klik imej untuk paparan sebenar |
Monday, February 8, 2016
Sunday, February 7, 2016
Kursus Asas Rekreasi Tahap 2 Fasilitator INTURA
Kursus Asas Rekreasi Tahap 2 untuk fasilitator iLead-Park INTURA telah
diadakan pada 31 Januari hingga 4 Februari 2016. Seramai 20 orang fasilitator
terpilih untuk mengikuti kursus ini. Kursus selama 5 hari ini dikendalikan oleh
konsultan jemputan daripada Explora Malaysia Sdn. Bhd. dengan kerjasama
Kementerian Belia dan Sukan.
Program hari pertama melibatkan
pembentukan kumpulan, seni perkhemahan, pengenalan kepada asas rekreasi dan
pengurusan risiko. Hari kedua peserta
didedahkan dengan asas pertongan cemas, anatomi kayak dan teknik ikatan tali.
Para peserta bertolak ke Baling pada hari ketiga untuk aktiviti berkayak dan
kemudian bertolak pula ke Bukit Hijau. Di Bukit Hijau peserta dikehendaki
memasang khemah untuk aktiviti perkhemahan dan mempelajari cara membaca peta
dan navig asi kompas (orienteering).
Hari keempat diteruskan dengan abseiling
di air terjun, orienteering dan ikhtiar hidup. Para peserta dilepaskan
ke dalam hutan tanpa sebarang gajet, wang mahupun bekalan makanan yang
mencukupi.
Hari kelima diteruskan dengan
sambungan aktiviti orienteering dan ditamatkan dengan ujian bertulis
untuk menilai sejauh mana pemahaman para peserta dan juga untuk melayakkan
mereka memperoleh sijil jurulatih asas rekreasi tahap 2.
Kursus ini dilihat dapat memberi pendedahan asas
kejurulatihan rekreasi kepada para peserta dan dapat memberi banyak pengetahuan
dan pengalaman berharga di samping
memupuk semangat berpasukan yang tinggi. Diharapkan para peserta meneruskan
kursus tahap 3 dan seterusnya layak menjadi jurulatih bagi aktiviti rekreasi
luar.
Thursday, February 4, 2016
Wednesday, February 3, 2016
Bantu urusan pencen : Kaunter 1Pesara JPA dibuka di DBKL
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL (berdiri dua dari kanan) diiringi oleh Mhd Amin Nordin Abd. Aziz (berdiri dua dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada seorang pesara, Peraisamy M. Andy (duduk) yang menggunakan perkhidmatan Kaunter Pesara @ DBKL di Menara DBKL 1, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 2 Feb. - Pesara dan bakal pesara di Lembah Klang kini boleh menjalankan urusan berkaitan persaraan di Kaunter 1Pesara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mula dibuka hari ini di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, perkhidmatan kaunter tersebut merupakan yang pertama dibuka di luar Putrajaya dan akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.
Katanya, pembukaan kaunter tersebut adalah bagi menggantikan kaunter di Maju Junction yang telah ditutup sebelum ini.
“Pertukaran lokasi kaunter tersebut untuk memudahkan mereka berurusan bukan sahaja berhubung persaraan, malah dalam masa sama turut boleh melakukan urusan lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Perkhidmatan Kaunter 1Pesara JPA @ DBKL di sini hari ini.
Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.
Tambah Mohamad Zabidi, kaunter 1Pesara itu menyediakan 10 perkhidmatan, antaranya kelulusan pembiayaan dialisis, permohonan tuntutan bayaran balik peralatan perubatan, tuntutan perjalanan bagi tujuan perubatan, status persaraan, permohonan pencen terbitan bagi kematian dan persaraan.
“Selain itu, kaunter itu turut menyediakan perkhidmatan pertukaran Skim B ke Skim A, permohonan kad pesara, pertukaran akaun bank, permohonan bantuan mengurus jenazah serta permohonan pendaftaran anak kurang upaya,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, perancangan untuk menambah kaunter tersebut di seluruh negara akan tertumpu kepada lokasi tumpuan ramai.
“Ini bagi memudahkan pesara menguruskan hal berkaitan pencen, selain pada masa sama menguruskan hal lain seperti memperbaharui pasport, kad pengenalan dan sebagainya,” ujarnya.
Tambah Mohamad Zabidi, kakitangan yang menguruskan kaunter berkenaan akan diberi latihan secukupnya supaya boleh memberi perkhidmatan terbaik.
“Kaunter 1Pesara JPA adalah satu kaunter pelbagai perkhidmatan. Seperti kaunter di DBKL ini, kakitangan bukan sahaja boleh melaksanakan perkhidmatan berkaitan DBKL tetapi juga urusan berkaitan dengan kakitangan awam,” katanya.
Utusan Malaysia Online
Subscribe to:
Posts (Atom)