Isu pemberian biasiswa: Y1M kemuka beberapa cadangan
09/06/2011 6:16pm
KUALA LUMPUR 9 Jun - Yayasan 1Malaysia (Y1M) menyambut baik kajian terhadap dasar pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dan mengemukakan beberapa cadangan bagi mengurangkan kekecewaan pelajar dan keluarga mereka yang sering dikaitkan kepada soal perkauman.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Y1M, Dr. Chandra Muzaffar, berkata dalam satu kenyataan hari ini, setiap tahun isu biasiswa ini menimbulkan rasa gusar dalam kalangan sesetengah rakyat Malaysia dan ini mempunyai kesan negatif terhadap hubungan kaum.
YIM mencadangkan satu kajian semula dibuat terhadap skim permakahan dan penilaian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang telah menyaksikan ramai pelajar mencapai gred A sejak beberapa tahun lepas.
"Bilangan yang ramai ini nampaknya tidak melambangkan kaitan dengan kemampuan dan kecekapan intelektual mereka. Sebaliknya, pemberian A yang berganda ini sedikit sebanyak telah menurunkan nilai gred itu sendiri.
"Ia juga memberi satu harapan kepada pelajar-pelajar ini tetapi apabila mereka gagal mendapat apa yang mereka fikir layak diterima, mereka akan kecewa," kata Chandra. - Bernama
Utusan Online
Thursday, June 9, 2011
Wednesday, June 8, 2011
20 beri keterangan
Oleh Norfatimah Ahmad
SPRM kumpul bukti kes palsukan pas pekerja
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan keterangan 20 saksi bagi membantu siasatan kes pengeluaran pas palsu khusus untuk pekerja asing yang didalangi sebuah syarikat tempatan beroperasi di Senawang, Negeri Sembilan.
Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Hishamuddin Hashim, berkata semua saksi memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan. Katanya, suruhanjaya itu masih mengumpul lebih banyak bukti dan cuba mengesan saksi bagi mengukuhkan siasatan kes berkenaan. “Setakat ini, semua saksi ialah majikan dan juga pekerja asing yang memiliki pas berkenaan memberi komitmen untuk menjadi saksi di mahkamah,” katanya di sini, semalam.
Sebelum ini, Berita Harian mendedahkan kegiatan sebuah syarikat berlatarbelakangkan perniagaan pembekalan dan penyediaan pekerja asing yang beroperasi sejak 1999, mendakwa mendapat kebenaran Menteri Dalam Negeri untuk mengeluarkan pas pekerja yang sah selama setahun dan boleh disiapkan dalam masa 15 minit.
Syarikat itu turut menyediakan pakej lengkap membabitkan perkhidmatan penghantaran pulang pekerja asing dengan bayaran RM1,200, tidak termasuk tiket kapal terbang yang dibeli majikan. Hasil pendedahan itu, pengarah syarikat berusia 70-an ditahan reman untuk membantu siasatan.
Hishamuddin berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Akta SPRM 2009 kerana membabitkan perbuatan menipu orang awam, termasuk warga asing.
“SPRM akan serahkan kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan mendapati, premis syarikat terbabit tidak lagi beroperasi sejak pengarah urusannya ditahan SPRM bulan lalu.
Hishamuddin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi SPRM Negeri Sembilan di talian 06-7625446/06-7620207.
Orang ramai juga boleh menghubungi Ketua Unit Siasatan SPRM, Pauzi Mohd Noor di talian 019-6143321
Berita Harian Online

Tuesday, June 7, 2011
1MDB tawar 500 biasiswa calon 8A+
Oleh Zanariah Abd Mutalib
Pelajar gagal dapat JPA layak mohon
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menawarkan 500 biasiswa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang memperoleh 8A+, tetapi gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sebanyak 300 biasiswa diperuntukkan kepada Bumiputera dan 200 untuk bukan Bumiputera bagi melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan. Bagaimanapun, kelonggaran khas diberikan kepada pemohon Bumiputera di Sabah dan Sarawak termasuk mempertimbangkan mereka yang memperoleh 6A+ dan 5A+ serta memenuhi syarat asas ditetapkan, termasuk pendapatan keluarga di bawah RM5,000 dan tidak mendapat pembiayaan daripada mana-mana jabatan dan agensi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata pemegang biasiswa yang mengikuti kursus kritikal dan bukan kritikal di IPTA akan menerima RM7,500 setahun.
