Tuesday, August 25, 2015

klik imej untuk paparan sebenar

Monday, August 24, 2015

iLEAD Exploration

iLEAD Exploration merupakan suatu program yang berkonsepkan experiental and adventure learning di mana ketahanan mentak dan fizikal peserta diuji sepenuhnya di samping memupuk semangat kerja berpasukan, patriotism, budaya hidup sihat dan mempromosikan ‘Discover Kedah 2016’.

Program ini telah berlangsung pada 23 Ogos 2015 di padang berhampiran tapak iLEAD Park. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Leong Yong Kong, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Timbalan Pengarah Kanan INTAN Malaysia.

 Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 35 pasukan dari pelbagai jabatan. Setiap pasukan terdiri daripada empat orang peserta di mana setiap pasukan perlu menggunakan kaedah orienteering melalui koordinat yang diberikan untuk sampai ke semua lapan checkpoint. Mereka juga perlu melakukan tugasan di setiap checkpoint yang ditetapkan.

Antara tempat-tempat menarik yang dipilih sebagai checkpoint ialah Tanjung Dawai, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Sungai Semeling, Rumah Merdeka, Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, dan Muzium Padi.

Tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan dari Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya dan mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1000. Tempat kedua dimenangi oleh Pejabat Tanah Pendang (Team B) dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 700 manakala hadiah di tempat ketiga berupa wang tunai sebanyak RM 500 dimenangi oleh pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Setiap peserta turut diberikan sijil penyertaan kursus. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj Noh bin Dahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan).

Program ini dapat memperkenalkan iLead-Park dan menggalakkan penjawat awam melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang memberi manfaat kepada kesihatan, perpaduan dan budaya kerja berpasukan serta mempelajari sejarah yang berkaitan dengan negeri Kedah khususnya.




















































Monday, August 17, 2015

Ikrar integriti korporat perkukuh perkhidmatan awam

JELEBU 16 Ogos – Pelaksanaan Ikrar Integriti Korporat memastikan pelaksanaan sesuatu tugasan dilakukan dengan lebih efektif dan telus.
Mat Ali Hassan (mugshot sahaja)
Mat Ali Hassan
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hassan berkata, ikrar tersebut membolehkan sesuatu urusan dapat dilakukan dengan lebih profesional selain menegakkan Prinsip Anti Rasuah sesama badan korporat di negara ini.
“Oleh kerana usaha itu adalah satu usaha yang baharu, mungkin ada pihak merasa ragu dan sukar untuk menandatangani ikrar tersebut dikhuatiri pelaksanaan tugasan dan proses harian menjadi rigid dan tidak dapat diuruskan dengan baik.
“Dahulunya kita boleh berjanji hanya melalui mulut, tetapi sekarang dengan adanya perjanjian ini, itu merupakan hasrat sebenar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengelakkan terjadi perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Beliau ditemui dalam Perhimpunan Bulanan Agensi Kerajaan Daerah Jelebu dan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat di Dewan Besar D'Sury, Kuala Klawang, di sini kelmarin.
Yang turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap dan Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu, Khairy Maamor.
Katanya, warga pentadbiran perkhidmatan awam sebenarnya mempunyai satu nilai yang tinggi dengan melaksanakan pemantapannya dan mempunyai daya tahan tersendiri.
“Perkhidmatan awam merupakan sistem pentadbiran kerajaan dan mempunyai daya tahan, cuma ada beberapa perkara yang tidak begitu telus pada pandangan umum, yang perlu kita perbetulkan,” jelasnya.
Maka katanya, adalah diharap dengan Ikrar Integriti Korporat itu dapat memperkukuhkan lagi nilai perkhidmatan awam itu supaya soal ketelusan dilihat dengan lebih jelas dan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Beliau berkata, perkhidmatan juga memerlukan kolaborasi antara pihak yang berkepentingan dan pihak yang boleh memberi nilai tambah kepada perkhidmatan awam ini selain membudayakan kecemerlangan dan integriti dalam perkerjaan.

Utusan Malaysia Online

Sunday, August 16, 2015

klik imej untuk paparan sebenar

Thursday, August 6, 2015

Baiki kualiti perkhidmatan : Perdana Menteri mahu pencapaian agenda transformasi kesejahteraan rakyat positif

NAJIB TUN RAZAK dan Ahmad Zahid Hamidi memotong kek bersama beberapa
NAJIB TUN RAZAK dan Ahmad Zahid Hamidi memotong kek bersama beberapa menteri Kabinet serta Ali Hamsa (tiga dari kanan) dalam majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA 5 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kakitangan awam memperbaiki kualiti perkhidmatan agar agenda transformasi yang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat menunjukkan pencapaian yang positif.

Beliau juga menasihatkan kakitangan awam agar tidak hilang fokus dalam melaksanakan tugas sejajar dengan objektif dasar kerajaan yang memberi tumpuan terhadap kepentingan rakyat.

“Sebenarnya inilah yang saya tuntut dalam kerajaan dan dalam pentadbiran supaya dari semasa ke semasa kita boleh memperlihatkan bukan sahaja pembaharuan tetapi peningkatan dari segi pencapaian, tindakan, pengurusan dan program-program yang dijalankan oleh kerajaan untuk rakyat.

“Inilah yang mesti kita sematkan dalam minda, dalam ingatan bahawa sepanjang masa biarlah hari esok lebih baik daripada hari ini, biarlah bulan depan lebih baik dari bulan ini,” katanya semasa berucap pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Majlis itu dihadiri kira-kira 4,000 kakitangan awam daripada pelbagai agensi dan kementerian di seluruh negara.

Menurut Najib, beliau dan rakan-rakan dalam Kabinet yang baharu berazam serta bertekad melakukan yang terbaik dalam semangat satu pasukan bagi mencapai segala aspirasi rakyat dan dasar-dasar negara.

Beliau yakin dengan kerjasama semua pihak dalam perkhidmatan awam di bawah kepimpinan ketua setiausaha negara, pencapaian negara dalam pelbagai aspek dapat ditingkatkan.

“Marilah kita bekerjasama sebagai satu keluarga dan sebagai satu pasukan yang sentiasa saling bantu-membantu dan percaya mempercayai antara satu sama lain,” katanya.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumba­ngan duit raya kepada 15 orang anak yatim dan sumbangan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjumlah RM15,000 kepada rumah-rumah kebajikan di seluruh Wilayah Persekutuan.
Yang turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Tidak ketinggalan Menteri Ke­sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam.

Menteri-menteri di JPM, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Nancy Shukri, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Paul Low Seng Kuan, Datuk Wee Ka Siong, Datuk Mah Siew Keong dan timbalan menteri, Datuk Razali Ibrahim turut menghadiri majlis itu.

Utusan Malaysia Online

Pesara perkhidmatan awam diminta mendaftar 1Pesara

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL melihat pameran yang diadakan dalam Majlis
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL melihat pameran yang diadakan dalam Majlis Perasmian Karnival 1Pesara@Sarawak, di Kompleks Islam, Kuching, Sarawak, semalam.
KUCHING 5 Ogos – Pesara dan bakal pesara perkhidmatan awam di negara ini diminta mendaftarkan diri dengan 1Malaysia Sokongan Persaraan Perkhidmatan Awam (1Pesara) yang ditubuhkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, banyak manfaat boleh diperoleh melalui 1Pesara seperti bantuan daripada segi kesihatan, pengurusan kewangan, pembangunan keusahawanan dan panduan bekerja semula.

“Alhamdulillah, menerusi karnival yang telah kita ada di Sarawak, lebih 2,000 pesara dan bakal pesara perkhidmatan awam telah mendaftar sebagai 1Pesara,” katanya berucap dalam Majlis Perasmian Karnival 1Pesara@Sarawak di Kompleks Islam di sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Gani dan Setiausaha Persekutuan, Datuk Md Yahaya Basimin.

Sempena karnival selama dua hari itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti seminar persediaan persaraan, pameran agensi kerajaan dan swasta, seminar Usahawan 1Malaysia (1MET), saringan kesihatan dan klinik bergerak, padanan kerjaya serta jualan produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Mohamad Zabidi berkata, bersara daripada perkhidmatan awam bukan titik noktah kepada pesara untuk tidak memberi apa-apa sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, mereka mungkin boleh menyumbang kembali kepada masyarakat berdasarkan kepada pengalaman yang dimiliki semasa menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.

“Walaupun sudah bersara, anda (pesara) masih lagi dalam perkhidmtan awam kerana kerajaan masih lagi membayar pencen dan memberi bantuan bulanan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, JPA akan sentiasa mendekatkan diri kepada masyarakat dalam merakyatkan lagi perkhidmatan awam di negara ini.

Katanya, penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam akan diberi penekanan selari dengan kehendak masyarakat pada masa sekarang.

Utusan Malaysia Online

Aktiviti INTURA Julai 2015


Majlis Pelancaran EKSA INTURA

Pada 5 Ogos 2015 telah berlangsung Majlis Pelancaran EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) yang bertempat di Dewan Jubli Perak, INTAN Wilayah INTURA.

EKSA merupakan inisiatif MAMPU dalam penjenamaan semula pelaksanaan Amalan 5S yang bertujuan meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat. Selain itu, EKSA juga lebih menekankan tentang bagaimana untuk melahir dan menzahirkan idea, kreativiti dan inovasi.

Selain daripada itu, EKSA juga mempunyai kaedah penilaian dan pengauditan baru yang merangkumi kriteria generik dan kriteria khusus dengan turut mengambilkira kepelbagaian premis agensi kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Ini berbeza dengan Amalan 5S yang diamalkan sebelum ini di mana pendekatan one size fits all adalah kurang memadai dengan kepelbagaian perkhidmatan di dalam agensi kerajaan pada masa ini.

Majlis ini di mulai dengan penerangan ringkas oleh Penyelaras EKSA INTURA, Pn Aishah Musa di Dewan Jubli Perak pada jam 9.00 pagi. Seterusnya program diteruskan dengan amanat dari YBrs. Dr. Zurina bt. Abdul Hamid, Pengarah INTAN Wilayah Utara. Di dalam amanat beliau, YBrs. Dr. Zurina menekankan apa yang perlu dilaksanakan dalam mencapai Persijilan EKSA. Beliau turut berkongsi tentang  pemantapan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan akan terhasil secara tidak langsung jika EKSA dilaksanakan. Ini selaras dengan Teras Strategik 3 JPA Merakyatkan Perkhidmatan Awam.

Beliau turut mengalakkan warga untuk menyemarakkan aktivitivi yang mefokuskan tentang kreativiti dan inovasi serta mengujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go-Green.


Selesai amanat beliau, YBrs. Dr. Zurina turut merasmikan pelancaran ‘INTURA : Ke Arah Persijilan EKSA’ dan semua ketua setiap zon turut sama memeriahkan gimik pelancaran yang diadakan pada hari itu.