Monday, August 24, 2015

iLEAD Exploration

iLEAD Exploration merupakan suatu program yang berkonsepkan experiental and adventure learning di mana ketahanan mentak dan fizikal peserta diuji sepenuhnya di samping memupuk semangat kerja berpasukan, patriotism, budaya hidup sihat dan mempromosikan ‘Discover Kedah 2016’.

Program ini telah berlangsung pada 23 Ogos 2015 di padang berhampiran tapak iLEAD Park. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Leong Yong Kong, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Timbalan Pengarah Kanan INTAN Malaysia.

 Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 35 pasukan dari pelbagai jabatan. Setiap pasukan terdiri daripada empat orang peserta di mana setiap pasukan perlu menggunakan kaedah orienteering melalui koordinat yang diberikan untuk sampai ke semua lapan checkpoint. Mereka juga perlu melakukan tugasan di setiap checkpoint yang ditetapkan.

Antara tempat-tempat menarik yang dipilih sebagai checkpoint ialah Tanjung Dawai, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Sungai Semeling, Rumah Merdeka, Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, dan Muzium Padi.

Tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan dari Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya dan mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1000. Tempat kedua dimenangi oleh Pejabat Tanah Pendang (Team B) dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 700 manakala hadiah di tempat ketiga berupa wang tunai sebanyak RM 500 dimenangi oleh pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Setiap peserta turut diberikan sijil penyertaan kursus. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj Noh bin Dahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan).

Program ini dapat memperkenalkan iLead-Park dan menggalakkan penjawat awam melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang memberi manfaat kepada kesihatan, perpaduan dan budaya kerja berpasukan serta mempelajari sejarah yang berkaitan dengan negeri Kedah khususnya.




















































No comments: