MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mekanisme baha­ru yang dikenali sebagai dasar pemisah atau exit policy itu bertujuan memastikan setiap penjawat awam memenuhi kehendak rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik.

“Penjawat awam sebagai tulang belakang dan penggerak utama kepada setiap dasar dan polisi yang telah diputuskan oleh kerajaan, mereka wajar memiliki integri­ti dengan cerminan pro­duktiviti yang tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, me­ngulas mengenai Bajet 2016, beliau mengajak seluruh penjawat awam untuk menzahirkan rasa bersyukur atas keprihatinan kerajaan dalam memperuntukkan pelbagai insentif kepada sektor terbabit.

Katanya, dalam bajet tersebut kerajaan telah meluluskan pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred kepada 1.6 juta penjawat awam dengan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion.
“Selain itu, dalam bajet tersebut turut disentuh mengenai 
penambahbaikan 252 skim perkhidmatan yang memberi faedah kepada 406,000 penjawat awam dan pene­tapan gaji permulaan terendah kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan sebanyak 60,000 penjawat awam.

“Turut disentuh ia­lah mengenai pem­be­­rian khas penja­wat awam sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan RM250 kepada pesara awam yang mana kedua-dua bayaran ini berjumlah hampir RM1 bilion dan akan dibuat pada bulan Januari tahun hadapan,” katanya.

Sementara itu, katanya, keprihatinan kerajaan dalam Bajet 2016 turut dizahirkan dengan memberi perhatian kepada kelompok B40 dan M40 menerusi beberapa pe­ng­umuman penting.
exit policy bertujuan memastikan penjawat awam penuhi kehendak rakyat.

Utusan Malaysia Online