Thursday, August 2, 2012

Bayar saman serta-merta

Kesalahan Trafik: Didik pemandu, atasi masalah kes tertunggak

Putrajaya: Kerajaan disaran melaksanakan sistem saman dan bayar serta-merta terhadap pesalah lalu lintas bagi mendidik pemilik kenderaan mematuhi peraturan jalan raya. Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan meletakkan kenderaan di lokasi tidak sepatutnya.

Selain itu, kerajaan diminta memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengunci tayar dan menyita kenderaan yang mempunyai saman tertunggak.

Atasi tunggakan saman Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA), Tun Zaki Azmi, berkata cadangan itu dikemukakan oleh CUEPACS bagi mengatasi masalah berjuta-juta saman trafik yang belum dijelaskan oleh pengguna dan pemilik kenderaan.

Katanya, cadangan itu membolehkan kerajaan berlaku adil terhadap pesalah trafik yang membayar saman apabila melakukan kesalahan, walaupun secara ansuran.

“Cadangan ini disokong wakil pelbagai agensi penguat kuasa pengangkutan serta PBT yang menghadiri mesyuarat khas SKMTPA. Terserah kepada Peguam Negara untuk mengkaji aspek perundangan bagi membolehkan ia dilaksana dengan mengguna pakai undang-undang sedia ada," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu semalam.

Mengulas lanjut, Azmi berkata peraturan itu diguna pakai di beberapa negara, termasuk di Singapura, United Kingdom dan Australia. Ditanya sama ada ia akan membebankan pengguna, Zaki berkata walaupun ada undang-undang, pemilik kenderaan tidak perlu panik dan marah jika mereka mematuhi peraturan jalan raya.

“Kalau salah dia didenda atau dihukum. Namun, setakat ini berjuta saman bukan saja tidak dibayar, malah diketepikan begitu sahaja seperti tidak menghormati undang-undang. Ini tidak adil kepada mereka yang patuh bayar saman dan mungkin menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka,” katanya.

BERITA HARIAN ONLINE

Wednesday, August 1, 2012

JPA taja pelajar perubatan ke IPTS

600 calon STPM ditawar ke IPT swasta

Kuala Lumpur: Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang gagal melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ditawarkan mengikuti pengajian itu di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta dengan tajaan kerajaan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata seramai 600 pelajar mendapat keputusan cemerlang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 ditawarkan pengajian itu.     
"Semua calon ini akan dibiayai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mereka perlu menyatakan persetujuan atas tawaran diberikan, dan akan dihubungi JPA sebelum 15 Ogos ini". - Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi
Surat tawaran

“Daripada angka itu, Bumiputera adalah 310 calon, Cina 260 calon, India 21 calon dan lain-lain kaum sebanyak 9 calon. Sehubungan itu, kerajaan bersetuju menawarkan mereka tempat dalam bidang itu di IPTS terpilih.

“Semua calon ini akan dibiayai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mereka perlu menyatakan persetujuan atas tawaran diberikan, dan akan dihubungi JPA sebelum 15 Ogos ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Bagaimanapun tawaran berkenaan tidak terpakai kepada mereka yang memperoleh PNGK 4.0 tetapi sudah mendapat tawaran pengajian dalam bidang berkenaan IPTA awam dalam pilihan mereka. Selain itu, mereka yang sudah mendapat tawaran di IPTA seperti yang dimohon berdasarkan pilihan pertama juga tidak layak untuk menerima tawaran berkenaan.

Untuk rekod, seramai 2,690 calon aliran Sains lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi memperoleh PNGK 4.0 dan daripada jumlah itu, kaum Bumiputera adalah 1,584 calon, Cina 920 calon, India 158 calon dan lain-lain kaum 28 calon.

BERITA HARIAN ONLINE

Sunday, July 29, 2012

Bonus for civil servants won't affect Govt's deficit reduction plan

IPOH: The half month bonus payment to civil servants, which will involve a total payout of RM2.2 billion, will not disturb the government's decifit target, and the government debt is under control, said Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah today.
The country's finances can afford a bonus payout through the Budget the government devises yearly, he said.
 
"In terms of national income, we have reached the target for this year, and we expect to see more tax collections from the Inland Revenue Board, Customs and dividends from government agencies.
 
"Meanwhile, the government's expenditure is also under control where the government has implemented the "Value For Money" concept where the expenditure is not merely an expenditure but about the way we spend and how to reduce the spending," he said.
 
He said this following the donation of a hearse (van) by Bank Simpanan Nasional (BSN) to the Taman Klebang Jaya Welfare Association at the Chemor Community Centre here today.
 
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak last week announced the bonus payment and also the special payment of RM500 to pensioners which will be paid out this August 9.
 
A total of 1.27 million public servants and 657,000 government pensioners will benefit from this payment which the government is giving out in recognition of their contribution.
 
Asked on the 2013 Budget, Husni said it was in the midst of preparation where discussions are being carried out with the target groups. Feedback from the people are still being received, he said.
 
He said the Prime Minister was also going online to get the people's response in line with the concept of "People First, Performance Now".
 
"Many suggestions have been given by the people. What is done by the government must reflect what the people want and the government will take the initiative to make it happen," Husni said.
 
The Budget will also be based on the needs that the ministries and agencies want to fulfill besides considering the proposals from various parties including the private sector.
 
"Once we get the basic budget ready, each of the views will be studied and we will take on the suggestions that are found to be suitable for implementation," he said. -- BERNAMA
 
NEW STRAITS TIME

Tindakan tegas jika penjawat awam terbabit

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap penjawat awam yang membeli ijazah palsu untuk menyertai perkhidmatan itu.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata jika ada bukti mana-mana pegawai kerajaan menggunakan ijazah palsu, tindakan boleh diambil terhadap mereka.
    
Belum terima laporan

Bagaimanapun, Ali berkata, sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang laporan daripada polis mengenai pembabitan penjawat awam dalam kegiatan itu.

Tindakan tegas

“Sekiranya ada penjawat awam memperoleh ijazah tidak sah maka tindakan akan diambil berdasarkan peraturan sedia ada dan kita menunggu laporan polis mengenainya,” katanya ketika ditemui di Akademi Kenegaraan di sini, semalam.

Beliau mengulas pendedahan BH baru-baru ini mengenai sebuah syarikat pendidikan berpangkalan di Subang Jaya dekat sini, menjual ijazah palsu daripada tiga universiti antarabangsa. Terdahulu, Ali menghadiri Program Transformasi Pegawai ke Luar Negara dan majlis penyampaian bantuan kepada 17 pelajar Malaysia di Universiti Iowa State, Amerika Syarikat (AS) yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran pada 15 Julai lalu.

Beliau menyampaikan sumbangan sektor swasta sebanyak AS$500 (RM1,500) kepada setiap pelajar membabitkan 10 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (enam) dan seorang pelajar yang dibiayai sendiri keluarganya.

Sementara itu, Ali menggesa ketua jabatan supaya turut memberi tumpuan kepada kebajikan penjawat awam khususnya kemudahan tempat kerja mereka.

“Ini untuk memastikan penjawat awam selesa bekerja. Baru-baru ini, saya membuat lawatan mengejut ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar, Kuala Lumpur dan terkejut melihat anggota polis menggunakan kerusi plastik yang tidak selesa,” katanya.

BERITA HARIAN ONLINE

Saturday, July 28, 2012

Rasuah: Pegawai Perhutanan Sarawak dipenjara 24 bulan, denda RM100,000

SIBU: Pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dipenjara 24 bulan dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah hari ini selepas didapati bersalah menerima rasuah RM20,000, tahun lalu.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hakim turut memerintahkan Joseph anak Selanjat, 52, yang juga ketua Unit Keselamatan dan Perlindungan Aset SFC, dipenjara 24 bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.
    
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh didakwa menerima suapan itu daripada Rommy Ma'aruf, supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya yang didakwa mengangkut 200 tan kayu balak secara haram dari Kapit ke Sibu, kesalahan mengikut Ordinan Perhutanan Sarawak.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di sini pada jam 10.35 pagi, 21 Januari tahun lalu.

Tertuduh yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Law Chin How manakala Joseph diwakili peguam Augustine Liom.

Sementara itu di mahkamah sama, Cif Inspektor Mohd Faizal Nawi dan Lans Koperal Zainal Mohammad Yunus mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah RM55,500 daripada Walter Wong Hai Ing.

Suapan itu sebagai sogokan supaya mereka tidak mengambil tindakan terhadap Wong yang didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa bertemu Wong di tiga tempat yang berlainan iaitu pada 15 Januari 2009 menerima RM30,000, pada 30 Januari 2009 (RM15,500) dan 18 Mac 2009 (RM10,000).

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Oktober hingga 7 Disember depan untuk perbicaraan. Mereka diwakili peguam Shankar Ram.

BERNAMA

Thursday, July 26, 2012

Tuntutan palsu: Penjawat awam didenda RM1.35 juta

MELAKA: Seorang penjawat awam dikenakan denda RM1.35 juta dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah membuat tuntutan palsu berjumlah RM270,650 tiga belas tahun lalu di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Fauzy Mohd Yusuf, 41, bagi lapan pertuduhan membabitkan dokumen pesanan kerajaan, inden dan invois dengan jumlah tuntutan tertinggi bernilai RM49,800 dan paling rendah, RM9,250.
     
