Adab dan Tertib
Bendera adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Oleh yang demikian menaikkan dan menurunkannya hendaklah dalam keadaan dan cara yang sopan. Cara-cara yang sesuai ialah:-
- Sebelum menaikkan bendera ujilah tali temali bendera terlebih dahulu bagi memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau melampai tidak tentu kibarannya.
- Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
- Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.
- Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya semula keseparuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudian menurunkannya terus.
- Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya.
- Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
- Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya.
- Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan sebagai memberi kehormatan negara seperti menutup keranda dalam Istiadat Pemakaman/Pengkebumian Negara.
- Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai bendera yang uzur. Bendera yang uzur hendaklah dikibarkan kerana pengibarannya menunjukkan tanda tidak hormat. Ianya hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah dengan membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.
Tempat
Bendera Persekutuan dikibarkan di tempat-tempat seperti berikut:-
(i) Kediaman
(ii) Kedutaan
(iii) Bangunan (di luar, di dalam atau di atas)
(iv) Pejabat
(v) Kapal/Feri/Bot
(vi) Kapal Terbang
(vii) Kereta
(i) Kediaman
(ii) Kedutaan
(iii) Bangunan (di luar, di dalam atau di atas)
(iv) Pejabat
(v) Kapal/Feri/Bot
(vi) Kapal Terbang
(vii) Kereta
Hari
Walaupun Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 menetapkan Bendera Persekutuan hendaklah dikibarkan pada hari-hari pejabat biasa dan hari-hari Kebesaran Persekutuan dan Negeri, ianya juga bolehlah dikibarkan setiap hari dan di mana berkaitan.
(i) Sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera pada hari-hari persekolahan.
(ii) Di peringkat negeri, Bendera Persekutuan hendaklah dikibarkan pada hari-hari yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Am Bil. 7 Tahun 1957 iaitu:-
(a) Hari ulang tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
(b) Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.
(c) Lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Negeri-negeri.

Masa
Tradisi mengibarkan bendera ialah bendera mulai dikibarkan apabila matahari terbit dan ianya diturunkan waktu matahari terbenam iaitu muali pukul 7.00 pagi hingga 7.00 petang. Tradisi ini telah menjadi amalan antarabangsa semenjak beratus tahun dahulu terutamanya di dalam Angkatan Tentera.
Kerajaan Persekutuan telah memutuskan supaya bendera dikibarkan di bangunan-banguann Persekutauan mengikut masa yang ditetapkan iaitu:-
(i) Bangunan-Bangunan Kerajaan Persekutuan :
Mengikut waktu pejabat biasa dan dikibarkan terus menerus (overnight) sekiranya hari berikutnya adalah Hari Kebesaran/Cuti Umum yang ditetapkan bendera dikibarkan; dan
(ii) Sekolah-sekolah
Mengikut waktu mulanya kelas pertama dan menurunkannya selepas kelas terakhir tamat; dan
(iii) Kapal dan Feri
Bendera hendaklah dikibarkan di atas kapal dan feri sepanjang hari.

Dipetik dari : Laman Web Penerangan
No comments:
Post a Comment