Wednesday, March 18, 2015

SEMINAR PENGURUSAN LEAN SEKTOR AWAM

Seminar Pengurusan LEAN Sektor Awam telah diadakan pada 16 Mac 2015 bertempat di Dewan Jubli Perak, INTURA. LEAN merupakan salah satu elemen di dalam Sistem Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang memberi tumpuan kepada mengenalpasti dan menghapuskan aktiviti yang tidak memberi nilai tambah (pembaziran kerja) kepada pelanggan dalam sesuatu proses.
Seramai 215 orang peserta yang melibatkan penjawat awam di wilayah utara hadir dalam seminar kali ini.  
            Objektif seminar ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan membantu organisasi ke arah perlaksanaan LEAN Sektor Awam dan memberikan kesedaran supaya organisasi terus melakukan usaha penambahbaikan menerusi Pengurusan LEAN setelah berjaya mengamalkan 5S. Ceramah yang disampaikan oleh En. Josffa Ismail daripada Malaysian Productivity Corporation (MPC) telah memberikan gambaran yang jelas tentang peranan MPC dalam mentransformasi pelaksanaan Pengurusan LEAN Kepada sektor awam juga swasta. Pengurusan LEAN merupakan kesinambungan program 5S yang telah diamalkan oleh organisasi-organisasi yang mana lebih tertumpu kepada persekitaran berkualiti di tempat kerja manakala Pengurusan LEAN pula lebih memfokuskan kepada penghapusan pembaziran di tempat kerja dan juga aktiviti-aktiviti yang tidak memberikan nilai tambah kepada pelanggan.
            MPC begitu komited dalam memperkenalkan Pengurusan LEAN kepada Sektor Perkhidmatan dengan berteraskan kepada lima prinsip LEAN iaitu Mengenalpasti Nilai, Pemetaan Aliran Proses, Penghasilan Aliran Proses, Mengenalpasti Kehendak Pelanggan dan Kesempurnaan. Selain itu, MPC juga menekankan perihal impak atau kesan yang akan diperolehi oleh organisasi yang melaksanakan Pengurusan LEAN kepada lima kategori utama iaitu Masa, Kos, Hasil, Kualiti Perkhidmatan dan Proses.
 
Poster kursus
 
Pendaftaran peserta
 
Sambutan yang memberangsangkan dikalangan penjawat awam wilayah utara
 
Antara peserta yang hadir
 
En. Norshuhaidy, penyelaras kursus bersama penceramah.
 
Tekun mendengar elemen yang dibentangkan
 
Penceramah pada hari berkenaan
 
Promosi EPSA turut dijalankan untuk memberi pendedahan kepada penjawat awam
 

No comments: