Monday, November 24, 2008

Perbezaan Pengurusan Organisasi Awam dan Swasta

Kakitangan awam seringkali digesa supaya mencontohi cara gaya pengurusan organisasi swasta. Berbagai program telah dirancang dan dilaksanakan bagi membolehkan mereka didedahkan dengan cara gaya pengurusan organisasi swasta samada melalui kursus-kursus atau latihan-latihan yang dianjurkan oleh pihak swasta. Selain daripada itu, program penempatan pegawai-pegawai awam di organisasi atau syarikat swasta juga turut diadakan bagi mendapat pendedahan dan pengalaman yang berguna supaya mereka boleh mempraktikkan amalan-amalan pengurusan swasta dalam sektor kerajaan agar perkhidmatan kerajaan menjadi lebih cekap dan berkesan setanding dengan organisasi swasta. Berlandaskan kepada hakikat itu, apakah organisasi swasta itu mempunyai cara gaya pengurusan yang lebih baik daripada sektor awam? Apakah perbezaannya?

Hingga kini, perbincangan di antara para akademik, pemerhati dan juga pengamal- pengamal pengurusan berhubung dengan terdapat atau tidak persamaan dan perbezaan sistem pengurusan organisasi awam dan organisasi swasta masih berterusan. Golongan yang mengatakan bahawa pengurusan organisasi swasta dan pengurusan organisasi awam adalah sama mendakwa bahawa perbezaan di antara kedua-dua sektor berkenaan adalah kecil sahaja ( a matter of degree). Sebaliknya golongan yang mengatakan terdapat perbezaan di antara kedua-dua jenis pengurusan ini pula adalah berdasarkan kepada perbezaan dalam bentuk 'kind dan substance'. Agaknya, kontroversi ini berlaku mungkin untuk mencari penyelesaian kepada persoalan mengenai locus dan focus atau dalam lain perkataan berhubung dengan persoalan mengenai where dan what atau lebih kritikal lagi menurut Nicholas Henry (1975) ialah tentang persoalan yang menyumbang kepada krisis identiti dalam pentadbiran awam.

Manakala bagi golongan yang cenderung dengan dakwaan bahawa sistem pengurusan dan organisasi awam dan swasta adalah sama iaitu mereka yang memihak kepada falsafah sains pengurusan hanya mengambilkira kepada persoalan 'form' atau 'facts' semata-mata. Bagi mereka, pengurusan adalah pengurusan dalam apa bentuk atau konteks sekalipun serta 'value free'. Kepentingan awam yang mana berkaitan dengan persoalan 'value' mestilah dipisahkan daripada persoalan tentang 'facts'.

Sekumpulan penulis iaitu Thomson dan rakan-rakannya ( 1959) menekankan tentang konsep 'commonalities' diantara organisasi awarn dan organisasi swasta. Penulis lain, Edward Litchfield pula melihat perbezaan pendekatan pengurusan berdasarkan kepada 'subject matter' (seperti perkhidmatan polis, perkhidmatan kesihatan awam dan lain-lain) sebagai 'institutional provincilism'. Anggapan bahawa organisasi besar yang kompleks, samada perniagaan atau kerajaan adalah sama, dan ia bermula daripada penyelidikan - penyelidikan ilmiah mengenai proses sosial serta organisasi yang dipelopori oleh skolar-skolar pengurusan klasik seperti Fayol, Gullick dan Weber.

Seorang penulis lain, Lynn ( 1981 ) mendakwa bahawa para sarjana yang bersetuju dengan pendekatan ini sebenarnya menafikan perbezaan yang wujud di antara organisasi- organisasi formal dalarn penyelidikan mereka khususnya bagi mendapatkan asas dan prinsip- prinsip universal. Sebenarnya rujukan-rujukan bagi membezakan ciri-ciri birokrasi kerajaan tidak banyak dan bersifat kasual.

Dalam mernbandingkan pengurusan organisasi awam dan organisasi swasta, Murray (1975) merumuskan kedua-dua sektor dalarn mengendalikan isu-isu substantif (penetapan objektif dan teknik-teknik penilaian) dan perkara-perkara yang berkaitan prosedur, amalan-amalan pengurusan membawa kepada kesukaran untuk membezakan kedua-dua sektor pengurusan organisasi awam dan organisasi swasta daripada membezakan kedua- duanya. Prosedur, operasi dan matlamat kedua-dua organisasi berkenaan tidak boleh dilihat sebagai satu proses yang berasingan. Buchele ( 1977), percaya bahawa pengurusan dan pentadbiran bagi semua jenis organisasi seharusnya dilihat secara bersama, yang mana juga dipengaruhi oleh konsep pengurusan yang universal.

Seterusnya, McCurdy (1978) merumuskan bahawa kebanyakan aktiviti di jabatan-jabatan kerajaan adalah sama seperti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh organisasi perniagaan. Beliau menunjukkan kerajaan yang besar adalah sama saiznya dengan syarikat korporat yang besar, lalu menolak anggapan bahawa saiz kerajaan yang besar sebagai dakwaan yang kerajaan adalah berbeza. Beliau juga menolak dakwaan campur tangan politik dalam pengurusan awam dengan menunjukkan bahawa kakitangan yang besar dimana model politik pengurusan awam tidak begitu tepat. Menurut beliau lagi, profesion pentadbiran awam, dan pengurus-pengurusnya, tidak boleh mengelak cara gaya pengurusan organisasi perniagaan kerana banyak kerajaan-kerajaan masa kini cenderung untuk menguruskan kerajaan sama seperti pengurusan sebuah perniagaan, walaupun ramai di antara kakitangan sektor awam yang menyokong pandangan bahawa kerajaan adalah berbeza.

Pada umumnya, pandangan sarjana-sarjana di atas ialah pengurus bagi semua jenis organisasi mesti melakukan jenis tugas yang sama, mengandaikan peranan yang sama, menyelesaikan tugas yang sama dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang sama. Pandangan umum mengenai pengurusan dan organisasi digambarkan sebagaimana kenyataan Drucker ( 1977) iaitu, "certainly there is a world wide generic function which we call management and which serves the same purpose in any and all developed societies".

Tidak kurang hebatnya dakwaan disebalik persamaan di antara pengurusan organisasi awam dan organisasi swasta, sistem pengurusan awam juga sebenarnya telah sekian lama dihubungkan dengan perbezaan di antara kedua-dua jenis organisasi berkenaan. Kenyataan yang mengutarakan bahawa organisasi awam dan pengurusannya adalah berbeza daripada organisasi swasta atau doktrin "government is different" lazimnya dipetik daripada "administrative platonist", oleh Appleby (1945). Dalam nada yang sama dengan kenyataan Appleby itu, Bower (1977) menambah bahawa pengurusan awam tidak hanya berbeza dari segi darjahnya sahaja berbanding dengan pengurusan korporat malah berbeza dari segi kualiti.

Bukti-bukti berhubung dengan dakwaan bahawa terdapat perbezaan cara gaya pengurusan di antara organisasi swasta atau perniagaan dengan organisasi kerajaan boleh didapati daripada beberapa pemerhatian dan juga kajian-kajian yang telah dilakukan oleh beberapa eksekutif yang berkhidmat dalam pengurusan atasan kedua-dua organisasi perniagaan dan kerajaan. Malek ( 1972) dalam kajiannya mendapati bahawa berkhidmat sebagai eksekutif kerajaan dan ahli perniagaan mesti mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu seperti perhubungan dengan ahli-ahli politik dan mempelajari cara-cara untuk berhubung dengan birokrasi. Di samping mempunyai kemahiran pengurusan yang perlu, beliau menegaskan bahawa untuk berjaya dalam sektor kerajaan, ahli-ahli perniagaan perlu memiliki ciri-ciri personal tertentu seperti kebolehan berkomunikasi, sensitiviti, keupayaan mental, fleksibiliti serta humaliti sebagai memenuhi permintaan kompleks skop perkhidmatan kerajaan yang lebih berorientasikan publik dan tuntutan-tuntutan politik.

Perbezaan cara gaya pengurusan di antara sektor perniagaan dan kerajaan juga turut dinyatakan daripada pengalaman Cervantas (19730,) Datuk Bandar St, Louis USA. Beliau mendapati bahawa sebenarnya sektor kerajaan lebih daripada sektor perniagaan. Kerajaan menyediakan keseluruhan keperluan hidup rakyat. Sekiranya eksekutif kerajaan hanya melaksanakan keutamaan dan matlamat perniagaan, mereka akan memusnahkan tujuan atau peranan sesebuah kerajaan.

Perbezaan di antara cara gaya pengurusan organisasi kerajaan dengan pengurusan organisasi swasta dapat dilihat daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh ramai pengkaji. Antaranya ialah seperti Rainey dan rakan-rakan (1976), Blumental Nickel, (1979), Lynn (1981), Howell (1981) dan Barber (dalam Massey, 1993).

Selain daripada itu, dalam beberapa dekad lepas juga terdapat beberapa kajian empirikal mengenai 'nature' tugas-tugas pengurusan dalam sektor awam dan juga sektor swasta. Di antara mereka yang telah menjalankan kajian dan fokus ke atas tugas- tugas pengurusan ialah seperti Rosemary Stewart (1970), Lau, Newman dan Broadling (1980) dan Mintzberg (1992).

Lau, Newman dan Broadling (1980), dalam kajian mereka terhadap "Eksekutif Pengurusan Atasan Navy", Amerika Syarikat, merumuskan bahawa kedua-dua eksekutif sektor awam dan swasta menjalankan tugas dan aktiviti yang sama dalam peranan dan kompleksiti tugasan kerja mereka. Eksekutif sektor awam terlibat aktiviti-aktiviti yang selari dengan peranan dan fungsi utama pengurusan sebagaimana yang digariskan oleh Mintzberg.

Tambahan lagi, mereka juga mencatatkan bahawa persekitaran kerja eksekutif sektor awam mempunyai pengaruh yang kuat ke atas tingkahlaku mereka. Hasil kajian yang dilakukan oleh Montgomery (1983) juga selari dengan penemuan Lau, Newman dan Broadling di atas. Beliau merumuskan yang eksekutif sektor awam memainkan peranan mereka termasuk semua fungsi-fungsi organisasi yang dikemukakan oleh Mintberg (1992).

Selain daripada kajian-kajian di atas yang banya memberi fokus kepada satu-satu sektor sahaja, samada sektor kerajaan atau sektor swasta, kajian-kajian berikut ini adalah merupakan perbandingan secara langsung antara kedua-dua sektor. Bucbanan (1975) dalam kajiannya mendapati babawa eksekutif sektor swasta mempunyai ciri-ciri dan sikap yang positif berbanding dengan eksekutif sektor awam. Kajiannya yang memberi fokus ke atas “job involvement", "job satisfaction and organizational commitment" serta "rules orientation" menjelaskan perbezaan-perbezaan yang wujud adalah dari segi persekitaran, matlamat dan struktur organisasi.

Satu lagi kajian impirikal lain ke atas organisasi awam dan swasta dilakukan oleb Rainey (1983). Beliau menumpukan kepada struktur insentif organisasi, matlamat dan peranan individu sebagaimana yang dilibat oleb pengurus pertengaban Kedua-dua sektor organisasi. Hasil kajiannya menunjukkan babawa pengurus sektor awam dilibat sebagai lemab bubungannya di antara prestasi kerja dengan ganjaran ektrinsik. Mereka menunjukkan skor tinggi ke atas 'formalization' dan skor rendab terbadap dimensi tertentu tentang kepuasan kerja. Berdasarkan kajiannya, beliau telah menemui hasil yang menunjukkan terdapatnya persamaan di antara pengurusan sektor awam dan sektor swasta dalam aspek- aspek "organizational goal clarity", "role conflixt", "role ambiguity" dan "motivational variables". Kemungkinan yang menyebabkan berlakunya persamaan ini dijelaskan sewajarnya oleh Rainey dalam kajiannya itu. Pada keseluruhannya, beliau merumuskan bahawa kajian ini menyokong pendapat yang mendakwa wujudnya perbezaan di antara pengurusan sektor awam dan pengurusan sektor awam dan pengurusan sektor swasta disebabkan oleh faktor persekitaran khusus seperti "public accountability"dalam sektor awam.

Gold (1982) pula menjalankan kajian dengan melihat ciri-ciri organisasi yang berjaya. Beliau mendapati pengurus-pengurus yang bekerja di organisasi yang berjaya. Beliau mendapati pengurus-pengurus yang bekerja di organisasi yang berjaya lebih komited kepada objektif organisasi kerana mereka diberi maklumat dan perhubungan yang jelas. Mereka juga bangga dengan organisasi di mana mereka bekerja.

Pada keseluruhannya, perbincangan dan tulisan- tulisan mengenai persamaan dan perbezaan cara gaya pengurusan organisasi kedua-dua sektor awam dan swasta masih lagi berterusan hingga kini. Walaupun kajian-kajian banyak dilakukan, namun belum ada suatu jawapan khusus yang benar-benar dapat memberi kepastian apakah wujud persamaan atau perbezaan di antara keduanya. Contoh yang jelas mungkin kajian- kajian yang dilakukan itu tidak dapat membezakan dengan jelas definisi diantara organisasi awam dan organisasi swasta seperti kekaburan dalam menggariskan aktiviti-aktiviti kedua-dua bentuk organisasi tersebut.

Dipetik dari: Qalam INTURA

No comments: