Monday, August 31, 2009

Penjawat Awam 'Miskin' Dibantu

Cuepacs mahu gajib bawah RM3,000 dikategori golongan daif di bandar

KUALA LUMPUR: Kira-kira 600,000 kakitangan awam berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dijangka bakal menerima bantuan kerajaan untuk menambah pendapatan.Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata mereka yang merangkumi 45 peratus daripada 1.2 kakitangan awam itu yang kebanyakannya bekerja di bandar, memang tertekan dengan kos sara hidup tinggi sehingga ada yang terpaksa melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Beliau yakin dengan kepemimpinan kerajaan kini dapat membasmi segera kemiskinan, terutama di bandar."Kita juga berharap pemberian RM100 juta dalam bentuk saham amanah percuma kepada rakyat miskin di bandar seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, merangkumi kakitangan awam."Kakitangan awam yang mempunyai gaji bawah RM3,000 tiada simpanan masa depan dan ini memberi kesan kepada mereka selepas bersara," katanya. Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan membantu kira-kira 40 peratus rakyat negara ini yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan menambah pendapatan, terutama di bandar yang berdepan dengan kos sara tinggi.Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud, berkata lebih sejuta pekerja swasta tempatan berpendapatan kurang RM1,000 yang memerlukan bantuan berikutan kos sara hidup kian meningkat.Beliau berkata, golongan ini walaupun tidak diklasifikasikan miskin, pendapatan mereka tidak cukup untuk menyara hidup.Katanya, kerajaan perlu menetapkan gaji minimum RM900 untuk semua sektor sebagai langkah awal membantu pekerja berpendapatan kurang RM1,000."Ramai lagi pekerja kilang yang masih bekerja dengan gaji bawah RM720 dan lebih menyedihkan mereka tinggal di bandar."Mereka wajar diberi bantuan dulu kerana boleh dikategorikan miskin," katanya di sini, semalam.

Berita Harian Online

Wajarkah Bonus Raya?

SEPERTI biasa tuntutan bonus oleh kakitangan awam sudah mula kedengaran. Sudah ada kakitangan awam yang secara terus memohon daripada YAB Perdana Menteri sendiri melalui laman web 1Malaysia.Saban tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang akan mengepalai tuntutan bonus dari kerajaan atas dasar menjaga kebajikan penjawat awam.Fenomena meminta bonus seolah-olah sudah menjadi agenda tetap baik di pihak CUEPACS mahupun setiap individu penjawat awam itu sendiri. Setiap tahun, mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi agar kerajaan akan menghadiahkan mereka dengan bonus tahunan.Bagi tahun ini ada yang mencadangkan pemberian bonus minimum RM1,000 dengan kaedah pembayaran secara berperingkat iaitu sebelum Hari Raya Puasa dan pertengahan Disember untuk tujuan perbelanjaan sesi persekolahan yang baru.Sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang pengguna, kita melihat tuntutan ini adalah sesuatu yang normal dan wajar apatah lagi dengan mengambil kira situasi ekonomi semasa yang menggamit pengguna dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang tinggi secara keseluruhannya.Pihak kerajaan baik melalui Kementerian Kewangan mahupun Bank Negara secara berterusan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak terjejas teruk angkara kemelesetan ekonomi global malah diunjurkan kita masih mampu bertahan dan menikmati pertumbuhan walaupun pada kadar yang minimum atau perlahan.Kita percaya dalam senario ini pihak kerajaan mempunyai fakta yang kukuh dan jelas yang membolehkan mereka meyakinkan rakyat. Kita juga yakin dengan pelbagai langkah yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk merangsang kembali ekonomi negara.Justeru adalah wajar pihak kerajaan mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan ini ataupun dengan mengambil kira keadaan semasa, kita boleh katakan rayuan penjawat awam untuk mendapatkan bonus agar sambutan Hari Raya Puasa tahun ini dapat dirayakan dengan meriah di samping mampu menyediakan bekalan yang cukup untuk anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan.Sambutan Hari Raya Puasa tahun ini agak awal berbanding tahun-tahun sebelumnya yang sekali gus mendepani tarikh pembentangan Bajet 2010 yang dijadualkan pada 23 Oktober ini.Ini sekali gus mula merisaukan semua penjawat awam apakah berpeluang untuk menikmati bonus lebih awal (jika ada) berbanding perlu menunggu sehingga pembentangan bajet kelak.Pada masa yang sama, sebagai kakitangan awam yang bertanggungjawab dan setia kita juga wajar bertimbang rasa dan berfikiran rasional pada saat-saat yang getir sebegini. Sememangnya ekonomi global tidak begitu memberangsangkan maka eloklah kita tidak terlalu mendesak pihak kerajaan untuk memenuhi tuntutan tersebut dan cuba hindari budaya meminta dan mengharapkan balasan.Apa pun kita berharap pihak kerajaan akan menimbang dengan adil dan saksama dengan mengambil kira semua aspek dan persekitaran semasa dalam membuat keputusan.Bagi perjawatan awam, pemberian bonus adalah wajar dan sangat diperlukan namun bagaimana pula kewajaran di pihak kerajaan?

SHAKIL HAMEED
Serdang, Selangor

Utusan Online

Wednesday, August 26, 2009

V-C: Indian Studies Dept Stays

PETALING JAYA: Universiti Malaya vice-chancellor Prof Datuk Ghauth Jasmon has given his assurance to representatives of Indian non-governmental organisations that the Indian Studies department in the university will be maintained.The NGOs’ coordinator, K. Arumugam, said the vice-chancellor had also indicated the university was in the process of recruiting a person proficient in Tamil to head the department.A controversy arose after the university replaced department head Dr S. Kumaran, who has retired, with Prof Dr Mohd Raduan Mohd Ariff, the first non-Indian to head the department.The uproar in the community became louder when there was talk of replacing the Indian Studies department with a South Asian Studies department.Yesterday, a three-member delegation representing 128 Indian NGOs had a one-hour discussion with Prof Jasmon. They handed over a memorandum asking that an Indian expert be appointed head of the department.Arumugam said Prof Jasmon had also said the decision on a name change would be made by the academics and the faculty.“The vice-chancellor has agreed to consider a member of the existing staff to head the department if they can get together and agree among themselves.“He was very frank and patient. He assured us that his intention was only to make it better and not to destroy the department,” Arumugam said.

The Star Online

Bonus RM500 Untuk Bilal dan Siak Di Perak Sambut Aidilfitri

IPOH, 26 Ogos (Bernama) -- Kesemua 1,975 bilal dan siak masjid dan surau di Perak akan menerima bonus khas RM500 setiap orang sempena Aidilfitri tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Beliau berkata kerajaan negeri memberi bonus khas itu bagi menghargai khidmat mereka yang mengurus dan menjaga masjid serta surau selama ini."Mereka hanya menerima lebih kurang RM300 setahun sebagai elaun biasa.Mereka akan terima bonus khas ini sebelum hari raya nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini , Rabu.Zambry juga berkata Hari Kemerdekaan ke-52 peringkat negeri tahun ini akan disambut secara sederhana di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dengan hanya melibatkan pasukan keselamatan."Ini disebabkan bulan puasa dan masalah yang dikatakan wabak penyakit Influenza A (H1N1) jadi kerajaan negeri juga membuat keputusan mengadakan sambutan pada tahap yang paling sederhana dengan hanya melibatkan pasukan keselamatan sahaja," katanya.Mengenai notis oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar memanggil persidangan dewan pada 2 Sept ini, Zambry berkata ialah adalah satu lagi 'drama' oleh pembangkang."Dia nak buat macam itu sebab sekarang kita (Barisan Nasional) di Perak melaksakankan tanggungjawab dengan baik sebagai kerajaan, dengan pelaburan yang datang, ekonomi yang semakin berkembang dan perancangan yang dibuat, semua ini membuatkan mereka resah," katanya.Zambry berkata komitmen beliau dan kerajaan BN amat jelas iaitu berkhidmat untuk rakyat.

Bernama Online

Kakitangan Awam Diharap Diberi Bonus Sebelum Raya

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Penjawat awam berharap kerajaan akan mengumumkan pemberian bonus sebelum Hari Raya Puasa ini walaupun bajet 2010 dijadual dibentangkan pada 23 Okt depan.Perkara itu diluahkan beberapa penjawat awam dalam laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.Mayau Sarikei dari Sarawak berkata setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri beliau dan isterinya akan berbelanja lebih sedikit daripada kebiasaan."Bagaimanapun, pada sambutan Hari Lebaran tahun ini, saya dan isteri kena mengurangkan sedikit perbelanjaan berikutan kami berpendapat sidang Belanjawan 2010 hanya akan berlangsung pada Oktober depan".Beliau berkata, ini bermakna peruntukan untuk memberi bonus kepada penjawat awam menjelang Hari Raya mungkin tidak dapat dilakukan."Oleh demikian, kami berharap YAB Datuk Seri dapat mencari jalan untuk memberi bonus kepada kakitangan awam bagi menambah persiapan untuk Hari Raya ini," katanya.Cadangan beliau disokong individu yang hanya menggelarkan dirinya sebagai penjawat awam yang berkata memandangkan harga barangan keperluan harian telah meningkat secara mendadak ia amat menggusarkan semua penjawat kerajaan."Dengan tiadanya bonus agak menyukarkan kami penjawat awam untuk membuat persiapan hari raya," katanya.Justeru, beliau berharap Najib yang juga Menteri Kewangan dapat mempertimbangkan permintaan itu dan memberi bonus sekurang-kurangnya RM1,000 kepada setiap penjawat awam, yang dibayar secara berperingkat iaitu sebelum raya dan pada pertengahan Disember.Sementara itu, menerusi laman web yang sama, Jayiddin bin Simon pula mencadangkan agar kerajaan memansuhkan bayaran lesen memandu untuk mengurangkan beban rakyat.

Bernama Online

Saturday, August 22, 2009

Datuk Mazlan Othman Dilantik Ke Timbalan KP UNOV

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bekas ketua pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Datuk Mazlan Othman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Vienna (UNOV) mulai 19 Jun lepas, jawatan keduanya di badan dunia itu.Pada masa ini beliau bertugas sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas unit yang sama."Pelantikan Datuk Mazlan Othman sebagai Timbalan Ketua Pengarah UNOV, tambahan kepada jawatan sedia ada sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB di Vienna menandakan kepercayaan dan keyakinan masyarakat dunia terhadap keupayaannya melaksanakan kedua-dua jawatan penting dengan baik," menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan."Pelantikan Datuk Mazlan merupakan satu galakan kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencatat kecemerlangan di dalam negara dan antarabangsa," kata beliau.Mazlan bersara daripada perkhidmatan awam pada 2007.

Bernama Online

108 Pengetua Tidak Diturunkan Pangkat

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat Setiausaha Agung Kongres, Mohamad Ismail, dalam ruangan ini, 19 Ogos bertajuk, 'Usah turun pangkat 108 pengetua Gred DG52'.Untuk makluman, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) menetapkan bahawa urusan pemangkuan sesuatu jawatan kenaikan pangkat hendaklah diisi calon yang diluluskan pemangkuan oleh LKPPP saja. Perkara ini dibuat sedemikian, bagi menentukan wujudnya kesaksamaan, keadilan dan tidak ada elemen pilih kasih dalam sesuatu urusan pemangkuan ke gred kenaikan pangkat.Bagaimanapun, didapati 108 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang belum diluluskan pemangkuan oleh LKPPP untuk memangku sesuatu jawatan yang lebih tinggi daripada gred jawatan hakiki masing-masing sudah ditempatkan ke jawatan kenaikan pangkat berkenaan secara pentadbiran oleh pihak tertentu. Mereka yang terbabit adalah terdiri daripada 11 PPPS di kementerian/IPGM, empat PPPS di Jabatan Pelajaran Negeri, tujuh PPPS di Pejabat Pelajaran Daerah dan bakinya seramai 86 adalah Pengetua Sekolah Menengah.Apabila keadaan ini berlaku, ia menutup peluang calon yang diluluskan pemangkuan oleh LKPPP untuk memangku jawatan kenaikan pangkat kerana jawatan itu diisi pegawai lain yang belum layak dan belum lagi diluluskan pemangkuan oleh LKPPP.Keadaan ini menyebabkan mereka yang diluluskan pemangkuan ke gred kenaikan pangkat mencemuh Kementerian Pelajaran bahawa urusan pemangkuan adalah tidak adil, tidak telus dan memberi keutamaan kepada kronisme. Sebagai contoh, 35 daripada 55 orang PPPS gred DG52 tidak boleh memangku jawatan DG54 kerana jawatan itu diisi oleh calon yang belum diluluskan pemangkuan oleh LKPPP.Selain itu, 466 daripada 781 orang PPPS Gred DG48 tidak dapat memangku jawatan Gred DG52 kerana jawatan itu juga diisi calon yang belum diluluskan pemangkuan oleh LKPPP. Malahan, ada 2,570 daripada 3,413 PPPS DG44 yang diluluskan pemangkuan ke Gred DG48 tidak dapat memangku Gred DG48 kerana jawatan itu diisi calon yang tidak diluluskan pemangkuan oleh LKPPP.Khusus untuk memperbetulkan kepincangan itu, satu kertas kerja dibentangkan di Mesyuarat Pengurusan kementerian Bil. 9/2009 pada 24 Jun 2009 dan dipertimbangkan perkara itu dengan terperinci serta memutuskan supaya 108 orang pegawai yang tidak layak menduduki jawatan kenaikan pangkat kerana belum lagi dipertimbang dan diluluskan pemangkuan ke jawatan kenaikan pangkat oleh LKPPP itu ditempatkan kembali ke jawatan yang setara dengan gred hakiki masing-masing.Tindakan ini sama sekali tidak bermaksud untuk menurunkan pangkat mereka. Apa yang berlaku ialah mereka ditempatkan semula ke jawatan setara dengan gred jawatan hakiki masing-masing. Selain daripada itu, kementerian tidak boleh dan tidak pernah membayar elaun memangku jawatan kenaikan pangkat kepada mereka berkenaan kerana mereka belum lagi diluluskan pemangkuan oleh LKPPP.Justeru itu, penempatan semula mereka ke jawatan yang setara dengan gred hakiki masing-masing tidak akan membabitkan apa-apa kerugian kewangan kerana pada asasnya kementerian tidak boleh membayar apa-apa elaun memangku kepada mereka. Dengan cara ini, barulah ia dapat memberi laluan kepada pegawai-pegawai yang telahpun dilu-luskan pemangkuan oleh LKPPP untuk memangku jawatan kenaikan pangkat berkenaan dan seterusnya menikmati pertambahan elaun kerana dibayar elaun memangku gred kenaikan pangkat oleh KPM.Dimaklumkan juga, hanya Lembaga Tatatertib PPPS di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang berkuasa untuk memutuskan sama ada seseorang PPPS yang diambil prosiding tatatertib itu diturunkan pangkat atau dibuang kerja apabila terbukti bersalah. Dalam konteks ini, semua 108 PPPS itu tidak menghadapi apa-apa prosiding tatatertib. Justeru itu, isu yang mengatakan bahawa mereka diturunkan pangkat adalah tidak tepat dan mengelirukan sama sekali.Dengan penjelasan di atas, tidak timbul sama sekali isu 108 PPPS termasuk pengetua diturunkan pangkat mereka. Mereka hanyalah ditempatkan semula di jawatan yang setara dengan gred hakiki masing-masing. Kekosongan jawatan kenaikan pangkat yang ditinggalkan itu akan diisi oleh mereka yang layak dan diluluskan pemangkuan oleh LKPPP. Oleh itu, kenyataan bahawa ini adalah 'serangan' oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) terhadap warga pendidik dengan cuba merendahkan sumbangan guru adalah tidak tepat dan tidak berasas sama sekali. Pelaksanaan ini dipersetujui Ketua Pengarah Pelajaran serta ketiga-tiga Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran.Kementerian ingin menegaskan bahawa adalah tidak wajar memberi anggapan yang mengandungi maklumat kurang tepat sehingga boleh menjejaskan imej dan kredibiliti baik kementerian ini pada kaca mata Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) khususnya dan kepada masyarakat umum amnya sebelum tindakan difahami dengan betul.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.

Berita Harian Online

Dakwa Rasuah Babit Pegawai Kanan Perhilitan

KUALA LUMPUR: Persatuan Hak Asasi Haiwan Malaysia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini, semalam mendakwa rasuah membabitkan seorang pegawai kanan Jabatan Perhilitan dalam memperdagangkan hidupan liar ke luar negara.Pengerusinya, N Surendran membuat laporan itu kira-kira jam 11 pagi.Surendran berkata, pegawai itu mengeluarkan permit khas kepada pedagang hidupan liar haram untuk menjalankan perdagangan hidupan liar membabitkan haiwan dari Malaysia."Malah, ketika pedagang itu ditahan dalam penjara selama 71 bulan di Amerika Syarikat selepas disabitkan kesalahan menjalankan perdagangan hidupan liar, pegawai kerajaan itu turut memberikan perlindungan peribadi kepadanya."Pegawai kanan yang saya maksudkan itu kini menjawat jawatan tinggi di jabatan berkenaan yang beribu pejabat di Putrajaya," katanya di pekarangan IPD itu, semalam.

Berita harian Online

Tuesday, August 18, 2009

Maruah 108 Pengetua DG52 Tercalar Diturunkan Pangkat

KIRA-KIRA 108 pengetua yang sepatutnya dilantik ke Gred DG52 tahun ini akan dikeluarkan daripada jawatan berkenaan untuk terus kekal pada Gred DG48 seperti sekarang. Mereka adalah pengetua di sekolah menengah yang mempunyai Tingkatan Enam atau sekolah yang lebih daripada 1,750 pelajar. Pengetua ini akan ditukarkan ke sekolah yang tidak mempunyai Tingkatan Enam atau pelajar kurang daripada 1,750 orang, iaitu pengetua DG48, seperti gred gaji mereka sekarang. Keadaan ini berlaku kerana Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran menganggap Kumpulan 108 pengetua itu berada di luar zon kenaikan pangkat.Surat dari Bahagian Sumber Manusia menegaskan bahawa hanya pengetua yang sudah dilantik ke DG48 pada atau sebelum 2005 yang layak dinaikkan ke DG52 tahun ini.Beberapa pengetua yang dihubungi mengatakan, tindakan itu satu lagi ‘serangan’ oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) terhadap warga pendidik dengan cuba merendah-rendahkan sumbangan guru. Mereka berkata, PTD menyatakan guru yang sepatutnya dilantik ke DG52 secara hakiki itu berlaku secara luar biasa. Sebaliknya, guru mengatakan mereka diberi jawatan sekarang disebabkan merit, iaitu Pengarah Pelajaran Negeri berpuas hati dengan prestasi dan keupayaan masing-masing.Pengetua DG48 itu dihantar memimpin di sekolah yang gred pengetuanya DG52 kerana kecemerlangan mereka.Kumpulan 108 pengetua itu dilantik pada 2006 atau selepas tahun berkenaan dan tidak layak ke DG52 mengikut syarat tiga tahun di DG48 seperti ditetapkan oleh PTD yang mentadbir keseluruhan Bahagian Sumber Manusia.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menerusi teras kelimanya menyatakan ‘Memartabatkan Kerjaya Keguruan’ namun tindakan ini seolah-olah menjatuhkan maruah guru dan keluarga mereka keseluruhannya.Kumpulan 108 pengetua ini sudah lebih dua tahun memimpin sekolah berkenaan dan bakal ditukarkan ke sekolah lebih kecil.Guru di daerah mereka mengenali pengetua ini sebagai penjawat DG48 yang akan dinaikkan ke DG52 kerana bertugas di sekolah sekarang tetapi tiba-tiba ditukarkan ke sekolah lain, semata-mata kerana tidak berada dalam zon kenaikan pangkat.Zon kenaikan pangkat itu sekarang ditakrif oleh PTD sebagai ‘tiga tahun berada di DG48’.Seorang pengetua berkata, ‘tindakan ini bukan saja menjatuhkan maruah kami tetapi juga mengakibatkan pengetua hilang moral dan tidak bersemangat untuk memimpin.“Bayangkan keadaan kami. Selama dua, tiga tahun menjadi pengetua di sekolah DG52 tetapi ditukarkan semula ke sekolah pengetua DG48. Ini satu bentuk hukuman sedangkan kami tidak melakukan kesalahan. Kami dihukum kerana sebelum ini kami dinaikkan pangkat secara merit,” katanya.Pelantikan Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Pelajaran memberi harapan baru kepada warga pendidik untuk mendapat peluang kenaikan pangkat yang lebih terbuka dan adil.Tan Sri Muhiyiddin Yassin sewajarnya meneliti rintihan Kumpulan 108 pengetua ini yang berasa mereka cuba dianiaya.

Berita Harian Online

Penjawat Awam Berijazah Tak Naik Pangkat

JABATAN Perkhidmatan Awan (JPA) berjanji membantu penjawat awam peringkat bawahan yang ingin mendapatkan kenaikan pangkat dengan meneruskan pembelajaran mereka. Di samping meningkatkan taraf diri, secara tidak langsung menaikkan taraf perkhidmatan awam berdasarkan slogan ‘pembelajaran sepanjang hayat’.Maka ramailah kakitangan sokongan perkhidmatan awam yang menyahut seruan ini selepas kami berjaya mendapat ijazah di atas perbelanjaan sendiri walaupun terpaksa berhutang.Maklumlah satu pengajian peringkat ijazah memerlukan kos perbelanjaan tidak kurang RM20,000, manakala pendapatan kami hanyalah RM1,500 sebulan yang dikategorikan sebagai pendapatan rakyat termiskin.Kami pula mempunyai beberapa anak pada masa itu. Ibu bapa pula memerlukan bantuan perubatan kerana sakit tua serta pelbagai penyakit lain.Bagi pegawai dan pembuat dasar pentadbiran, mereka tidak melalui keperitan ini kerana mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas serta pelbagai kemudahan lain.Mereka melupakan janji membantu kami dengan mengarahkan kami yang memiliki ijazah supaya bersaing dengan pemohon baru untuk mendapatkan kenaikan pangkat.Kami tidak mampu menyaingi mereka yang memperoleh keputusan lebih baik, muda dan lebih berketrampilan daripada kami yang sudah tua dan kurang berkeupayaan.Oleh itu, kami memohon supaya diberi sedikit kelonggaran untuk kenaikan pangkat dengan sokongan ketua jabatan melalui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam saja.Kami kecewa kerana ijazah dan usaha kami adalah satu penderaan. Malu juga kami yang mempunyai ijazah tetapi masih menjadi kerani tua sampai pencen.

BAKAL PESARA,
Ampang.

Berita Harian Online

Monday, August 17, 2009

Doktor Swasta Boleh Berkhidmat Dengan Kerajaan, Kata Ismail

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Doktor dan pakar perubatan swasta kini boleh berkhidmat di klinik dan hospital kerajaan secara sambilan dalam usaha kerajaan mengatasi masalah kekurangan doktor dalam perkhidmatan awam.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican berkata mereka boleh berkhidmat secara kontrak, bermusim, sambilan dan menjalankan pembedahan elektif.Doktor dan pakar perubatan swasta kini boleh berkhidmat dengan sektor perkhidmatan awam tanpa perlu berhenti kerja, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat saintifik kali ke lapan Kementerian Kesihatan dan Akademi Perubatan Malaysia di Institut Pengurusan Kesihatan di sini, Isnin.Menurut Dr Ismail doktor dan pakar perubatan swasta boleh bertugas mengikut kaedah bermusim iaitu minima dua jam dan tidak melebihi lapan jam sehari antara pukul 8 pagi hingga 5 petang.Kaedah sambilan pula ialah selepas waktu pejabat dari 5 petang hingga 12 malam pada hari biasa dan dari 8 pagi hingga 12 malam pada hari minggu dan kelepasan am, katanya.Katanya pembedahan elektif pula hanya bertugas pada hari Sabtu sahaja."Tawaran seperti ini pernah dibuka sebelum ini tetapi kurang mendapat sambutan kerana pelbagai masalah termasuk gaji, terpaksa menunggu lama untuk kepastian dan tidak mendapat layanan yang baik," jelasnya.Dr Ismail memberi jaminan bahawa masalah seperti itu tidak timbul lagi berikutan tawaran gaji yang menarik dan keputusan permohonan akan diketahui dalam masa dua mingguKatanya melalui tawaran terbuka itu, kementerian berharap untuk menarik 25,000 pegawai perubatan dan pakar dalam pelbagai bidang dari sektor swasta untuk berkhidmat di klinik dan hospital kerajaan bagi memenuhi kekurangan 50,000 doktor ketika ini.Katanya, bagi menjayakan matlamat tersebut, kementerian akan bekerjasama dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) serta berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Dr Ismail berkata, tawaran tersebut dibuka sepanjang masa dan borang mengenainya boleh diperolehi dengan dimuat turun daipada laman web kementerian http://www.moh.gov.my.

Bernama Online

If It's Silent, It Must Be English Day

KUALA LUMPUR, Aug 17 – A colourful poster was e-mailed to some 400 staff of the Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit, or Mampu, recently.Also posted in lifts and on notice boards, it read: “Monday is English Day. Just Speak!”It is all part of an effort by some Malaysian government agencies to get their employees to use English more, so as to improve the fluency of civil servants in the language.Mampu, a unit under the Prime Minister’s Department, held its first “English Monday” on July 27, and it created a buzz among employees.Everyone was encouraged – in e-mail messages, prayer recitals, announcements and meetings – to speak English as much as possible that Monday.“We want to boost the competency of all staff in speaking English,” a Mampu spokesman told The Straits Times.The Retirement Fund Incorporated, or KWAP, which handles the pensions of some one million civil servants, is reaching for the same goal by taking a fun approach.Investment and fund managers play a game of Scrabble or two to improve their vocabulary. Regular public speaking and book review sessions are held.Employees also write investment papers, presentations, the minutes of meetings, and blog entries in English. It is quite a switch from Malay, which is used throughout the rest of the government.“For an investment company, it is very important that your English is up to the mark, because all the investment reports and analyses are in English,” KWAP chief executive officer Azian Mohd Noh told The Straits Times. “There are no two ways about it, you have to master your English.”It even invited the British Council to test the staff and conduct courses in articulation and grammar.Such measures have paid off. According to Datuk Azian, some 70 per cent of KWAP employees speak English well. Another 20 per cent who understand the language shy away from speaking it.“We still need to do more. English is important. If you work in the financial sector and deal with international counterparts, it will be a setback (if your English is not up to par),” she said.These measures come in the midst of a long-running row over English standards and the use of English, instead of Malay, to teach Science and Maths in schools.Over nearly four decades, Malay has become important for political reasons and is now a very sensitive issue.English was the medium of instruction in schools until it was replaced with Malay in the 1970s.The soft push for the use of English at the workplace has been prompted by criticism that the standard of English has declined alarmingly since.As a result, Malaysia’s global competitiveness has suffered, with many graduates possessing inferior English language skills, critics say.A controversial policy to use English to teach science and maths in schools was scrapped last month, after six years of protests by critics who say that students and teachers struggled with it.Along with its decline in schools, English has also been neglected by most civil servants. With Malays making up 80 per cent of civil servants, many, apart from higher-ranking officers, prefer to use Malay daily. Thus there is some resistance to programmes that require them to speak English.One Mampu worker joked that it would be a “Silent Monday”, referring to the fact that many would prefer not to speak to avoid speaking in English.“My English is a little rusty,” she said. “Most people still speak in Malay, but I guess in a more formal setting like a meeting, they converse in English.”There is no penalty if an employee switches to his mother tongue, so the move is just a gentle nudge to ease civil servants into grappling with the language, broken or otherwise.An internal e-mail said: “Only a number of personnel are really into this programme. Do not worry so much about speaking grammatically correct. Practice makes perfect.”A chief clerk with a district land office in Selangor said that her command of the English language deteriorated after she stopped using it when she joined the civil service 28 years ago.“Even today’s graduates can’t converse in English very well,” she said.The clerk said that the state government had tried implementing English Thursdays and other programmes but that they never got off the ground.But some insist that such programmes can succeed.A former civil servant of five years said: “Even if they speak broken English, it’s good for them to build confidence.”She said she often ended up doing a lot of administrative work when travelling on overseas assignments, even when the support staff were meant to handle it, because of communication breakdowns.“A lot of them can’t speak or write in English. That’s what happens when you keep speaking the same language,” she told The Straits Times.But some analysts feel that the entire system needs a major overhaul, including using English in all official documents.“You need at least one competent speaker in a government department for this sort of programme to work,” said analyst James Chin of Monash University Malaysia Campus. “If all of them are not competent, it will not work.”He pointed out that the English policy that was scrapped from schools last month failed because too many teachers were not fluent in the language.“If department heads are not fluent, subordinates will follow what they do,” said Chin. “Until they get real English speakers in the civil service and allow the use of English in all official documents, instead of just Malay, it will not work.”

NST Online

A-G: Selangor Government Circular Null and Void

PUTRAJAYA, Aug 17 — The Selangor government's circular prohibiting state officials from giving statements to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) after office hours is null and void, Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail said."The MACC's function is governed by certain laws. We're going to file an application in court for a declaration that the directive is null and void. As far as the law is concerned, this is purely unlawful."I will file the application within this week," he told a joint news conference with Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz after the opening of the 48th Asian-African Legal Consultative Organisation (AALCO) annual session today.Nazri said the Selangor government's action could be construed as an attempt to obstruct MACC officers from performing their duties."No circular from any state government can prevent the MACC from carrying out their the independent investigations. I think this is an attempt by Khalid (Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) to obstruct MACC officers from discharging their duties," Nazri said.Abdul Gani and Nazri were asked to comment on the circular, issued on July 28, instructing all state government officers not to give interviews to the MACC outside their office buildings.The circular also states that all meetings or interviews for that purpose can only be conducted from 8am to 6.30pm.Taking the opposition to task over the matter, Nazri asked: "Can you imagine the response from them (opposition parties) if the prime minister were to issue the same circular?"Nazri also said that the opposition parties were embarrassed as they were now under investigations for corrupt practices."When the BN was the government (in Selangor) they accused it of corruption. Now they too are involved in corrupt practices. So they are embarrassed and try to demoralise our officers. What are they scared of?" he said.Nazri also refuted claims that the MACC was targeting non-Malay leaders."Do you know how many Umno members have been investigated? Why turn this into a race issue? Why is it that when Umno members were investigated no one said anything?"The MACC is an independent body and will take action irrespective of race. The MACC should take action without fear of favour," he said.On calls for MACC officers to record their investigation process, Nazri said: "I'm sure MACC officers will take the necessary action to ensure they are not accused of anything."Meanwhile, on the issue of perjury in high-profile cases, Abdul Gani said a proper investigation must be done to determine the reasons why a witness committed perjury."We cannot simply charge them without studying first why they 'turn turtle'," he said.

Bernama

Wednesday, August 12, 2009

Naikkan pangkat Penolong Pegawai tadbir

SAYA ingin menarik perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung peluang kenaikan pangkat jawatan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Persekutuan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 atau Gred 41 lain yang amat mengecewakan.Walaupun ramai di antara penyandang telah memiliki ijazah, telah lulus peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) sejak 15 tahun yang lalu, selain telah lulus Aras IV dalam PTK 4 dan PTK 5, masih lagi menyandang Gred N32 dan kini telah wujud Gred N36 (yang baru diujudkan dalam SSM).Peluang kemajuan kerjaya ini amat berbeza dengan rakan-rakan dalam skim perkhidmatan lain seperti skim Perkhidmatan Penolong Penguasa Imigresen, Penolong Pegawai Penerangan, Penolong Penguasa Kastam, Penolong Pegawai Kebudayaan, Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan, Penolong Pegawai Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, Penghulu dan Jabatan-jabatan lain yang mempunyai kelayakan dan kelulusan sama.Tetapi mereka mempunyai lebih peluang, malah telah ramai yang mendapat kenaikan pangkat ke jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional mengikut skim masing-masing, sama ada melalui Kenaikan Pangkat Secara Lantikan atau permohonan baru kerana memiliki ijazah.Sebagai contoh, kenaikan pangkat Penolong Penguasa Imigresen ke jawatan Penguasa Imigresen, Penolong Penguasa Kastam ke jawatan Penguasa Kastam dan begitu juga dengan jawatan lain di mana skim perkhidmatannya membolehkan mereka naik pangkat sehingga ke peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Skim Perkhidmatan yang sama.Malangnya perkara ini tidak berlaku kepada Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Persekutuan kerana jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 banyak telah dijumudkan.Walaupun secara dasarnya penyandang jawatan PPT boleh memohon gabungan skim 14 jawatan tetapi peratusan yang berjaya dalam temu duga dan ditawarkan ke jawatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional amat mendukacitakan.Walaupun kelihatan pada zahirnya peluang yang diberikan itu sama rata, realiti sebenarnya adalah jauh berbeza.Ini kerana lazimnya kecenderungan panel penemuduga untuk memilih calon yang baru tamat pengajian universiti atau calon dari Skim Perkhidmatan yang sama berbanding calon dari kalangan Penolong Pegawai Tadbir.Peluang dan keadaan ini amat berbeza dengan Skim Pembantu Tadbir di mana jika dibandingkan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 yang telah berjaya menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan dengan Penolong Pegawai Tadbir yang telah berjaya ke jawatan Gred 41, jauhnya boleh di ibaratkan 'langit dengan bumi'.Malah begitu ramai sekali Pembantu Tadbir Gred N17 yang telah mendapat kenaikan pangkat ke gred N22, N26, N27 dan sekarang telah berada di gred N32, 36 berbanding ada Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 yang hanya mendapat kenaikan pangkat ke gred N32 dan N36 sahaja.Logiknya penambahbaikan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Persekutuan sebenarnya indah khabar dari rupa kerana tidak ada bezanya dengan jawatan Pegawai Kerja atau Pegawai Eksekutif sebelum SSB atau SSM.Di sini saya ingin mencadangkan supaya JPA mewujudkan jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N41/N42 bagi memberi peluang dan membolehkan lebih ramai Penolong Pegawai Tadbir yang layak untuk naik pangkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, terutama yang telah lama berkhidmat dan berada dalam Gred N32 dan N36.Daripada segi penempatan pegawai pegawai bolehlah di tempatkan di mana-mana jabatan atau pejabat di mana ketua jabatannya yang bukan dari kalangan bukan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik.Misalnya di Institut Perguruan, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, Jabatan Penjara, politeknik, hospital atau di mana saja yang difikirkan sesuai oleh pihak JPA sendiri.

PENOLONG PEGAWAI TERBIAR
Kota Kinabalu, Sabah

Monday, August 10, 2009

Sektor Awam Perlu Keanggotaan Semua Kaum Bagi Mencerminkan 1Malaysia - Musa

KOTA KINABALU, 10 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan awam perlu dianggotai oleh pelbagai kaum di Malaysia, bukan sahaja kaum Bumiputera, bagi mencerminkan 1Malaysia dalam sektor itu, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Katanya, pada masa ini bilangan kaum Bumiputera lebih ramai berbanding kaum bukan Bumiputera di semua peringkat perkhidmatan awam.

"Mungkin ada tanggapan bahawa golongan bukan Bumiputera lebih berminat dan selesa bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta yang menawarkan emolumen lebih tinggi berbanding sektor awam.

"Walau bagaimanapun, suka saya menyarankan kepada rakyat di negara ini, khususnya kaum bukan Bumiputera dan juga anak-anak negeri Sabah supaya memasuki perkhidmatan awam," katanya pada perasmian Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kali Ke-12 di sini Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin.

Musa berkata pertambahan bilangan kaum bukan Bumiputera di sektor awam, terutamanya di peringkat Persekutuan, akan membentuk satu perkhidmatan awam dengan pelbagai kaum yang berkongsi visi dan komitmen sama, sekaligus menjayakan matlamat 1Malaysia.

Beliau juga berkata kerajaan negeri mengalukan usaha untuk menarik perhatian dan menggalakkan penyertaan bukan Bumiputera ke dalam perkhidmatan awam.

Mengenai persidangan itu, Musa berkata ia merupakan wadah terbaik dalam usaha mengenal pasti proses dan kaedah bagi memberi nilai tambah dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan tanpa mengira bangsa, agama dan wilayah.

