Thursday, July 26, 2012

20 inisiatif NKRA Rasuah

Muhyiddin diiringi Tsu Koon (kanan) dan Idris  (dua dari kiri) mendengar penerangan mengenai MY Teksi daripada Chew Wei Chuan (kiri) pada pameran Hari Terbuka GTP Hala Tuju 2.0 di ibu negara, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin


Muhyiddin diiringi Tsu Koon (kanan) dan Idris (dua dari kiri) mendengar penerangan mengenai MY Teksi daripada Chew Wei Chuan (kiri) pada pameran Hari Terbuka GTP Hala Tuju 2.0 di ibu negara, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin
 
Kuala Lumpur: Dua puluh inisiatif dirangka bagi menggerakkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 untuk tempoh berakhir 2015.

Inisiatif itu diletak di bawah empat pendekatan iaitu agensi penguat kuasa, rasuah besar, perolehan kerajaan serta terbaru, pendidikan dan sokongan awam.
    
Pengarah NKRA Rasuah, Datuk Hisham Nordin, berkata daripada jumlah itu, 14 inisiatif dikenal pasti sebagai Big Fast Result (BFR) kerana dianggap memberi impak dan hasil yang pantas.
 
Ikut jadual

Sejajar usaha kerajaan dalam kesinambungan transformasi sektor kerajaan, bermula sekarang aspek pentadbiran dan pengurusan sudah dilakukan untuk memastikan pelaksanaan inisiatif berkenaan mengikut jadual dan berjalan lancar.

Malah, GTP 2.0 juga lebih realistik untuk menangani isu yang tidak sempat diselesaikan sebelum ini, terlepas pandang dan isu yang perlukan gerak kerja lebih panjang dan teliti, katanya pada Hari Terbuka GTP Hala Tuju 2.0 di Pusat Persidangan Kuala Lumpur di sini, semalam.

Hisham berkata, 14 inisiatif itu adalah Jawatankuasa Khas mengenai rasuah menjawab soalan dalam Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Parlimen, Jawatankuasa Semakan Eksekutif di SPRM dan pejabat pengurusan projek mengenai pencegahan.

Inisiatif lain adalah memantau aktiviti unit pematuhan, pangkalan data name and shame, Sistem Integriti Korporat Malaysia, menyelaras jawatankuasa penyemak dan menyelesaikan pendakwaan kes rasuah dalam masa setahun.
Laksanakan awal

Turut dilaksanakan awal adalah akses pemantauan yang cepat kepada Laporan Ketua Audit Negara untuk tindakan serta merta, jawatankuasa bertindak berhubung laporan Peguam Negara, papan pemuka dalam talian Ketua Audit Negara, Inkuisisi Putrajaya, penubuhan Sekretariat Pencegahan Rasuah di Kolej Latihan Perguruan dan latihan Ahli Parlimen, katanya.

Beliau berkata, pendidikan dan sokongan awam adalah pendekatan baru NKRA Rasuah pada GTP 2.0 selepas mendapati langkah untuk memperbetulkan persepsi rakyat adalah cabaran hebat yang perlu diberi perhatian serius.
 
BERITA HARIAN ONLINE

No comments: