Pada 18 Januari 2015, YBrs. Dr. Zurina bt Abdul Hamid,
Pengarah INTAN Kampus Wilayah Utara telah mengadakan kunjungan hormat ke
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Kunjungan ini disambut baik oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah iaitu
Yang Berhormat Dato’ Haji Bakar Bin Din DSDK., AMK., BCK.
Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk berkongsi
pandangan berkaitan pembangunan sumber manusia di negeri Kedah. Selain daripada
itu, YBrs. Dr. Zurina juga turut berkongsi maklumat tentang perkhidmatan yang
ditawarkan oleh INTURA terutamanya berkaitan aktiviti pengukuhan pasukan.
Y.B. Dato’ Haji Bakar bin Din juga turut memberi
idea dan cadangan dalam menambahbaik kursus agar selaras dengan keperluan
penjawat awam terutamanya di wilayah utara.
Semoga dengan lawatan ini menjadi titik tolak kepada
terjalinnya hubungan baik antara INTAN dan Pejabat Setiausaha Kerajaan demi
memantapkan lagi program latihan untuk penjawat awam.
No comments:
Post a Comment