Friday, October 5, 2012

Cuepacs wants tax-free bonus

PUTRAJAYA: Cuepacs yesterday requested that the 11/2-month bonus for civil servants announced in the Budget be exempt from tax.
"This is the first time we are requesting it for all civil servants, regardless of ranking," said its president, Datuk Omar Osman, after a meeting with Higher Education Ministry officials.
Omar also said those who wished to apply for affordable homes should be allowed to get full loans without having to pay a 10 per cent deposit. He said 100 per cent loans should be given to first-time house owners.
In the Budget, RM1.9 billion is allocated to build 123,000 affordable housing units in strategic locations and RM500 million to build houses priced between RM100,000 and RM400,000 nationwide.
Omar also said they were waiting for details on the replacement for the Public Service Remuneration Scheme from the Public Service Department.

NEW STRAITS TIMES


Allow for immediate full tenure of service for calculation of pensions

IT is heartening and gratifying to note that the Government is going all out to ensure that its promises to the people are being fulfilled.
How apt the slogan chosen for this year’s Merdeka celebration: Janji ditepati!
The recently announced 2013 Budget is exemplary of a government that is sensitive to the needs of its people and mindful of fulfilling all promises it had made to them. Syabas!
As a 70-plus-year-old pensioner, I have a wish before I meet my Maker and that is: our Government would honour an agreement reached with the Pensioners Association during the time of Tun Dr Mahathir Mohamad’s administration that pension calculations be based on the full tenure of service and not on a maximum of 25 years of service, terms and conditions applied.
I served a total of 35 years and four months. Though pension calculations have since been adjusted to be based on a maximum of 30 years’ service, for pensioners like me and many others, we feel “short-changed” of some years of our service.
Some of us have moved on (never to return), and regrettably taken along with them an “unfulfilled promise”!
Now the new optional retirement age is set at 60. In the years to come, many more will serve the civil service for periods longer than 30 years. There is no need to go over the arguments for pension calculations based on full tenure of service.
That has already been dealt with and consensus reached. With the new retirement age, a better and fuller pension has become the additional reason for senior government staff to continue till full term rather than opting out earlier.
Their experience and talents must be tapped to the full. Their quitting early will be a loss to the civil service.
Therefore, in the spirit of Janji ditepati, I appeal to the Government to allow for full-tenure pension calculations with immediate effect. Time is running out for me and many others in the same boat.
LYC
Seremban
THE STAR

Thursday, October 4, 2012

Tangguh sebulan sebelum tukar

KUALA LUMPUR: Pertukaran jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman kepada Timbalan Setiausaha Negeri Selangor sepatutnya berkuat kuasa Isnin lalu, ditangguh sebulan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Menurut beliau, penangguhan itu akan membolehkan Mohamad Roslan menyelesaikan semua kerja belum disempurnakan sebelum menyerahkan tanggungjawab itu kepada Datuk Bandar baru.

“Pertukaran seumpama ini sering berlaku di mana-mana pun. Ia adalah sebahagian daripada pelaksanaan pihak atasan untuk mengisi kekosongan jawatan.
“Malah jika kita mengambil kira semua faktor, pertukaran ini juga sebagai memberi peluang kenaikan pangkat kepada seseorang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu pertukaran Mohamad Roslan yang dibekukan Kerajaan Negeri Selangor.

Difahamkan, Mohamad Roslan menerima surat pertukaran berkenaan pada 27 September lalu yang mengarahkannya bertukar pada Isnin lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana tiada sebarang pergerakan jawatan lagi di peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri akan mendapatkan penjelasan dan berbincang terlebih dulu dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung perkara itu sebelum satu pengumuman bersama dibuat.

Katanya, sepanjang tempoh berkenaan, Mohamad Roslan diminta terus bertugas di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seperti biasa.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin yang mahukan lebih banyak taska diwujudkan di jabatan kerajaan bagi memastikan lebih ramai wanita berpendidikan tinggi dapat bekerja, Ali berkata, infrastruktur di taman asuhan kanak-kanak (taska) di semua jabatan dan agensi kerajaan akan dipertingkat.

Katanya, pelaksanaan itu juga selaras peruntukan yang disediakan kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2013 pada 28 September lalu.

“Berdasarkan permintaan terhadap taska ini, rata-ratanya meminta kapasiti yang lebih besar. Jadi kita percaya sebilangan besar jabatan sudah pun menubuhkannya sementara yang belum ada, ia akan diwujudkan,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2011 bagi Agensi dan Badan Berkanun Persekutuan di sini, semalam. Majlis itu menyaksikan sebanyak 111 kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan yang memperoleh prestasi cemerlang empat bintang Indeks Akauntabili menerima anugerah berkenaan.

HARIAN METRO

Wednesday, October 3, 2012

Pekerja bawa anak kecil ke perpustakaan IKBN

SEBAGAI pengguna tetap perpustakaan di IKBN Kuala Perlis, saya rasa terpanggil untuk menyatakan rasa kekesalan dan kekecewaan kami pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan pengguna lain di perpustakaan ini.

Sepanjang tahun 2012, saya dapati ada pekerja di perpustakaan ini membawa masuk kanak-kanak berusia empat tahun setiap hari selepas waktu persekolahan dan juga di waktu cuti sekolah. Keadaan ini berlarutan sejak awal Januari 2012 lagi hinggalah ke hari ini.

Memandangkan perpustakaan bukanlah tempat untuk kanak-kanak seusia itu berada di dalamnya, tentulah kami pengguna perpustakaan ini sering terganggu dengan bunyi tangisan, hilai tawa, berkejaran dan berlari ke sana sini di dalam perpustakaan serta bunyi bising yang kami dengar sepanjang masa selepas tamat persekolahan.

Amatlah tidak sesuai kanak-kanak dibawa masuk ke perpustakaan ini, apatah lagi penjaga kepada kanak-kanak tersebut lebih memberi tumpuan kepada kanak-kanak tersebut seperti memandikannya, menidurkan dan memujuknya apabila kanak-kanak tersebut membuat bising atau menangis daripada menjalankan tugas.

Sehubungan itu, saya amat berharap agar pihak-pihak yang berkaitan dapat memantau kehadiran kanak-kanak tersebut yang tentunya menganggu kami pengguna perpustakaan tersebut dan juga mengganggu tugas pegawai tersebut yang bertugas di perpustakaan ini.

PELAJAR KESAL,
Kuala Perlis, Perlis.


UTUSAN MALAYSIA

Beku pertukaran

SHAH ALAM: Kerajaan negeri membekukan sementara pertukaran Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datuk Mohamad Roslan Sakiman ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membolehkan perbincangan dibuat antara Kerajaan Selangor dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selepas perbincangan membabitkan pergerakan dan pertukaran kakitangan dibuat, satu pengumuman bersama akan dibuat.

Katanya, buat masa ini, Mohamad Roslan masih lagi bertugas di MBPJ.
“Perkara ini masih di peringkat perbincangan. Ia perlu diadakan dengan JPA juga bersama Exco supaya dapat memilih mereka yang sesuai untuk jawatan itu.

“Perbincangan ini masih belum sampai ke peringkat keputusan. Bila ada pergerakan, kami kena pindahkan orang lain. JPA ada hak untuk memindahkan orang, tetapi tidak ada hak terhadap jawatan seseorang,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Kolokium Penyelidikan Universiti Selangor (Unisel) 2012 dan pelancaran akaun laman sosial Facebook Unisel Researcher Frens di Dewan Serbaguna Unisel, di sini, semalam.

Kelmarin, Sekretariat Media Unit Perhubungan Awam MBPJ, dalam satu kenyataan media menyatakan bantahan terhadap arahan yang diterima daripada JPA melalui surat bertarikh 27 September lalu yang mengarahkan pertukaran Mohamad Roslan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor berkuat kuasa kelmarin.
Kenyataan media itu, antara lain menyebut arahan itu tidak sah kerana ia bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang jelas menyatakan memberi kuasa mutlak kepada kerajaan negeri untuk melantik Datuk Bandar Pihak Berkuasa Tempatan.

Ditanya sama ada surat berkenaan sah atau sebaliknya, Abdul Khalid berkata, ia adalah sah, tetapi pertukaran itu masih belum dapat dilaksanakan.
“Saya tidak kata setuju atau tidak setuju. Kita akan adakan perbincangan supaya pergerakan itu berlaku dengan tertib.

“Dalam tempoh dua minggu, kami akan tentukan. Pada masa ini, hujung tahun, sukar kerana banyak kerja perlu dilakukan. Selalunya pertukaran berlaku pada awal tahun,” katanya.

HARIAN METRO

Pengurangan 100,000 anggota khidmat awam

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Bajet alternatif pembangkang seperti dibentangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu akan menyebabkan defisit jauh melebihi RM1.1 bilion, jika mengambil kira kenaikan gaji pekerja sektor awam di setiap kementerian dan agensi kerajaan.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, pembangkang memerlukan emolumen RM5.1 bilion bagi melaksanakan elaun pengajaran khas RM500 sebulan buat semua guru, kenaikan gaji kakitangan awam kepada RM1,100 menerusi gaji minimum sejagat dan perbelanjaan kenaikan gaji anggota polis sebanyak 15 peratus.