Bagi IPTS, pelajar yang mengikuti kursus kritikal termasuk perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar akan menerima RM15,000 dan manakala kursus bukan kritikal memperoleh RM10,000.
“JPA akan mengadakan mesyuarat susulan mengenai perkara berkenaan hari ini, termasuk menilai pelajar yang layak dan senarainya akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum diumumkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat biasiswa 1MDB bersama wakil parti komponen Barisan Nasional di Parlimen, semalam.
Sementara itu, Mohamed Nazri, berkata kerajaan dakan mengambil tindakan terhadap 145 penerima biasiswa JPA yang gagal berkhidmat di tanah air di antara 2000 dan 31 Mei tahun ini.
Katanya, jumlah itu termasuk 97 orang dalam bidang perubatan, kejuruteraan (26), kimia (empat), pergigian (tiga), perakaunan (enam), undang-undang (dua), pentadbiran perniagaan (satu) dan bidang lain (empat).
Beliau berkata, majoriti penerima biasiswa yang ingkar adalah dalam bidang perubatan dan kejuruteraan yang mengikuti pengajian di United Kingdom, Ireland dan Amerika Syarikat.
“Kes itu sedang berjalan sama ada di peringkat memberi notis tuntutan atau prosiding mahkamah bagi mendapatkan penghakiman mengenai biasiswa serta penjamin dan mereka diarah membayar semula.
“Kita perlu kaji semula (pemberian biasiswa) dengan mengambil kira perkara ini,” katanya.

CUEPACS harap PROSPEK beri lebih peluang kenaikan pangkat
KUALA TERENGGANU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) mampu memberi kemudahan dan peluang kenaikan pangkat lebih terbuka kepada penjawat awam.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata dengan pelaksanaan sistem baru bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini, ia dapat bertahan lebih lama berbanding PTK yang hanya berjaya semasa tiga tahun pertama pelaksanannya. "Sebelum ini, PTK dilaksanakan selama lapan tahun dan ia hanya berjalan lancar pada tiga tahun pertama. Kemudian sistemnya makin goyah dan tidak ke mana, jadi kita mengharapkan PROSPEK sebagai satu transformasi untuk pemantapan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau menghadiri majlis perasmian seminar Pengurusan Kewangan Kumpulan Pelaksana (Sokongan I & II) Badan Berkanun Malaysia bertajuk "Cabaran Pengurusan Kewangan Dalam Era Globalisasi".
Omar berkata, apa yang terdapat dalam PTK sebelum ini tidak akan hilang tetapi melalui transformasi penambahbaikan dengan memberi penekanan terhadap beberapa perkara termasuk kompetensi dan ganjaran.
Katanya, dengan itu penjawat awam boleh dinaikkan pangkat tanpa perlu menunggu kekosongan jawatan malah mereka juga akan dinilai jika hadir mana-mana seminar yang berkaitan dengan jawatan mereka sendiri.
"Ganjaran kenaikan pangkat juga akan diberikan berasaskan aspek sahsiah, sukan, disiplin dan had pencapaian mereka berasaskan penilaian yang dilakukan oleh panel penilai yang akan dilantik terdiri daripada wakil ketua jabatan, pegawai kerajaan supaya ia lebih telus," katanya.
Omar berkata, dari semasa ke semasa, penambahbaikan akan dilakukan supaya PROSPEK lebih efisien serta kompetensi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga bersedia berunding dari semasa ke semasa untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem penilaian baru itu.
Katanya, lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru itu meliputi falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
BERNAMA

Bekas guru, askar terima kerusi roda
PONTIAN 7 Jun - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Daerah Pontian menyampaikan sumbangan dua buah kerusi roda bagi membantu dua ahlinya yang menghadapi masalah kesihatan agar dapat mengurus kehidupan seharian tanpa terlalu bergantung kepada orang lain.
Mereka ialah bekas anggota tentera, Ahmad Ibrahim, 64, yang dipotong kaki disebabkan kesan tembakan yang masih dirasai walaupun selepas 40 tahun berlalu sementara penerima kedua ialah seorang bekas guru, Samshi Othman, 66, yang menghidap angin ahmar sejak enam tahun lalu.
Majlis penyerahan kedua-dua kerusi roda tersebut dilakukan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sempena majlis penyampaian geran bagi projek kecil pertanian Parlimen Pontian, di sini baru-baru ini.
Ketika ditemui, Ahmad berkata, kakinya telah ditembak dalam satu serang hendap ketika berkhidmat sebagai anggota di unit perubatan di Kuching, Sarawak pada 1971 dan dia tidak menyangka kaki kanannya terpaksa dipotong Mac lalu bagi mengelakkan kesan sampingan.
"Kesan peluru masih dirasai dan berbisa, sehingga kaki kanan ini terpaksa dipotong walaupun empat dekad telah berlalu," ujarnya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Ahmad memberitahu, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga sedang menguruskan pemberian kaki palsu bagi membolehkannya berjalan seperti orang lain.
Sementara bagi Samshi, beliau mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Daerah Pontian di atas usaha mereka membantu bekas-bekas kakitangan awam yang telah bersara sepertinya.
Katanya, dia juga tidak menduga akan menerima sumbangan seunit kerusi roda bagi sejak diserang angin ahmar selepas bersara pada 2003 yang lalu.
"Saya menamatkan perkhidmatan sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Sapran, Pontian setelah bertugas lebih 30 tahun dalam sektor awam bermula pada 1970-an lalu," ujar beliau.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Daerah Pontian, Mohd. Joni Bimin berkata, sumbangan yang diberikan merupakan antara usaha untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.
Katanya, sebelum ini, pihaknya ada menyumbangkan sebuah kerusi roda juga kepada ahlinya yang menghidapi masalah kesihatan semasa mesyuarat agung persatuan tersebut baru-baru ini.

Universiti tempatan pun hebat
SAYA semakin tertarik dengan isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang acap kali disebut oleh pelbagai pihak sejak akhir-akhir ini. Ada yang mempertikaikan mengenai kuotanya, relevansinya dalam menghantar pelajar cemerlang ke luar negara dan sebagainya.
Saya juga tambah tertarik dengan langkah yang akan diambil kerajaan dalam mengkaji semula dasar pembiayaan biasiswa JPA yang bakal dilaksanakan tahun depan.
Lebih menarik lagi, keputusan kerajaan membiayai 86 pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan dan bukannya di luar negara baru-baru ini.
Saya merupakan seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga merupakan pemegang biasiswa JPA. Satu ketika dahulu, impian saya sangat besar iaitu menyambung pelajaran ke luar negara kerana ketika itu saya melihat ia menjadi satu kebanggaan jika ada anak Melayu berjaya ke luar negara.
Impian ini nampaknya hampir tercapai apabila saya cemerlang dalam SPM. Setelah memohon, akhirnya saya hanya ditawarkan biasiswa di peringkat matrikulasi dan seterusnya disambung ke UiTM oleh pihak JPA.
Relevannya di sini adalah apa yang saya ingin kongsikan, saya tidak sesekali kecewa, tetapi saya bersyukur kerana berpeluang mendapat tempat di universiti tempatan.
Jangan sesekali pandang rendah pada kredibiliti dan keupayaan universiti tempatan. Sistem pendidikan di universiti tempatan jauh lebih baik daripada yang disangka.
Segala kemudahan, kredibiliti pensyarahnya dan keupayaan pelajarnya jangan usah diragui. Sistem pembelajarannya juga semakin meningkat dari sehari ke sehari malah semakin setaraf dengan universiti luar negara.
Segala garis panduan dan sasaran yang ditetapkan telah menyamai keperluan yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Lihatlah setiap tahun, pasti ada pensyarah dan pelajar berjaya merangkul anugerah di peringkat antarabangsa hasil kreativiti dan inovasi mereka.
Mereka begitu komited dalam memastikan nama universiti tempatan terus berada di persada antarabangsa. Masih ketinggalankah universiti tempatan kita?
Bukanlah saya cuba mempertikaikan kerelevenan menghantar pelajar cemerlang ke luar negara atau merendah-rendahkan kemampuan universiti luar negara yang kita sedia maklum adalah yang terbaik. Bagi saya, itu adalah satu langkah yang sangat baik dalam memastikan pelajar berjaya menempuh cabaran dan bersaing di peringkat globalisasi.
Tahniah kepada mereka yang terpilih untuk menyambung pelajaran ke luar negara kerana itu adalah rezeki anda dan anda adalah terdiri dalam kalangan yang terpilih dan terbaik daripada yang terbaik.
