klik imej untuk paparan sebenar
Tuesday, January 26, 2016
Sunday, January 24, 2016
Kursus Pembangunan Kepimpinan Berlandaskan Islam JKKK Daerah Kuala Muda
Kursus
Pembangunan Kepimpinan Berlandaskan Islam JKKK Daerah Kuala Muda telah diadakan
di Dewan Jubli Perak pada 21 hingga 22 Januari 2016. Program ini merupakan kolaborasi
antara INTAN Wilayah Utara dan Pejabat Daerah Kuala Muda. Seramai 118 peserta yang terdiri daripada JKKK Daerah
Kuala Muda hadir dalam program ini.
Antara
pengisian program adalah Kepimpinan dari Perspektif Agama Islam dan Pengurusan
Mesyuarat, Perlembagaan Negara dan Pengurusan Projek Pembangunan.
Majlis
Perasmian dan Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd. Tajuddin
b. Abdullah, Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian
Kemiskinan.
Thursday, January 21, 2016
Kursus i-Top
Kursus Transformasi Organisasi INTAN Wilayah Utara (iTOP) telah diadakan
pada 18 hingga 20 Januari 2016 di Pulau Pangkor, Perak. Tujuan utama kursus ini
diadakan adalah untuk memupuk semangat bekerja secara berpasukan, meningkatkan
motivasi dan kecemerlangan diri serta menyumbang secara efektif kepada visi dan
misi organisasi.
Seramai 70 orang warga INTURA
termasuk YBrs.Pengarah INTURA telah menyertai kursus yang dikendalikan oleh
konsultan jemputan daripada Explora Malaysia yang melibatkan aktiviti secara
berpasukan di Pulau Pangkor.
Pelbagai aktiviti yang melibatkan pasukan seperti problem solving,
orienteering, memukat ikan dan war game telah diaplikasikan sepenuhnya oleh
konsultan sepanjang sesi ini berlangsung.
Secara keseluruhannya, selain dapat
memupuk semangat kerjasama, kursus ini secara tidak langsung dapat menyatukan
setiap unit di INTURA dan mengeratkan ukhuwah sesama warga INTURA.
Tuesday, January 19, 2016
Kunjungan Hormat Pengarah INTURA ke Pejabat SUK Kedah
Pada 18 Januari 2015, YBrs. Dr. Zurina bt Abdul Hamid,
Pengarah INTAN Kampus Wilayah Utara telah mengadakan kunjungan hormat ke
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Kunjungan ini disambut baik oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah iaitu
Yang Berhormat Dato’ Haji Bakar Bin Din DSDK., AMK., BCK.
Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk berkongsi
pandangan berkaitan pembangunan sumber manusia di negeri Kedah. Selain daripada
itu, YBrs. Dr. Zurina juga turut berkongsi maklumat tentang perkhidmatan yang
ditawarkan oleh INTURA terutamanya berkaitan aktiviti pengukuhan pasukan.
Y.B. Dato’ Haji Bakar bin Din juga turut memberi
idea dan cadangan dalam menambahbaik kursus agar selaras dengan keperluan
penjawat awam terutamanya di wilayah utara.
Semoga dengan lawatan ini menjadi titik tolak kepada
terjalinnya hubungan baik antara INTAN dan Pejabat Setiausaha Kerajaan demi
memantapkan lagi program latihan untuk penjawat awam.
Sunday, January 17, 2016
Wednesday, January 13, 2016
Pembangunan Kepakaran Fasilitator (Basic Life Support)
Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada 20 fasilitator
iLEAD-PARK, 20 orang warga INTURA INTAN Wilayah Utara dan 40 orang jururarawat
dari Hospital Seberang Jaya telah menghadiri kursus Basic Life Support yang dikendalikan oleh pihak Hospital Seberang
Jaya.
Kursus ini telah diadakan di Dewan Jubli Perak INTAN Wilayah
Utara, pada 11 dan 12 Januari 2016 dimana setiap kursus fasilitator dan warga
INTURA dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut hari. Ini adalah bertujuan
untuk memudahkan fasilitator dan warga INTURA berkongsi pandangan dengan warga
Hospital Seberang Jaya.
Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi latihan
dan meningkatkan kefahaman tentang bantuan awal keselamatan dalam menghadapi
kes kecemasan.
Pihak INTURA merakamkan setinggi penghargaan kepada pasukan
fasilitator dari Hospital Seberang Jaya yang banyak mnembantu dalam memberi
input berguna dalam mempersiapkan diri setiap fasilitator iLEAD-PARK dalam
menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan di dalam menjalankan aktiviti kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)








