Tuesday, June 25, 2013

Mahani's dedication pays off

PUTRAJAYA: A DEDICATED civil servant has received an excellent service award for the third time from the Prime Minister's Department for her outstanding performance last year.
  Federal Territory Islamic Religious Department (Jawi) religious affairs assistant Mahani Murad, 48, added another feather to her cap in her nearly three decades of service.
    Mahani was among the 1,374 officers from 42 departments, agencies and divisions under the Prime Minister's department, who were awarded Excellent Service Awards (APC) at a function held at  Putrajaya International Convention Centre yesterday.
    The event was attended by Chief  Secretary to the Government Tan Sri Ali Hamsa and Public Services Department director-general Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, who presented the awards to the recipients.
   Mahani, who began serving the government 28 years ago, received similar awards in 2005 and 2007 while she was in the same department. She had also received excellent service awards in 1994 and 1999 when she was serving in another department.
    As a multi-tasker, the department had recognised Mahani as an individual who had performed well in her roles as a Muslim, civil servant, and as a wife and mother.
    Throughout her time with the government, Mahani had  been  active in the department as the National Maulidur Rasul celebrations secretariat officer, and as a main coordinator for mass weddings organised by Jawi, which were among her most notable achievements, apart from being active in a number of community-based associations.
    Mahani had also won a national-level Nasyid contest in 1991, which also earned her a reputation for being an all-rounder.   
    "I feel overwhelmed and am driven to continue serving the department until I reach retirement age," she said, adding that she had always been liked by her peers and superiors, who were also her source of courage and inspiration.
    "What's most important is that we are proactive in our working lives. That is, we finish a task even before someone asks us to do it. This is why it is important for us to be proactive and creative."
    She said her husband Ismail Sali, 51, also a civil servant, was very supportive of her despite her busy schedule as both their two children were grown up.
    "I don't  have a problem dividing my time between work and family because my family is  understanding towards my responsibilities."
    The PM's department also gave appreciation awards to 17 non-permanent staff members who were not eligible to receive the APC for displaying relentless commitment to their jobs despite their employment terms.
    For contractual staff Mohd Faidz Sanusi, 35, the commendation reflected the department's goodwill in recognising the contributions made by temporary staff.
   
    Another recipient, Chuah Lee Eng, a teaching assistant from the National Unity and Integration Department, said her recognition by the PM's department was because of a close working relationship with her colleagues.

Mahani Murad receiving the Excellent Service Award from Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa at Putrajaya International Convention Centre yesterday. With them are senior deputy secretary-general in the Prime Minister's Department Datuk Othman Mahmood.


NEW STRAITS TIMES

Wednesday, June 12, 2013

1,000 units for housing programme in Sabah

KOTA KINABALU: The 1Malaysia Civil Servants' Housing Programme will be extended here soon, as the government is identifying suitable land for the project.

Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa said planning and land matters should be finalised in six months.
Speaking to reporters after a gathering with state and federal civil servants here yesterday, he said more than 1,000 units were expected to be available to not only federal, but also state civil servants here.
"We have identified one area in Tuaran, which has been agreed upon by both federal and state governments as suitable.
Ali added that while the project's model was similar to that of the pilot project in Putrajaya, it was likely to be landed units here instead of apartment-style.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, in April, launched the first phase of the housing programme in Putrajaya, involving 1,256 units.
Ali said the houses would be cheaper than the current market price in Sabah.
The houses will be made affordable, based on the salaries of civil servants, but will still be of good quality.
Ali asked the 1,000 civil servants present to adopt the "Jejak Mesra Perkhidmatan Awam" or "Search and Assist" approach, where the officers go to the ground instead of waiting for those in need to come to them.
"Do not wait in the air-conditioned office.
"You have all the facts and figures, so go out and find the elderly, poor or the disabled who are in need of assistance or welfare.
"For example, if TV3 airs the plight of a poor old lady, we can trace her and provide assistance.
"This goes for all departments, regardless of federal or state levels.
"If it is not in your jurisdiction, then refer them (those in need) to relevant departments or even better, the district officer, who acts as a one-stop centre.
"He or she will know who to refer to."
Ali also called on civil servants to rise and fight back against untrue allegations against the government and its programmes.
"We have always been at the receiving end.
"Why don't we start fighting back, not with lies or rumours like them, but logically, with facts and figures.
"Civil servants need to be social media-friendly and have Facebook accounts, too, to face these culprits.
"We need to defend the good name of civil service.
"This is my challenge to you."


NEW STRAITS TIMES

KSU baharu KBS mulakan tugas hari ini

KUALA LUMPUR - Datuk Jamil Salleh yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang baru berikrar meneruskan dasar-dasar kementerian sedia ada, selain memberi penekanan kepada tiga perkara utama yang disarankan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sebelum ini.

Beliau berkata, tiga perkara utama tersebut ialah memberi penekanan kepada hasil kerja berpasukan, sentiasa berinovasi sewaktu menjalankan tanggungjawab dan mengutamakan kualiti berbanding kuantiti.

"Tiga perkara utama itu merupakan saranan menteri sendiri dan saya berjanji akan memikul amanah tersebut dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kerajaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Jamil, 54, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) KBS akan memulakan tanggungjawab barunya itu hari ini setelah mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh Datuk Mohid Mohamed.

Menurut Jamil, tugas barunya itu juga memerlukan beliau sentiasa bekerja rapat dengan menteri bagi memastikan matlamat yang disasarkan oleh kementerian dapat dicapai.

Jelasnya lagi, teras perkhidmatan KBS ialah belia dan sukan, justeru beliau akan memastikan kehendak golongan tersebut dipenuhi mengikut kesesuaian semasa dan dalam masa sama tugas yang dilaksanakan itu perlu dilakukan dengan penuh integriti serta berdisiplin tinggi.

Beliau memberitahu, kepercayaan yang diberi oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa bagi memikul tanggungjawab besar itu akan cuba dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.

"Terima kasih kepada pengurusan tertinggi negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan khususnya kepada KSN yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas sebagai KSU di KBS.

"Kepercayaan ini bukan sahaja hadir daripada JPA sendiri, tetapi juga oleh Menteri Belia dan Sukan yang yakin kepada saya untuk memikul amanah tersebut dan saya berjanji akan melaksanakan tugas ini dengan penuh dedikasi," tegasnya.

Sementara itu, ketika ditanya peranannya sebagai Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Jamil memberitahu, beliau akan terus menyandang jawatan sebagai Pengerusi Yakeb selagi diberi kepercayaan memikul amanah tersebut.

Selain jawatan di Yakeb, beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia.


UTUSAN MALAYSIA

Jawab segala tohmahan - KSN

ALI Hamsa (dua dari kanan) bersalaman dengan penjawat awam negeri dan persekutuan, di Kota Kinabalu, Sabah, semalam. 


KOTA KINABALU 11 Jun - Setiap agensi dan jabatan kerajaan dicabar untuk melakukan 'serangan balas' menerusi perkhidmatan terbaik bagi menjawab segala tohmahan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab dalam laman sosial.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, jika selama ini pihak agensi dan jabatan kerajaan hanya bertindak 'bertahan' pada setiap masa terhadap segala tohmahan, kini sudah tiba masa untuk pihak jabatan dalam perkhidmatan awam bertindak melakukan serangan.

"Walau bagaimanapun, tindakan serangan balas menerusi laman sosial ini tidak boleh dilakukan seperti yang dilakukan mereka seperti memfitnah, sebaliknya perlu mengemukakan fakta yang menyokong segala tugas yang telah dilaksanakan," katanya ketika berucap dalam majlis perhimpunan penjawat awam negeri dan persekutuan bersama beliau, di sini hari ini.

Yang hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Abu Bakar Hassan; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir.

Mengulas lanjut, Ali berkata, setiap agensi atau jabatan kerajaan boleh menggunakan kepakaran anak muda yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat untuk menyampaikan maklumat tepat terhadap apa yang telah dilakukan oleh jabatan masing-masing, sekali gus menangkis segala tohmahan dilemparkan.

Jelasnya, ia penting dalam menjaga nama baik jabatan sekiranya diserang atau difitnah dalam media sosial yang sering dilakukan pada masa ini.

Sehubungan itu, katanya, tindakan balas yang pantas perlu dilakukan, sekali gus terus meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan.

Sementara itu, Ali turut mengumumkan usaha kerajaan dalam membela nasib dan kebajikan penjawat awam yang berkhidmat di bandar-bandar besar di negeri ini menerusi pembinaan Perumahan Penjawat Awam (PPA) seperti projek perintis yang dilakukan di Putrajaya.

Katanya, lebih daripada 1,000 unit PPA akan dibina di Sabah dalam meringankan beban penjawat awam untuk memiliki rumah dengan kadar mengikut kemampuan golongan tersebut.

Menurutnya, ia terbuka kepada semua penjawat awam di negeri ini, sama ada individu tersebut daripada kerajaan negeri atau persekutuan, selain harganya jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

UTUSAN MALAYSIA

Penjawat awam perlu pelihara integriti - Raja Muda Perlis

KANGAR 11 Jun - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa penjawat awam agar memelihara integriti dan menjauhi tiga penyakit iaitu rasuah, kebocoran maklumat dan salah guna kuasa ketika menjalankan tugas.

"Janganlah ada yang menjadi seperti gunting dalam lipatan kepada negara dan negeri," titah baginda semasa merasmikan Seminar Transformasi Kecemerlangan Penjawat Awam, Zon Utara 2013 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh dekat sini hari ini.

Baginda bertitah penjawat awam hari ini berdepan dengan cabaran untuk mencari titik keseimbangan antara membangunkan kapasiti, ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang baharu dengan konsep atau amalan yang lama.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan memasukkan bola ping pong ke dalam salur paip sebagai simbolik perasmian Seminar Transformasi Kecemerlangan Penjawat Awam 2013 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Kangar, Perlis semalam. Turut berangkat hadir Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (dua dari kanan) dan Azlan Man (empat dari kiri).


"Keberkesanan perkhidmatan awam bukan sahaja terletak kepada keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar tetapi turut bergantung kepada keupayaan berkomunikasi dan menangani kesan daripada dasar itu," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin turut mengingatkan bahawa transformasi ke arah kecemerlangan perlu meliputi pelbagai aspek bermula transformasi diri, minda, sikap dan perlakuan penjawat awam itu sendiri.

"Tanpa transformasi yang bermula dari dalam diri, agak sukar untuk melihat hasil yang positif kerana ia akan sentiasa menolak pembaharuan yang baik terhadap diri, organisasi mahupun negara," titah baginda.

Seminar yang antara lain bertujuan meningkatkan kompetensi dan efisiensi dalam pentadbiran awam itu diadakan sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-70 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Menteri Besar Perlis, Azlan Man, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid dan Pengarah PTSS, Saifullah Musa. - BERNAMA


UTUSAN MALAYSIA

Pegawai Tadbir Agama naik gred

KOTA BHARU 11 Jun - Kerajaan bersetuju untuk menaik taraf gred perkhidmatan Pegawai Tadbir Agama Daerah dalam usaha meningkatkan lagi mutu perkhidmatan, seterusnya mengembangkan syiar Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peranan dan fungsi golongan tersebut amat penting untuk meningkatkan ilmu agama serta kerohanian umat Islam di peringkat daerah, khususnya akar umbi.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima cadangan terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan staf bawahan.

"JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) telah meluluskan cadangan itu berdasarkan dua skim iaitu kategori A di daerah-daerah terpilih, akan memiliki lima perjawatan iaitu seorang pegawai gred S48, S41 (dua orang), S32 dan S27.

"Kategori B pula akan memiliki tiga pegawai iaitu seorang pegawai S44, S27 dan S17 sebagai pembantu kumpulan sokongan di pejabat agama daerah masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.


UTUSAN MALAYSIA

Friday, June 7, 2013

DBP puas hati audit bahasa di jabatan kerajaan

BESUT 7 Jun - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berpuas hati dengan kerja Audit Bahasa yang dilakukannya ke atas kementerian, jabatan dan agensi kerajaan setakat ini yang diyakini memberi manfaat kepada DBP dan pihak diaudit.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, usaha itu akan diteruskan sehingga semua jabatan dan agensi kerajaan termasuk di peringkat negeri, diaudit.

DBP baru sahaja menyelesaikan audit ke atas Jabatan Perkhidmatan Awam mengikut jadual yang ditetapkan dan akan ke Kementerian Pendidikan selepas ini, katanya kepada Bernama, di sini hari ini,

Audit bahasa itu akan diteruskan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebelum menjelajah ke setiap negeri.

Menurut Awang, DBP akan mengeluarkan laporan apabila proses audit itu selesai dilakukan pada 2014.
Laporan itu akan menyatakan prestasi penggunaan bahasa pihak yang diaudit bagi tujuan penambahbaikan dan lain-lain, katanya. - BERNAMA

UTUSAN MALAYSIA