INTAN
Wilayah Utara telah menerima kunjungan delegasi dari Republik Kyrgyzstan pada
22 April 2015. Seramai 12 orang yang diketuai oleh Ms. Baiamanova Zuura (State
Secretary of the Ministry of Finance of the Kyrgyzstan), termasuk seorang
pengiring dari Universiti Malaya telah menyertai lawatan kerja ini untuk
mempelajari dan berkongsi maklumat tentang pengurusan pentadbiran dan latihan
di NTURA.
Sesi lawatan
dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBrs. Dr. Zurina bt. Abdul Hamid,
Pengarah INTURA dan taklimat pentadbiran INTURA disampaikan oleh Dr. Muhamad
Arafat b. Noordin bertempat di Bilik Mesyuarat Bestari. Pelbagai topik
dibincangkan sepanjang sesi taklimat ini dan delegasi turut berkongsi pandangan
dan idea tentang pengurusan latihan yang di jalankan di INTURA
Delegasi seterusnya dibawa melawat ke tapak iLead-Park
INTURA untuk mencuba elemen yang terkandung dalam sesi pengajaran pengukuhan
pasukan.
No comments:
Post a Comment