Katanya, Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan tunggak kepada pentadbiran kerajaan yang efektif dan berkualiti.

Bernama Online

Berita@INTURA Ogos 2009

Sila klik imej di bawah untuk paparan sebenar










Sunday, August 9, 2009

Kakitangan awam dibebani hutang

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Sebahagian besar daripada 1.2 juta orang kakitangan awam di negara ini berhutang, menyebabkan ada di antaranya membawa pulang hanya 40 peratus sahaja daripada gaji mereka setiap bulan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman mendedahkan, ada dalam kalangan kakitangan awam memperoleh pendapatan boleh guna yang sedikit, malah ada yang mencapai tahap teruk.

''Ada kes di mana mereka yang berumur 50 tahun belum habis membayar hutang, malah lebih teruk lagi ada yang kehabisan bayaran gratuiti kerana menjelaskan pinjaman," katanya kepada Utusan Melayu Mingguan, baru-baru ini.

Menurutnya, kumpulan berpendapatan sederhana dan bawahan adalah paling ketara berhutang, setidak-tidaknya membuat pinjaman perumahan dan kenderaan atau pinjaman peribadi.

Omar berkata, bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh kakitangan awam boleh dilihat apabila ramai di antara mereka terpaksa bekerja secara sambilan siang dan malam.

''Dianggarkan lima peratus kakitangan awam terpaksa bekerja sambilan,'' ujarnya.

Beliau memberi contoh daripada 20,000 pemandu teksi di Lembah Klang, 10 peratus adalah kakitangan awam yang melakukannya secara sambilan.

Katanya, terdapat kes-kes teruk sehingga ada yang tidak datang kerja kerana tidak mempunyai wang.

''Jika datang sekali pun tidak buat kerja kerana hilang tumpuan akibat beban hutang,'' ujarnya yang bimbang dengan fenomena tersebut.

Utusan Online

Cuepacs Cadang Sesi Percambahan Fikiran Di Semua Peringkat Jabatan

Oleh Sajad Hussein

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan penubuhan 'kumpulan percambahan fikiran' dalam semua jabatan relevan bagi mencapai sasaran dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).

Jabatan yang terbabit dalam NKRA perlu memikirkan 'di luar kotak' dan menggalakkan penglibatan orang awam bagi mendapatkan maklum balas yang bernas, kata Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin pada hari Ahad.

Dalam temubual dengan Bernama di sini, katanya, adalah penting untuk membina satu jalinan kukuh serta komitmen penuh bukan sahaja di kalangan penjawat awam tetapi juga orang awam bagi mencapai hasil berkekalan.

Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Petunjuk Prestasi UUtama (KPI) enam teras NKRA membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah dan memerangi rasuah.

Bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan menambah baik sistem pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Mengenai sesi percambahan fikiran, Ahmad Shah berkata ia adalah penting supaya melibatkan semua peringkat petugas dalam sesuatu jabatan berkenaan.

"Kadang-kadang kita mungkin mendapat idea bagus dari pejawat peringkat bawahan kerana mereka lebih rapat dengan orang awam," katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya penjawat yang memberi idea yang praktikal harus diberi penghargaan bukan semestinya berbentuk kewangan tetapi surat pujian yang boleh digunakan sebagai kriteria kenaikan pangkat.

"CUEPACS, yang mewakili 1.2 juta pejawat awam, harus diberi pemahaman sepenuhnya oleh kerajaan dan membenarkan mereka terbabit sepenuh dalam semua aspek pelaksanaan NKRA," katanya.

Walaupun, setakat ini, kongres belum dijemput memberi input, namun ia berharap badan itu akan dipanggil untuk menyertai dalam usaha itu bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan demi kepentingan negara.

Ahmad said berkata secara keseluruhan, sasaran NKRA adalah praktikal dan mampu dicapai jika mendapat kerjasama dan penyertaan sepenuhnya oleh penjawat awam dan masyarakat.

Bernama Online

Saturday, August 8, 2009

Budaya kerja cemerlang perlu sentiasa dipupuk - MB

SEREMBAN 7 Ogos - Pengawai dan kakitangan kerajaan di negeri ini perlu memperlihatkan budaya kerja cemerlang bertujuan merubah persepsi negatif rakyat terhadap perkhidmatan awam.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sasaran untuk menghapuskan imej negatif tersebut yang diletakkan sebagai salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) negeri ini harus digembleng oleh semua pihak.

"Kita harus merubah persepsi rakyat kononnya berurusan dengan kerajaan adalah sesuatu yang membuang masa. Perkara ini boleh dicapai jika semua penjawat awam berusaha meningkatkan prestasi kerja di jabatan masing-masing," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 di Dewan Theatrette, Wisma Negeri di sini hari ini. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan.

Dalam majlis tersebut sebanyak 347 daripada 4,703 penjawat awam menerima anugerah tersebut yang berupa sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000 sebagai insentif kerana cemerlang dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2008.

Mohamad turut mengingatkan penjawat awam supaya meningkatkan mutu perkhidmatan mereka ke taraf lebih tinggi pada tahun depan.

"Dimaklumkan bahawa daripada 4,703 kakitangan awam di seluruh negeri ini sebanyak 2,533 daripadanya layak dipertimbangkan sebagai penerima anugerah ini.

''Ini membuktikan satu pencapaian yang baik dan berharap ia dapat dipertingkatkan pada tahun depan," kata beliau.

Utusan Online

Puspanita disaran tubuh pusat asuhan kanak-kanak

PUTRAJAYA 7 Ogos - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan supaya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di semua peringkat menubuhkan pusat asuhan dan didikan awal kanak-kanak di premis mereka bekerja.

Pusat-pusat asuhan tersebut disaran mengguna pakai kurikulum Permata Negara yang telah menunjukkan perkembangan amat positif dari segi emosi, kematangan, keyakinan diri serta komunikasi ke atas kanak-kanak yang mengikuti program tersebut.

''Menjadi tanggungjawab kita untuk mempersiap siagakan asas pendidikan yang sempurna kepada kanak-kanak khususnya di bawah usia lima tahun sebagai saham masa depan negara.

''Justeru, saya amat berharap Puspanita dapat mengguna pakai kurikulum Permata sejajar dengan perluasan program ini," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra ahli-ahli Puspanita bersama Penaung Puspanita di Dewan Sri Endon, Puspanita Puri di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan, Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin.

Rosmah menjelaskan, peringkat umur di bawah lima tahun perlu diberi perhatian dan fokus kerana dari segi perspektif pembangunan insan, tempoh tersebut paling formatif dan amat kritikal.

''Ini bermakna minda kanak-kanak berkembang paling rapat ketika itu dan perkembangan minda mereka perlu disemai dan dibaja dengan baik agar dapat menjana modal insan yang efektif untuk pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menyarankan ahli-ahli Puspanita yang akan bersara wajib tetapi masih produktif meneruskan khidmat dalam pelbagai bidang sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun lagi.

Menurutnya, tenaga mahir dan terlatih di kalangan penjawat awam tidak seharusnya dibazirkan, sebaliknya digembleng dan dimanfaatkan.

''Melalui program pra dan pasca persaraan ini, ia akan membuka peluang kepada bakal pesara untuk terus menyambung khidmat dalam apa jua bentuk dan bidang.

''Saya rasa ini adalah satu cabaran kepada Puspanita untuk melaksanakan sesuatu kelainan bagi ahli-ahlinya," katanya.

