Friday, November 6, 2015

Anugerah Inovator & Konvensyen KIK JPA 2015

Anugerah Inovator Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diadakan pada 3 November 2015 manakala Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah diadakan pada 5 November 2015 bertempat di Dewan Mezzanine, JPA Putrajaya.

Anugerah Inovator dibahagikan kepada dua kategori iaitu Anugerah Inovator (ICT) dan Anugerah Inovator (Bukan ICT). Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, ini adalah pertama kali INTURA menyertai anugerah ini dan INTURA merupakan satu-satunya wakil dari INTAN yang bertanding dengan enam kumpulan lain dari JPA yang bertanding bagi kategori Bukan ICT. Dianggotai oleh enam orang ahli kumpulan yang diketuai oleh En. Norshuhaidy Shabudin, mereka mempertaruhkan projek yang diberi nama Current Awareness Key-Chain (CAK) sebagai hasil inovasi. Ternyata, hasil inovasi mereka diiktiraf dengan kejayaan meraih tempat ketiga.


Sementara itu, Kumpulan i-TERA INTURA terpaksa bersaing dengan lapan kumpulan lagi dalam Konvensyen KIK. Kumpulan i-TERA menyelesaikan permasalahan ‘Pembaziran Makanan di Dewan Makan’ melalui Sistem Tempahan Makan Minum Peserta (SiTERA). Selain itu, Kumpulan i-TERA juga turut berjaya menghasilkan serbuk pencuci dan baja organik daripada sisa makanan. 

Apapun keputusannya, tahniah kepada kedua-dua kumpulan (Inovator & KIK) kerana berjaya memupuk semangat kerjasama dan memberikan komitmen dalam melaksanakan projek sehingga berjaya menghasilkan satu sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti untuk INTURA.









No comments: