Wednesday, January 13, 2016

Pembangunan Kepakaran Fasilitator (Basic Life Support)

Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada 20 fasilitator iLEAD-PARK, 20 orang warga INTURA INTAN Wilayah Utara dan 40 orang jururarawat dari Hospital Seberang Jaya telah menghadiri kursus Basic Life Support yang dikendalikan oleh pihak Hospital Seberang Jaya.

Kursus ini telah diadakan di Dewan Jubli Perak INTAN Wilayah Utara, pada 11 dan 12 Januari 2016 dimana setiap kursus fasilitator dan warga INTURA dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut hari. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan fasilitator dan warga INTURA berkongsi pandangan dengan warga Hospital Seberang Jaya.

Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi latihan dan meningkatkan kefahaman tentang bantuan awal keselamatan dalam menghadapi kes kecemasan.


Pihak INTURA merakamkan setinggi penghargaan kepada pasukan fasilitator dari Hospital Seberang Jaya yang banyak mnembantu dalam memberi input berguna dalam mempersiapkan diri setiap fasilitator iLEAD-PARK dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan di dalam menjalankan aktiviti kelak.
















No comments: