Thursday, January 29, 2015

KURSUS KECEMERLANGAN WARGA INTURA


Kursus Transformasi Organisasi INTAN Wilayah Utara (iTOP) telah diadakan pada 20 hingga 22 Januari 2015 di dua lokasi bertempat di INTAN Wilayah Utara dan Gua Tempurung, Kampar, Perak. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memupuk semangat bekerja secara berpasukan, meningkatkan motivasi dan kecemerlangan diri serta menyumbang secara efektif kepada visi dan misi organisasi.

            Seramai 78 orang warga INTURA termasuk YBrs.Pengarah INTURA telah menyertai kursus yang dikendalikan oleh konsultan jemputan daripada ZIQZUL Corporation Sdn. Bhd. yang melibatkan aktiviti secara berpasukan di Dewan Jubli Perak dan sekitar  INTURA. Hari kedua peserta bertolak ke Gua Tempurung untuk menjalankan aktiviti memanah, flying fox, dan night walk dan hari ketiga melibatkan aktiviti kembara menyelusuri gua tempurung.

            Secara keseluruhannya, selain dapat memupuk semangat kerjasama, kursus ini secara tidak langsung dapat menyatukan setiap unit di INTURA dan mengeratkan ukhuwah sesama warga INTURA.

Fasilitator dari ZIQZUL Corporation Sdn. Bhd.
 
Para peserta tekun mendengar taklimat.
 
Warga yang ceria.
 
Strategi dalam penyelesaian masalah.
 
Kerjasama berpasukan.
 
Warga INTURA cekap dalam bidang imej diri.
 
Antara aktiviti yang dijalankan.
 
Warga yang ceria.
 
Aktiviti memanah.
 
 
Aktiviti menjelajah Gua Tempurung.
 
Aktiviti menjelajah Gua Tempurung.
 
Aktiviti menjelajah Gua Tempurung.
 
Aktiviti flying fox.
 
Aktiviti flying fox.
 
 Aktiviti flying fox.
 
Aktiviti flying fox.
 
Aktiviti malam
 
Warga INTURA yang ceria
 


No comments: