KELMARIN saya berurusan dengan pejabat kerajaan. Namun urusan tidak dapat diselesaikan.Kerani tersebut menyuruh saya datang semula dalam pukul 10.30 pagi kerana orang yang dipertanggungjawabkan keluar minum dan akan pulang semula sekitar waktu itu. Ketika itu jam pukul 9.30 pagi.Sejak bila ada tercatat di papan tanda pejabat pukul 10 pagi adalah waktu minum?
Ini waktu kerja. Jika di kedai-kedai makan juga kita boleh perhatikan sekitar pukul 10 memang ramai yang berpakaian pejabat makan, minum dan bersembang di situ.Tidak bolehkah bersarapan sebelum masuk waktu pejabat?Kami pelanggan yang memerlukan perkhidmatan anda juga mempunyai masa yang berharga.Sedangkan anda sudah tentunya dapat gaji di hujung bulan.
CUEPACS pula jangan asyik minta bonus. Cuba atasi masalah pekerja yang keluar minum sesuka hati di waktu kerja sedangkan waktu rehat hanya satu jam di tengah hari.
Azrinaz
Petaling Jaya
Utusan Malaysia Online