Seramai 25 orang fasilitator i-LEAD-PARK, INTAN Wilayah
Utara telah menghadiri kursus Emergency
Response Team yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kuala
Muda.
Kursus ini telah diadakan di persekitaran INTAN Wilayah
Utara, Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu dan di Pantai Merdeka pada 3
hingga 6 Februari 2014.
Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi
latihan dan meningkatkan kefahaman tentang bantuan awal keselamatan dalam menghadapi
kes kecemasan. Antara pengisian di sepanjang kursus ini berlangsung ialah Asas
Menyelamat Mangsa, Sistem Perlindungan Aktif dan Pasif, Ikhtiar Hidup dan
Teknik Menyelamat di Air.
Pihak INTURA merakamkan setinggi penghargaan kepada pasukan
fasilitator dari Jabatan Bomba yang diketuai oleh Tuan Jamaludin bin Mohd Yusof
selaku Penguasa Bomba Zon Kuala Muda yang banyak mnembantu dalam memberi input
berguna dalam mempersiapkan diri setiap fasilitator iLEAD-PARK dalam menghadapi
sebarang kemungkinan kecemasan di dalam menjalankan aktiviti kelak.
No comments:
Post a Comment