Wednesday, March 18, 2015

SEMINAR PENGURUSAN LEAN SEKTOR AWAM

Seminar Pengurusan LEAN Sektor Awam telah diadakan pada 16 Mac 2015 bertempat di Dewan Jubli Perak, INTURA. LEAN merupakan salah satu elemen di dalam Sistem Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang memberi tumpuan kepada mengenalpasti dan menghapuskan aktiviti yang tidak memberi nilai tambah (pembaziran kerja) kepada pelanggan dalam sesuatu proses.
Seramai 215 orang peserta yang melibatkan penjawat awam di wilayah utara hadir dalam seminar kali ini.  
            Objektif seminar ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan membantu organisasi ke arah perlaksanaan LEAN Sektor Awam dan memberikan kesedaran supaya organisasi terus melakukan usaha penambahbaikan menerusi Pengurusan LEAN setelah berjaya mengamalkan 5S. Ceramah yang disampaikan oleh En. Josffa Ismail daripada Malaysian Productivity Corporation (MPC) telah memberikan gambaran yang jelas tentang peranan MPC dalam mentransformasi pelaksanaan Pengurusan LEAN Kepada sektor awam juga swasta. Pengurusan LEAN merupakan kesinambungan program 5S yang telah diamalkan oleh organisasi-organisasi yang mana lebih tertumpu kepada persekitaran berkualiti di tempat kerja manakala Pengurusan LEAN pula lebih memfokuskan kepada penghapusan pembaziran di tempat kerja dan juga aktiviti-aktiviti yang tidak memberikan nilai tambah kepada pelanggan.
            MPC begitu komited dalam memperkenalkan Pengurusan LEAN kepada Sektor Perkhidmatan dengan berteraskan kepada lima prinsip LEAN iaitu Mengenalpasti Nilai, Pemetaan Aliran Proses, Penghasilan Aliran Proses, Mengenalpasti Kehendak Pelanggan dan Kesempurnaan. Selain itu, MPC juga menekankan perihal impak atau kesan yang akan diperolehi oleh organisasi yang melaksanakan Pengurusan LEAN kepada lima kategori utama iaitu Masa, Kos, Hasil, Kualiti Perkhidmatan dan Proses.
 
Poster kursus
 
Pendaftaran peserta
 
Sambutan yang memberangsangkan dikalangan penjawat awam wilayah utara
 
Antara peserta yang hadir
 
En. Norshuhaidy, penyelaras kursus bersama penceramah.
 
Tekun mendengar elemen yang dibentangkan
 
Penceramah pada hari berkenaan
 
Promosi EPSA turut dijalankan untuk memberi pendedahan kepada penjawat awam
 

PEREMAJAAN SEKTOR AWAM, BERI PELUANG KEPADA GENERASI MUDA


KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kerajaan seharusnya melakukan 'peremajaan' dalam sektor perkhidmatan awam dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan kepercayaan kepada generasi muda melaksanakannya, kata Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin. 

Bukan bermaksud menidakkan peranan penjawat awam yang sedia ada, beliau berkata saranan 'peremajaan' itu bertujuan memberi suntikan baharu kepada sistem penyampaian kerajaan, sekali gus meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam mutu perkhidmatan awam dan menangani masalah pengangguran di kalangan generasi muda. 

Beliau berkata generasi muda hari ini mempunyai kebolehan tersendiri malah rata-rata mereka berpendidikan tinggi, yang boleh digunakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam. "Saya tidak bersetuju kalau umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan lagi kerana bagi saya kerajaan juga harus memikirkan nasib generasi muda yang kini berdepan dengan masalah pengangguran. 

"Adalah lebih baik jika ada cadangan supaya menurunkan had umur persaraan penjawat awam untuk bersara lebih awal, sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh generasi muda," katanya kepada Bernama berhubung cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun. 

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika mengulas perkara itu berkata kerajaan tidak mempunyai rancangan dalam masa terdekat untuk menyambung umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandangkan usia persaraan masa kini sudah memadai. 

Muammar Ghadafi berkata lebih banyak peluang perlu diberikan kepada generasi muda untuk membolehkan mereka menimba pengalaman berkhidmat dalam sektor awam dan sebagai usaha melahirkan sumber tenaga berkemahiran serta berketerampilan. "Pengalaman itu tidak akan datang jika mereka (generasi muda) tidak diberikan kesempatan untuk merasai sendiri bagaimana dunia pekerjaan itu.

 Lebih menyukarkan jika kita sentiasa menutup peluang yang ada, maka sampai bila-bila pun peluang itu tidak akan dapat," katanya. 

Bernama Online

Monday, March 9, 2015

klik imej untuk paparan sebenar

Sunday, March 8, 2015

JPA KAJI CADANGAN UMUR BERSARA 62 TAHUN

NIBONG TEBAL, 8 Mac (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengkaji cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya umur persaraan wajib penjawat awam dilanjutkan kepada 62 tahun daripada 60 tahun. 

Namun Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata sebarang keputusan untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam bukan hanya merupakan keputusan JPA tetapi turut melibatkan keputusan kerajaan. "Saya kena lihat secara keseluruhan dan mengkaji terlebih dahulu. Ini bukan keputusan JPA sahaja dan ia juga merupakan keputusan kerajaan atau dasar yang kita kena bawa balik kepada kerajaan. "Buat masa ini, saya ingat tidak perlu komen panjang mengenai hal berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau merasmikan Pusat Latihan Kemahiran Peringkat Tertinggi CoAS, Institut Kemahiran Tinggi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, di sini. 

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus dan Pengurus Besar Perda, Saringat Hassan. Semalam CUEPACS meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam atas alasan negara sedang menuju status negara maju. 

Sementara itu Mohamad Zabidi berkata kerajaan akan memperluas pengambilan pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ke dalam perkhidmatan awam. 


Beliau berkata kini 17 skim perkhidmatan berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diperuntukkan kemasukan di peringkat SKM yang akan diperluas kepada lebih banyak skim perkhidmatan lain. "Penjawat awam dengan kelayakan SPM dan memiliki sijil kemahiran akan memperoleh gaji permulaan lebih tinggi dan ini merupakan nilai tambah kepada mereka yang memiliki SKM," katanya.

Bernama Online

Thursday, March 5, 2015

Berita@INTURA Februari 2015

Sila klik imej di bawah untuk paparan sebenar





Wednesday, March 4, 2015