan sewajarnya."Kita belum mendapat reaksi balas mengenai perkara itu tetapi Cuepacs berharap kerajaan tidak mengecewakan harapan 1.2 juta kakitangan awam terutama bagi mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua yang amat mengharapkan sedikit sumbangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri."Cuepacs tidak memaksa...terserah kepada kerajaan berapa jumlah sanggup dibayar (bonus atau sagu hari). Yang penting kita (kakitangan awam) dapat menikmatinya dan kalau dibayar sebelum raya lagi bagus," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Tahun lalu, setiap kakitangan kerajaan menerima bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000.Omar berkata, Majlis Tertinggi Cuepacs akan bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan lebih lanjut mengenai permintaan bonus atau sagu hati tahun ini.

Tuesday, September 1, 2009

Memerdekakan Etika Perkhidmatan Awam

Oleh Abd Razak HussinMutu modal insan mampu bentuk masyarakat negara majuSEMALAM kita baru saja meraikan Hari Kemerdekaan Ke-52, ketika kemuliaan Ramadan. Daripada tazkirah, berbuka puasa, solat, berdoa, bersajak, nyanyian lagu-lagu patriotik, deklamasi puisi yang sungguh bersemangat sehingga sama-sama mengira detik 31 Ogos, pemimpin dan rakyat jelata mengibar bendera kecil. Persoalannya, selepas ini, apa?Persoalannya, selepas 52 tahun kemerdekaan kita, semakin utuhkah pegangan kita terhadap nilai dan etika yang diterima pakai sebagai satu cabaran dalam penjelmaan Malaysia yang maju pada 2020 nanti? Penulis sering berkesempatan berkongsi pandangan dengan kakitangan atau pegawai muda di universiti mengenai nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Biasanya perkongsian itu berlaku dalam kursus induksi, orientasi pegawai baru atau persediaan menduduki peperiksaan tahap kecekapan.Secara umumnya, nilai dan etika difahami sebagai kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap seseorang, sesuatu atau institusi bagi mematuhi peraturan, pilihan dan pegangan masyarakat. Kepercayaan dan keyakinan ini menjadi panduan, ikatan, pedoman, tindakan, amalan dan pertimbangan yang berteraskan sesuatu rujukan.Tentunya dalam konteks masyarakat kita, teras nilai dan etika itu berasaskan agama dan budaya kita sendiri yang tidak bercanggah dengan pegangan dan keyakinan umum. Mengapakah persoalan ini masih perlu dibicarakan, sedangkan kita semua orang Timur, yang memiliki agama, ada budaya dan pegangan yang kuat.Kita dikenali sebagai masyarakat yang bersantun, berbudi bahasa dan berkeperibadian halus. Ada yang menjawab, kerana pelanggaran terhadap nilai dan etika yang berlaku, sebagai langkah mengingatkan semula dan sebagai usaha memperkukuhkan keyakinan.Bagi penulis, semuanya benar. Lebih daripada itu, inisiatif ini juga adalah suatu pendidikan yang berterusan. Manusia kerap kali terlupa dan terlalai. Seperti ungkapan yang sering kita dengar, 'manusia mudah lupa.'Semua usaha ini adalah untuk memastikan serta meninggikan tahap integriti dan akauntabiliti kakitangan awam dan seterusnya memberikan keyakinan masyarakat terhadap sektor itu sendiri.Bukan tidak pernah kita mendengar, termasuk menerusi media massa, kakitangan sektor awam yang dibicarakan di mahkamah kerana pertuduhan rasuah, memplagiat karya orang lain, membuat tuntutan palsu, menjual maklumat sebut harga atau tender, menyalahgunakan kedudukan dan kemudahan pejabat untuk kepentingan peribadi, merakam waktu masuk dan keluar pejabat untuk orang lain, memfitnah dan mengumpat rakan sekerja untuk menghalang kenaikan pangkat, memburukkan pemimpin dan pekerja sendiri dan menjalin hubungan intim yang berlebihan dengan staf di bawah seliaan.Kita juga mendengar, ada kakitangan yang sengaja melewatkan kerja dalam waktu pejabat supaya mereka boleh melakukan kerja di luar waktu dan boleh membuat tuntutan kerja lebih masa. Ada kakitangan yang sengaja menjadikan kerja lebih masa sebagai satu sumber pendapatan tetap selain gaji bulanan.Ini sekadar beberapa contoh yang dianggap pelanggaran nilai dan etika dalam sektor awam. Ada juga kita dapati orang menghantar e-mel 'layang' menggunakan alamat e-mel yang tidak dikenali dan tidak menjawab salam atau sapaan orang yang dianggap lebih rendah daripada kita sedangkan kita tahu salam itu suatu doa.Kita juga perhatikan, ada hadirin atau pelajar dalam majlis syarahan atau kuliah yang berbual sesama sendiri ketika syarahan dan kuliah berlangsung, ahli mesyuarat yang tidak memberi perhatian sebaliknya asyik berSMS, ahli mesyuarat yang tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat, tetapi ketika perbincangan tidak pula menyuarakan rasa tidak puas hati, sebaliknya membuat 'bising' di luar mesyuarat.Yang lebih buruk ialah menyampaikan keputusan mesyuarat kepada pihak yang tidak berkenaan sebelum minit disahkan dan dibenarkan untuk pendedahan awam. Barangkali kita menganggap perkara ini kecil dan enteng saja tetapi sebenarnya mempunyai kesan yang amat besar meskipun pelakunya hanyalah segelintir.Pelanggaran terhadap nilai dan etika itu menyebabkan tidak berlaku keadilan kepada pihak yang berhak, masyarakat berasa tertipu, duit rakyat dan negara yang disumbang menerusi cukai tidak digunakan sewajarnya, manfaat kepada rakyat terbanyak terjejas, ketirisan perbendaharaan negara, gaji kepada kakitangan awam tidak sepadan khidmat yang dijangkakan, hubungan interpersonal yang tidak harmoni, suasana tempat kerja yang penuh prasangka, tandus kepemimpinan yang boleh diteladani, imej organisasi yang merudum dan akhirnya reputasi kerajaan yang memerintah dipersoalkan rakyat jelata dan masyarakat dunia.Persoalan besar yang sering penulis ketengahkan apabila membicarakan nilai dan etika ialah soal penghormatan. Penghormatan pula harus bermula daripada dalam diri setiap orang secara menyeluruh.Tanggungjawab yang jelas, justifikasi mengapa tanggungjawab harus dilaksanakan dan kepada siapa pertanggungjawaban akhir, kitalah yang akan menentukan tahap keikhlasan kita. Iltizam yang kuat dan kepemimpinan yang boleh diteladani akan memastikan nilai serta etika dalam organisasi mampu diterjemahkan secara nyata dan menyeluruh.Penulis masih berkeyakinan, sekiranya asas-asas ini teguh dan utuh, cabaran untuk melihat pembentukan sebuah masyarakat yang kukuh ciri moral dan etikanya, mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang teguh dan ditunjangi budi pekerti luhur pada 1 Januari 2020, akan mampu dicapai di negara ini.Penulis ialah Ketua Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat Universiti Kebangsaan Malaysia