Elesabet menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi setiap tuduhan dengan hukuman berjalan serentak dan sekiranya Mohd Fauzy gagal membayar denda tersebut, boleh dikenakan penjara selama lima tahun.

Kesalahan itu dilakukan antara 9 November hingga 30 November 1999 ketika dia berkhidmat sebagai pembantu tadbir kewangan di Jabatan Haiwan Melaka.

Semua tuntutan palsu itu didakwa dilakukan bagi kerja pembangunan projek tenusu di bawah PPRT di Merlimau, Jasin dan Masjid Tanah di negeri ini.

Tuntutan itu antaranya bagi pembelian benih rumput; kerja membina travis berbumbung lembu susu; pembinaan kandang lembu susu; pembangunan infrastruktur di kawasan padang ragut dan projek tenusu PPRT.

Bagi setiap pertuduhan terbabit, dia didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Roziza Sidek, manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork. Azrul bagaimanapun memohon mahkamah supaya menangguhkan hukuman penjara dan denda ke atas anak guamnya sementara menunggu keputusan rayuan.

Elesabet membenarkan hukuman itu ditangguhkan dengan syarat notis rayuan difailkan dan jumlah jaminan dinaikkan kepada RM12,000 dengan seorang penjamin.

BERNAMA

20 inisiatif NKRA Rasuah

Muhyiddin diiringi Tsu Koon (kanan) dan Idris  (dua dari kiri) mendengar penerangan mengenai MY Teksi daripada Chew Wei Chuan (kiri) pada pameran Hari Terbuka GTP Hala Tuju 2.0 di ibu negara, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin


Muhyiddin diiringi Tsu Koon (kanan) dan Idris (dua dari kiri) mendengar penerangan mengenai MY Teksi daripada Chew Wei Chuan (kiri) pada pameran Hari Terbuka GTP Hala Tuju 2.0 di ibu negara, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin
 
Kuala Lumpur: Dua puluh inisiatif dirangka bagi menggerakkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 untuk tempoh berakhir 2015.

Inisiatif itu diletak di bawah empat pendekatan iaitu agensi penguat kuasa, rasuah besar, perolehan kerajaan serta terbaru, pendidikan dan sokongan awam.
    
Pengarah NKRA Rasuah, Datuk Hisham Nordin, berkata daripada jumlah itu, 14 inisiatif dikenal pasti sebagai Big Fast Result (BFR) kerana dianggap memberi impak dan hasil yang pantas.
 
Ikut jadual

Sejajar usaha kerajaan dalam kesinambungan transformasi sektor kerajaan, bermula sekarang aspek pentadbiran dan pengurusan sudah dilakukan untuk memastikan pelaksanaan inisiatif berkenaan mengikut jadual dan berjalan lancar.

Malah, GTP 2.0 juga lebih realistik untuk menangani isu yang tidak sempat diselesaikan sebelum ini, terlepas pandang dan isu yang perlukan gerak kerja lebih panjang dan teliti, katanya pada Hari Terbuka GTP Hala Tuju 2.0 di Pusat Persidangan Kuala Lumpur di sini, semalam.

Hisham berkata, 14 inisiatif itu adalah Jawatankuasa Khas mengenai rasuah menjawab soalan dalam Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Parlimen, Jawatankuasa Semakan Eksekutif di SPRM dan pejabat pengurusan projek mengenai pencegahan.

Inisiatif lain adalah memantau aktiviti unit pematuhan, pangkalan data name and shame, Sistem Integriti Korporat Malaysia, menyelaras jawatankuasa penyemak dan menyelesaikan pendakwaan kes rasuah dalam masa setahun.
Laksanakan awal

Turut dilaksanakan awal adalah akses pemantauan yang cepat kepada Laporan Ketua Audit Negara untuk tindakan serta merta, jawatankuasa bertindak berhubung laporan Peguam Negara, papan pemuka dalam talian Ketua Audit Negara, Inkuisisi Putrajaya, penubuhan Sekretariat Pencegahan Rasuah di Kolej Latihan Perguruan dan latihan Ahli Parlimen, katanya.

Beliau berkata, pendidikan dan sokongan awam adalah pendekatan baru NKRA Rasuah pada GTP 2.0 selepas mendapati langkah untuk memperbetulkan persepsi rakyat adalah cabaran hebat yang perlu diberi perhatian serius.
 
BERITA HARIAN ONLINE