Seramai 57 orang warga INTAN yang terdiri daripada
Pengurusan Tertinggi INTAN dan wakil dari seluruh kampus telah menghadiri
Program INTAN Team Integration yang dikendalikan oleh fasilitator dari INTAN
Wilayah Utara. Kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar INTAN ini telah
diadakan di INTAN Wilayah Utara pada 6 hingga 7 September 2014.
Kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mazlan
Yusoff, Pengarah INTAN pada 6 September 2014.
Tujuan utama kursus ini dijalankan adalah untuk memberi
pendedahan asas dalam pembangunan skil kepimpinan berkumpulan yang diperlukan
oleh Team INTAN menerusi outdoor
leadership training. Selain daripada itu, elemen jaringan hubungan antara
Team INTAN juga turut diterapkan untuk melahirkan warga INTAN yang proaktif,
produktif dan inovatif di mana setiap warga dibahagikan mengikut kumpulan
secara rawak. Ini secara tidak langsung dapat melahirkan kumpulan yang
berpaksikan One Team, One Mission &
One Vision di sepanjang program.
Program ini turut disertai oleh YBhg. Pengarah INTAN,
Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Kluster, Pendaftar, Pengarah-Pengarah Kampus dan
warga INTAN dari setiap kampus.
Kursus ini dijalankan di dua lokasi berbeza iaitu di INTAN
Wilayah Utara & Tasik Beris, Sik. Aktiviti di INTAN Wilayah Utara lebih
memfokuskan kepada ice breaking, pembentukan
kumpulan, persaingan, penggunaan elemen i-Lead Park dan penyatuan kumpulan
besar. Manakala aktiviti di Tasik Beris, Sik pula lebih memfokuskan kepada daya
tahan pasukan dimana setiap kumpulan diberikan tugas untuk membina rakit dan
merentasi tasik ke lokasi yang ditetapkan oleh fasilitator.
Pihak INTAN Wilayah Utara merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini dan
diharapkan program ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.
1 comment:
Assalamualaikum, saya daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, berminat untuk mengadakan aktiviti team building outdoor seperti yang dipost pada blog ini. boleh saya tahu untuk siapa boleh saya berurusan
Post a Comment