Sunday, June 26, 2016

Angkasa sedia bantu : Penjawat awam terjebak dengan ah long

KUALA LUMPUR 25 Jun Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyatakan kesediaan untuk membantu penjawat awam yang terjebak de­ngan masalah hutang ah long.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pada asas­nya penjawat awam tidak dibenarkan meminjam lebih daripada 60 peratus jumlah gaji mereka dengan koperasi namun bagi kes ah long pengecualian diberikan.

Kata beliau, pinjaman akan diuruskan oleh koperasi kredit yang bakal menjadualkan semula struktur pembayaran melalui potongan gaji.

“Masalah ah long dalam kala­ngan penjawat awam ini walaupun sedikit namun membimbangkan. Kami menerima laporan terdapat staf Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang diburu oleh ah long sehingga mereka bertindak melarikan isteri dan anak mangsa.

“Kita tidak mahu perkara se­perti ini berulang dan bersedia membantu penjawat awam. Kami faham mereka ini terdesak, hendak buat pinjaman bank pun bukan mudah sekarang, tambahan lagi jumlah penjawat awam yang diisytiharkan muflis sudah mencecah 3,000 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Serbaguna Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (Kospeta) Kali Ke-34 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Kospeta, Datuk Azih Muda dan Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi, Junaidah Ramli.
Sementara itu, Azih yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) mendesak kerajaan supaya meluluskan pembiayaan pembelian apartmen studio atau rumah satu bilik dalam kalangan penjawat awam.

Jelasnya, hal ini kerana ketika ini Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) tidak membiayai permohonan sedemikian sedangkan permintaan untuk membelinya adalah tinggi.

“Penjawat awam tak mampu nak beli rumah yang mempunyai tiga atau empat bilik yang harganya di luar kemampuan. Kerajaan perlu lihat perkara ini terutamanya bagi mereka yang masih bujang atau baru berkahwin namun berhasrat untuk memiliki rumah sendiri.

“Banyak kawasan di Kuala Lumpur menjual rumah satu bilik seperti di Sentul, Damansara dan Subang pada harga rendah dalam lingkungan RM150,000. Tetapi peraturan LPPSA menyebabkan penjawat awam tidak boleh membeli rumah tersebut,” ujarnya.

Utusan Malaysia Online

#MalaysiaNgaji


Saturday, June 25, 2016

Cuti peristiwa hari raya ketiga dipertimbangkan

Tan Sri Dr Ali Hamsa

PUTRAJAYA 24 Jun - Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan penjawat awam agar Hari Raya Aidilfitri ketiga yang dijangka pada 8 Julai ini iaitu hari Jumaat diisytiharkan sebagai cuti peristiwa.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, sehubungan itu kerajaan akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat bersama peringkat tertinggi kerajaan yang akan datang. Walau bagaimanapun katanya, perbincangan mengenai cuti khas itu hanya terpakai untuk negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat minggu perayaan tersebut. 

“Insya-Allah saya akan bawa perkara itu untuk dirundingkan,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada perjumpaan khas bersama ahli-ahli 
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) di sini hari ini. 
 

Terdahulu, permintaan itu telah dikemukakan oleh Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda dalam ucapannya pada majlis tersebut.


Utusan Malaysia Online

Friday, June 24, 2016

Penjawat awam diingat jaga rahsia kerajaan – Zahid

PUTRAJAYA 23 Jun – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan penjawat awam agar sentiasa menjaga rahsia kerajaan dan tidak membocorkannya kepada pihak luar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi mengekang perkara berkenaan, setiap individu perlu juga melengkapkan diri dengan nilai ‘self impose’ atau ‘self enforce’.
“Pegawai kerajaan tertakluk tatacara dan tataetika perkhidmatan, kalau ada kalangan kita yang ada perasaan untuk membocorkan atau kongsi rahsia dengan pihak luar, undang- undang tetap ada.

