"Saya telah mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam Gred 54 dan ke bawah manakala pesara kerajaan yang menerima pencen akan diberi bantuan sebanyak RM250.

"Insya-Allah, bantuan khas kerajaan ini akan dapat membantu sedikit sebanyak sempena Hari Raya Aidilfitri ini," kata Perdana Menteri dalam catatan di laman Facebook beliau, hari ini.

Semalam Najib mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. Pembayaran bagi bantuan khas akan dibuat pada 13 Jun ini.