Tetapi, mungkin juga ada baiknya langkah kerajaan untuk mengurangkan penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara kerana kos perbelanjaan di sana yang semakin meningkat sehingga kerajaan terpaksa memperuntukkan lebih banyak kos untuk mereka.
Ada juga terlintas di fikiran saya, tidak salah dan ada baiknya jika kos yang berjaya dikurangkan itu digunakan dan diberi peluang kepada pelajar cemerlang lain untuk menyambung pelajaran mereka dalam negara.
Sesungguhnya, dengan saingan yang semakin kompetitif dalam kalangan pelajar ketika ini, ada relevannya kerajaan mementingkan kualiti lebih daripada kuantiti. Berilah peluang kepada pelajar luar bandar yang lain untuk merasai nikmat pendidikan di universiti tempatan.
Kepada pihak tertentu, hentikanlah daripada terus memainkan isu biasiswa ini kerana segala kuota dan peruntukan telah ditetapkan oleh kerajaan secara adil dan saksama berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Segala keistimewaan, keperluan dan kebajikan yang diperlukan semua kaum dalam sistem pendidikan telah cuba dipenuhi kerajaan sebaik mungkin. Belajarlah erti bersyukur daripada meminta-minta.
Tidak lupa juga kepada semua pelajar cemerlang SPM dan ahli keluarga mereka, janganlah sesekali anda kecewa jika gagal menyambung pelajaran ke luar negara. Sesungguhnya, anda masih memiliki satu sistem pendidikan yang bertaraf antarabangsa di universiti tempatan.
Percayalah kepada keupayaan universiti tempatan dalam memastikan kelangsungan pendidikan yang cemerlang kepada pelajar mereka. Mana tahu jika rezeki anda belajar di luar negara selepas ini. Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.
FIKRI JUMIRAN
Bangsar, Kuala Lumpur

Tunaikan tanggungjawab pelajar tajaan
BAYAR balik biasiswa atau kembali bekerja di tanah air. Itu dua pilihan untuk penerima-penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dibiayai pengajiannya di luar negara dengan menggunakan wang kerajaan itu.
Dalam tempoh 10 tahun lalu, JPA mengesan seramai 500 pelajar tajaannya yang tidak pulang ke negara untuk berkhidmat selepas berjaya menamatkan pengajian.
Direkodkan antara tahun 2000 hingga 31 Mei tahun ini, seramai 145 penerima biasiswa tersebut gagal kembali berkhidmat di tanah air manakala 195 kes telah diambil tindakan.
Sementara itu, 160 kes pula telah selesai iaitu penerima kembali berkhidmat di negara ini selepas notis dikeluarkan ataupun sudah mulai membuat bayaran ansuran atau selesai membayar biasiswa tersebut.
Maka apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam menyatakan bahawa JPA akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelajar yang enggan pulang selepas menamatkan pengajian di sana, tindakan tersebut sebenarnya amat wajar dilakukan.
Kita tolak ke tepi dulu, soal memiliki semangat patriotik atau tidak, soal memperoleh pendapatan lebih lumayan di luar negara atau faktor-faktor tarikan lain.
Yang perlu ditekankan ialah pemegang biasiswa ini seharusnya sedar bahawa mereka tidak boleh lari daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar tajaan dengan sewenang-wenangnya.
Sebelum memohon biasiswa, pemohon sudah dimaklumkan dengan syarat-syarat tertentu dan sekiranya ingkar terhadap perjanjian yang ditandatangani, tuntutan gantirugi akan dikenakan.
Tuntutan gantirugi ini bukanlah sesuatu tindakan yang tidak adil terhadap mereka. Kerajaan sudah membiayai mereka, dan sudah sewajarnya itu pembiayaan itu dilangsaikan semula.
Amat merugikan kerajaan yang sudah menghabiskan berjuta-juta ringgit yang pastinya turut melibatkan wang rakyat dalam membiayai pelajar-pelajar ini, tetapi akhirnya mereka memilih untuk berkhidmat di luar negara.
Dengan mengambil kira bidang-bidang tertentu yang amat diperlukan oleh negara ketika ini, mereka seharusnya kembali ke tanah air untuk menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat dan negara.
Langkah ini bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat tidak terjejas dan rakyat turut mendapat manfaat daripadanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)