Sedangkan, katanya, berdasarkan pecahan peruntukan mengurus dalam bajet itu, pembangkang mendakwa bayaran emolumen hanya meningkat sebanyak RM4 bilion daripada RM52 bilion tahun ini kepada RM56 bilion untuk tahun depan.

Menurut beliau, keadaan itu menunjukkan pentadbiran pembangkang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP amat tidak kompeten untuk menguruskan perbelanjaan negara.

“Emolumen RM5.1 bilion itu tidak termasuk kenaikan gaji kepada semua kakitangan kerajaan di kementerian dan agensi lain seperti anggota tentera, doktor, ahli farmasi, jururawat, bomba dan sebagainya.

“Berlaku defisit sekurang-kurangnya RM1.1 bilion dan jumlah ini sebenarnya lebih tinggi jika meliputi kenaikan gaji kumpulan yang disebut di atas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tee Yong menambah, jika pakatan pembangkang memerintah negara, mereka perlu mengurangkan 100,000 anggota perkhidmatan awam sebagai alternatif memenuhi bajet mengikut emolumen dianjurkan pada 2013, mengambil kira pelaksanaan gaji minimum sejagat.

Perkara itu, katanya, boleh berlaku kerana Ketua Biro Publisiti DAP, Tony Pua sebelum ini pernah mencadangkan pengurangan anggota perkhidmatan awam sebanyak 40 peratus.

Katanya, peruntukan mengurus bajet alternatif pembangkang juga meragukan kerana jumlah pembayaran pencen untuk 2012 dan 2013 adalah sama sedangkan terdapat pesara baharu setiap tahun dan berlaku pelarasan pencen untuk kenaikan gaji seperti contoh anggota polis.

Bahkan, kata beliau, bayaran pencen dan emolumen dinyatakan dalam bajet itu kurang daripada angka sebenar dan dilihat sama ada bagi melakar gambaran palsu defisit bajet yang kecil atau membuktikan pentadbiran tidak kompeten.

Dalam pada itu, menurutnya, pakatan pembangkang telah berjanji untuk menurunkan harga minyak apabila menjadi kerajaan, namun perkara tersebut tidak dimasukkan dalam bajet yang dibentangkan.

“Kesimpulannya, bajet pakatan pembangkang hanya satu janji yang tidak boleh ditunaikan setelah mengambil kira rekod mereka dalam menunaikan janji di negeri yang ditadbir mereka," katanya.

UTUSAN MALAYSIA

E-screening of officers

PUTRAJAYA: A FOOL PROOF integrity screening system for the civil service has been introduced to ensure only the deserving rise up the ranks.
This stringent screening process will not stop just at ministries, government departments and agencies.
It is understood that government-linked companies as well as Ministry of Finance (Incorporated) companies are also required to adopt the new electronic integrity screening system (eSTK) introduced by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) recently.
This will require their candidates for chairman, directors, chief executive officers and managing directors to go through a thorough eSTK screening for verification.
MACC chief commissioner Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, when asked about the new screeningsystem, said such a mechanism augured well for the ongoing government transformation process.
The system, he said, would ensure that civil servants, including those slated for critical and strategic positions, were thoroughly vetted and were of high integrity.
The New Straits Times learnt that the measure would ensure that those holding such critical positions upheld the integrity of their companies.
There are some 500 GLCs and close to 200 MoF Inc companies.
“The new screening procedure by MACC will be made mandatory to enhance the integrity of these companies,” a source said.
This will also safeguard the government’s interests in these companies.
For the civil service, the eSTK process has been made a prerequisite for anyone considered for a promotion, to be acting in a position prior to assuming the post, optional retirement as well as for awarding of titles.
Civil servants who skip this mandatory process will have  approval for their promotion put on hold.
The screening process will also be for those slated for critical positions in companies, where the government has a stake.
This is to ensure that there is no misrepresentation of their capabilities, either in their academic qualifications, experience or expertise.
Any "red flags" raised via this screening process will be made known to those submitting the names.
 The eSTK screening, for applications submitted online, will take not more than 10 working days. MACC plans to reduce this to three days by 2014.
Last year alone, 141 applications submitted failed the screening done by MACC.
Until August this year, 99 applications got the "Not Recommended" stamp by MACC, based on existing records in its database.

NEW STRAITS TIMES