Kursus Asas Rekreasi Tahap 2 untuk fasilitator iLead-Park INTURA telah
diadakan pada 31 Januari hingga 4 Februari 2016. Seramai 20 orang fasilitator
terpilih untuk mengikuti kursus ini. Kursus selama 5 hari ini dikendalikan oleh
konsultan jemputan daripada Explora Malaysia Sdn. Bhd. dengan kerjasama
Kementerian Belia dan Sukan.
Program hari pertama melibatkan
pembentukan kumpulan, seni perkhemahan, pengenalan kepada asas rekreasi dan
pengurusan risiko. Hari kedua peserta
didedahkan dengan asas pertongan cemas, anatomi kayak dan teknik ikatan tali.
Para peserta bertolak ke Baling pada hari ketiga untuk aktiviti berkayak dan
kemudian bertolak pula ke Bukit Hijau. Di Bukit Hijau peserta dikehendaki
memasang khemah untuk aktiviti perkhemahan dan mempelajari cara membaca peta
dan navig asi kompas (orienteering).
Hari keempat diteruskan dengan abseiling
di air terjun, orienteering dan ikhtiar hidup. Para peserta dilepaskan
ke dalam hutan tanpa sebarang gajet, wang mahupun bekalan makanan yang
mencukupi.
Hari kelima diteruskan dengan
sambungan aktiviti orienteering dan ditamatkan dengan ujian bertulis
untuk menilai sejauh mana pemahaman para peserta dan juga untuk melayakkan
mereka memperoleh sijil jurulatih asas rekreasi tahap 2.
Kursus ini dilihat dapat memberi pendedahan asas
kejurulatihan rekreasi kepada para peserta dan dapat memberi banyak pengetahuan
dan pengalaman berharga di samping
memupuk semangat berpasukan yang tinggi. Diharapkan para peserta meneruskan
kursus tahap 3 dan seterusnya layak menjadi jurulatih bagi aktiviti rekreasi
luar.
No comments:
Post a Comment