Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah salah
satu elemen penting dalam memperkukuhkan hasil pendapatan negara menjelang
2020, sekaligus bakal memberi manfaat yang besar kepada semua.
Walaubagaimanapun masih terdapat segelintir penjawat awam
yang masih tidak memahami dengan jelas tentang GST yang bakal dilaksanakan pada
1 April 2015 nanti.
Sehubungan dengan itu INTURA telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Taklimat mengenai pelaksanaan GST pada 23 Julai 2014 kepada semua warga INTURA sebelum diperluaskan kepada penjawat awam yang lain. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Tun Sri Lanang dan disampaikan oleh Penolong Pengarah Kastam II, dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kedah.
Antara pengisian kursus ini adalah pendedahan tentang jenis
cukai di Malaysia, perbezaan di antara GST (Goods Service Tax) dan SST (Sales
and Services Tax), Keperluan melaksanakan GST dan Impak GST.
Secara keseluruhannya, program ini telah dilaksanakan dengan
jayanya.
No comments:
Post a Comment