Seminar Pengurusan LEAN Sektor Awam telah diadakan pada 16 Mac 2015
bertempat di Dewan Jubli Perak, INTURA. LEAN merupakan salah satu elemen di
dalam Sistem Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang memberi tumpuan kepada
mengenalpasti dan menghapuskan aktiviti yang tidak memberi nilai tambah
(pembaziran kerja) kepada pelanggan dalam sesuatu proses.
Seramai 215
orang peserta yang melibatkan penjawat awam di wilayah utara hadir dalam
seminar kali ini.
Objektif seminar ini diadakan adalah
untuk memberikan pendedahan dan membantu organisasi ke arah perlaksanaan LEAN
Sektor Awam dan memberikan kesedaran supaya organisasi terus melakukan usaha
penambahbaikan menerusi Pengurusan LEAN setelah berjaya mengamalkan 5S. Ceramah
yang disampaikan oleh En. Josffa Ismail daripada Malaysian Productivity
Corporation (MPC) telah memberikan gambaran yang jelas tentang peranan MPC
dalam mentransformasi pelaksanaan Pengurusan LEAN Kepada sektor awam juga
swasta. Pengurusan LEAN merupakan kesinambungan program 5S yang telah diamalkan
oleh organisasi-organisasi yang mana lebih tertumpu kepada persekitaran
berkualiti di tempat kerja manakala Pengurusan LEAN pula lebih memfokuskan
kepada penghapusan pembaziran di tempat kerja dan juga aktiviti-aktiviti yang
tidak memberikan nilai tambah kepada pelanggan.
MPC begitu komited dalam
memperkenalkan Pengurusan LEAN kepada Sektor Perkhidmatan dengan berteraskan
kepada lima prinsip LEAN iaitu Mengenalpasti Nilai, Pemetaan Aliran Proses,
Penghasilan Aliran Proses, Mengenalpasti Kehendak Pelanggan dan Kesempurnaan.
Selain itu, MPC juga menekankan perihal impak atau kesan yang akan diperolehi
oleh organisasi yang melaksanakan Pengurusan LEAN kepada lima kategori utama
iaitu Masa, Kos, Hasil, Kualiti Perkhidmatan dan Proses.
Poster kursus
Pendaftaran peserta
Sambutan yang memberangsangkan dikalangan penjawat awam wilayah utara
Antara peserta yang hadir
En. Norshuhaidy, penyelaras kursus bersama penceramah.
Tekun mendengar elemen yang dibentangkan
Penceramah pada hari berkenaan
Promosi EPSA turut dijalankan untuk memberi pendedahan kepada penjawat awam