Selaku Pengerusi Badan Amal Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Rosmah turut menawarkan perkongsian bijak dengan Puspanita melalui pertukaran dan perkongsian fikiran.

Melalui cara tersebut, beliau berkata, kedua-dua badan itu boleh bertukar-tukar pengalaman dalam usaha melaksanakan program-program bagi membantu golongan memerlukan dan kurang bernasib baik.

Utusan Online

Friday, August 7, 2009

Angkasa Bantah Potongan Gaji Penjawat Awam Kepada Bank

PETALING JAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) membantah cadangan pejabat Akauntan Negara agar diwujudkan perkhidmatan potongan gaji penjawat awam kepada bank secara langsung.

Yang Dipertua Angkasa Datuk Abdul Rahim Abu Bakar berkata kerajaan perlu meneliti kesan negatif pelaksanaan langkah itu terhadap koperasi kredit atau perbankan kerana mereka akan kehilangan aktiviti teras dan mungkin terpaksa ditutup jika tidak berupaya untuk mempelbagaikan aktiviti.

"Ini akan membawa kesan buruk terhadap 2.8 juta anggota koperasi kredit atau perbankan dan beribu-ribu kakitangan koperasi. Ini kerana bank serta syarikat berkaitan kerajaan yang pada masa ini menggunakan perkhidmatan potongan gaji Angkasa berkemungkinan akan menarik diri sebagai pelanggan dan menguruskan sendiri pungutan bayaran pinjaman mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Angkasa di sini pada hari Jumaat.

Beliau mengulas langkah Akauntan Negara membuka tawaran perkhidmatan potongan gaji kepada bank dan syarikat kewangan tempatan yang memberi pinjaman kepada penjawat awam, sebagai alternatif kepada perkhidmatan yang hingga kini dipelopori oleh koperasi kredit, termasuk Bank Rakyat.

Abdul Rahim berkata tindakan itu juga menyebabkan koperasi kredit atau perbankan terpaksa bersaing dengan pemain industri yang jauh lebih besar sedangkan anggota koperasi majoritinya terdiri daripada kakitangan kerajaan dan tidak mempunyai dana yang besar.

Beliau berkata Angkasa telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 Mac lepas bagi menyuarakan kebimbangan badan koperasi terhadap langkah itu selain menghantar resolusi Perhimpunan Koperasi Kredit yang membantah tindakan itu pada 25 Mei lepas kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bernama Online

Tuesday, August 4, 2009

Skim perkhidmatan PDRM mengecewakan

KERAJAAN baru-baru ini telah meluluskan Skim Perkhidmatan PDRM dan ia telah disiarkan dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (www.jpa.govt.my) bertarikh 29 Jun 2009.

Pada dasarnya Skim Perkhidmatan Bil. 24 Tahun 2008 - Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis & Konstabel itu digubal untuk menambah baik skim sedia ada. Namun, skim baru itu sebenarnya tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan.

Ia boleh dilihat jika kita bandingkan skim PDRM itu dengan Skim Perkhidmatan Bil. 25 Tahun 2008 - Pen. Pegawai Siasatan/Pegawai Siasatan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan skim perkhidmatan awam lain. Sangat jelas skim untuk SPRM lebih menarik berbanding PDRM.

Dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel yang baru itu, syarat kelayakan untuk Konstabel lantikan tidak berubah iaitu lulus SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya sementara jawatan Konstabel hingga Koperal kekal dalam Kumpulan Perkhidmatan Sokongan II.

Bagi meningkatkan perkhidmatan PDRM, lantikan terus ke jawatan Sarjan diwujudkan dengan kelayakan untuknya ialah STPM atau Diploma. Ia meletakkan jawatan Sarjan hingga Sub Inspektor dalam Kumpulan Perkhidmatan Sokongan I.

Kelayakan masuk bagi lulusan STPM atau Diploma bagi Skim Perkhidmatan SPRM ialah Gred P29 manakala gred kenaikan pangkat ialah Gred P32 dan Gred P38 yang memperolehi gaji yang setaraf dengan gred yang disandang.

Namun, walaupun kelayakan masuk Sarjan lantikan sama dengan Gred P29 tetapi gajinya tidak setaraf dengan gred. Gaji yang diperolehi oleh PDRM untuk Gred P29 itu hanya setaraf dengan Gred N22 dan Gred N26 iaitu Skim Perkhidmatan Perkeranian dan Operasi - kelayakan masuk hanya menggunakan SPM.

Sementara bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis, kemasukan Kadet ASP dan pangkat Cif Inspektor dimansuhkan. Kemasukan hanya melalui lantikan Inspektor dengan kemasukan pelbagai iaitu dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ph.D.

Ini meletakkan jawatan Inspektor yang dahulunya dalam Kumpulan Sokongan I, dinaik taraf ke Kumpulan Pengurusan & Profesional. Namun jika diteliti daripada jadual di dalam laman web JPA itu, kadar upah yang diterima oleh kumpulan ini juga amat mengecewakan.

Adalah tidak benar ungkapan bahawa "gaji PDRM antara yang tertinggi berbanding perkhidmatan lain." Hakikatnya tidak begitu. Malah skim perkhidmatan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia yang baru berusia lima tahun, lebih menarik berbanding PDRM!

Nampaknya sumbangan PDRM dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara seperti tidak dihargai. Bayangkan kumpulan perkhidmatan dinaik taraf tetapi gaji masih di takuk lama. Nama sahaja gah tetapi tiada isi!

Jangan terkeliru. Perubahan skim itu nampak sahaja hebat tetapi hakikatnya ia tidak begitu.

JPA sering menegaskan PDRM mempunyai gred tersendiri dan tidak boleh disamakan dengan perkhidmatan awam lain. Tetapi daripada segi protokol dan pemberian imbuhan atau elaun, mahu tidak mahu, perbandingan gred tetap dibuat.

Selepas ini, lepasan ijazah mungkin berfikir tiga empat kali untuk menyertai PDRM kerana skim gaji yang langsung tidak menarik. Lebih baik menyertai SPRM. Gred dan gaji lebih tinggi walaupun kelulusan yang sama.

Atau mungkin mereka nanti hanya memohon sekiranya "tiada kerja lain." Beginikah mutu dan mentaliti yang diperlukan oleh kerajaan untuk menyertai PDRM?

Sangat malang kerana JPA seperti tidak mengiktiraf perkhidmatan PDRM sebagai leading agency dalam soal penguatkuasaan undang-undang negara.

Penggredan semula struktur pangkat PDRM langsung tidak diambil kira dan gred pangkat PDRM sekarang masih mengguna pakai gred sejak 1980. Padahal skim perkhidmatan awam lain telah dipertingkatkan melalui pelaksanaan SSB 1991 dan SSM 2002.

Kerajaan terutamanya Bahagian Saraan JPA yang membuat kajian perkara ini sepatutnya melihat perkhidmatan polis secara global dan perkhidmatannya yang multi tasking.

Skim perkhidmatan dan gaji polis di negara lain begitu tinggi berbanding kita. Tetapi tolonglah jangan dibandingkan dengan Indonesia atau Bangladesh! Ini kerana kita sering disuap dengan istilah "kita masih terbaik berbanding negara lain." Lihatlah dulu negara manakah yang dijadikan perbandingan itu. Kenapa tidak dibandingkan dengan Singapura?

Skim Perkhidmatan PDRM yang baru tidak memberi penambahbaikan kepada PDRM bahkan ia hanya merendahkan martabat dan kewibawaan PDRM.

Anggota dan pegawai polis terpaksa bekerja keras dan berkorban dalam banyak hal terutama masa untuk keluarga tetapi semua itu tidak dihargai.

Dalam usaha kerajaan membanteras rasuah di kalangan kakitangan awam dan ketika PDRM sering berdepan dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, rasanya tindakan pemberian skim yang tidak setimpal itu sangat-sangat tidak adil dan cuba 'menghukum' PDRM.

Veteran dalam PDRM
Kuala Lumpur

Utusan Online

Monday, August 3, 2009

Gaji kakitangan gred 41, 44 masih rendah

SEBELUM ini kita sering mendengar rungutan dan rintihan guru sekolah lulusan ijazah selepas Pelarasan Gaji Baru Kakitangan Awam yang bermula pada Julai 2007. Sesungguhnya fenomena sama juga dihadapi kakitangan awam yang berada di bawah jabatan lain seperti Kastam, Bomba dan Penyelamat, Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya.

Persoalannya, sampai bila kumpulan pengurusan dan profesional perlu bersabar dengan jurang kenaikan gaji yang seolah-olah diatur oleh pihak lain untuk merendahkan kumpulan berijazah di negara ini?

Sebagai contoh, saya sudah berkhidmat di dalam perkhidmatan awam di bawah Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam selama 12 tahun lalu, sebagai pegawai di dalam Kumpulan Sokongan 1 di bawah Gred 27 (lulusan STPM dan Diploma ).

Bagi meningkatkan taraf akademik dan pembangunan kerjaya, saya menyambung pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan dengan perbelanjaan sendiri. Hasilnya saya berjaya menjawat jawatan dalam Gred 41, tetapi dengan gaji pokok lebih kecil berbanding kawan yang sama-sama melaporkan diri 12 tahun lalu, tetapi sudah dinaikkan pangkat ke Gred 32.

Perbezaan gaji kami sebanyak lebih RM500. Itu belum lagi mengambil kira kakitangan yang baru berkhidmat lima tahun yang sudah dinaikkan pangkat dengan gaji mereka juga lebih besar daripada pegawai mereka.

Apa yang saya ingin persoalkan di sini, bukanlah saya tidak berpuas hati dengan gaji mereka, bahkan saya mewakili pegawai lain mengalu-alukan kenaikan itu bagi menampung kos kehidupan yang cukup tinggi.

Apa yang ingin saya pertikaikan ialah perbezaan peratusan kenaikan gaji yang dibuat dua tahun lalu, tidak adil kepada kumpulan pekerja yang berijazah terutama dari Gred 41 dan 44. Ia bukan saja membabitkan kenaikan gaji pokok, malah juga memberi kesan kepada kenaikan tahunan iaitu kenaikan tahunan Skim Gaji 32 lebih besar daripada kami yang berada di dalam Gred 41.

Keadaan ini memberi tekanan hebat kepada kumpulan pengurusan dan profesional. Untuk makluman, gaji Gred 38 juga lebih besar dan menarik daripada Gred 44. Inilah kenyataan yang harus diterima oleh kumpulan bawahan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam perkhidmatan awam.

Bukan niat saya untuk mempertikaikan keputusan kerajaan, bahkan saya amat bersyukur dengan pembelaan daripada pihak kerajaan terhadap masalah kakitangan awam di negara kita, tetapi perbezaan kenaikan peratusan sebanyak 10 peratus, menyebabkan golongan kami tertindas.

Hasilnya, segelintir pegawai bawahan memandang rendah kepada pegawai mereka yang bergaji kecil. Saya merayu kepada pihak kerajaan supaya mengkaji semula pelarasan gaji yang bermula pada Julai 2007 dan bukannya berterusan mengikut telunjuk Cuepacs yang ternyata tidak membela nasib Kumpulan Pengurusan dan Profesional di negara ini.

Kepada Cuepacs, cuba selami hati dan perasaan kami yang terpaksa mengikat perut, meminjam duit untuk menyambung pelajaran dan jangan hanya tahu menuntut untuk sebelah pihak saja. Sesungguhnya kenaikan sebanyak 35 peratus untuk Kumpulan Sokongan 2 adalah baik, kenaikan sebanyak 25 peratus untuk Sokongan 1 juga adalah munasabah, tetapi satu kajian semula perlu dibuat supaya Kumpulan Pengurusan dan Profesional tidak tertindas.

JALAK LENTENG,
Banting, Selangor.

Berita Harian Online

Saturday, August 1, 2009

CUEPACS mahu ambil alih fungsi perkhidmatan potongan bulanan

Oleh Sajad Hussein

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Cuepacs menggesa Perbendaharaan membenarkannya mengambil alih perkhidmatan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Ini bagi membolehkan kongres itu memanfaatkan komisen daripada perkhidmatan itu untuk faedah 1.2 juta kakitangan kerajaan.

Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin berkata Angkasa memperoleh kira-kira RM8.1 bilion setahun daripada segi komisen dengan menyediakan perkhidmatan potongan bagi sektor awam dan swasta.

"Daripada amaun ini, 50 peratus disumbangkan oleh kakitangan awam melalui pelbagai potongan," katanya.

Angkasa mengenakan caj 2.5 peratus bagi amaun pinjaman bulanan sebagai komisen bagi perkhidmatan itu.

"Apa yang kami cadangkan kepada kerajaan ialah untuk membenarkan Cuepacs mengambil alih perkhidmatan potongan bagi pinjaman kakitangan awam dan membiarkan Angkasa meneruskan perkhidmatan bagi sektor swasta.

"Jika cadangan itu diterima, ia akan membenarkan Cuepacs menjana kira-kira RM4 bilion setahun daripada perkhidmatan itu," katanya.

Pendapatan itu, katanya akan disalurkan semula kepada kakitangan awam melalui sebuah yayasan dalam bentuk biasiswa, bantuan perubatan, geran dan bantuan kewangan dan material lain.

"Bantuan juga akan diberikan kepada pesara kerajaan, dengan itu dapat mengurangkan beban di pihak kerajaan.

"Ini akan mewujudkan keadaan saling bermanfaat, kerana kakitangan awam dan kerajaan akan mendapat faedah daripada skim ini," katanya.

Ahmad Shah berkata Angkasa tidak menyumbang "apa-apa kepada kakitangan awam," di sebalik menjana pendapatan besar daripada mereka.

Beliau berkata Cuepacs mempunyai keupayaan untuk mengambil alih perkhidmatan potongan itu dan apa yang diperlukannya ialah sedikit bantuan di peringkat permulaan daripada kerajaan untuk menyediakan infrastruktur diperlukan.

"Mungkin kerajaan boleh memberikan kami pinjaman mudah yang kami mampu bayar balik dalam tempoh singkat apabila sistem kami beroperasi," katanya.

Sementara itu, Bernama difahamkan Perbendaharaan dan Pejabat Akauntan Negara bersetuju dengan cadangan itu dan bersedia membantu Cuepacs jika kerajaan meluluskan cadangan itu.

"Menyediakan infrastruktur bukan masalah besar dan ia boleh dilakukan dengan mudah kerana asasnya sudah ada," kata sumber di MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia).

Menurut sumber itu malahan mendapatkan kakitangan berpengalaman bukan satu masalah kerana pegawai berpengalaman daripada Pejabat Akauntan Negara dan jabatan lain boleh dipinjamkan sementara untuk membantu Cuepacs.

Bernama Online