Tuesday, October 7, 2014

Program Ukhwah Warga (Majlis Ibadah Korban INTURA) [7 Oktober 2014]

Jawatankuasa Surau & Kerohanian INTURA telah menganjurkan Majlis Ibadah Korban INTURA yang melibatkan kesemua warga INTURA pada 7 Oktober 2014 sempena sambutan Aidiladha.

Antara pengisian program ini adalah gotong royong dalam melaksanakan sembelihan dan melapah daging korban. Kesemua warga turut sama  membantu dalam memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dua ekor lembu telah dikorbankan bagi majlis pada tahun ini.

Majlis Ibadah Korban ini merupakan salah satu projek tahunan yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Surau & Kerohanian INTURA yang antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada warga INTURA untuk beramal dan bersedekah bagi melaksanakan perintah Allah semata-mata dan melahirkan rasa bersyukur kehadarat Allah SWT di atas rezeki, nikmat dan kurnianya serta meningkat dan mengukuhkan lagi keimanan dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti berkebajikan. Ianya juga dapat memeriahkan hari-hari kebesaran Islam serta untuk meningkatkan bersefahaman dan kerjasama di antara pegawai dan kakitangan melalui kerja-kerja bergotong royong.


Pihak pengurusan dan Jawatankuasa Surau & Kerohanian INTURAm erakamkan setinggi penghargaan kepada warga INTURA yang sama-sama turut banyak mnembantu dalam memastikan aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar.

 Bekerjasama dalam satu pasukan

Proses melapah daging korban

Mengagihkan daging korban

Pembahagian tugas warga INTURA

Proses pembersihan perut lembu

YBrs. Dr. Zurina, Pengarah INTURA turut sama memeriahkan majlis




No comments: