Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKI) INTAN Wilayah Utara telah
menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk antara warga INTURA dan Peserta DPA pada
9 dan 15 Julai 2014 sempena Ramadhan Al-Mubarak.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan
hubungan sesama warga INTURA dan juga peserta DPA. Antara pengisian program ini
adalah gotong royong penyediaan bubur lambuk dan edaran di beberapa lokasi
terpilih di Sungai Petani. Majlis pelepasan Skuad
Edaran Bubur Lambuk telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Zurina bt. Abdul
Hamid, Pengarah Kampus Wilayah Utara.
Pihak pengurusan dan KESKI INTURA merakamkan setinggi
penghargaan kepada warga INTURA dan peserta DPA yang banyak mnembantu dalam memastikan
aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment