Monday, September 8, 2014

Program INTAN Team Integration 2014 [6-7 September 2014]

Seramai 57 orang warga INTAN yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi INTAN dan wakil dari seluruh kampus telah menghadiri Program INTAN Team Integration yang dikendalikan oleh fasilitator dari INTAN Wilayah Utara. Kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar INTAN ini telah diadakan di INTAN Wilayah Utara pada 6 hingga 7 September 2014.

Kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Pengarah INTAN pada 6 September 2014.

Tujuan utama kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan asas dalam pembangunan skil kepimpinan berkumpulan yang diperlukan oleh Team INTAN menerusi outdoor leadership training. Selain daripada itu, elemen jaringan hubungan antara Team INTAN juga turut diterapkan untuk melahirkan warga INTAN yang proaktif, produktif dan inovatif di mana setiap warga dibahagikan mengikut kumpulan secara rawak. Ini secara tidak langsung dapat melahirkan kumpulan yang berpaksikan One Team, One Mission & One Vision di sepanjang program.

Program ini turut disertai oleh YBhg. Pengarah INTAN, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Kluster, Pendaftar, Pengarah-Pengarah Kampus dan warga INTAN dari setiap kampus.

Kursus ini dijalankan di dua lokasi berbeza iaitu di INTAN Wilayah Utara & Tasik Beris, Sik. Aktiviti di INTAN Wilayah Utara lebih memfokuskan kepada ice breaking, pembentukan kumpulan, persaingan, penggunaan elemen i-Lead Park dan penyatuan kumpulan besar. Manakala aktiviti di Tasik Beris, Sik pula lebih memfokuskan kepada daya tahan pasukan dimana setiap kumpulan diberikan tugas untuk membina rakit dan merentasi tasik ke lokasi yang ditetapkan oleh fasilitator.


Pihak INTAN Wilayah Utara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini dan diharapkan program ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.































1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum, saya daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, berminat untuk mengadakan aktiviti team building outdoor seperti yang dipost pada blog ini. boleh saya tahu untuk siapa boleh saya berurusan