Pada 23 September 2014, Program Pemantapan Kepakaran
(Teambuilding) yang dianjurkan oleh INTAN Wilayah Utara telah dilaksanakan di
Escape Park, Pulau Pinang.
Antara tujuan utama program ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada fasilitator dalam mengenalpasti elemen-elemen yang boleh
dibuat penambahbaikan untuk disesuaikan dengan aktiviti outdoor di i-Lead Park. Selain daripada itu program ini juga
bertujuan untuk menguji fizikal dan mental fasilitator dalam menyelesaikan
permasalahan dalam setiap aktiviti yang ditugaskan di sepanjang program.
Secara keseluruhannya program ini dapat membantu fasilitator
dalam meningkatkan lagi skil dalam melaksanakan aktiviti pengukuhan pasukan di
kampus.
No comments:
Post a Comment