Wednesday, January 14, 2015

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PANTAI TIMUR (JPA4U@INTAN Prihatin)

INTAN Wilayah Utara telah bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan Himpunan Anak Kelantan (HAK) Sungai Petani dalam menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Pantai Timur pada 6 hingga 8 Januari 2015. Seramai 120 orang sukarelawan termasuk 30 orang warga INTURA telah menjayakan misi ini. YBrs.Dr. Zurina bt. Abdul Hamid, Pengarah INTURA (PWU) juga turut serta bersama sukarelawan dalam menjayakan misi ini.

            Majlis pelepasan pasukan sukarelawan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Zurina (Pengarah Wilayah Utara) dan En. Mohamed Bukhori bin Abd. Rahman (Timbalan Pengarah Pertanian [Pengembangan] dari Jabatan Pertanian Negeri Kedah) di Lagenda Height, Sungai Petani pada 6 Januari 2015. Tujuan utama misi ini diadakan adalah untuk memberi bantuan pasca banjir kepada mangsa khususnya di sekitar Daerah Kuala Krai, Kelantan. Sukarelawan INTURA bertanggungjawab dalam urusan penyelarasan dan penyediaan makanan dan minuman kepada kesemua sukarelawan yang terlibat termasuk penduduk setempat sepanjang 3 hari 2 malam berada di sana.

            Antara aktiviti lain yang telah dilakukan sepanjang berada di sana ialah mencuci Masjid Kampung Rahmat (tempat penginapan sukarelawan), mencuci surau dan tadika di Kampung Pahi, mencuci surau di Kampung Derdap Lekir, mengagihkan sumbangan keperluan kepada penduduk kampung, dan menyumbang tikar, sejadah, telekung, dan Al-Quran kepada Masjid Kampung Rahmat.

            Walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa, tetapi begitu besar di mata mereka yang amat memerlukan. Peluang untuk membantu dan melihat sendiri keadaan selepas banjir begitu menyentuh hati para sukarelawan. Kesan kemusnahan begitu teruk sehingga ada yang hilang tempat tinggal. Tetapi, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga mereka terus tabah dan terima kasih kepada para sukarelawan serta semua warga yang telah menghulurkan bantuan dan sumbangan.

            Diharapkan kolaborasi sebegini dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa.
 
Poster JPA4U@INTAN Prihatin
 
Warga berkumpul bersama-sama sukarelawan INTURA
 
YBrs. Dr. Zurina turut sama menjayakan misi.
 
Berkumpul di Lagenda Height, Sungai Petani.
 
Antara sukarelawan yang turut serta.
 
Majlis pelepasan sukarelawan.
 
Antara kenderaan yang terlibat dalam misi kali ini.
 
Tiba di Masjid Kampung Rahmat.
 
Menyusun kelengkapan dan bekalan.
 
Antara kenderaan yang terlibat dalam misi kali ini.
 
Penyediaan makanan untuk sekarelawan oleh warga INTURA.
 
Gotong-royong membersihkan Masjid Kampung Rahmat.
 
Proses menyusun bahan sumbangan untuk agihan pada hari berikutnya.
 
Proses menyusun bahan sumbangan untuk agihan pada hari berikutnya.
 
Antara sukarelawan yang terlibat.
 
Proses menyusun bahan sumbangan untuk agihan pada hari berikutnya.
 
Menyusun bahan sumbangan untuk agihan ke lokasi yang ditetapkan.
 
Para sukarelawan bersedia selepas taklimat.
 
Sukarelawan misi.
 
Antara kesan pasca banjir.
 
Antara kesan pasca banjir.
  
Konvoi menghantar sumbangan.
 
Antara kesan pasca banjir.
 
Antara kesan pasca banjir.
  
Penempatan sementara penduduk.
 
Antara kesan pasca banjir.
 
Proses pengagihan sumbangan kepada penduduk setempat.
 
Kesan pasca banjir.
 
Kesan pasca banjir.
 
Kesan pasca banjir. 
 
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
 
Misi membantu membersihkan Surau Kampung Derdap Lekir.
 
Sekitar Surau Kampung Derdap Lekir
 
Selepas proses pembersihan.
 
Menyampaikan sumbangan kepada Imam Surau Derdap Lekir.
 
Antara sukarelawan yang membantu.
 
YBrs. Dr. Zurina menyampaikan sumbangan kepada Imam Masjid Kampung Rahmat.
 
Hari terakhir sebelum berangkat pulang.
 
Hari terakhir sebelum berangkat pulang.
 
Hari terakhir sebelum berangkat pulang.
 
Doa sebelum sukarelawan berlepas pulang.
 
No comments: