Sunday, March 6, 2016

Berita@INTURA Februari 2016

Sila klik imej di bawah untuk paparan sebenar





Friday, March 4, 2016

Kenaikan gaji penjawat awam tetap dilaksana

KUALA LUMPUR 3 Mac – Kerajaan te­tap melaksanakan kenaikan satu tangga gaji bagi 1.4 juta penjawat awam pada 1 Julai ini seperti yang dijanjikan dalam Bajet 2016, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata, gaji minimum pen­­jawat awam sebanyak RM1,200 sebulan juga akan dilaksanakan pada tarikh sama.
“Kerajaan juga tidak akan berhentikan penjawat awam termasuk mereka yang dilantik secara kontrak,” katanya semasa menutup Konvensyen Perumahan Penjawat Awam bertema 'Rumah Idaman Menjamin Kualiti Hidup' di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Ali berkata, kesemua inisiatif itu membuktikan komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat terutamanya penjawat awam walaupun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

Dalam pada itu beliau berkata, ke­rajaan amat turut mengambil berat dalam isu kebajikan mereka dengan melaksanakan program perumahan seperti Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang diperkenal sejak 2013.

“Setakat ini, sebanyak 300 unit rumah berharga RM90,000 telah di­luluskan untuk pembinaan, dan unit-unit ini dikhaskan kepada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,2000 sebulan.

“Namun, kerajaan akan kaji semula (perkara ini) agar lebih ramai penjawat awam dari golongan ini dapat memiliki rumah,” katanya.

Sehingga hari ini, sebanyak 48,695 unit PPA1M telah diluluskan dan sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
Pada majlis itu, Azih menyerahkan senarai 15 resolusi kepada Ali untuk kerajaan mengkaji semula Dasar Perumahan Negara 2011.

Antara intipati resolusi itu yang merupakan hasil perbincangan bersama antara CUEPACS dan Angkasa, adalah memastikan semua penjawat awam khasnya kumpulan B40/M40 mampu memiliki rumah idaman bagi menjamin kualiti hidup.

Selain itu, CUEPACS dan Angkasa meminta kerajaan mengkaji semula Akta dan Peraturan Perumahan serta Akta Kanun Tanah Negara, mewujudkan bank tanah dan bank data perumahan negara.

Bernama Online

Monday, February 8, 2016

klik imej untuk paparan sebenar

Sunday, February 7, 2016

Berita@INTURA Januari 2016

Sila klik imej di bawah untuk paparan sebenar





Kursus Asas Rekreasi Tahap 2 Fasilitator INTURA

Kursus Asas Rekreasi Tahap 2 untuk fasilitator iLead-Park INTURA telah diadakan pada 31 Januari hingga 4 Februari 2016. Seramai 20 orang fasilitator terpilih untuk mengikuti kursus ini. Kursus selama 5 hari ini dikendalikan oleh konsultan jemputan daripada Explora Malaysia Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.
            Program hari pertama melibatkan pembentukan kumpulan, seni perkhemahan, pengenalan kepada asas rekreasi dan pengurusan risiko.  Hari kedua peserta didedahkan dengan asas pertongan cemas, anatomi kayak dan teknik ikatan tali. Para peserta bertolak ke Baling pada hari ketiga untuk aktiviti berkayak dan kemudian bertolak pula ke Bukit Hijau. Di Bukit Hijau peserta dikehendaki memasang khemah untuk aktiviti perkhemahan dan mempelajari cara membaca peta dan navigasi kompas (orienteering).
            Hari keempat diteruskan dengan abseiling di air terjun, orienteering dan ikhtiar hidup. Para peserta dilepaskan ke dalam hutan tanpa sebarang gajet, wang mahupun bekalan makanan yang mencukupi.
            Hari kelima diteruskan dengan sambungan aktiviti orienteering dan ditamatkan dengan ujian bertulis untuk menilai sejauh mana pemahaman para peserta dan juga untuk melayakkan mereka memperoleh sijil jurulatih asas rekreasi tahap 2.

            Kursus ini dilihat dapat memberi pendedahan asas kejurulatihan rekreasi kepada para peserta dan dapat memberi banyak pengetahuan dan pengalaman berharga  di samping memupuk semangat berpasukan yang tinggi. Diharapkan para peserta meneruskan kursus tahap 3 dan seterusnya layak menjadi jurulatih bagi aktiviti rekreasi luar.











Wednesday, February 3, 2016

Bantu urusan pencen : Kaunter 1Pesara JPA dibuka di DBKL

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL (berdiri dua dari kanan) diiringi oleh Mhd
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL (berdiri dua dari kanan) diiringi oleh Mhd Amin Nordin Abd. Aziz (berdiri dua dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada seorang pesara, Peraisamy M. Andy (duduk) yang menggunakan perkhidmatan Kaunter Pesara @ DBKL di Menara DBKL 1, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 2 Feb. - Pesara dan bakal pesara di Lembah Klang kini boleh menjalankan urusan berkaitan persaraan di Kaunter 1Pesara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mula dibuka hari ini di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, perkhidmatan kaunter tersebut merupakan yang pertama dibuka di luar Putrajaya dan akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.

Katanya, pembukaan kaunter tersebut adalah bagi menggantikan kaunter di Maju Junction yang telah ditutup sebelum ini.
“Pertukaran lokasi kaunter tersebut untuk memudahkan mereka berurusan bukan sahaja berhubung persaraan, malah dalam masa sama turut boleh melakukan urusan lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Perkhidmatan Kaunter 1Pesara JPA @ DBKL di sini hari ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

Tambah Mohamad Zabidi, kaunter 1Pesara itu menyediakan 10 perkhidmatan, antaranya kelulusan pembiayaan dialisis, permohonan tuntutan bayaran balik peralatan perubatan, tuntutan perjalanan bagi tujuan perubatan, status persaraan, permohonan pencen terbitan bagi kematian dan persaraan.

“Selain itu, kaunter itu turut menyediakan perkhidmatan pertukaran Skim B ke Skim A, permohonan kad pesara, pertukaran akaun bank, permohonan bantuan me­ngurus jenazah serta permohonan pendaftaran anak kurang upaya,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perancangan untuk menambah kaunter tersebut di seluruh negara akan tertumpu kepada lokasi tumpuan ramai.

“Ini bagi memudahkan pesara menguruskan hal berkaitan pencen, selain pada masa sama menguruskan hal lain seperti memperbaharui pasport, kad pengenalan dan sebagainya,” ujarnya.

Tambah Mohamad Zabidi, kakitangan yang menguruskan kaun­ter berkenaan akan diberi latihan secukupnya supaya boleh memberi perkhidmatan terbaik.

“Kaunter 1Pesara JPA adalah satu kaunter pelbagai perkhidmatan. Seperti kaunter di DBKL ini, kakita­ngan bukan sahaja boleh melaksa­nakan perkhidmatan berkaitan DBKL tetapi juga urusan berkaitan dengan kakitangan awam,” katanya.

Utusan Malaysia Online