Majlis Berbuka Puasa (Iftar INTURA) untuk warga dan keluarga
INTURA telah diadakan pada 16 Julai 2014 bertempat di Dewan Jubli Perak, INTAN
Wilayah Utara.
Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan
(KESKI) INTAN Wilayah Utara dimana penglibatan untuk tahun ini turut
dipanjangkan kepada semua pekerja kontrak/swasta INTURA dan keluarga untuk
sama-sama memeriahkan majlis. Warga INTURA merasa bertuah dengan kehadiran yang
amat memberangsangkan dari kalangan pekerja kontrak/swasta INTURA pada kali
ini.
Antara pengisian program ini adalah Tayangan Video
Kanak-Kanak pada pukul 6.00 petang, diikuti dengan perkongsian maklumat oleh
Presiden KESKI INTURA En. Ramzi bin Akmal Hassan dan Amanat Pengarah Wilayah
Utara, YBrs. Dr. Zurina bt. Abdul Hamid. Pihak KESKI INTURA juga turut
menyediakan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
Program ini secara tidak langsung dapat mengujudkan pasukan
keluarga besar yang terdiri dari warga dan semua pekerja kontrak. Program ini
juga merupakan medium untuk bertukar pandangan sesama warga INTURA dan pekerja
kontrak memandangkan waktu yang terbatas untuk berkongsi pandangan pada waktu
kerja biasa.
Diharapkan program yang melibatkan keluarga besar sebegini
dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment