Thursday, October 9, 2014

Program Ukhwah Warga (Majlis Bacaan Yassin) [9 Oktober 2014]

Jawatankuasa Surau & Kerohanian INTURA telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin yang telah diadakan pada 9 Oktober 2014 bertempat di Surau Al-Falah, INTAN Wilayah Utara.

Program keagamaan ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama warga selain memberi kesedaran kepada warga tentang perlunya majlis sebegini selain daripada memfokuskan kepada aktiviti harian di pejabat.

Nabi Muhammad S.A,W. pernah bersabda, “Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada jantung (hati), dan jantung (hati) Al-Quran ialah Surah Yassin. Dan sesiapa yang membaca Surah Yassin, akan dituliskan baginya dengan membacanya pahala seumpama membaca Al-Quran sepuluh kali.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)


YBrs. Dr. Zurina bt. Abdul Hamid, Pengarah Wilayah Utara turut sama memeriahkan program ini bersama warga.





No comments: