KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Datuk Shukry Md Salleh dilantik sebagai Ketua Pengarah unit tersebut mulai 25 Sept, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan pada Jumaat.Shukry, 55, menggantikan Tan Sri Khalid Ramli, 60, yang tamat perkhidmatan pada 24 Sept, selepas berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 37 tahun.Shukry, yang memilik ijazah sarjana Pengajian Polisi Sosial dari University of Hull, United Kingdom pernah berkhidmat sebagai pengurus besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) serta pengarah Jabatan Pendaftaran Negara di beberapa buah negeri.
Bernama Online
No comments:
Post a Comment