Program Ziarah Dan Sumbangan Kepada Fakir Miskin di sekitar
Sungai Petani telah diadakan pada 22 Julai 2014. Untuk kali ini fokus ziarah
dan bantuan tertumpu di kawasan Kuala Ketil.
Program komuniti sosial ini bertujuan melahirkan sifat
prihatin di kalangan warga untuk saling membantu bagi meringankan beban mereka
yang benar-benar memerlukan. Usaha ini bukan sahaja memberi erti yang
besar dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan malahan dapat memupuk
serta merapatkan hubungan antara penjawat awam dan penduduk setempat, serta
peka terhadap keperluan dan masalah rakyat di daerah tersebut.
Seramai 9 keluarga yang terdiri dari fakir miskin, warga emas
dan kelainan upaya telah dipilih untuk program ziarah pada kali ini.
Pengarah Wilayah Utara, YBrs. Dr. Zurina bt. Abdul Hamid
turut meluangkan masa melawat setiap kediaman keluarga dan memberi bantuan
kepada mereka.
Di harapkan program ini dapat diteruskan lagi dari masa ke
semasa dalam merapatkan hubungan agensi kerajaan dan komuniti.
No comments:
Post a Comment