“Kita punyai Akta Rahsia Rasmi (OSA), tapi ia hanya undang-undang yang menjadi panduan, penguatkuasaan yang sebenar adalah diri kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Timbalan Perdana Menteri bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Sri Satria di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis; kedua-dua Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jaz­lan Mohamed dan Masir Anak Kujat; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam majlis yang diha­diri 1,200 tetamu itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim dan fakir miskin dari Tahfiz Al-taqwa dan Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh, Selangor.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, perkara melibatkan rahsia tersebut bukanlah satu amaran sebaliknya sebagai peringatan kepada semua penjawat awam terutama ketika bulan Ramadan.
“Amalan yang baik seperti menyimpan rahsia perlu dibuat bukan setakat pada bulan Ramadan sahaja tetapi ia perlu dilakukan pada setiap masa dan ketika.

“Kita telah bersumpah atas nama Allah untuk menyimpan rahsia jadi sekiranya kita langgar sumpah itu kita akan dilaknat. Sebelum itu terjadi, saya ingatkan pegawai awam termasuk di KDN supaya menjaga sumpah yang sudah dibuat,” katanya.

Utusan Malaysia Online

Tuesday, June 21, 2016

Cuti 11,840 bomba dibekukan sempena Aidilfitri

CUTI 11,840 anggota dan pegawai bomba di seluruh negara akan dibekukan sepanjang musim perayaan Aidilfitri

KOTA TINGGI 20 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat membekukan cuti 11,840 anggota dan pegawainya atau 80 peratus daripada kekuatan jentera bomba dan penyelamat di seluruh negara untuk musim perayaan Aidilfitri ini.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pembekuan cuti sejumlah besar kakitangannya ialah perkara biasa dilakukan setiap musim perayaan supaya anggota dan pegawai bomba bersiap siaga sekiranya berlaku kecemasan.

"Jumlah keseluruhan anggota dan pegawai bomba di seluruh negara ialah 14,800 orang. Selain melakukan rondaan di beberapa lokasi panas di lebuh raya berisiko tinggi berlaku kebakaran dan kemalangan jalan raya, mereka turut melakukan rondaan di sekitar premis yang menjadi tumpuan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas majlis sentuhan kasih Ihya Ramadan Parlimen Tenggara di sini, semalam.

Halimah yang juga Anggota Parlimen Tenggara berkata, pembekuan cuti terbabit merupakan antara pengorbanan dilakukan anggota dan pegawai bomba dan beliau merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka dan anggota keluarga.

Beliau berkata, dalam masa yang sama, arahan juga sudah dikeluarkan seminggu sebelum Ramadan kepada setiap balai bomba supaya melakukan pemeriksaan bagi menentukan tahap keselamatan premis seperti pusat beli-belah dan kawasan tumpuan awam, yang dijangka selesai dilakukan menjelang Aidilfitri.

Utusan Malaysia Online

Saturday, June 18, 2016

PERKHIDMATAN SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN (SPP)

Tahukah anda?
 
Anda boleh memohon untuk membuat pinjaman antara perpustakaan melalui perkhidmatan SPP.
 
Perpustakaan Negara Malaysia adalah Pusat Penyelaras SPP dan pengguna perpustakaan boleh meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan dari mana-mana perpustakaan/institusi yang menyertai SPP untuk digunakan di perpustakaan/institusi tersebut.
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi 03-2687 1835 (Puan Za’imatul Ahlam) dan 03-2687 4241 (Puan Sharwana Said) atau melalui e-mel spp@pnm.gov.my.


Friday, June 10, 2016

Najib harap bantuan bantu persiapan raya penjawat awam

STATUS terbaharu di Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 

KUALA LUMPUR 9 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 yang diumumkan semalam dapat membantu 1.6 juta penjawat awam sempena persiapan Aidilfitri.

"Saya telah mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam Gred 54 dan ke bawah manakala pesara kerajaan yang menerima pencen akan diberi bantuan sebanyak RM250.

"Insya-Allah, bantuan khas kerajaan ini akan dapat membantu sedikit sebanyak sempena Hari Raya Aidilfitri ini," kata Perdana Menteri dalam catatan di laman Facebook beliau, hari ini.

Semalam Najib mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. Pembayaran bagi bantuan khas akan dibuat pada 13 Jun ini.


Utusan Malaysia Online

Thursday, June 9, 2016

Bantuan khas RM500 untuk penjawat awam sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR 8 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata Perdana Menteri.

Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion.

Bernama Online

Wednesday, June 8, 2016

Apa nasib kami?

SAUDARA PENGARANG,

Saya ialah bekas pelatih penolong pembantu perubatan di bawah seliaan Kementerian Kesihatan sesi 2013/2015 yang tamat latihan pada Disember 2015, namun masih belum menerima surat lantikan sehingga kini.

Melalui taklimat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum ini, mereka mengatakan surat lantikan tersebut akan ditawarkan seawal bulan Februari 2016 manakala surat penempatan pula diedarkan pada Mac 2016.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang surat atau makluman tentang status lantikan jawatan kami. Lebih mendukacitakan, pelatih bagi jawatan jururawat yang sama sesi dan tarikh tamat latihannya dengan kami, telah pun ditawarkan pekerjaan sejak Mac lalu.

Ramai antara kami sudah berkeluarga dan memerlukan pelantikan segera ke dalam jawatan ini untuk menyara kehidupan, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Malah, ada yang terpaksa bekerja sementara di kedai makan, restoran makanan segera dan stesen minyak demi menampung keperluan keluarga.
Sehubungan itu, kami ingin memohon jasa baik dan keprihatinan daripada pihak Kementerian Kesihatan dan SPA untuk mempercepatkan proses pelantikan bagi mengelakkan pengangguran dalam kalangan bekas pelatih penolong pembantu perubatan yang tamat latihan pada penghujung tahun lepas.

Kami amat berharap pihak yang bertanggungjawab juga akan mengambil langkah sewajarnya demi menjaga imej program latihan ini atau setidak-tidaknya memaklumkan status lantikan kami dan tidak membuatkan kami ternanti-nanti. Semoga nasib anak bangsa yang ingin menyumbang bakti kepada masyarakat dapat diberikan pertimbangan sewajarnya.

SHAKIRA KHAIRUDIN
Malaysia

Utusan Malaysia Online

Monday, June 6, 2016

Berita@INTURA Mei 2016

Sila klik imej di bawah untuk paparan sebenar





Friday, June 3, 2016

Break time reduced by 30mins for civil servants during Ramadan

PUTRAJAYA: The government has agreed to reduce the break time for public servants by half an hour during the month of Ramadan, said Chief Secretary to the Government, Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

"This step was taken to allow them to take advantage of the holy month of Ramadan and perform their religious obligations," he said in a statement today.

To implement the directive, Ali said the government had agreed to add the new staggered working hours (WBB) into the current timetable at all federal government agencies. 

Ali in the statement also provided the guide on the implementation of WBB during Ramadan in the Federal Territories (Kuala Lumpur and Putrajaya), Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negri Sembilan, Malacca and Pahang, where Saturday and Sunday are the official rest days. 

The office hours for these states would be from 7.30am to 5pm, while the break would be from 1pm to 1.30pm (Monday to Thursday) and 12.30pm to 2.30pm (Friday). 

For other states, namely Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah, Labuan and Sarawak, Ali said the WBB during Ramadan could be checked through Circular No.1 of 2016. 

He said the circular would be uploaded on the Public Service Department (PSD) portal at http://www.jpa.gov.my. 

"The implementation of the reduction of break time will not affect the activities and operations of the public service delivery system throughout the month of Ramadan, because it does not change the existing working hours of civil servants," he said. 

Ali also hoped civil servants would continue to provide excellent service and remain dedicated to ensure efficient and effective service to meet the expectations of the people.


NST Online